<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, November 27, 2010

Eksklusif : Umpama Mimpi Dalam Mimpi






















Bagaikan bermimpi, apabila terdengar akan kesenangan yang bakal dikecapi setelah sekian lama hidup menaruh kepercayaan kepada sungai untuk menuju ke sekolah, ke pekan, pasar minggu, hospital, dan sebagainya. Setelah hampir sekian lamanya rakyat ditipu oleh penipu-penipu berhemah dan berlesen, namun setelah episod penipuan ini membuat satu lagi tipu helah, ingin membina sebuah jalan penghubung iaitu gertok, ataupun jambatan, maka bagaikan suatu mimpi indah yang bakal dikecapi oleh penduduk di pedalaman ini.

Kawasan yang dimaksudkan ini ialah di Kaswan Kampung Biak A & B serta di Kampung Kandek, di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, juga di dalam Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, Kampung Kandek merupakan sebuah kampung yang permai di Negeri Kelantan. Juga dikenali umum sebagai sebuah kampung Islamik, banyak program-program tarbiay dibuat di kampung ini. Terdapat sebuah sekolah Ugama Arab disini. Sejak dahulu lagi, anak-anak pelajar di kampung ini disekolahkan sejak kecil di sekolah agama tersebut. Jika dari segi geografi, Kampung Kandek memang teletak di kawasan pedalaman dan tidak ada jalan keluar masuk, kerana hanya satu jalan sahaja yang digunakan untuk masuk dan keluar dari Kampung Kandek ini. Seoalah-olah jika kita sampai di Kampung Kandek ini, ianya merupakan jalan mati, kita tidak dapat lagi memandu ke destinasi seterusnya, The End of Road.

Dipisahkan dengan sebatang sungai yang mashyur, Sungai Pergau, terdapat 2,3 buah kampung lagi di seberang sana. Kampung tersebut juga dihuni oleh manusia yang makan di pinggan, minum di cawan dan gelas, serta membuang air di jamban dan tidur di atas tikar serta katil. Mereka juga manusia seperti kita, bertutur bahasa Kelantan dan mempunyai nafsu untuk berumah tangga dan memiliki kemewahan sendiri.




















Motor pun naik motor-bot. Penduduk Kampung Biak A & B menaikkan motosikal mereka ke atas sampan untuk menyeberang sungai. Tak ada life jacket ataupun insuran nyawa nih...jika jatuh, jatuhlah.....

Kampung yang saya maksudkan ini diberi nama Kampung Biak A dan kampung Biak B. Soal asal usul nama kampung saya tidak mahu persoalakn disini, tuan puan bolehlah berjalan ke sana berjumpa penduduk untuk mengetahui asal usul namanya.

Di Kampung Biak A, terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Biak serta sebuah kelinik kesihatan yang diberi nama, Kelinik Kesihatan Desa Biak A. Masyarakat disini rata-ratanya penoreh getah serta bekerja sendiri untuk makan minum pakai isteri, anak, mak mertua, pak mertua, cucu, serta menantu mereka.

Pelajar yang bersekolah menengah pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan ada juga yang bersekolah di sekolah ugama di Kampung Kandek. Untuk ke Dabong serta ke Kandek, tidak jalan lain, tidak ada awan Dragon Ball untuk ke sana, tidak ada tikar terbang Lakasaman Do Re Mi, serta tidak ada papan luncur Spider Man, yang ada cuma lah sampan, rakit, serta jeriya jah.

Setiap hari, pehubungan dengan bandar-bandar, pekan-pekan untuk mendapatkan makanan, pakaian, beras, gula, sekut senik, sekut tawar, cakelat, cikedis, cuka, budu, sos cili, sos tiram, berger, nugget, kredit hanset, basikal dan sebagainya terpaksalah menggunkan sampan atau bot, atau jeriya atau rakit untuk menyeberangi Sungai Galas ke Kampung Kandek.


















Inilah Sungai Pergau, diseberang sana merupakan tempat penduduk Biak A dan Biak B menunggu bot penambang

Bila sampai di Kampung Kandek, terasa sudah sampai di sebuah tanah besar. Langkah sudah boleh diatur untuk ke Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kota Melaka, Kota Sarang Semut, Kota Kubang Labu, Kota Raja, Kota Kinabalu dan Kota Konstantinople.

