<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Mei 24, 2009

KTMB lancar tren ulang-alik Tumpat-Dabong



DABONG 24 Mei — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan tren ulang-alik berhawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada penumpang terutama pelajar yang tinggal di pedalaman Kelantan.

Pengarah Urusan KTMB Datuk Abdul Radzak Abdul Malek berkata tren bagi perjalanan Tumpat-Dabong-Tumpat itu bermula 3 Mei lalu dan perkhidmatan itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Tren sebelum ini yang dikenali sebagai tren pasar sangat tidak selesa terutama kepada pelajar yang terpaksa pulang lewat dalam keadaan panas. Memahami keadaan itu KTMB membuat satu pembaharuan memperkenalkan tren ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran tren itu di Stesen Keretapi Dabong di sini, hari ini.

Abdul Radzak berkata jika sebelum ini lebih 200 pelajar yang bersekolah di Dabong terpaksa pulang pada pukul 3.10 petang tetapi perkhidmatan tren baru itu akan bertolak dari Dabong pada pukul 2.10 petang.

“Ia menjimatkan masa kira-kira sejam untuk pelajar pulang ke rumah manakala ia juga mempercepatkan masa guru yang berulang alik antara Tumpat dan Dabong,” katanya.

Beliau berkata tren ulang-alik itu boleh dikenali melalui nombor khas yang dilekatkan pada tren iaitu bernombor 85 bagi perjalanan pergi dan 86 bagi perjalanan pulang.

Untuk perjalanan pergi, tren bertolak pada pukul 10.45 pagi dari Tumpat dan berhenti di stesen Wakaf Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Temangan, Kuala Krai, Manek Urai, Bukit Abu dan Dabong.

Bagi tren 86, ia bermula dari Dabong, Kuala Gris, Bukit Abu, Kampung Baru Bukit Abu, Ulu Temiang, Kampung Baru Sungai Mengkuang, Manek Urai, Kuala Krai, Temangan, Tanah Merah, Tok Uban, Pasir Mas, Wakaf Baharu dan Tumpat.

Abdul Radzak berkata para pelajar yang ke sekolah pada sebelah pagi, mereka menaiki tren khas lain yang telah dinaik taraf dan berhawa dingin, lampu lebih terang serta tahap keselamatan lebih tinggi.

Mengenai harga tiket, beliau berkata ia sangat berpatutan untuk pelajar malah diskaun lebih menarik diberikan apabila membeli pas bulanan.

Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Dabong, Hakim Hakimi Mohamad berkata tren baru itu ia sangat selesa dan jadual perkhidmatan membolehkannya beliau pulang lebih awal ke rumah.

“Harga tambang hanya 80 sen untuk pergi balik dan ia sangat berpatutan terutama kalau saya beli pas bulanan,” katanya.

Seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah sama, Hazama Ismail memuji langkah KTMB memperkenalkan tren baru itu kerana memahami masalah pelajar di pedalaman yang sebelum ini menaiki tren langsung tidak selesa.

“Saya harap pelajar dapat memanfaatkan tren ini dengan dapat pulang awal dan dapat menelaah pelajaran sementara berada dalam koc yang selesa sebelum sampai dan pulang dari sekolah,” katanya.

Selain itu, Abdul Radzak menasihatkan para pelajar tidak membuat vandalisme ketika berada dalam tren kerana KTMB memerlukan perbelanjaan besar untuk memperbaiki kelengkapan tren yang rosak.


Sabtu, Mei 23, 2009

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? - Prof Dr Aziz Bari


(Detikdaily) KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

"Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".

Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.

Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.


Jumaat, Mei 22, 2009

Kenangan Mengusek Jiwa

Bersembang dengan shabat-sahabat lama memang mengasyikkan. Subur kembali kenanagan-kenanagan disaat bersama dahulu. Teringat lagu Allahyarham A.Ramlee, Kenangan Mengusek Jiwa. Sudah agak lama saya tinggalkan kehidupan di kampus. Begitu juga sahabat-shabat saya. Masing-masing mebawa diri, membawa hala tuju, membawa penghidupan ke arah yang bahagia. Dalam tempoh itu, ada yang saya jumpa dan ada yang saya tak pernah jumpa sejak perpisahan itu.

Tak mengapalah. Diharap semuanya berada dalam kebahagian yang sebenar. Medan intenet inilah menjadi penghubung yang bisa kita manfaatkan sepenuhnya supaya hubungan tidak luntur dek klorok. Ada la dalam sebulan dua ni saya dapat berhubung dengan sahabat yang sudah lama tidak ketemui. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan hal sendiri, kerja, sambung belajar, dan tak lupa juga yang telah meninggal dunia. Al Fatihah buat arwahnya.

Hmmm....jika di kampus dulu kita hidup bersama, makan bersama, main bersama, tidur bersama, balik kampung bersama, buat program bersama, pendek kata, kehidpan di kampus, memang bersama-sama. Suka, duka, gembira, sedih, sakit, demam, dirasai bersama-sama. Alangkah indah hidup masa tu. Tetapi kini tiada lagi. Kita hidup bersendirian tanpa teman, tidak ada lagi gurau senda Subki, celoteh Nashuha, dan cuit cerapit Marzuki. Hafizi dan Suhaimi telah membina keluarga bahagianya. Bessnye...

Memandangkan sudah lama tak bersua, hanya bertanya khabar dalam ruangan maya tanpa sempadan ni, amat berbeza benar. Kita hanya membaca butiran-butiran teks yang dihantar. tanpa mendengar nada, sama ada sinis, sindir, ketawa, gelak...hmmm....memang berbezalah!!!

Ada yang dah kawin, belum kawin, yang dah dapat anak pun ada, bahagia benar mereka. Kepada yang dah kawin, sayangi dan cintailah isteri/suami anda sepenuhnya. Bahagiakanlah isteri/suami anada semua. Didiklah anak-anak anda dengan didikan yang sempurna. Ingatlah, anak-anak dan isteri/suami adalah anugerah Allah kepada kita semua. Selain itu, ada juga sahabat yang sempat saya sembang masih tidak menemui jodoh lagi, macam saya juga, he..he..he.. Insya Allah, berkat doa, kita senua diberikan jodoh yang sesuai untuk kita semua.

