<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, Februari 05, 2011

2011 : Menuntut Janji (UPDATED!!!)

Selamat tahun baru 2011, nampaknya sudah hampir separuh bulan dah kita menjengah dan menghirup udara di Tahun 2011, untuk bulan Islam pulak, kita telah pun masuk ke lobi bulan kedua, iaitu Bulan Safar. Sungguh pantas masa berlalu.

Tahun 2011, sungguh banyak cabaran baik dari segi ekonomi, keselamatan, keselesaan, kesihatan dan pelbagai lagi. Ianya terpaksa kita semua harungi dan renangi jika ingin ke seberang. Sebab masih tidak ada jambatan untuk ke sana.

Sebut kata jambatan ni, suka saya ingatkan bahawa, janji JKR kepada kami bahawa mereka akan menuntut peruntukan di tahun ini untuk membina JAMBATAN KANDEK-BIAK di Dun Dabong, Kelantan.

Sejauh mana janji itu, Hanya Tuhan Yang Tahu. Mungkin ianya merupakan sebuah janji/polemik dalam pilihanraya, mungkin ianya cuma sekadar Janji Manismu, mungkin ianya sekadar Akukanji, mungkin ianya Janji Allah Pasti Berlaku, mungkin ianya Janji Diana, ataupun janji sekadar menutup desakan dari kami? Kita sama-sama tunggu dan perati serta amati dengan penuh minat ya.

Inilah janjinya...

Memang itu lah janji JKR yang dimaklumkan kepada kami sebelum ini. Tetapi pelik jugak kan, di awal 2010 lalu, itulah janji mereka, "..memohon peruntukan pada Tahun 2011.." Akan tetapi, jika saya membuat aduan untuk mengetahu sejauh mana perkembangannya, pihak Biro Pengaduan Awam telah gagal memberikan jawapan secara bertulis kepada saya. Sama ada jadi buat ke, dlm perbincangan ke, dalam tindakan ke, semua itu mereka diamkan dan senyapkan kepada kami sebagai rakyat yang berdaulat di Malaysia nih.

Inilah jawapan Biro Pengaduan Awam. Kes tak selesai, tepai mereka menutup aduan saya.

Adakah ada satu konspirasi, mana kami tahu. Namun itulah hakikatnya.

Namun di awal 2011, saya dikejutkan sekali lagi dengan alasan baru, iaitu, "Sebab jambatan ini tidak dapat dibina adalah kerana, penduduk Kampung Kandek tidak memberikan tanah mereka untuk membina jambatan tersebut.." Ini merupakan satu alasan atau satu cerekarama serta satu anologi yang baru. Sebelum ini, sejak 2004 sehingga 2010, tidak pernah pun disebut alasan ini. Mungkinkan pihak yang berjanji ini cuba 'spin' isu?

Saya cukup dukacita lah jika alasan remeh dan alasan murahan ini dibangkitkan sekadar untuk menyekat suara-suara desakan dari rakyat. Sedar atau tidak, kita hidup di dalam sebuah negara yang merdeka dan mempunyai pelbagai undang-undang serta akta dan juga kanun. Termasuklah dalam bab-bab yang berkaitan hakmilik tanah. Di dalam KanunTanah Negara 1965, terdapat satu Akta Pengambilan balik Tanah 1960, jelas membuktikan bahawa membolehkan pihak pemerintah mengambil balik tanah milik rakyat untuk tujuan pembangunan dan unutk kegunaan umum dengan bayaran pampasan tertentu. Ini sudah termaktub di dalam akta tersebut.

Tidak pernah pun saya mendengar daripada penduduk Kampung Kandek yang membangkitkan hal tersebut. Maka 2011, cerita sebegini dibangkitkan. Huh...kalau dh niat di hati tak baik, cakap macam-macam untuk membela diri!!!.

Justeru, isu itu kami tangkis dan alasan itu tidak berasas sama sekali dan 2,3 kali. Selain itu juga, ada juga sahabat-sahabat kita yang memberikan komen serta pendapat yang agak berbeza serta membuatkan hati kami amat dukacita.