Menurut penduduk disini, sudah beberapa kali penduduk di Kampung Biak yang bersalin di atas bot dalam perjalanan untuk ke hospital. Malangnya hospital atau pusat kesihatan yang paling dekat adalah di Dabong atau di Kuala Balah serta di Jeli.














Penduduk yang ingin menyeberang menunggu bot penambang mengambilnya, mereka melaung sekuat hati ataupun dengan membunyikan hon motosikal untuk memberi isyarat kepada pemandu bot. Untuk makluman, pemandu bot tersebut kadang-kandang tidak ada sepanjang masa di sungai. Bukan kerja dia bro, dia buat pun dah kira syukur. Bayaran tambang pun bukannya mahal mana pun.

Bayangkanlah jika ibu yang hamil mengadu sakit perut, ada pesakit yang tak boleh berjalan terpaksa menuruni bukit yang curam untuk menaiki bot untuk menyeberangi sungai bagi mendapatkan khidmat kesihatan di kawasan Dabong atau Jeli. Memang kelinik desa sudah ada, tetapi apalah yang mereka boleh buat jika berdepan dengan kes-kes yang se-rius atau dua-rius.

Selain itu juga, pelajar-pelajar sekolah yang bersekolah di Dabong terpaksa mengadai nyawa mereka untuk menyeberangi sungai tersebut. Pernah juga berlaku buku-buku terjatuh ke dalam sungai, pelajar-pelajar lemas di sungai serta jika musim tengkujuh, mereka tak dapat untuk ke sekolah kerana tak berani meniki bot, airnya deras. bayangkan jika di musim peperiksaan seperti UPSR, PMR serta SPM macam mana.

Inilah serba sedikit fenomena dan keadaan yang dialami oleh penduduk di Kampung Biak A dan Biak B di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, Kelantan. Sebuah jambatan menghubungkan kedua-dua tebing sungai ini WAJIB dibina segera. Sudah cukup azab mereka di sana sekarang ini.

Pabila ada seseorang pemimpin berjanji untuk membina sebuah jambatan di dalam kempen pilihanraya, maka ianya Umpama Mimpi Dalam Mimpi bagi penduduk di sini, adakah benar? Sungguh ko? Yo lo ko? Biar betul? Sengoti eh? Mu tahu mana? Kecek molek sikit!!!...inilah pertanyaan yang diajukan apabila ada yang menyampaikan janji2 pemimpin terbabit kepada orang kampung. Seoalah-olah tidak percaya dengan janji tersebut.

Maka pilihanraya berlalu, siap menang, siapa kalah dan diumum. Maka giliran pengundi, menuntut segala janji-janji tersebut. hari demi hari, minggu demi minggu, di kedai-kedai kopi dan horlicks, tak ada isu lain, isu jambatan jer dicakapkan serta dibualkan. Sengih mulut-mulut sekaan-akan jambatan yang bakal dibina akan terpacul di depan mata. namun setelah beberapa bulan, tidak nampak pun akan dibina. Cukup setahun, penduduk mula masam muka, dan semakin masam setelah masuk 3,4 tahun. Maka ketahuilah, semuanya tipu belaka. Cisss!!! kata penduduk kampung.

Maka berlaku sekali lagi pilihanraya umum, pemimpi terbabit dihukum rakyat ekoran janji palsunya. Maka penduduk memilih pemimpin lain yang dijangka boleh menolong dan merealisasikan impian mereka terbabit. Maka pada awalnya, kerja-kerja ukur dilakukan, lega sikit penduduk, mungkin di dalam hati, "Jadi sungguh dah kali nih jambatan kita...". Kerja ukur sahaj dan 3,4 kali di buat...Namun rupanya tengahari tu hujan...ingatkan panas hingga ke petang, sehingga saat ini memang masih lagi "kemarau jambatan juga...' Kesian....

Penduduk sekali lagi menjadi masam. Terasa ditipu lagi...cuba fikir macam mana rasa jika kena pada kita??? Jangan duk mengata penduduk terbabait, sebaliknya fikir jika ianya kena pada kita sendiri.

