<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, April 24, 2011

Suatu Waktu Dahulu

Apabila seorang sahabat memberitahu bahawa pihak berkuasa menafikan permit untuk mengadakan majlis-majlis ceramah umum, maka saya teringat akan suatu kisah yang saya hadapi SUATU WAKTU DAHULU.

Nostalgia. Itulah kata-kata keramat yang digunakan untuk kita mengenang kembali sejarah, pengalaman yang pernah kita lalui. Sama ada pahit, manis, suka, duka, panas, sejuk, dan sewaktu dengannya. Apapun, saya kembali menulis. Terima kaseh 'abang kalam-perdana' yang memberi ruang dan pedoman untuk saya melakar suatu kisah yang belum pernah dihebahkan dalam buletin perdana ataupun mana-mana media arus perdana. Semuga segala kisah ini dapatlah dikongsi bersama supaya ianya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang macam rambutan.

Wahai terdahulu...
dimana akan kami letakkan arah perjalanan ini
andai terdahulu tidak merintisnya...
Wahai terdahulu...
jalanmu dulu sudah terkambus
akulah yang selalu sesat tanpa sentuhan
sentuhlah aku dalam nada, dalam irama
sentuhlah aku dalam bahasa, atau telunjuk yang keras
supaya kami tahu apa yang kami tidak tahu...
katakan yang benar itu benar...
sedangkan mati itu benar...
Jangan ada diantara kami ada yang berkata,
terdahululah yang silap,
terdahululah yang lemah,
terdahululah yang meterialistik dan egoistik...
kamu tinggalkan kami dengan apa,
mana bakinya,
mana untuk kami,
cukuplah untuk kami kisha-kisah dari orang terdahulu...
cukuplah...

Saya teringat suatu babak...

Bermula sebuah kisah

Telefon Nokia 3310 saya berdering di sekitar jam 8.05 malam, pada waktu itu, saya dan rakan-rakan sebaya sedang berdiskusi berkenaan program selepas isya' nanti iaitu Majlis Solat Hajat Blok C. Saya menerpa ke arah telefon dan didapati nama 'orang besar' HEP tertera...difikiran saya, memang sudah jangka apa yang akan ditanya dan didialogkan nanti. Sebab petang tadi lagi kuda-kuda tunggangan mereka sedang berdengus bekeng mengenai perkara solat hajat ini. Jadi, nak kata saya menunggu panggilan tersebut tidak juga, tapi memang saya bersedia menjawab dan betanggungjawab atas apa yang saya kerjakan. Saya menjawab dan memberikan salam mesra kepadanya. Dia menjawab dengan nada yang agak keras pada malam itu. Mana taknya, tujuannya hanya satu, sengaja mencari kesilapan saya pada waktu itu. Anggapanku benar belaka..berikut adalah dialog yang sempat dirakam

(mungkin terdapat gaya bahasa yang diubah dan terdapat beberapa dialog yang tertinggal, dah lupa, harap maaf, namun ia tidak menjejaskan maksudnya)

"Zul, saya dengar kau tampal poster pasal solat hajat malam ni, betul ke?"

Betul...kenapa? ada masalah ke?

"Kau buat kat mana?

Saya buat kat dataran Blok C. Encik nak join ke? Boleh je...(sinis je saya jwb)

"Kamu minta kebenaran dengan sape nak buat solat hajat ni? Ada surat kebenaran tak? Saya dah telefon pengetua dan felo, mereka semua tidak tahu"

Saya tergaman seketika...hu..hu..hu... Surat kebenaran memang tak ada. Macam ni encik, ini program blok saya, sama lah dengan aktiviti membersih blok, aktiviti riadah ahli2 blok, aktiviti main sokan kat blok, so, majlis solat hajat ni pun sama lah jgk...takkan itu pun nak bagitahu satu-satu...dah kira aktiviti blok kami. So, saya rasa, tak perlu minta kebenaran, sebab saya AJK Kolej, kami buat aktiviti kolej.

