<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Mei 23, 2010

Saje Nak Berbual...

Acap kali saya perasan dan perati benda ini. Mungkin anda semua pun mengerti akan isu kecik sebesar anak kuman yang baru lahir ni. Bukannya apa, saya sekadar nak berkongsi cerita jer. Kalau tak suka, jangan baca, kalau nak baca, bacalah. Tapi jangan tuduh penulis ni bukan-bukan, sebab perlu diingat, masing-masing ada pendapat dan pendapatannya sendiri.

Tuan-tuan coba perati, mengenai pennetapan masa sesuatu program atau achara atau majlis di mana-mana sahaja. Jika pagi, maka bermula seawal jam 8, 9 pagi, dan jika petang bermula jam 2,3 petang begitu juga jika waktu malam, bermula seawal jam 7 malam.

Bukan isu tu yang saya nak berkongsi pada kali ini. Tetapi suatu perkara yang dipandang remeh dan diperlekeh oleh semua pihak kecuali saya. Sebab tu saya menulis nih. Eh, anada baca lagi? Minat benar nampaknya.

Baguslah, mari kita sama-sama bercerita lebih lanjut lagi. Anda semua ada perati tak jika sesuatu majlis diadakan di Kota Bharu, mesti masanya bermula seawal jam 8 pagi atau 9 pagi. Tetapi majlis yang sama jika dibuat di kawasan hutan seperti di Dabong, masanya sudah berubah menjadi jam 11 pagi atau 11.30 pagi. Soalnya disini mengapa masa perlu berubah?

Sedangkan di sini, orang yang sama, program yang sama. Mengapa masa boleh berubah? Mungkin isu ini hanya kecik sahaja dan memang tak difikirkan pun oleh sesiapa. Cuma saya jer duk kutip habis kecik besar.

Bukan itu maksud saya. Sebab alasan yang dibuat ialah, Dabong tu jauh, oleh itu, kena lewatkan sikit masa. Ayat macam ni lah yang membuatkan saya berdesing telinga nih. Jadinya tak fikir kat orang Dabong masa buat di Kota Bharu? Bila buat di Dabong, aii..fikir soal jauh dekat pulak? Alahai...

Mungkinlah jika jarak Dabong ke Kota Bharu tu dekat, tetapi jarak Kota Bharu ke Dabong tu amat jauh. Mungkinlah kiraannya macam tu kot. Diorang kata lagi, terpaksa bertolak awal ke Dabong jika nak sampai ke Dabong jam 8, 9 pagi. Betul, saya setuju, memang kena bertolak awal. Jadi mereka tak mahu bertolak awal la? Eh, orang di Dabong bertolak lewat la bilamana program/majlis dibuat di Kota Bharu?

Bukan nak berdengki nih, cumanya saya nak bekongsi cerita. Sama lah baik program parti ke, jabatan ke, kerajaan ke, bilamana dibuat di kawasan hutan, mesti masa dah tak sama dengan kebiasaan. Mungkinlah waktu tak sama kot. Sebab berada di garisan waktu berlainan kot. Mungkin juga. Pukul 8 di Kota Bharu adalah bersamaan dengan pukul 11 di Dabong. Macam tu kot. Wallahualam.

Sabtu, Mei 22, 2010

Dulu Lain Sekarang Lain, Apa yang sama?

Tanggal 16 Mei, setiap tahun merupakan hari keramat terutamanya kepada warga pendidik ataupun guru ataupun cikgu. Hari itu merupakan Hari Guru. Sama seperti Hari Buruh, Hari Belia ataupun Hari Warga Tua. Maka 16 Mei dipilih menjadi Hari Guru setiap tahun. Selamat Hari Guru cikgu!!!.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, serta tahun demi tahun, perkembangan dunia sejajar jugalah dengan perkembangan dalam dunia pendidikan dan pembelajaran. Malah nama kementerian yang menjaga warga pendidik dan sekolah di juga mengalami beberapa perubahan dan bertambah. Daripada Kementerian Pendidikan ditukar kepada Kementerian Pelajaran dan kita sudah ada Kementerian Pengajian Tinggi. Apapun nama yang diberi, fungsinya tetap sama dan diperkemskan sejajar zaman teknoligi masa kini.

Bukan asal usul yang saya hendak perkatakan dalam entri kali ini. Saya lebih suka melontarkan sedidkit buah fikiran diri saya yang kerdil ini. Mudah-mudahan dapat menjadi pedoman kepada generasi akan datang.