Sekarang ini, semuanya masih lagi menggunakan sampan sebagai alternatif yang ada untuk menghubungkan dengan banadr-banadr yang kononnya maju tuh sehingga melupakan rakyat di dalam HUTAN...

Semua kenderaan penduduk Biak yang dibeli seperti kereta, van, lori, helikopter, jet pejuang, kereta kebal, terpaksa ditinggalkan di Kampung Kandek. Penuh sesak dah di Kampung Kandek dengan kenderaan mereka. Beli kereta mahal-mahal, beli helikopter mahal-mahal, beli kapal terbang mahal-mahal pun tak boleh di parking depan tangga rumah. Kesian....

Penduduk Kampung Kandek, memperoleh rezeki dengan keadaan ini dengan menyediakan bangsal-bangsal kereta dengan kadar-kadar tertentu untuk disewa. Untuk menjamin keselamatan, terpaksa juga membayarnya. Dah lah cukai jalan pun kena bayar jugak. Kesian...

Sekarang, penduduk yang ditipu ini sedang merancang untuk tidak keluar mengundi dah, kecualilah ada parti ketiga selain PAS dan BN...hahahaha..sebab mereka dan kena tipu dah dengan kedua-dua parti ini. Ini kata mereka, jangan ingat saya yang kata pulak.

Memang bila kita fikir, mereka ni jenis kebendaan sehingga tak akan kelaur mengundi. Bro, kena ingat, kita kena fikir, kenapa mereka bertindak sedemikian?? Mereka telah ditipu oleh janji-janji dai dalam pilihanraya. Kalau di berada di kampung mereka macam mana kita rasa?/

Sekarang bolehlah kita cakap sebab kita berada di Kota Bharu, kita berada di Air Keroh, kita berada di Machang, kita berada di Ipoh, kita berada di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, kita berada di Ketereh. Apa kata jika tuan-tuan dan puan-puan semua mari duduk di sini buleh 2,3 hari lagu mana?? Jangan mari buat program, tetapi mari sebagai penduduk disini.

Tak kena pada kita, sedaplah kita cakap, macam-macam kita boleh cakap selagi ianya tak kena opada kita, cuba bila kena pada kita macam mana??? Renungkanlah wahai manusia yang lupa akan nasib mereka di sini.


















Menunggu bot penambang pergi ambil.


















Penduduk Kampung Biak A sedang menuruni tangga untuk menaiki bot ke seberang. Dari seberang, mereka sama ada berjalan kaki atau menunggang motosikal untuk pulang ke rumah masing-masing.


















Sebuah pondok dibina untuk berteduh dari hujan.


















Antara motosikal yang ditinggalkan di Kampung Kandek

Beberapa keping gambar di bawah ini adalah menunjukkan kawasan tempat untuk penduduk meninggalkan (parking) kereta mereka di Kampung Kandek. Perkhidmatan parking berbayar ini disediakan oleh penduduk Kandek untuk memberi kemudahan kepada penduduk Biak. maklumlah, kenderaan meraka tak boleh melintasi air.























































Kadar bayaran yang dikenakan dari perkhidmatan ini.























































Kini, semuanya bagaikan UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI sahaja bagi penduduk di sini. Diharap agar pihak-pihak bertangungjawab yang berdegar-degar bercakap mengenai nak bela Melayu, nak bela Islam, nak bela rakyat Malaysia, nak bela rakyat Kelantan, sila lah tampil membela nasib rakyat, melayu, Islam di kawasan ini dengan segera.

Ingatlah, walaupun mereka berada di kawasan HULU Kelantan, mereka bukannya bangsat, mereka bukannya tolol mereka bukannya HINA, mereka juga membayar cukai seperti kita di Kota Bharu, mereka juga kalau nk masuk sekolah, kena bayar yuran jugak, mereka pun kalau nk masuk Muzium Negeri Kelantan, kena bayar tiket jugak, kalau pergi hospital pun kena bayar jugak, jadi antara mereka dengan kita di Kota Bharu, tidak ada bezanya, JANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA.