Tidak kurang juga, ada yang mengalami konflik rumah tangga, sama ada serius atau tidak. Kepada sahabat-sahabat yang merasa tidak bahagia bersama pasangan masing-masing, jangalah terlalu mengikut perasaan sangat. Berusahalah menyayangi pasangan anda seadanya. Itulah jodoh anda semua, cubalah membina keluarga yang bahagia. Jngan sesekali merasa kecewa dengan pasangan anada, bawalah berbincang elok-elok. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesainya. Kenalah berlapang dada bincang bersama-sama. Dapatkan nasehat dari orang-orang yang lebih tua dari kita. Biasalah asam garam gula kehidupan.

Perkara lain yang sering ditanyakan adalah berkaiatan penglibatan dengan parti-parti politik. Ini kerana, kalu di kampus dulu, bukan main lagi semuanya, aktif, bersemangat, bersungguh benar mahu merubah kerajaan yang ada. He..he..he.. Maka saya berterima syukur pada Allah kerana masih ada lagi sebilangan kecil shabat-shabat lama yang masih aktif seperti dulu. Sama macam saya juga. Syukurlah, janji dan azam anda semua masih kekal hingga hari ini. Semuga anda semua istiqamah dalam jemaah Islam.

Apa yang saya sedih ialah terdapat sahabat-sahabat yang telah lari menyimpang dari landasan yang benar. Alasannya, tak sempat, banyak keje, tak dan nk caro ko jemaah. Hmmm...sungguh malang nasibnya ya... Ingatlah apa yang anda semua janji dan lafazkan dulu. Kita pernah direndam dalam kolam, dalam sungai tengah-tengah malam, diherdik, dimaki hamun, semata-mata supaya kita ingat apa ikrar kita. Supaya kita ingat apa janji kita pada agama waktu itu. Oleh itu, muhasabahlah diri sebelum terlambat.

Hmmm.....itulah antara pengalaman-pengalaman yang saya dapat kongsi semasa berbicara dengan sahabat-sahabat yang pernah hidup bersama-sama suatu waktu dahulu. Kepada semua, hargailah sahabat anda, kerana selepas ibu bapa, shabatlah orang yang paling dekat dengan kita semua. Jangan kita abaikan kepentingan sahabat kita, kelak kita akan perlukan mereka.

Dengarkan lagu ini,(....) khas untuk anda yang membaca artikel ini.


Al-Fatihah

ADUN N41 Manek Urai kembali ke Rahmatullah


Allahyarham Hj. Ismail Yaakob

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambaratas) telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Semoga rohnya dirahmati Allah SWT. Sama-samalah sedekahkan al-fatihah.

Al Fatihah.....



Rabu, Mei 20, 2009

Apa Nak Dikata Bila...

Salam perjuangan.

Selamat melayari blog saya ini. Semuga tuan-tuan semua berada dalam kerahmatan Ilahi yang hakiki. Apa khabar iman dan Islam anda semua pada hari ini? Di harap semuanya mantap dari hari ke hari. Insya Allah kita semua aman, sihat dalam beramal kepada Allah SWT. Tidak ada perkara yang paling berharga selain dari keredhaan Allah SWT.

Pada kali ini saya ingin utarakan satu musibah yang melanda dan telah sekian lama melanda kita semua. Sama ada kita sedar atau tidak. AMANAH. Ianya sering dikaitkan dengan kejujuran dan akhlak sesorang. Sama ada amanah yang diberi atau amanah yang diminta. Ingatlah, orang yang amanah akan dipandang mulia di kalangan masyarakat, tetapi orang yang tidak amanah, walaupun dimuliakan manusia, tetapi akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat kelak. Setiap kita diberi amanah dalam hidup ini. Ibubapa, guru, pekerja kerajaan, jurujual, dan lain-lain lagi. Persoalannya, sejauh mana kita menjaga amanah yang diberikan itu?

Amanah ini amat besar unuk dirungkaikan. Kadang-kadang kita hanya melihat kepadasesuatu yang besar, seperti amanah kepimpinan, amanah menjaga harta benda orang, tetapi adakah kita amanah pada diri sendiri? Konsep amanah ini adalah berhubungkait dengan akhlak diri seseorang, dalam agama Islam, memang sifat ini amat dititikberatkan. Islam mengajar kita berlaku adil dan amanah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan seharian. Tidak kira apa kerja yang kita buat, di pejabat, di jalanraya, di sawah padi, atau di tengah laut.

Saya suka ambil contoh senario yang sering berlaku seharian di dalam sektor awam. Sudah banyak aduan yang diterima dari orang ramai tentang kredibiliti penjawat-penjawat awam. Pelbagai isu, antaranya staf tidak ada di pejabat pada waktu bekerja, salah guna kuasa, meminta 'duit kopi' untuk melunaskan kerja pelanggan, tidak ikut prosedur, tidak ikut pekeliling perkhidmatan, membazir wang kerajaan untuk kepentingan peribadi, dan lain-lain lagi. Inilah antara senario yang sering diperkatan oleh orang ramai saban hari.

Berbalik kepada isu-isu tadi, sedar atau tidak sebenarnya masalah ini seolah-olah tidak ada penghujungnya. Pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi ianya masih di tahap yang sama. Usahkan ada KPI, Indeks Akauntabiliti, Unit Inspektorat, apa-apa lagi lah yang dirancang bagi menjamin kredibiliti penjawat awam di negara kita. Semua itu adalah buatan manusia. Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, semua ini tidak akan selesai selagi kita tidak membawa pejwat awam ini mengenali Islam. Dengan Islam lah semuanya akan selamat dunia dan akhirat.

