Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433 kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Pada lazimnya kita tidak teruja dgn sambutan awal tahun hijrah ini. Kita semua teruja dengan sambutan Tahun Masehi. Inilah didikan yg amat berjaya oleh penjajah minda.
Biasanya ramai di kalangan kita membuat azam baru dan ramai jgk yang memperbaharui azam serta niat dan impian harapan yang tidak kesampaian di tahun lepas. Tentunya harapan dan impian itu semuanya baik-baik belaka...tidak ada sebarang azam yang tidak baik. Insya Allah semua harapan, misi yang kita rancang mendapat keberkatan dari Allah Taala.
Sekian kalinya, Laman Nurani masih lagi bersiaran untuk tahun baru ini. Sudah lama Laman Nurani ketandusan posting. Namun Laman Nurani tidak akan pernah padam. Insya Allah.
Saya percaya, kita semua telah bersemangat baru, berwajah baru dan beriltizam baru dengan Tahun Baru Hijrah ini. Jika ahli politik, mereka akan berazam untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya. Jika wakil rakyat, mereka tentu akan berazam untuk memberikan perkhidmatan yg terbaik terus menerus kepada rakyat yang diwakilkannya. Jika dia Perdana Menteri, pastinya dia akan berazam untuk mentadbir negara dengan penuh keikhlasan demi memajukan rakyat dan negaranya. Jika dia seorang pelajar, pastinya dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Insya Allah.
Apa jua azam, apa jua harapan, apa jua misi, mestilah ada sekali dengan usaha yang seiring dgn misi serta azam yang ingin dicapai. Usaha tangga jaya.
Syabas kepada semua. Semuga tahun lepas yang kita lalui akan menjadi tauladan kepada kita semua untuk meneruskan pencarian di tahun ini. Insya Allah.
Dabong, 26 November 2011
29 Zulhijjah 1432. 18:50