<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Mei 23, 2014

Jambatan Kandek-Biak, Rahmat Untuk Semua

Sejak pembinaan Jambatan Kandek-Biak ini, pelbagai cabaran dan megnah yang terpaksa dihadapi oleh pehak pemaju. Dengan masalah debu dan bunyi bising serta pelbagai lagi.
Namun ia juga menjadi lobang rejeki buat penduduk di situ yang dapat bekerja dan juga melariskan jualan. Malah ada juga yang membuka gerai serta merta bagi menjual makanan dan minuman. Rahmat Untuk Semua.
Kini perhubungan yang terbatas dengan seputung sungai sudah tidak lagi menjadi sukar. Nampaknya sudah dapat dihubungkan dengan seberang sana.
Penduduk di Kg. Biak sudah tidak lagi perlu menaiki perahu untuk ke Kampung Kandek bagi menunaikan solat Jumaat.
Rahmat Untuk Semua. Aku senyum dalam perut sendirian melihatkan deretan motosikal penduduk Kg. Biak yang parking di Masjid Kandek.
Nampak tak apa itu..??..