Soal staf tidak ada di pejabat pada waktu pejabat, ini isu lapuk. Tapi sering kali dituturkan oleh orang ramai. Mana perginya sifat amanah staf-staf tersebut? Mana perginya sumpah setia semasa menerima jawatan tersebut? Mana? Mana? Mana? Itulah kekecewaan yang paling amat terasa bila sumpah dan ikrar kita lupakan. Kita sudah abaikan amanah dan tanggungjawab kita. Tetapi, bila pelanggan marah, kita merasa tidak puas hati. Betul tak??? Sedarlah wahai penjawat-penjwat awam semua, ingatlah amanah dan tanggungjawab kita semua.

Di sini ada satu kes yang saya nak kongsikan kepada pembaca semua. Berkaitan salahguna kuasa oleh staf di pejabat lama dahulu. Diceritakan oleh sahabat lama saya. terima kaseh kerana kongsi kisah ini. Jadi saya abadikan untuk semua dalam penulisan ini untuk pengajaran kepada semua. Ianya berlaku ekoran pertukaran ketua pejabat. Maka alkisahanya bila satu pekeliling (klik) yang dikeluarkan kerajaan berkaitan pembelian telefon bimbit. Maka hamba Allah tadi pun mengambil kesempatan untuk membelinya ekoran peluang yang ada di depan mata. Apa yang dikeluarkan oleh kerajaan itu betul, tapi apa yang dinuat oleh hamba Allah tadi tidak betul, tidak amanah dengan apa yang diarahkan. Apa yang dibuat, tidak sama dalam arahan pekeliling tersebut. Dalam pekeliling, dinyatakan bahawa jumlah-jumlah yang boleh dituntut dengan pejabat mengikut kelayakan gred masing-masing. Tetapi dia tidak mengikut apa yang disyaratkan. Maka berlakulah lebihan bayaran ke atas alat tersebut. Maka, adakah orang yang macam ini yang kita nak jadikan contoh teladan? Tidak beramanah macam ni, itu baru sikit. Tidak mustahil satu hari nanti, akan berlaku pecah amanah yang jumlahnya beratus-ratus ribu malahan juta-juta.

Saya suka menarik kisah ini supaya kita semua nampak akan akhlak para penjawat awam yang dengan rakusnya membatsi amanh dan nilai-nilai murni ekorang 'persegaran' diri sendiri. Jika kita ada kepentingan diri sendiri, kita sememangnya tidak layak sedikitpun menjadi ketua. Banyak lagi lah isu-isu, kes-kes yang sering berlaku berkaitan amanah dan tanggungjawab ini. Soal amanh dengan Allah? Tidak dikupas lagi. Berapa ramai penjawat awam yang mengabaikan soal solat harian? Ekaoran sibuk bekerja, nak mengejar waktu, sehingga terpaksa tinggalkan solat. Inikah yang kita harapkan menjadi ketua, pemimpin contoh?

Maka persoalan tadi akan terjawab dengan mempelajari ilmu agama yang sebenarnya. Allah telah menghantar Nabi Muhammad membawa ajaran Islam sebagai panduan dalm setiap gerak geri kehidupan. Pesanan terakhir saya kepada semua penjawat awam, rajin-rajinlah menikuti majlis-majlis agama, kerana dengan ilmu pengetahuan agamalh kita akan dipandu dan dipimpin ke arah jalan yang selamat dunia dan akhirat. Walau harta bertimbun, tetapi akhlak buruk, tidak amanah, salah guna kuasa, Allah tidak sayang untuk humbankan kita ke dalam api neraka. Biarpun di dunia ramai kaki bodek, kaki kipas lipas, tapi di akhirat, kita kesaorangan. Hanya amalan yang baik akan menjadi pelindung kita adari api neraka. Bukan harta benda dan bukan wang ringgit. Ingatlah!!!



Selasa, Mei 19, 2009

Tak Salah Bukan Islam baca al-Quran, masuk masjid

Oleh: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.”

Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.


Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan.

Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.”

Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa.

Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa.

Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran.

Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah?

Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya.

Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam?

Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau.

Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian.

Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah.

Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang.

Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.

Dari blog bypass308.blogspot.co


Isnin, Mei 18, 2009

BN mengaku kalah? Tidak tanding kerusi Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. namun kitadapat menilai sendiri bagaimana susahnya BN ingin mengemukakan alasan di atas dan sekurang-kurangnnya sebanyak tiga kali mesyuarat penting dilakukan untuk memutuskan keputusannya pada hari ini.

Bermula dengan Mesyuarat MT UMNO, selepas itu Biro Politiknya dan hari ini Majlis Tertinggi BN baru ada keputusan.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Umumnya dapat memberi jawapan kalau BN berhadapan sekali di Penanti dengan Pakatan Rakyat, keputusan awal telahpun diperolehi iaitu memihak kepada PR. Inilah sebenarnya faktor yang sebenar BN tidak meletakkan calonnya kerana takut kalah. http://idhamlim.blogspot.com/


Selamatkah Kita?!

'Kita hanya jual di luar Perak' - Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babi


SEORANG penduduk, Azmi Yunus menunjukkan salah satu kolam ternakan ikan keli yang menggunakan air kumbahan babi di sebuah kawasan dekat Ipoh semalam.





IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.




Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.


Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Hari Guru!!!

Selamat hari guru saya ucapakan terutama sekali kepada ayahandaku & bondaku yang merupakan guru bagi madrasahku yang pertama di dunia ini. Ayahandaku yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Paloh 3, Gua Musang dengan ucapan Selamat Hari Guru!!! Kepada semua cikgu saya yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak sejakku di bangku PASTI lagi (Umur 4 Tahun). Guru-guruku di Sekoleh Kebangsaan Dabong, Sekolah Menengah Dabong, Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Universiti Teknologi Malaysia, City Campus. Serta seluruh guru di Tanah Melayu. Jasamu tetap kukenang selamanya. Terima kaseh cikgu, dengan didikanmu dahulu, saya bisa mengenal dosa & pahala, syurga & neraka. Semoga cikgu semua diberkati Allah SWT. Bertugaslah dengan sikhlasnya di dunia ini. Insya Allah.















































Walau apa pun isu yang melanda. Engkau tetap seorang guru yang tabah. Mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna kepada Agama, Bangsa & Negara. Takbirrr!!!!!....Kepada Tok Guru Nik Aziz, dikaulah guru yang ulung bagi seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim. Jangan berputus harap, kami sentiasa di belakangmu.