"Saya tahu la...tapi itukan melibatkan jumlah yang ramai, kamu tahu AUKU? berkumpul lebih dari 5 orang merupakan suatu kesalahan, kamu boleh dihukum".

Saya amat maklum encik pasal AUKU tersebut,..

"Dah 2...? Kenapa buat jugak? Saya tak puas hati la dengan kamu nih... Nak kami hukum kamu?

Bukan mcm 2 encik, saya nak tanya encik lah, kalau berkumpul lebih dari 5 orang itu perlu kebenaran, jadi yang kami duk main sepak takraw, main badminton petang2 yang lebih 5 orang ni salah la? Lagi satu, yang berduyun-duyun kuar gi makan 2 pun slah la ye?

"Pandai ye kamu ni...nanti saya akan hantar surat tunjuk sebab, dan saya minta kamu balas surat tersebut mengapa tinndakan tatatertib tidak boleh diambil keatas kamu..."

OK, tak menjadi masalah, Insya Allah saya akan hantar secepat mungkin.

"Ni lagi satu, kenapa kamu buat kat dataran blok? Kenapa tak buat kat masjid?"

Macm ni encik, soal tempat ni, kat mana2 pun sah, asalkan bersih sahaja, sengaja kami memilih dataran blok kerana ianya berhampiran dengan bilik pelajar. Jadi secara tidak langsung, para penghuni blok kan sertai kami, kalu buat kat masjid, diorang tak pegi, jauh la, mcm2 alasan lagi, jadi, kalu buat kat depan bilik dia, at least dia malu, so nak tak nak, diorang akan sertai kami.

"Hmmm....masalahnye sekarang, semua felo, pengetua tak tahu kamu buat ni, kamu tampal poster kat pintu2 tandas kan? Saya tak puas hati lah...kamu buat solat hajat untuk apa sebenarnya ni? Apa pengisian lagi? Ada slot2 ceramah ke?

Kami buat solat hajat, supaya selamat, murah rezeki, mudah belajar, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, kami mahukan suasana yang solehah di blok, tidak mahu gejala-gejala sosial berleluasa sekarang ni. Salahkah kami nk buat solat hajat tolak bala? Lepas solat, kami bersurai lah. Bukan jemput sape2 pun bagi ceramah. kalu encik nak join pun saya alu-alukan...

"Tak salah, tapi cara kamu tak betul, tak minta kebenaran...takpelah zul, saya malas nak berbahas dengan kamu, sy bukan nk join pun, cuma sya dapat maklumat kamu buat solat hajat, so, saya tanya kamulah. Xpelah, nanti kamu jawablah sendiri dengan pengetua kamu, nanti saya akan hantar surat tunjuk sebab kepada kamu, malas saya nak layan kamu nih"

Ok lah encik, Insya Allah nanti saya akan hantar surat pada encik selanjutnya. Nanti saya akan gitau pengetua saya bekenaan hal ini.

Selepas salam dilafazkan, maka dia menamatkan perbualan setelah hampir 25 minit meleteri saya. Dalam perbualan tersebut, memang dia amatmarah dengan saya dan memang dia tidak berpuashati dengan jawapan saya yang tenang dan damai. he..he..he...(Bila Kalah berhujah?)
Selepas kejadian itu, saya terpakasa perjelaskan satu-satu kepada semua felo mengapa say buat di dataran blok. Alhamdulilah, semua felo faham. Yang anehnya, sambutan para pelajar amat menggalakkan. Bila buat di masjid, tidak ramai yang turun...
Kepada sahabatku yang ada bersama pada waktu saya dileteri tersebut, ingatlah, perkara yang baik yang kita buat, tetap tidak diterima oleh sesetengah pihak yang merasa kerugian bilamana kita semua bersatu.

Sekaj dari hari itu, pelbagai tekanan yang kami perolehi dalam menjayakan setiap program, namun berkat usaha sama dan iltizam yang tinggi, kami hadapinya dengan sabar. Syukurlah ianya membuahkan hasil yang success.