Baik saya mulakan begini. Saya percaya semua pembaca entri ini semuanya bersekolah suatu waktu dahulu. Tak kiralah sekolah pondok ke, sekolah agama ke, sekolah kebangsaan ke, sekolah jenis kebangsaan ke. Asal namanya sekolah. Kita semua mengalamai perkara yang sama, kena bangun awal pagi, dan bersiap ke sekolah. Di sekolah, bukan hanya belajar di dalam bilik-bilik darjah, kita akan diuji dengan peperiksaan yang dibuat.

Begitu sibuk murid-murid sekolah, tidak kurang juga dengan bebanan seorang guru. Mereka pun sibuk juga, kena bangun awal pagi juga dan bergegas ke sekolah sama-sama dengan murid. Lebih-lebih lagi jika di kawasan pedalaman. Kemudahan kuarters untuk guru yang agak terhad memaksa guru untuk menyewa jauh dari kawsan sekolah. Namun semua itu bukan halangan bagi mereka demi tugas mendidik anak bangsa.

Jika di kawasan saya, apa yang boleh saya ceritakan disini ialah pengorbanan guru-guru yang sanggup bersama dengan penduduk kampung dalam segenap segala hal. Baik isu persekolahan mahupun isu kebajikan kampung. Dan hubungan dengan orang kampung memang intim sekali. Sunguh akrab.

Apa yang saya ceritakan serba sedikit tadi merupakan apa yang pernah berlaku suatu waktu dahulu. Cuba kita bandingkan dulu dengan hari ini. Saya percaya jauh benar perbezaanya.

Jika dahulu, cikgu-cikgu yang berasal dari negeri lain sanggup bertugas di tempat pedalaman seperti di Dabong ini. Masa dulu kemudahan elektrik pun 12 jam, kemudahan air pun susah dan sering terputus, apatah lagi kemudahan pengangkutan. Hanya bergantung kepada kemudahan kereta api. Namun mereka sanggup untuk terus bertugas di sini. Tahniah pada mereka.

Jika musim cuti sekolah, jarang sangat mereka ini akan balik ke kampung halaman mereka. Mereka lebih suka menziarah ke rumah-rumah anak murid mereka di kampung-kampung sekitarnya. Bukan apa, musim buah-buahan, oleh itu, apa lagi..Macam-macam buah ada, durian, rambutan, duku, manggis, rambai, duku, dan sebagainya. Memang seronok.

Hubungan ibu bapa murid dengan para guru pun sungguh baik. Tidak ada kes ibubapa menyerang sekolah. Tidak ada kes ibu bapa menyaman guru dan pihak sekolah. Apa yang kita perati, memang murid-murid pun menghormati guru mereka walaupun di luar waktu sekolah.

Memang ada murid-murid yang nakal, saya tak nafikan. Memang ada pelajar yang dirotan, dicubit perut, ditarik telinga, tapi itu semua bukan untuk mendenda, tetapi sebagai satu proses pendidikan. Kita percaya setiap pembaca ini pernah didenda oleh cikgu amsing-masing. Cuba tanya diri sendiri, adakah kita amsih lagi marah sebab cikgu kita rotan kita dulu???

Errmmm..saya percaya semuanya tersenyum bila mengenangkan betapa nakalnya kita dulu. Kita selalu lawan vakap guru. Kita sering dirotan, perasaan marah membuak-buak pada waktu itu. Namun apa yang penting pada waktu itu, jika kita dirotan, kita hanya mendiamkan diri sahaj, kita tak berani untuk mengadu kepada mak dan ayah. Sebab kita tahu, mereka tidak akan membela kita. Tak kena lagu, kita dibalun sekali lagi oleh mereka. Betul tak?

Bila kita semua sudah menamatkan pelajaran di sekolah, barulah kita sedar bahawa disebabkan cikgu rotan kita dululah kita boleh hidup senang macam ni, disebabkan cikgu denda kita dululah kita sedar akan pentingnya belajar.

Itulah suasana-suasana yang pernah dialami oleh kita semua suatu waktu dahulu. Di zaman elektriknya 12 jam, bekalan airnya dicatu, kemudahan yang kurang, kita mampu belajar hingga berjaya. Syabas kepada kita semua. Syabas juga kepada semua guru pada waktu itu.

Selain itu, bukan hanya di dalam kelas, guru juga bersungguh-sungguh dalam aktiviti ko-kurikulum. Pesta-pesta sokan diadakan dengan jayanya. Kerjasama erat antara guru dengan murid-muridnya untuk menjayakan achara sokan tahunan patut dipuji. Sepanjang saya perati sejak setahun dua ini. Achara sokan tahunan di sekolah yang pernah saya belajar dulu cukup hambar dan tak bermaya, di mana silapnya, kita ceritakan kemudian.