Mereka memberikan alasan dari sudut yang berbeza iaitu dari sudut ekonomik serta pikir untung dan rugi jika jambatan itu dibina. Haru biru hijau kuning merah kelabu sungguh macam nih. Anda kena sedar, kami enuntut jambatan sebab SEBUAH JANJI yang dibuat oleh para cendiakawan dan bangsawan yang minum dicawan serta makan dipinggan dan berak di jamban. Demi untuk memenuhi kepingan hati yang inginkan kemahsyuran dan keberadaan di dalam sebuah institusi rakyat, maka janji dibuat semata-mata untuk menangi hati rakyat memilihnya dalam pilihan hari raya.

Mengapa apabila rakyat dah pilih, bila masa rakyat tuntut Janji Diana anda tu, maka anda mula berfikir soal ekonomi asas, geografi, kemahiran hidup, ilmu hisab, alam dan manusia, matematik tambahan, perdagangan, sejarah dan juga pendidikan jasmani??? Mengapa masa anda memeterai janji tersebut, anda tidak pernah pun pikir soal-soal ini semua??? Adakah anda ni seorang ahli politik yang mengarut??? Maha Suci Allah Taala, kami dapat seorang pemimpin yang karut!!!.

Mengarut je lah, duk bagi alasan mcm tuh. Sebab semasa kamu berjanji dahulu, keadaan ekonomi asa, sejarah, alam dan manusia, perdagangan, kemahiran hidup lagi mundur dari sekarang. Mengapa masa jani tuh tak berfikir pun??? Inikah sikap ahli2 yang diamanahkan oleh rakyat??? Ingatlah, penduduk semua sudah pun lama menunggu jambatan ini, mereka sudah pun memberikan kepercayaan kepada janji BN, mereka juga telah menghukum BN, serta mereka juga memberikan kepercayaan kepada PAS, dan kini sedang menagih JANJI PAS pulak, itulah kata mereka. Jangan pulak mereka menghukum PAS disebabkan isu ini.

Memang para pemimpin tak suka bercakap isu pembangunan ini. Sebab hanya BN yang selalu sebut pembangunan, PAS akan sebut pejuangan agama, perjuangan Islam, jihad, jihad ternak, jihad ekonomi, macam-macam jihad lagi kepada para pengundi. Adakah pemimpin PAS sanggup berjihad meninggalkan kehidupan mewah menjadi sama dengan rakyat???

Mungkin ramai yang akan berkata, tak patut rakyat bangkitkan isu ini, kerana dunia semata-mata. kan? betul kan?? Mesti kamu yang di kota, di bandar yang tak perlukan jambatan ini akan berkata sedemikian kan??? hahahahaa...jangan bohong la, kamu mengeji saya, kamu mengeji penduduk yang mendesak benda ini sebagai mengarutlah, nonsense...kan???? Tanya diri sendiri la bro...

Sebab itu, sebelum berjanji, kena nilai dahulu mcm mana, boleh ke tak boleh..sebab bila dah rakyat mengundi, pasti mereka akan menuntut janji yg telah dibuat...rakyat di kampung apa lah sangat, mereka tak berani nk berdepan..., tak berani nk bangkit....sedap lah orang-orang di kota mempermainkan mereka. Cuba kalau mereka bangkit, mogok tak nak keluar mengundi mcm mana...Insya Allah jika modal jambatan ini masih lagi dibawa dalam p/raya nanti, saya cadangakan supaya dibuat mogok agar BOIKOT PILIHANRAYA...orang dibandar sedap lah cakap mcm2, jihad la, perjuangan la, pengorbanan la, apa2 lah, sebab mereka tak merasa perit getir kami di HULU nih...cikgu2 yg dtg mengajar disini, xsempat panas punggung, dh ulang alik ke JPN minta tukar...Hina sangat ke kami disini sampai apa2 pun jadi susah nk dibuat disini...

Ingatlah semua, ini zaman bukan seperti itu dulu punya zaman ya... Jika tidak bina juga sebelum pilihanraya umum nanti, tunggulah hukuman dari rakyat!!!.

Sila rujuk juga DISINI
serta DISINI JUGA