<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Julai 30, 2010

Anak Muda Cakno Masjid

Syabas dan tahmiah kepada sekumpulan anak muda Kampung Dabong Hilir yang telah menyumbangkan tenaga mereka untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan Masjid Al-Insaaf, Kampung Dabong Hilir.

Program gotong-royong ini diadakan bersempena dengan menjelangnya Bulan Ramadhan tak lama lagi.

dari pagi-pagi lagi mereka sudah hadir di masjid untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam masjid dan di sekitar kawasan masjid. Syabas dan tahniah. Usaha sebegini sepatutnya dilakukan sepanjang masa. Insya Allah pada masa akan datang, gerak kerja murni ini akan dilakukan.













Khamis, Julai 15, 2010

"Jale kerajae pusat tuh.."

Salam 1Jalan. Selamat bebicara. Kali ini saya cuba rungkaikan satu persepsi yang sering dimainkan oleh penduduk. Seperti dalam tajuk, mungkin semuanya faham. Bila sesuatu batang jalan itu rosak, maka satu suara yang pasti terpacul dari mulut ialah, "jale kerajae pusat tuh", "jale Kesedar tuh"...

Inilah antara contoh-contoh ayat dan perkataan yang sering terpacul dari mulut penduduk. Bukannya pikir macam mana nak baiki, macam mana nk buat aduan. Tetapi semuanya hanya pandai berpolitik di kedai Milo dan Nescafe sahaja.

Bila diajukan permasalahan kepada wakil rakyat dari PAS, maka dia akan kata, "jale kerajaan pusat tuh, kito tak leh nak baiki, nati JKR marah." Maka rakyat akan ratib benda ni bahawa, kita (kerajaan Negeri) tak buleh nak baiki, sebab nanti JKR akan marah, nanti Kesedar akan marah. Maka senyap macam tu lah, rosak pun rosak lah..gunalah rosak pun jalan tuh..

Inilah antara pesepsi yang berlaku di kampung-kampung. Bila kita ajukan kepada Biro Pengaduan Awam, dia boleh jawab, "Sedang memohon peruntukan luar jangka", "Sedang menunggu peruntukan tahun depan". Macam-macm lah alasan. Eh, ada mereka pikir ke kenderaan kita rosak? Ada mereka pikir ke jika penduduk kawasan kita masuk gaung? Ada??

Cuba kita rungkai permasalahan ni. Jika sesuatu kawasan tu dimenangi oleh pembangkang, maka wokil rakyat serta rakyatnya tak boleh la buat aduan kepada pihak kerajaan? Ke macam mana? Sebab ada sesetengah orang tu marah bila saya buat aduan kepada kerajaan pusat. Dia kata, sebab dalam pilihanraya, xsokong kerajaan pusat, tapi bila nak minta jalan rosak dibaiki, kenapa minta dengan kerajaan pusat. Ini salah satu kenyataan yang memang zaman Jepun punya gred nih.

Kerajaan Malaysia ni siapa? Kerajaan Kelantan ni siapa? BN, PAS, PKR, UMNO ni apa?? Cuba kita mikir luar dari ruang lingkup kepartian sikit. Jangan jadi totok sangat. Soal nak sokong mana2 parti dan calon dalam pilihanraya ni adalah soal lain, jangan campur adukkan dalam pembangunan. Sebab kita memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih calon mana yang berkenan.

Bila dan membentuk kerajaan, maka seluruh rakyat dibawah taklukannya adalah anak buahnya semua. Tak ada soal anak tiri, anak angkat, anak emas, anak menantu..semau tu retorik semata-mata.. Sebab, anak emas ke, anak batu ke, anak menantu ke, semuanya kena bayar cukai. Tak terkecuali seorang pun. Ke bila jadi anak emas tak perlu bayar cukai?

Sebut pasal cukai ni, adakah rakyat bayar cukai kepada Barisan Nasional? adakah bayar kepada UMNO, adakah bayar kepada PAS? adakah bayar kepada PKR? Tidak...kita semua bayar kepada kerajaan? siapa kerajaan? duit kerajaan ni daripada mana? daripada siapa? ke duit kerajaan ni mari dari langit? mana tau, Allah Taala memberi peruntukan khusus kepada kerajaan...

Berbalik kepada quote tajuk yang saya berikan di atas tadi, pernah terjadi di satu kawasan yang mana jalannya runtuh sejak tahun 2004 lagi. Bila ditanya kepada penduduk, maka rata-rata penduduk akan kata, "Jale Kesedar tuh..." "Mana boleh kosek(kacau)...nati Kesedar marah.."

Inilah antara persepsi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Kebetulan, penduduk di kawasan itu pulak majoritinya pembangkang. Maka seolah-olah tak berani nak menyuarakan aduan. Rosak sejak 2004, baru je dibaiki awal tahun 2010. Cuba bayangkan berapa tahun tu?