Al-Fatihah kepada arwah guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.

Dabong, 16 Mei 2009.


Rabu, Mei 13, 2009

13 Mei : Perutusan Tok Guru

http://kickdefella.wordpress.com
13 05 2009

“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan supaya kamu saling berkenalan, beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu umat manusia” – Surah Al Hujuraat ayat ke 13.

May 13_0003

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat memulakan sidang media yang penuh sesak dengan ayat di atas. Sidang media ini bukan saja sesak dengan pengamal media dari saluran perdana dan media online, tetapi juga dihadiri oleh Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Penyokong Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan politik dan pegawai-pegawai Halaqat.

Tuan Guru membaca teks yang ditulis tangan dengan tulisan jawi. Berikut adalah intipati teks deklarasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 13 Mei 2009.

  1. Rakyat Malaysia perlu mengingatkan diri sendiri dengan perasaan cinta dan menyintai satu sama lain.
  2. Rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.
  3. Kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen maka kita perlu diberikan kembali hak-hak sivil kita termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan rules of law dan natural justice. Serta amalan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.
  4. Hak-hak itu perlu dikembalikan segera jika ia telah dirampas dari mereka selama ini
  5. Rakyat pelbagai bangsa, etnik dan keturunan perlu dijamin keselamatannya dari segala gangguan apa bentuk jenayah sekalipun.
  6. Selagi rakyat tidak selamat dari segala bentuk kegiatan negatif itu, selagi itulah kerajaan yang memerintah tidak akan selamat.
  7. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan mahabah serta menolak mana-mana pihak yang menolak perpaduan kaum, yang mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bertujuan melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.
  8. Kepada semua umat Islam saya menyeru, hayatilah mesej dalam salam yang disampaikan iaitu ‘peace be upon you’, disana ada makna yang sangat mendalam dan mesej persaudaraan tanpa batasan.
  9. Pada rakyat Malaysia amnya, mari kukuhkan persaudaraan dalam semangat kesepakatan rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.

Demikian adalah deklarasi yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Bilik Gerakan Negeri di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Sejurus selepas itu Tuan Guru menyatakan hasratnya untuk menjawab sebarang soalan yang sekiranya ada dari pihak media dan semua yang hadir.

Apabila diminta mengulas berhubung keputusan Majlis Syura PAS, Tuan guru berkata keputusan Majlis Syura sudah dibacakan oleh Timbalannya Datuk Harun Din kepada pihak media, Tuan guru tidak berhasrat memberi sebarang ulasan.

May 13_0019

Nik Aziz Berpatah Arang Dengan UMNO Barisan Nasional

Bila ditanya mengenai laporan akhbar yang memetik tulisan anaknya di blog berhubung persetujuan Tuan Guru menerima Kerajaan Perpaduan jika jawatan Menteri kewangan dan Pendidikan di beri kepada PAS tuan guru berkata,

“Tidak boleh, saya dengan UMNO saya tidak percaya. Terang-terang saya sebut saya tidak percaya keikhlasan dia, kerana dia telah tipu PAS, ketika dia tendang PAS dari Barisan Nasional, sedang dia tahu, PAS ketika hendak masuk Barisan Nasional tu, PAS pecah tiga kepada ada yang sokong, saya termasuk dibawah orang yang sokong masuk kedalam Barisan Nasional. Ada yang menjadi Hamim ada yang menjadi Berjasa”.

Tuan Guru juga memberitahu media betapa sukar untuk memulih balik PAS menjadi satu seperti sekarang dan berkata tiada jaminan yang UMNO tidak akan tendang PAS keluar seperti dahulu.

“Macam kami ni tolok kereta buruk UMNO lah, bila mapuh enjin dia ajak kami tolok, bila motokor jalan dia naik motokar kami kena sembur asap lagi.”

May 13_0041

Tapi Nik Aziz berkata, jika UMNO menukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, “Tak payah di ajak, saya sokong dia, tak ada sebablah nak lawan sesama Islam. Tapi kami lawan sekarang sebab UMNO bawak jalan sesat.”

Nik Aziz juga berkata sebagai orang Islam, “dalam sembahyang sering diulang tidak mahu jalan sesat!”.

Apabila ditanya oleh wartawan berhubung isu Kerajaan Perpaduan dan persaingan jawatan Timbalan Presiden diantara penyandang dan Dato’ Husam, Tuan Guru segera memotong dan berkata, “…Mana saya tau, tak tahu lagi, tetapi Perpaduan tak ada cara lain, lain pada UMNO ubah dasar dia daripada Kebangsaan yang menimbulkan perbalahan sesama kaum kepada Islam kerana Islam ini ajaran Nabi bukan ajaran profesor, ahli sains”

Tuan Guru juga menambah, “UMNO sendiri tendang presiden dia, bukan PAS tendang, UMNO sendiri tendang, dan di Perak pulak berlaku macam ini pulak. Semua Menteri Besar di Malaysia ini semua dilantik oleh rakyat. Rakyat menjadi hakim, hakim yang menentukan parti mana menang parti mana kalah. Di Perak pulak nasib tak baiknya Hakim menentukan Menteri Besar.”

Bila ditanya adakah Tuan Guru akan duduk semeja dengan UMNO jika UMNO tukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, Tuan Guru menjawab, “Bukan saja semeja, lebih pada meja pun saya mau lagi….”

Tuan guru juga menafikan dia berusaha untuk mantapkan hubungan UMNO dengan PAS, “mana ada saya usaha untuk mantap. Saya panggil UMNO supaya masuk PAS kerana PAS ini dasarnya Islam. Di mana tak kena Islam, saya nak mintak orang UMNO tunjuk.”

