<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Khamis, Ogos 12, 2010

Sirap Selasih


Kenangan Ramadhan bersama-sama sahabat-sahabat semasa di kampus tetap tidak saya lupakan. Berbuka bersama-sama, sahur sama-sama. Berterawih di Masjid Khalid Al-Walid. Hmmm...lagi satu, SIRAP SELASIH. Sejenis minuman yang sentiasa kami beli. Kepada Subki, Marzuki, Suha, Hafizi, Mustakin, dan yang lain-lain yang saya tak sebut disini, saya hadiahkan Lagu Sirap Selasih buat anda semua. Semoga anda masih meningati lirik dan senikata lagu ini ya. He he he...

(Nyanyi ikut senikata lagu Kasih Kekasih - In Team)

Tak perlu aku ragui
Sedapnya sirap yang mak beli
Kita saling
Gemar-menggemari
Buat berbuka nanti

Ayah pun menyetujui
Menghulur duit di jari
Dengan rezeki dari Ilahi
Sirap pun dapat dibeli

Sebelum dihabis minumkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari doa berbuka puasa
Agar kita lebih bersedia
Ke masjid untuk terawih pula

Kau tahu ku mengemarimu
Ku tahu kau menyukaikuu...ooh selasih
Bersabarlah sayang
Waktu berbuka kan menjelma jua

Sirap akan disatukan
Dengan campuran air, ais dan..ooh..selasih
Di sana sini kilang sirap dibuka
Tauke cina merasa bahagia

Semoga baki sirap kita
Disimpan di dalam peti
Berdoalah selalu
Moga rezeki berpanjangan.

(A Tribute to Member of A.P.I. Kolej Pertama, UTMKL. Semoga anda semua mengingati lirik ini lagi)