Ayuhlah rakyat semua, cubalah tune balik pemikiran tu... Jangan lagi kita menajdi mangsa politik sesetenagh pihak yang hanya nampak muka 5 tahun sekali dan yang hanya mahu mengekalkan penguasaan sahaja. Ahli politik yang macam ni, jika buat kebajikan sikit, nak suruh satu dunia tahu yang dia buat kebajikan kepada rakyat. Eh, ada ibu kita heboh2 dalam TV, Akhbar, FB, yang dia dh menyusu anak dia? ada? Ada ke bapa kita heboh dalam TV dan suratkhabar bahawa dia beri duit belanja sekolah pada anaknya hari ni?? fikirlah yang mana amanah yang mana fitnah.


Dabong, 15 Julai 2010.
18.48

Isnin, Julai 12, 2010

Tolonglah baiki...

Bulan Rejab sudah hampir melabuhkan sauhnya. Kerlipan cahaya bulan Syaaban seakan-akan sudah tidak sabar menonjolkan diri. Rejab dengan Israk Mikraj, Syaaban dengan Nisfu Syaaban dan semeua tahu puasa di Bulan Ramadhan. Namun, adakah kita semua sedar akan masa berlalu dengan pantas? Gelap ceroh, gelap ceroh, dah nak masuk Syaaban.

Maka tak sampai 2 bulan lagi jika panjang umur, nak tak nak kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang mulia. Insya Allah.

Bila sebut pasal bulan Ramadhan, selain dari aneka ragam dan macam kuih-muih, kita juga tak akan lupa sebut Hari Raya Aidilfitri. Dari awal puasa lagi, sudah dirancang raya nanti nak macam mana. dari segi pakaiannya, perhiasan rumahnya, dan juga juadahnya. Sunnguh bersemangat tuh.

Namun, jika difikirkan soal balik kampung. Sungguh meletihkan dan amat membosankan. Dengan jalannya yang jammed, cuaca panas, kenderaan breakdown. Huh, macam-macam hal lagi. yang paling utamanya ialah, jalan-jalan rosak yang masih-masih tidak dibaiki sehingga kini. Itu pun satu hal jugak. Saban tahun para perantau ni mengepek, merungut dan memaki sumpah seranah akibat kenderaan mereka tersesek atau tercalar ekoran jalan-jalan raya yang mereka lalui rosak teruk.

Sekarang sudah nak masuk bulan Syaaban, hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi untuk musim perayaan. Adakah sempat pihak-pihak berwajib utuk membaiki jalan-jalan rosak ni? Jika tak dibaiki, maka sekali lagi lah para perantau ni akan mengepek. Kalau setakat mengepek tak apa lagi, akan tetapi, cuba kita banyangkan jika kenderaan mereka ni rosak diperjalanan? Sedang hati beria-ia pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, tiba-tiba kenderaan pulak rosak, tayar pecah, dan sebaginya. Mesti hati yang berbunga tadi akan bertukar duka.

Oleh yang demikian, saya pohon lah kepada pihak-pihak yang berwajib ni agar dapatlah membaiki jalan-jalan rosak di seluruh negara. Kesianlah para pengguna, mereka membayar cukai jalan. Lewat bayar kena denda, tak bayar kena saman. Jika pihak berwajib tak baiki jalan? apa yang kena? tak kena apa-apa pun...jadi, tak adil la macam tu...Renungkanlah...

Dabong, 12 Julai 2010.
8.13 PM.

Sabtu, Julai 10, 2010

Israk Mikraj...

“Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. "

Saban menjelang 27 Rejab setiap perkiraan tahun Hijrah, seluruh umat Islam pasti tidak akan melepaskan peluang untuk duduk mendengar kisah yang akan diulang tayang..iaitu Peristiwa Agung Israk Mikraj.

Maka adalah lembu kambing, ayam itik yang akan dijadikan korban untuk santapan pendengar-pendengar Kisah Israk Mikraj. Meriah sungguh di masjid-masjid, surau-suaru, dewan-dewan, padand-padang disegenap ceruk rantau dan negeri serta kampung. Sungguh kita semua ni begit mengingati akan peristiwa-peeristiwa agung dalam sejarah Islam.

Namun, sejauh manakah kita mengamatinya? Sejauh mana kita mempraktikan falsafah dari setiap peristiwa ini? Adakah ianya berlaku sekadar untuk hiburan semata-mata? Adakah ianya sekadar suatu kisah untuk dibaca sahaja? Tak berbaloi dengan tumbangnya lembu kambing, matinya ayam itik jika ianya sekadar untuk dibaca dan diperdengarkan sekadar mengisi masa terluang antara maghrib dan isyak.

Masih ramai lagi 'abdi' iaitu manusia yang tidak solat dan meninggalkan solat tanpa rasa kesal dan tanpa rasa berslah sedikitpun. Maka, jelaslah kepada kita, datanglah peristiwa apa pun, kita tidak cuba untuk mengambil iktibar darinya.

Ingatlah semasa binatang Buroq merasa malu kerana dia tidak mahu Rasulullah menaikinya kerana dia tidak mengenali Rasulullah ketika itu. Setelah diberitahu oleh Jibril, maka berpeluhlah binatang Buroq kerana malu akan Rasulullah. Binatang yang tidak mempunyai akal fikiran pun reti malu, kita manusia?? sanggup menghina Rasulullah tabpa segan silu. Subhanallah...