Bila ditanya bagaimana PAS boleh kerja dengan PKR yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi tidak mengamalkan Islam dalam Parti, Tuan Guru berkata, “Itu bukan parti saya, itu parti orang lain, dia nak kerjasama dengan saya, Alhamdullillah.”

May 13_0073

Isnin, Mei 11, 2009

Mee Jambol & Kerjasama Najib

(Gambar Hiasan)

Mee jambol. Itulah nama sejenis makanan yang tersohor di suatu tempat di negeri saya ini. Mungkin kerana namanya, mugkin kerana rasanya yang sedap, atau mungkin kerana harganya yang berpatutan. Apapun penyebabnya, saya sendiri belum pernah melihat, merasa, meyentuhnya lagi. Ia hanya dikhabarkan oleh seorang kenalan istimewa yang menyatakan ianya 'sedap hingga menjilat jari' itupun kalu mkan dengan tangan, tapi kalu dengan sudu, menjilat sudu lah..ha..ha..ha..
Terima kaseh kepadanya yang menyebabkan saya teruja untuk menikmati keenakan mee jambo.

Mlm tadi,sambil mengedit gambar nostalgia di komputer ni, terdengar dari corong speaker televisi yang mengatakan BN sedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di perak bagi mengatasi kemelut yang melanda. Sesekali saya teruja mendengarnya sepertilah saya teruja mendengar mee jambol. Sungguh ikhlas suara Mr. Najib tatkala mahu berkompromi dengan Pakatan Rakyat. Adakah kerana tersepit, adakah kerana mahu meraih undi popular, atau adakah beliau sudah insaf?. Apapun ia hanyalah 'mainan politik' semata. Semua kita tidak tahu sejauh mana keihlsananya itu, sama seperti saya tidak tahu akan keenakan mee jambol tadi..Oh my dear, please send me a bowl of mee jambol... he.. he.. he..

Saya hanya mendenagr dari jauh pemebrita menyebarkan dakyahnya td tanpa menghiraukan apa yang dia nk cakap. Tetapi di dalam hati, hanya satu yang mula-mula keluar, adakah kerana Mr.Najib telah tersepit dan mahu menutup keaibannya dengan menawarkan 'program kerjasama' tersebut. Kadang-kadang ingin rasanya memberitahu seluruh dunia akan kekalutan Mr. Najib ini. Sungguh kelakar kenyataannya malam tadi. kah...kah...kah... Sama-samalah kita tunggu apa yang berlaku seterusnya. Sama ada sedap ke tidak, masin ke manis, pedas ke enak. Itulah hakikat mee jambol dan sebuah kerjasama najib.

Saya tak pernah rasa pun mee jambol tersebut dan kita semua tak pernah tahu pun apa yang difikirkan oleh Mr. Najib. Tapi kedua2nya mempunya keterujaan yang sama. Masing2 mahu mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan keenakan mee jambol dan keikhlasan sebuah kerjasama.

Kepada sahabatku yang mendengar Mr. Najib dalam berita tadi, harap konsi-kongsilah pendapat anda semua, kerana perkongsian idea akan mencambahkan tunas-tunas pembentukan minda yang berdaya maju. Jangan lupa, nati kita ke utara kelantan utuk menikmatai mee jambol. he..he..he..




Ahad, Mei 10, 2009

Apa Erti Semua Ini???

Dendam pada 'manusia iblis'

Peragut bukan hanya mahu wang malah nyawa mangsa.




KETIKA kanak-kanak seusia dengannya ingin sentiasa dibelai dan perlukan perhatian, masih makan bersuap dan lena di dalam pelukan insan yang bergelar ibu, Siti Najwa Mat Zani, 2, mungkin terpaksa melupakan semua ‘nikmat’ itu.

Dia kehilangan orang paling istimewa apabila ibunya, Saripah Mohd. Noor, 34, maut selepas beliau terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

Saripah terjatuh akibat diragut oleh dua ‘manusia iblis’ di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, Rabu lalu.

Ditanya ke mana ibunya pergi, dia yang tidak mengerti apa-apa memberitahu: “Mama tidur, mama penat.”

Barangkali usianya masih mentah untuk memahami kepahitan yang ditanggung ayah, abang serta kakaknya, jauh sekali untuknya mengerti soal ajal maut.

Pada pagi Rabu lalu, ketika Siti Najwa dan kakaknya, Nurul Akmal Alisa, 6, masih lena, arwah Saripah keluar dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah, Tumpat seawal 8.30 pagi dan menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok.






Saripah yang mengandung tiga bulan anak keenam sudah dua minggu tidak menjenguk suaminya, Mat Zani Awang, 39, dan tiga lagi anak mereka, Nor Idayu, 13, Mohd. Saifullah, 11, dan Syawal Nabil, 8, kerana pulang berehat di rumah ibunya.

Berbekalkan wang RM5 yang dipinjam daripada adik iparnya, Saripah mengisi minyak motosikal RM3 dan bakinya ingin digunakan untuk membeli sedikit makanan.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila tiba di tempat kejadian, beg tangan lusuh yang berisi wang RM2 direntap oleh dua peragut bermotosikal menyebabkan beliau terjatuh.

Tragedi yang berlaku dalam sekelip mata itu telah mengubah nasib lima beradik yang masih terkapar-kapar menagih kasih sayang seorang ibu.

Bagi anak sulung arwah, Nor Idayu, beliau reda dengan segala ketentuan Ilahi walaupun masih terkejut dan bersedih.

Menurutnya, malam sebelum kejadian, ibunya ada menelefonnya tetapi mereka tidak bercakap lama.

“Mama beritahu esok dia nak balik, lepas itu dia pesan supaya saya rajin-rajin pergi sekolah dan mengulang kaji pelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Tumpat, Khamis lalu.