Mungkin dalam pemikiran semua pembaca sedang membuat perbandingan antara suasana dahulu dengan suasana sekarang. Betul tak? Jadi tak perlulah saya huraikan panjang-panjang tentang bagaimana suasanaya masa kini, baik gurunya, atau muridnya. Jauh sekali berbeza.

Sekadar perkongsian, bukan niat saya untuk membuka rahsia siapa-siapa, tetapi utnuk renungan kita semua. Ada sesetengah guru kini, merasa malu jika beliau diarahkan bertugas di kawsan pedalaman. Ini guru lulusan universiti. Bukannya guru zaman dahulu yang hanya lulusan maktab-maktab perguruan sahaja. Bila mendapat memo kena bertugas di kawasan pedalaman, cepat-cepat buat rayuan, guna kabel politik untuk membolehkannya bertugas di kawsan pilihan.

Jadi bagimana? Boleh tak nak lawan kualiti guru-guru zaman dahulu? Benarlah guru sekarang ini ada ijazah, ada masters, tetapi kualiti? Macam mana? Memang ada juga guru yang sanggup bertugas di kawsan pedalaman, namun sekadar mengajar dalam kelas sahaja lah. Sekadar menghabiskan teks, modul sahaja, pelajar nak pandai ke, tak faham ke, ikutlah, sebab tak lulus peperiksaan PMR pun boleh sambung belajar.

Jika dahulu, tak lulus SRP (Sijil Rendah Pelajaran), maka kena mengulang balik. Tak boleh naik tingakatan 4. Sama juga dengan peperiksaan SPM, jika tak lulus, maka tak boleh nak naik tingkatan 6. Tetapi sekarang ni dah berubah. Lulus ke, tak lulus ke, semua boleh belajar, janji ada duit.

Oleh itu, apa tujuan pelajar ke sekolah. Pernah seorang guru berkata kepada saya :"Budak-budak sekarang ke sekolah hanya kerana orang lain pegi sekolah je, sebab mak ayah suruh oegi sekolah, bukan nak belajar pun, main-main je, sebabnya, mereka tak lulus periksa pun boleh naik tingkatan 4.."

Pelajar sekarang juga sudah tidak menghormati guru-guru mereka. Mereka dengan angkuh merokok di depan guru diluar waktu sekolah. Sebab mereka tahu, cikgu tak boleh nak buat apa bila diluar waktu sekolah. Lagi satu, jika guru-guru merotan pelajarnya, maka mereka berani mngadu kepada mak ayah mereka. Sebab itulah berlaku kes ibubapa menyerang guru, menyerang sekolah.

Ibu bapa ni pun satu, tak boleh nk fikir ke. Takkan lah cikgu tu rotan tanpa sebab? Ada ke saje-saje je cikgu nak rotan kalau anaknya tak buat kesalahan? Anak-anak jadi manja lah macam ni. Sebab tu masalah apa-apa tak boleh nak selesai. Hingga ada ibubapa yang marahkan guru dengan berkata : "Anak aku beli rokok pun bukan dengan duit kamu, dia beli dengan duit aku...apa kamu susah sangat dia nak merokok? "

Di kalangan guru pula, sudah mula ada persaingan yang cukup hebat. Ini kerana, sejak akhir-akhir ini ramai guru-guru lepasan IPTA menjawat jawatan guru yang grednya lebih tinggi daripada guru-guru senior di sekolah. Bagi guru senior, mereka terasa tercabar kerana guru-guru freshie ni agak sukar untuk mendengar arahan dek kerana gred guru senior ni rendah darinya. Ini pun merupakan suatu masalah yang bagi saya agak serius dan perlu ditangani dengan segera.

Ekoran isu inilah maka pesta sokan tak menjadi, isu ini juga menyebabkan guru-guru sukar di kawal. Ramai yang membuat tindakan sendiri. Dan tidak hairanlah, ada guru yang berugas jauh dipedalaman yang berulang alik setiap hari sejauh 300km (pergi balik). Di mana fokus untuk mengajar? bangun pagi seawal jam 4 pagi, solat subuh diperjalanan, sampai di sekolah tentu dah letih memandu, lepas tu nak balik pulak, esok pagi nk kena bangun awal lagi. Cuba tuan-tuan banyangkan? Boleh diterima akal ke macam tu? Dimana tumpuan untuk mendidik murid?

Apa pun isunya, saya dapat buat kesimpulan bahawa ketiga-tiga pihak harus berganding bahu dalam merealisasikan impian kita semua. Tidak ada ibubapa yang mahu melihatnya anaknya gagal dalam pelajaran, tidak ada guru-guru yang mahu melihat anak muridnya gagal dalam pejaran serta tidak ada pun pelajar yang mahu dirinya gagal dalam peperiksaan.

