<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Selasa, Januari 17, 2012

Sajak Balak

Balak oh balak,
Kerana kau banyak jalan rosak,
Kerana kau jugak, banyak hutan jadi botak,

Balak oh balak,
Kerana kau ramai bertetak,
kerana kau ramai bersesak-sesak di pejabat Balak,

Balak oh balak,
Kerana kau ramai dapat beli Hiluk,
Kerana kau ramai dapat hidup sedak,

Balak oh balak,
Kerana kau air sungai nampak kelat,
Kerana kau flora fauna mati katak,

Balak oh balak,
Sampai bila nak habis tetak,
Sampai kini jalan tetap jugak rosak...

Balak oh balak,
Kenapa ambil balak tetapi tak boleh nk baiki jalan rosak,
Kenapa merogol hutan sehingga botak mcm tak ada otak...

Balak oh balak,
Kalau jalan rosak dibaiki tak apa jugak,
Kalau Jambatan dibina sebagai ganti tak apa jugak,

Ini tidak,
Kamu tinggalkan ia dengan botak,
Teganya kamu biarkan kami memberontak,
Hinanya kamu kepada kami yang meminta gertak,

Balak oh balak,
Ramai mata akan terbeliak,
Dari pemimpin hingga lah ke tok siak,
Siang malam duk cari kawasan balak,
Untuk mengunting bukit supaya botak,

Alasan diberi untuk kemudahan masa depan kelak,
Padahal JALAN TETAP JUGAK ROSAK!!!

Dinukilan di Dabong, 19.45


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ahad, Januari 01, 2012

2012 : Harapan & Impian

Selamat menikmati udara yg segar di pagi hari 2012. Seperti awal tahun-tahun yang sudah, maka begitu jugalah dengan tahun ini.

Bagi setiap insan yang bernyawa dan berilmu pengetahuan serta yang waras, sudah pastinya masing-masing mempunyai harapan dan cita-cita yang terpendam dan yang masih belum direalisasikan.

Bagi pendudukvdi bandar, harapan cara bandar, bagi penduduk di kota raya, mempunyai harapan yang berlainan pula, begitu juga dengan penduduk di dalam hutan, mereka juga mempunyai cita-cita yang mahu dikecapi.

Justeru harapan dan impian ini biarlah sejajar dengan tingkahlaku yang menjurus ke arahnya.

Bagi saya, harapan Jambatan Kandek-Biak dapatlah dibina pada tahun 2012 ini....namun....ntahlah....


Published with Blogger-droid v2.0.2
Published with Blogger-droid v2.0.2