Tambahnya, beliau mungkin akan tinggal bersama ayahnya di rumah mereka di Bachok bersama dua adiknya sementara dua lagi adiknya, Siti Najwa dan Nurul Akmal Alisa akan ditinggalkan bersama neneknya, Hashimah Hussin buat sementara waktu.

Beliau yang merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis, Bachok berjanji akan menjaga semua adiknya sebaik mungkin.

“Sama ada suka atau tidak saya kena pikul tanggungjawab ini. Mereka adik-adik saya. Sebagai kakak sulung saya kena tolong ayah jaga mereka semua.

“Setiap hari saya akan memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian. Saya sudah biasa dengan semua itu kerana sebelum ini saya selalu tolong mama,” ujarnya.

Jelasnya, Saifullah dan Syawal Nabil sudah memahami apa yang berlaku manakala Nurul Akmal Alisa baru hendak memahaminya.

“Adakalanya Nurul menangis kerana rindukan mama,” celah Nor Idayu.

Siti Najwa yang tidak memahami apa-apa kadangkala menangis mencari ibunya dan terpaksa dipujuk dengan memberitahu ibunya itu keluar bekerja.

“Satu hari nanti dia (Siti Najwa) akan tahu sendiri. Buat masa ini biarlah dia tidak mengetahuinya,” jelas Nor Idayu yang bercita-cita menjadi guru.

Ditanya sama ada beliau menyimpan dendam terhadap ‘pembunuh’ ibunya, Nor Idayu memberitahu: “Mereka (peragut) kejam. Mereka hancurkan harapan kami semua, mereka rampas kasih sayang ibu kami.

“Saya geram dan dendam tapi saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Saya hanya boleh berdoa semoga Allah membalasnya.”

Benci tengok lokasi tragedi

Kejadian ragut pada 12 Ramadan bersamaan 25 September 2007 tidak mungkin dapat dilupakan ahli keluarga Ramlah Mohamad. Pada tarikh itulah mereka kehilangan ibu buat selama-lamanya.

Allahyarham yang ketika itu berusia 51 tahun maut selepas motosikalnya terbabas ketika bergelut dengan peragut yang cuba merampas beg tangannya di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian 10.50 pagi, mangsa yang ketika itu menunggang bersendirian menemui ajal hanya kira-kira 500 meter dari rumahnya selepas parah terhantuk pada tiang elektrik.

Bagi anak sulung mangsa, Syuzana Ismail, 34, kejadian itu bukan sahaja merenggut keseronokan Aidilfitri tahun tersebut malah menyebabkan kehidupan beliau dan lapan orang adiknya berubah.

“Emak seorang yang periang dan banyak bercakap. Kehilangannya amat dirasai. Rumah kami sekarang amat sunyi,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Malah, katanya, sambutan Aidilfitri dan majlis lain selepas tragedi itu juga dirasakan tidak semeriah dulu.


SYUKRI Ismail menunjukkan tiang tempat ibunya (gambar kecil), Allahyarham Ramlah Mohamad, jatuh akibat perbuatan peragut di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu.





Bagi anak ketiga mangsa, Syukri, 30, setiap kali melalui lokasi tragedi, beliau teringat kembali kejadian tersebut kerana hanya beliau yang sempat membantu arwah pada hari kejadian.

Kata Syukri, beliau masih ingat dengan jelas keadaan ibunya yang terbaring lemah berdekatan tiang elektrik di situ semasa beliau memangku arwah dan meminta bantuan orang ramai.

“Sehingga kini saya masih benci melihat tempat itu. Tetapi saya lebih benci pada orang yang bertanggungjawab menyebabkan insiden itu,” katanya.

Jelasnya, dia tidak nampak kesan luka selain telinga kanan ibunya yang hampir terputus akibat kemalangan itu. Beliau tidak menyangka ibunya akan menemui ajal ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Seberang Takir.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan barulah dia diberitahu bahawa tiga tulang rusuk ibunya patah mungkin akibat terjatuh selepas ditolak peragut itu.

“Namun sehingga kini saya rasa ralat kerana tidak faham apa yang arwah katakan pada saya ketika dia sedang tenat kerana butir bicaranya sudah tidak jelas lagi,” katanya.

Menurut Syukri, beliau dan adik-beradiknya yang lain ingin melihat wajah individu yang terlibat itu biarpun hanya sekali untuk bertanya kenapa tergamak memperlakukan ibu mereka sedemikian rupa.

“Kalau diberi peluang, saya ingin sekali menghukum penjenayah terbabit,” katanya yang kecewa kerana pembunuh ibunya masih bebas.

Nurul Fatimah koma 20 hari

“Kak, hati-hati, jalan baik-baik.”

Nasihat itu diberikan mangsa ragut, Nurul Fatimah Ali, 19, kepada penulis semasa mahu keluar meninggalkan rumahnya di Kampung Pulau Ketam, Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Gadis yang baru bangkit dari katil hospital selepas koma kira-kira 20 hari itu jelas masih terbayang tragedi pada 29 Mac lalu.

Menurut Nurul Fatimah, pada hari kejadian, beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Ketika itu sudah pukul 5.30 petang.

Namun sewaktu sampai di hadapan sebuah stesen minyak di Jambatan Sultan Mahmud, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki meragut beg tangan yang diletakkan Nurul Fatimah di dalam raga motosikalnya.







Beg tangan berwarna putih itu berisi wang sebanyak RM950 yang baru dipinjam Nurul Fatimah daripada majikannya.

Kerana geram, beliau mengejar motosikal dua peragut itu dengan melawan arus di atas jambatan tersebut. Malangnya beliau terlanggar dua buah kereta dari arah hadapan menyebabkannya cedera parah. Dua lelaki itu berjaya melarikan diri dan masih belum ditangkap sehingga hari ini.

Sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Nurul Fatimah umpama berada di persimpangan antara hidup dan mati.

Ujarnya, pada hari kedua, beliau terpaksa diberi ubat tahan sakit dan ubat tidur kerana tidak mampu menahan kesakitan.

Kaki dan tangannya juga terpaksa diikat kerana dia banyak meronta-ronta akibat sakit kesan luka kemalangan.