Pelajar, ibubapa serta para guru mestilah bersatu hati dalam hal pendidikan ini. Insya Allah jika semua bersatu, akan lahirlah kekuatan.

Sekian.

Selamat Hari Guru

Dabong, Kelantan

Sebuah Coretan...

Ramai yang menyatakan tidak puas hati ke atas diriku ekoran tindakan lantang saya menyatakan hal-hal kerosakan jalan di sekitar Dun Dabong. Namun disebalik itu, ada juga sahabat-sahabat yang menyokong dari belakang. Terima kaseh diuchapkan.

Syukurlah, kerana ada juga pro dan kontranya tindakan saya tersebut. Sahabat-sahabat yang tidak puas hati mempunyai hujah yang tersendiri dan tidak kurang juga dengan yang sentiasa menyokong.

Cuba kita selongkar kisah disebalik kempen ini. Pertamanya, kerosakan jalan-jalan ini bukannya 2,3 hari lepas, sudah menjangkau umur sekolah tadika dan sudah nak masuk sekolah rendah. Itu yang membuat kami semua bergelodak dalam jiwa.

Keduanya, sudah sekian kali laporan serta aduan dibuat. Jika dilihat kepada tarikh kami membuat aduan, sejak dari awal tahun 2009 lagi. Itu aduan yang kami buat, tetapi aduan-aduan dari pengguna lain? Saya sendiri pun tidak ada maklumat. Nak menunjukkan, perkara ini sudah lama.

Sebagai contohnya, jalan yang runtuh di Kampung Kandek. Sejak awal tahun 2006 lagi, masa tu saya pun tak habis mengaji lagi. Mengapa begitu lama untuk mengambil tindakan yang sewajarnya? Mengapa baru tahun 2010 hendak mengambil tindakn pembaikian? Saya difahamkan dengan mata saya sendiri, jalan tersebut kembali mendap. Jaga-jaga, musim hujan nak menjelang lagi, saya rasa, bruuuhh...runtuh lagi lah nanti.

Ketiga, jalan itu merupakan jalan perhubungan utama penduduk kawasan Dabong untuk ke bandar Kuala Krai dan bandar Gua Musang. Malang;ah nasib kami di kawasan ini yang terpaksa melalui jalan-jalan yang rosak di Sungai Sam, di Lepan Ajur-Stong, serta di Slow Mengkuang.

Saya juga mennerima banyak komen-komen yang kurang enak. Mengatakan bahawa saya ni tidak ada isu lain, asyik jalan rosak, jalan runtuh jer. Eh, isu judi Piala Dunia 2010? apa kess? hari-hari duk sebut boikot, bantah. macam tak ada isu lain ke? tak boring ke? Ha ha ha...

Oleh itu, metadologinya tetap sama jika kita pikir melalui zarah-zarah perjuangan. Namun bergantung kepada antibodinya. Ooo..isu Judi Piala Dunia, isu umaat? habis, jalan rosak ni isu siapa? Isu saya je ke? Saya bawak balik ke jalan ni letak rumah saya?

Pikirlah sikit... kita sanggup ke Kuala Lumpur semata-mata menyertai perhimpunan aman membantah isu PPSMI, isu Judi Piala Dunia, isu Royalti Petroleum, isu Pilihanraya Bersih, isu ISA, isu Kalimah Allah. Namun kita lupa, isu-isu dalaman di kawasan kita sendiri.

Mengapa kita sukar untuk bersatu membangunkan kawsan kita? Mengapa?? Sebab utamanya ialah, sikap dengki kita jika orang lain mearas senang. Lagipun, jika kita perjuangkan jalan-jalan rosak, jambatan, bukannya jalmbatan tu boleh dibawa pulang buat dakap tidur. Betul tak? Bak kata lain, ADA AKU KISAH???

Adik kakak sekalian, mengapa pelajar di IPT berdemonstasi tunjuk perasan yang tidak puas kepada pihak pentadbiran? Pernah kita fikir? Ke kita buat demonstarsi sebab suka-suka je? Kerana ada pihak atasan (Parti Politik) yang suruh bantah? Macam tu ke? Jawapannya tidak sama sekali. Kita berdemostrasi sebab utamanya ialah KITA TIDAK PUAS HATI. Bukan kerana mereka UMNO, bkan kerana mereka PAS, bukan kerana mereka DAP, bukan kerana mereka HEP, buakn kerana mereka MIC, dan bukan kerana mereka tu pegawai kerajaan.