Sekian,

Dabong, 26 November 2010
22.38

Isnin, November 22, 2010

LAMAN NURANI : Pemimpin & Kepimpinan

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal mengenai kepimpinan" (HR Muslim)
Kita sudah biasa mendengar hadith di atas khususnya bilaadanya pemilihan-pemilihan pemimpin atau ketua, sama ada persatuan, organisasi kemasyarakatan, negeri ataupun negara. Kita semua perlu ingat bahawa kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin perlu menyedari apa yang dilaksanakannya.

Jika kita menyedari bahawa kita adalah pemimpin, maka kita perlu bersiap diri untuk melaksanakan tangungjawab kepimpinan. Oleh itu, sebelum kita memimpin orang lain, kita perlu menoleh ke dalam diri kita apakah kita sudah mampu dan berjaya memimpin diri sendiri? Malanglah kita yang menerima gelaran seorang pemimpin tetapi pada masa yang sama kita sendiri tidak mampu mengawal diri dan menjaga diri kita, bak kata pepatah, "Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul."

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu untuk menjadi pemimpin ini boleh dipelajari sama ada melalui pengalaman ataupun teori tetapi ianya tidaklah menjamin bahawa seseorang dapat menjadi pemimpin yang baik kepada mereka yang dipimpinnya. Inilah yang menjadi fenomena pada masa ini sehinggalah menimbulkan masalah antara ketua dengan anak buah.

Faktor ini terjadi antaranya disebabkan disebabkan niat awal seseorang untuk bekerja sama ada menjadi ketua atau pekerja bawahan sudah salah dan menyimpang. Salah dan menyimpang bila tidak menganggap kerja yang diberikan kepadanya adalah suatu amanah yang perlu dipertangungjawabkan kemudiannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 maksudnya,
'Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah dikalangan kamu yang paling baik amalannya."

Ayat di atas menggambarkan bagaimana kita manusia yang diberi tangungjawab untuk melaksanakan sesuatu perkara tetapi tidak serius dalam melaksanakannya. Kita bimbang jika inilah yang terjadi dalam masyarakat kita maka setiap yang bekerja sama ada makan gaji atau bekerja sendiri turut terlibat sama bahkan tidak menganggap setiap pekerjaan yang dibuat bakal mendapat pahala dan dikira sebagai ibadat.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana masih ada dikalangan sebahagian dari masyarakat kita yang memegang sesuatu jawatan hanya kerana ingin dikenali dan terasa diri dihormati. Mungkin perkara inilah yang menyebabkan kadang-kadang sesebuah institusi tidak dapat bersaing ke peringkat yang lebih tingi hanya kerana diakibatkan setiap orang tenggelam dengan syoknya masing-masing.

Pemimpin dengan caranya mencari pengaruh manakala orang bawahannya pula berikhtiar mencuri tulang, masing-masing berfikir akhir bulan mendapat gaji. Akhirnya tertingallah amanah yang seharusnya dilaksanakan bahkan dari sini timbul lah bermacam-macam gejala seperti rasuah dan penipuan.

Dengan sebab itulah Nabi Muhammad SAW banyak mengajar sahabatnya sama ada melalui perbuatan ataupun perkataan. Contohnya melalui perkataan adalah sebagaimana Baginda sentiasa memperingatkan para sahabatnya supaya tidak melalukan perbuatan khianat kepada orang lain, manakala melalui perbuatan ialah bila mana sesuatu ketika Baginda sendiri turun dari kudanya untuk mendapatkan kayu api sehinggalah baginda ditegah oleh sahabatnya, baginda menjawab 'aku juga inginkan pahala'.

Inilah sebenarnya kepimpinan sejati. Kepimpinan yang terbina dari hati yang tulus ikhlas dan penuh budi pekerti bahkan boleh mencairkan hati orang bawahannya untuk melaksanakan sesuatu perkara tanpa surat dan memo arahan yang berkali-kali.

Berbeza atau tidak dengan keadaan yang berlaku pada masa kini, di mana setiap orang mencari salah seseorang yang lain. Pemimpin mencari kesalahan orang bawahan dan begitulah sebaliknya orang bawahan mencari kesalahan pemimpinnya, padahal jika seseorang itu bergelar manusia, maka setiap dari mereka pasti mempunyai kesalahan, Nabi SAW bersabda yang ertinya : 'Setiap manusia pasti melakukan esalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat' (Sahih Muslim).