“Saya pernah dengar mak tanya kenapa jadi begini? Saya sakit ke?,” ceritanya sebak.

Bagaimanapun anak bongsu daripada tujuh beradik ini mengakui beliau tidak mampu menjawab biarpun ketika itu beliau ingin benar menenteramkan ibunya.

“Kasihan mak, saya tahu dia sedih melihat keadaan saya,” katanya yang mengakui masih dapat melihat pelawat yang silih berganti tetapi beliau tidak mampu berkata-kata.

Nurul Fatimah bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Biarpun mengakui dirinya kini sudah sihat, namun pergerakannya masih terbatas dengan kesan-kesan parut akibat kemalangan itu.

Badannya susut dan beratnya kini cuma 36 kilogram. Menurut ahli keluarganya, kadangkala beliau terlupa apa yang berlaku.

Kerana trauma dengan kes ragut itu beliau kini sudah tidak berani lagi menunggang motosikal.

Al-Fatihah buat arwah.

Sabtu, Mei 09, 2009

Isu Perak : Jangan Terpedaya Media Perdana

Salam sejahtera,

Kita sedia maklum keadaan politik dalam negara pada hari ini. Sambil menjamah nasi kerabu pagi tadi, sempat juga mata ini menyilau ke arah satu bahan bacaan yang di baca oleh Pok Ud. Beliau membeli senaskah bahan bacaan harian untuk mengetahu berita-berita semasa di dalam negara mahupun luar negara. "Barangkali Pok Ud nak tahu harga getah dan kelapa sawit kot" bisik hatiku.

Nasi kerabu kusuapkan ke dalam mulut, belum sempat ku telan, tiba terdengar suara, "Bakpo tak bubar dun?"... tersentak seketika, rupanya Pok Ud ingin mengetahui apa yang berlaku di negeri Perak. Alahai, sedih hatiku bila memikirkan apa yang berlaku di Perak bermula dari episod rampasan kuasa sehinggalah kemuncak Persidangan Dun 7 Mei yang lalu.

Nasi kerabu dihabiskan dan ku bayar RM 2.20 sekali dengan air teh. Dalam perjalanan balik, masih terngiang2 ucapan Pok Ud tadi sambil beberapa orang dok heboh memeperkatakannya. Cuma satu sahaja dalam fikranku, kenapa Pok Ud membaca berita arus perdana? Pok Ud tak cuba untuk mencari berita-berita dari media-media alternatif yang lain.

Akhir kata, pesanan saya pada pembaca semua, supaya jangan mempecayai sepenuhnya apa yang terkandung dalam berita media arus perdana, sebaliknya buatlah perbandingan yang sewajarnya dengan media-media laternatif yang lain.

Tambahkan ilmu pengetahuan, kita tidak rugi. Jangan hanya berpolitik kosong di kedai-kedai kopi sahaja. Kembangkan minda kita, supaya kita berubah kepada generasi yang berilmu pengetahuan. Supaya kita tidak mudah ditipu oleh pelakon-pelakon hebat tanahair yang berlakon dalam filem-filem tersohor 5 tahun sekali itu.


Jumaat, Mei 08, 2009

Kisah & Tauladan Untuk FRU/Polis


From perakexpress.com

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib. Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam. Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia. Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga. Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!! Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz! Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!! Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia? Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang. Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang. Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?” “Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi. Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting! Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa. Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun! “Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia. Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau! “Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis. “Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya. “Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih! “Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya. “Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana. “Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?” “Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.” Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui! “Abang ni masih kerja polis ka?” “Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la. “Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya. “Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata. “Nak ambik kat mana?” aku tanya. Dia diam… “Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya. “Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid. Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu. “Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita. “Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman. “Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?” ” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman. “Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya. “Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Allah!”

Detik Sejarah Hitam DUN Perak:Prof Dr Aziz Bari




Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

Sumber : Kelab Greenboc


Bila UMNO Kalah Berhujah???




Keunggulan Islam sebagai cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt ialah tegaknya diatas hujjah. Ia bukan satu agama atau cara hidup yang dipaksakan ke atas sesiapa [ لا إكراه في الدين ] , namun ia menawan hati, menguasai minda dan mempengaruhi aqal melalui kehebatan hujjah.

Al Quran banyak menyerlahkan ayat seperti
أفلا تتذكرون / أفلا تتفكرون / أفلا تعقلون / أفلا يتدبرون / أفلا تسمعون / أفلا تبصرون / أفلا ينظرون / أفلا يعلم
[ apakah kamu tidak mengingati , apakah kamu berfikir , apakah kamu tidak beraqal , apakah kamu tidak meneliti, apakah tidak mendengar, apakah kamu tidak melihat, apakah kamu tidak mengetahui..]


Perkataan atau ayat seperti ini menunjukkan bagaimana Al Quran mengajar manusia manafaatkan pancaindera hujjah seperti aqal , mata , telinga dan hati agar menerima sesuatu berasaskan penilaian.

Sistem nilai ini telah diasaskan oleh Al Quran dalam membentuk kedewasaan ummah akhir zaman. Membentuk tamadun dan peradaban berasaskan kekuatan dan kemantapan hujjah. Al Quran pula mengemukakan [ mi'yar ] neraca penilai dan garis panduan berasaskan ketetapan dan peraturan as samawi [ bukan ciptaan manusia ].
Malah al Quran pernah berulangkali mencabar siapa jua di sepanjang pertumbuhan tamaddun manusia ini agar mengemukakan hujjah selain al Quran jika mereka tidak boleh menerima kebenaran al Quran atau enggan menerimanya.

هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين
Sila datangkan hujjah kamu jika kamu orang - orang yang benar

Al Baqarah : 111

و إن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأ
توا بسورة من مثله و ادعوا شهداءكم من دون الله إن كنتم صادقين
dan jika kamu meragui apa [kitab] yang telah kami turunkan kepada hamba kami [Muhammad saw] maka sila datangkan satu surah seumpama al Quran dan ajak cerdik pandai kamu selain Allah swt jika kamu adalah orang - orang yang benar.