Saya melihat gambar-gambar di Facebook, adik-adik di IPT berdemostrasi. Meriah sungguh!!!. Sebab utamanya tidak puas hati lah. Isu, e-Voting la, isu kolej kediaman lah, isu piliharaya MPP la, macam-macam lagi.

Jadi kena reti lah sikit mengapa saya dan rakan-rakan yang lain duk 'gege' kata orang Kelantan pasal isu jalan di kawasan saya sendiri. Maisng-masing ada caranya yang tersendiri. Aduan demi aduan dah kami buat kepada pihak-pihak kerajaan yang memerintah secara rasmi dan kepada kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya. Bukannya saya buat aduan kepada kerajaan lain.

dalam khutbah Jumaat kelmarin, bincangkan isu 'Cukai'. Pelbagai cukai yang dikenakan oleh pemerintah untuk rakyat membayarnya, daripada cukai tanah sehinggalah cukai pendapatan, cukai harta dan sebagainya. Kesemua cukai ini dikutip mengikut sayriah yang dibenarkan supaya pihak pemerintah memulangkan balik kepada rakyat melalui program-program pembangaunan untuk kesejahteraan rakyat.

Khatib dalam khutbahnya menyebut, pihak pemerintah akan menguruskan duit-duit cukai tadi untuk memulangkan balik kepada rakyat melalui pembangunan fizikal seperti membina sekolah, jalan raya dan sebaginya.

Jika rakyat tidak membayar cukai tanah contohnya, lama kelamaan, tanah atau harta tadi akan dirampas. Wah, pandai rampas-rampas pulak, dengan alasan engkar akan arahan pemerintah. Eh, jika pemerintah engkar membaiki jalan rosak? Macam mana pulak? Kerajaan tak kena guling ke?

Oleh itu, acap kali dan saya sebut, kuasa rakyat lebih besar dari pemerintah. Bukan kata saya saya mahu mederhaka. Tetapi sama-sama bertimbang rasa lah. Dah rakyat membayar pelbagai cukai, maka pihak kerajaan kenalah bagi balaik manfaatnya. Ini tidak, dahlah kena bayar cukai, tiap2 bualn rakyat kena jugak baiki kenderaan yang rosak ekoran jerlus lubang di jalan-jalan rosak.

Bila musim perayaan nanti, akan ada lagi pengguna yang mengeluh melalui jalan-jalan ini. Mungkin jalan di tempat lain pun rosak jugak, malah mungkin lagi teruk. Betul, saya faham perkara dan fakta itu. Akan tetapi, pernah kita fikir ke, orang tempat lain tu tak bayar cukai macam orang di kawsan Dabong bayar ke? Tidak...mereka pun sama-sam membayar cukai juga.

Oleh itu, ayuhlah wahai rakyat sekalian, usah dibui lena diulit enak oleh pemerintah. Bangkitlah semua.

Sekian.

Dabong, 22 Mei 2010.


Sabtu, Mei 15, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru saya ucapakan terutama sekali kepada ayahandaku & bondaku yang merupakan guru bagi madrasahku yang pertama di dunia ini. Ayahandaku yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Paloh 3, Gua Musang dengan ucapan Selamat Hari Guru!!! Kepada semua cikgu saya yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak sejakku di bangku PASTI lagi (Umur 4 Tahun). Guru-guruku di Sekoleh Kebangsaan Dabong, Sekolah Menengah Dabong, Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Universiti Teknologi Malaysia, City Campus.

Tidak ketinggalan juga saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada saing sahabat saya yang bertugas sebagai pendidik di seluruh tanahair. Serta seluruh guru di Tanah Melayu. Jasamu tetap kukenang selamanya. Terima kaseh cikgu, dengan didikanmu dahulu, saya bisa mengenal dosa & pahala, syurga & neraka. Semoga cikgu semua diberkati Allah SWT. Bertugaslah dengan sikhlasnya di dunia ini. Insya Allah.















































Walau apa pun isu yang melanda. Engkau tetap seorang guru yang tabah. Mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna kepada Agama, Bangsa & Negara. Takbirrr!!!!!....Kepada Tok Guru Nik Aziz, dikaulah guru yang ulung bagi seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim. Jangan berputus harap, kami sentiasa di belakangmu.

Al-Fatihah kepada arwah guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.

Dabong, 16 Mei 2010.

Sabtu, Mei 08, 2010

Khas Buat Ibu-Ibu Di Seluruh Dunia

SELAMAT HARI IBU






Kasih ibu sepanjang hayat...


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Selamat hari ibu buat seluruh ibu-ibu di dunia daripada seluruh petugas Blog Laman Nurani.