Baginda bersabda lagi : 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan dipertangungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia bertangungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia bertangungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertangunggjawab terhadap jagaannya. Ingatlah kamu semua adalah pemimpin dan akan bertangungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.'

Nabi Muhammad SAW turut menegaskan bahawa barangsiapa yang suka mencari keaiban seseorang maka Allah Taala akan membuka aibnya diakhirat kelak bahkan tidak mustahil didunia ini sekalipun.

Dengan sebab itulah jika ditakdirkan kita menjadi seseorang pemimpin sesebuah organisasi atau institusi yang telah cemerlang segala-galanya, hendaknya kita bersyukur jika terjadi persaingan yang sihat antara para pekerja manakala jika kita memimpin sesebuah organisasi atau institusi yang bermasalah, hendaknya kita berlapang dada dan bermuhasabah diri sendiri kerana berkemungkinan Allah SWT ingin menutup atau mengkafarah dosa dan kesalahan kita sebelumnya. Ingatlah setiap orang diuji dan setiap ujian antara manusia adalah berbeza diantara satu dengan yang lain.

Kalau demikian ujiannya maka sudah berapa kalikah kita bersolat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya menyatukan pekerja dibawah kita, merapatkan silaturahim sesama mereka bahkan berapa kalikah kita betul-betul jujur dan ikhlas bersalaman dengan mereka? Ingatlah! pertuturan, raut wajah, dan penampilan seseorang pemimpin boleh dibuat-buat supaya nampak ramah-tamah tetapi tanpa keikhlasan dalaman ianya tidak memberi sebarang makna.

Kerana itu jangan disalahkan orang bawahan jika setelah seseorang itu tidak lagi menjadi pemimpin maka ramai pekerja bawahannya dahulu menjauhi diri darinya dan bila ditanya kenapa? jawabnya kerana "dahulu ketua saya hidup penuh kesombongan".

Salah seorang pemimpin yang bila terjadinya sesuatu kesalahan terus sahaja para pekerjanya yang disalahkan dan terlebih salah lagi jika disebarkan pula kepada orang lain yang tidakpun berhak mengetahuinya. Malanglah jika seorang pemimpin yang sentiasa memberikan pendapatnya dan dipaksakan untuk diterima tetap jika ada orang bawahan yang memberi pandangan maka ditolak serta-merta bahkan terlebih malang jika dengan penuh takbur sanggup berkata bahawa apa yang saya kata adalah benar dan kebenaran itu adalah saya.

Tidakkah kita teringat bagaimana sahabat nabi SAW, Abu Bakar As-Siddiq semasa memberi ucapan utama ketika dilantik menjadi khalifah :
"Saudara-saudaraku! Aku dipilih menjadi pemimpin bukan kerana aku terbaik di antara kalian, bantulah aku jika aku berbuat baik dan luruskanlah aku jika berbuat salah, sifat jujur adalah amanah dan kebohongan adalah khianat".

Dengan demikian sebagai seorang pemimpin sepatutnya kita berhemah tinggi dan mengamalkan konsep musyawarah demi mendengar semua perkataan atau pandangan hatta dari tukang kebun sekalipun.

Ingatlah bahawasanya diri pemimpin bakal bersilih dan bila tiba gilirannya pemimpin baru akan menggantikan tempat itu manakala pemimpin lama bakal dihakimi tentang kepimpinannya.

Dabong, 22 Nov. 2010
19:45

Selasa, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA : Selamat Berkorban Pengundi DUN Dabong

Salam Aidiladha. Kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ciptaan Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam, krew Laman Nurani mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat berkorban apa sahaja.

Kepada pengundi di UPU Kandek dan UPU Biak di Dun Dabong, selamat berkorban lah yer...Berkorbanlah sikit, sising seluar tuh, akat kain baju kurung tuh sikit masa nak naik perahu. Berkorban lah yer...tunggu lah sehingga Maharaja Cheng Ho dtg 5 tahun sekali untuk membuka lembaran baru kepada kita semua.

