<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, September 27, 2010

Episod Drama "JANJI PALSU" akan kembali bersiaran..Tunggu di kaca TV anda...

Al-Fathihah buat arwah Chek Hashim Sulaima, ADUN Galas yang telah kembali ke ramatullah sekitar jam 4.30 petang, 27 September 2010. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan digolongkan dalam golongan hamba-Nya yang bertaqwa. Insya Allah.

Pergi Tak Kembali, itulah salah satu tajuk lagu nasyid yang didendangkan oleh Kumpulan Rabbani. sudah lumrah setiap kehidupan, sampai masa akan dijemput pulang. Membawa amal di dunia berjumpa Tuhan. Tanpa mengira usia, bangsa dan keturunan, bila sampai masanya, kita akan dipanggil mengadap Tuhan.


Apapun, apabila insan yang begelar ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia, pastinya terbanyang disetiap kita ni akan berlakunya suatu pesta yang tak akan dilepaskan oleh semua rakyat untuk mengikutinya.

Apa yang lebih molek digunakan untuk pesta ini ialah seperti suatu drama yang selalu ditayangkan di kaca-kaca televisyen. Drama kali ini bertajuk "Janji Palsu". Sedikit masa lagi, episod drama Janji Palsu ini akan bersambung setelah hampir setahun menyepi selepas bersiaran di Manek Urai tempoh hari.

Para pelakon sudah siap bersedia untuk melakonkan watak masing-masing, sama ada watak jahat, watak komedi, watak baik, watak sadis, watak zuhud, watak ganas, aksi stunt, semua sudah lengkap. Cuma menunggu masa dari Tuan Peneraju Utama sahaja yang menjerit, "action!!!"

Sabtu, September 25, 2010

Nak Royak Sikit

Kesimabungan dari posting yang pernah saya siarkan seblum ni 'Saje Nak Berbual'. Kali ini dalam nada yang sama saya nak bercerita sedikit sebanyak satu perkara yang sering dilepas pandang dan memang tak difikirkan langsung pun oleh semua orang. Kadang-kadang idea dan pandangan seperti apa yang saya bakal kongsikan ini tidak diterima oleh majoriti rakyat, namun ku taip juga sebab semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing. Ini kerana, pendapatan setiap orang pun masing-masing juga..he he he...

Kalau dalam penulisan sebelum ini, saya rungkaikan perihal MASA. Pada kali ini saya cuba nak kongsikan perihal TEMPAT pulak.

Tuan-tuan cuba perati, kebanyakan program atau majlis peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau parti kebanyakkannya dibuat di sekitar bandar Kota Bharu. Maka berduyun-dutunlah rakyat dari segenap pelososk negeri sejak dari Jajahan Lojing, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Tumpat bertumpu di Kota Bharu untuk menghadiri majlis/program tersebut.

Tidak salah buat di pusat bandar. Malah di pusat bandar memiliki segala infra yang diperlukan. Tetapi jika hanya dibuat di pusat bandar sepanjang mana, bila masa kawasan-kawasan lain akan dibangunkan? Pernah tak kita fikir, rakyat dari kawasan-kawasan hulu ni terpaksa bertolak awal untuk ke Kota Bharu, lebih2 lagi terpaksa bermalam di sana sehari sebelum majlis/program beerlangsung. Adil ke dengan penduduk yang berada di Kota Bharu??

Kenapa kita tidak boleh rotate tempat program ini? Biar rakyat Tumpat, Kota Bharu merasai betapa susahnya nk ke Gua Musang ke, nak kena bermalam di sana sehari sebelum program tu. Penganjur jangan hanya syok sendiri adakan program/majlis di Kota Bharu, rakyat di kawasan pedalaman ni kadang-kadang bermasam muka sesama sendiri dalam hal mencari kenderaan dan mencari orang untuk ke sana.

Bila saya sebut macam ni, ada pulak yang megatakan, "Jihad tu syeh...tak perlu diungkit benda-benda macam ni." -Betul, saya akui, tetapi pernah kita bandingkan dengan rakyat2 yang berada berdekatan dengan kawasan program? Adakah rakyat di kawasan bandar tak mahu berjihad sama seperti rakyat di kawasan pedalaman?

Jika isu kemudahan menjadi masalah utama untuk diadakan di kawasan @ daerah lain, maka pihak pemerintah kena lah sediakan kemudahan itu di setiap daerah. Jangan hanya perbanyakkan di kawasan ibu kota sahaja. Kena agih2kan juga ke kawasan-kawasan lain. Barulah kawasan lain pun merasa nikmat bersama.

Jika semua daerah mempunyai sebuah dewan seperti dewan PUTIK, maka saya rasa, tidak pelik jika majlis atau program-program dapat dibuat bergilir-gilir di setiap daerah.

Sebagai contoh, Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan, diadakan di Jeli. Tahun depan di Pasir Mas, tahun seterusnya di Kuala Krai. Maka seluruh rakayat tak perlu hanya kenal KOTA BHARU jer...

Sekian.

Dabong, 7.54
25 Sept. 2010

Khamis, September 16, 2010

Bagaikan Medan Perang

Aidilfitri disambut meriah di segenap pelosok tanah air. Semuanya menyambut dengan perasaan masing-masing. Ada yang gumbira, ada yang bersedih dan ada juga yang tak ada apa-apa perasaan pun. Apapun mode sambutan, atas individu itu sendiri. Tak kisahlah. Asalkan jangan menyusahkan personal yang lain.

Adakah budaya kita menyambut raya dengan dentuman mercun? Bagaikan medan perang dibuatnya. Di mana pihak-pihak berkuasa di saat anak-anak muda merdeka ini menucuch sumbu mercun itu? Warga tua teras masyarakat sedang khusyuk solat tasbih di masjid, surau, dan madrasah, warga muda harapan bangsa sedang sibuk 'membakar' pitis. Gegak gumpita bak halilintar membelah kesinyian malam. Adakah perlu atau wajib menyambut raya dengan mercun?

Inilah yang terjadi pada malam 1 Syawal lepas. Sebaik azan maghrib berkumandang, disambut segera dengan bunyi-bunyi yang kuat. Tak malu ke duk 'bakar' duit macam tu je? Membazir tu namanya. Ingat membazir ni dalam bab makanan je ke? Masya Allah.

Dalam masa yang sama kerajaan duk nasihat melalui corong-corong radio dan peti-peti televisi. Namun mengapa masih ada lagi aktiviti membakar duit ni dilakukan padahal pihak berkuasa ada di depan mata je? Macam mana ini boleh berlaku?

Ada yang lebih teruk tu, ibu bapa pun satu line jugak dengan anak-anak merdeka ni. Mereka kata, "biarlah, budak-budak nak berhibur sambut raya..." soalnya, adakah ini budaya kita sebagai orang Islam?

Jika tak terjadi kecelakaan apa-apa, semuanya bergumbira lah, tetapi jika ada terjadi kecelakaan, yang suka akan jadi duka. Oleh itu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, sediakan payung sebelum hujan, alang-alang mandi, biar guna sabun.

Saya percaya, di tempat anda pun macam tu jugak. Bagikan medan perang pada malam 1 Syawal. Salam aidilfitri.


Dabong, 16/9/2010
8.01 A.M