Al Baqarah : 23

Sehingga hari ini cabaran tersebut telah berusia lebih 1400 tahun namun tiada siapa yang berupaya menyahut cabaran tersebut justeru kehebatan dan ketinggian hujjah al Quran sebagai kitab as samawi.

Kitab inilah panduan ummah yang berjaya disepanjang zaman. Ia terbukti sebagai kitab yang benar tanpa tergugat hujjah dan fakta kebenarannya. Biarpun ada usaha untuk menyainginya tetapi gagal dan buntu. Inilah kitab mukjizat yang kaya dengan hujjah lalu ia mengajar ummat manusia khasnya penganut yang beriman kepadanya agar bertindak dan menilai berasaskan hujjah.

Malangnya UMNO dan BN hanya tahu mengaku sebagai muslim tetapi gagal berhujjah dengan rakyat dalam banyak perkara. Ketidakupayaan mereka berhujjah akhirnya mendorong mereka menggunakan kekuatan dan kekerasan bagi mendesak serta memaksa orang lain menerima kemahuan mereka . Selayaknya mereka menggunakan [quwwatul mantiq] kekuatan hujjah tetapi 1001 malang mereka gagal lantas mereka menggunakan hujjah kekuatan.

Bukan mereka tidak memilik sarana atau saluran untuk berhuj jah dan menyampaikan hujjahnya kepada masyarakat sepantas mungkin, tetapi sememangnya mereka lemah dalah berhujjah dan kelu dan bisu berdepan kebenaran sebagaimana Allah sebut dalam al Quran : فبهت الذي كفر
[kaku kelu lah orang yang ingkar - bila berdepan kebenaran / kalah hujjah]
Sebagaimana saya sebutkan tadi, sarana mereka [ UMNO dan BN ] cukup banyak samaada media cetak [ Berita Harian, Utusan Malaysia, News Strait Time, Mstar , Harian Metro dll], media elektronik [ television , radio dll ] dan media baru seperti web site , blog dan face book . Mereka boleh berhujjah pada bila - bila masa dan cepat kesannya dengan segala kemudahan yang mereka miliki untuk mengalahkan PAKATAN Rakyat .
Mereka [ UMNO dan BN ] gagal berbuat demikian . Ya ! mereka gagal dan mereka gagal beribu kali gagal . Apa lagi yang boleh saya sebutkan apabila mereka mempunyai kemudahan dan saluran sebegitu banyak namun mereka masih bertindak merampas akhbar Harakah milik PAS yang hanya terbit dua kali seminggu dengan helaian dan jumlah terbitan yang terhad kepada jumlah bilangan ahli serta pernah beberapa kali diganggu permit pengeluarannya . Mereka turut merampas Suara Keadilan dan menganggu permit pengeluaran atau penerbitannya .

Mereka [ UMNO dan BN ] turut menghalang majlis - majlis ceramah PAS dan menangkap pimpinan PAS yang hadhir untuk mengemukakan hujjah . Mereka suraikan himpunan dengan cara yang tidak beradab seperti melepaskan gas pemedih mata , air asid , gari dan cota .

Penangkapan ke atas Naib Presiden Tuan Hj Mohd Sabu dan Yb. Dato' Paduka Husam Musa , Yb. Tuan Hj Salahudin Ayub ketua Pemuda PAS Pusat , Yb Dr. Mujahid dan lain - lain adalah contoh mudah sikap agerasif UMNO dan BN yang kekalahan hujjah , tidak bertamadun serta mempamerkan sikap mereka sebagai barbarian .

Mereka [ UMNO dan BN ] juga menternak cybertrooper untuk menyerang web site atau blog yang menjadi milik para pimpinan dan ahli gerakan Islam PAS ini dengan melepaskan kata - kata kesat tanpa alas dan komentar yang tidak membina .

Saksikan sahaja setelah mereka gagal berdepan untuk memenangi hati dan mempengaruhi sokongan rakyat , tiba - tiba mereka kehilangan aqal dan budi lalu bertindak diluar kewarasan seperti merompak kerajaan PAKATAN Rakyat di Negeri Perak siang - siang hari . Mereka tidak sabar menunggu pilihanraya bahkan tidak berani berdepan dengan pilihanraya .

Selagi UMNO dan BN gagal menguasai seni berhujjah selama itu mereka akan kalah biarpun buat seketika mereka boleh bertahan atas tiket pilihanraya yang penuh dengan tipu muslihat . Selagi UMNO dan BN mendokong idelogi yang salah dan sikap mereka tidak tunduk kepada kebenaran al Quran maka selama itu pula hujjah mereka akan kalah .

Biar mereka memiliki sejuta universiti tetapi hanya akan melahirkan manusia cerdik yang jahil . Biar mereka mempunyai harta bertimbun tetapi hanya akan melahirkan hartawan yang angkuh . Biar mereka menggenggam kuasa tetapi hanya akan melahirkan penguasa yang diktator .

UMNO dan BN kian luput dan pudar dasar perjuangan dan arah tuju masa depan mereka apabila mereka sering gagal bergerak seiring dengan hujjah. Saat dunia ghairah menguasai maklumat dan menangani apa jua isu berasaskan hujjah, UMNO dan BN masih terperangkap dalam kedunguan mereka yang hanya tahu menggunakan cota dan gari .

Begitulah resmi pembesar dan penguasa yang korup hujjah, mereka menggunakan kekerasan untuk memaksa sebagaimana Namrud alaih laknatullah bertindak ke atas Nabi Allah Ibrahim as. Namun Namrud alaihi laknatullah sang penguasa dunia itu jatuh tersembam menjilat tanah kerana kekerasan dan kezalimannya. Selain rakyat bertambah benci dan marah , Allah swt juga senantiasa melaknat mereka yang zalim lagi angkuh .

One Malaysia sudah tahu UMNO dan BN macam tu lah keadaan dan sikap mereka.