Apapun, anda memang versatile la...memang anda telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Laksamana Cheng Ho dan juga Puteri Hang Li Po sebagai lidah dan juga mata telinga anda kepada Maharaja Negara Pasir Berdengung. Kisah ini sebelum zaman Raja Fasola lagi nih.

Jadi pada tahun ini setelah lama menanti, sekali lagi kita semua mesti berkorban lah, basah sikit baju seluar raya tu, biasalah...sebab main dengan air...BERKORBANLAH...

Kenderaan-kenderaan anda semua tuh, BERKORBANLAH untuk ditinggalkan di Kampung Kandek, walaupun anada beli dengan harga yang mahal, cantik, tetapi malangnya tak dapat dibawa balik ke depan tangga rumah...apapun, BERKORBANLAH.


Semuga musim 'MENUAI KALI KE-13' nanti, kita semua harus BERKORBAN semua yang ada bagi memastikan peti undi kawasan kita itu KOSONG ataupun 100% ROSAK!!!...itu tanda protes kita!!!...

Dabong, 10 Zulhijjah 1431.
Selamat Berkorban.

Khamis, November 11, 2010

MEROKOK HARAM DISISI ISLAM : Jom Sama-Sama Kempen

Sejauh manakah kempen ini dibuat dan bagaimanakah reaksi dan kerjasama dari semua pihak? Jika Merokok Haram, adakah perkara2 yang berkaitan dengannya akan menjadi haram? Membeli, menjual, membawa, membungkus, tolong beli, tolong jual, dan sebagainya sebagaimanya haramnya jika berkaitan dengan ARAK..Fikir dan renungkanlah...

Rabu, November 10, 2010

Under Construction

Salam sejahtera semua. Terima kaseh kepada semua penjenguk dan pelayan setia Laman Nurani, anda memang biso lah. Menjadikan Laman Nurani suatu blog yang ingin diteroka. Anda yang menjadikan Laman Nurani nampak meriah. Terima kaseh semua.
Jalan Sungai Sam-Dabong yang rosak teruk sedang dalam pembaikian.

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah baru. "Under Construction". Kisah ini berkisarkan kepada kesinambungan isu-isu kemudahan rakyat di Kawasan Dun Dabong.

2,3 minggu ini, suatu berita gumbira buat pengguna jalan raya Dabong-Sungai Sam. Ini kerana pihak yang berwajib dan bertanggungjawab telah hadir tampil menjalankan tugas hakiki mereka dengan membaiki kerosakan di jalan rosak berhampiran Kampung Sungai Sam.

Syukur yang tidak terhingga kami semua ucapkan kepada Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam yang telah mencetuskan dan membuka hati-hati pihak berwajib supaya mendengar rintihan, keluhan, aduan sepanjang masa dari kami serta telah setuju untuk membaiki jalan tersebut.

Status lokasi itu sekarang ini ialah Under Construction.

Penat lelah selama ini terasa sedikit hilang setelah mendapati jentera-jentera pembaikian jalan bersedia untuk membaiki jalan.
Kerja-kerja pembaikian jalan sedang dilakukan.

Walau bagaimanapun, kami tidak akan lupa kepada 3,4 lokasi lagi kerosakan jalan di sekitar Dun Dabong. Kami akan terus mendesak dan mendesak sehingga dibaiki. Sebab semuanya di Malaysia ni, jika kita sebagai rakyat ni tidak mendesak secara agresif, maka tidak akan ada sesiapa pun yang nak hiraukan akan nasib kami di dalam HUTAN dan di kawasan HULU KELANTAN ni.

Sesiapa wakil rakyat ke, syarikat ke, jabatan ke, siapa2 ke yang nak mengaku jalan yang dibaiki tu adalah projeknya, sila lah mengaku, kami tak kisah pun siapa2 nak mengaku dan nk mendabik dada...sebab apa yang kami kisah hanyalah jalan-jalan rosak. Kalau sesiapa cuba nak menagguk di air keroh, bukan di Melaka, maka silalah....besar publisiti tuuuuuuuuuu...(AKU CUMA NK TGK GELAGAT AHLI POLITIKUS jerr mcm mana nanti).