<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, September 25, 2010

Nak Royak Sikit

Kesimabungan dari posting yang pernah saya siarkan seblum ni 'Saje Nak Berbual'. Kali ini dalam nada yang sama saya nak bercerita sedikit sebanyak satu perkara yang sering dilepas pandang dan memang tak difikirkan langsung pun oleh semua orang. Kadang-kadang idea dan pandangan seperti apa yang saya bakal kongsikan ini tidak diterima oleh majoriti rakyat, namun ku taip juga sebab semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing. Ini kerana, pendapatan setiap orang pun masing-masing juga..he he he...

Kalau dalam penulisan sebelum ini, saya rungkaikan perihal MASA. Pada kali ini saya cuba nak kongsikan perihal TEMPAT pulak.

Tuan-tuan cuba perati, kebanyakan program atau majlis peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau parti kebanyakkannya dibuat di sekitar bandar Kota Bharu. Maka berduyun-dutunlah rakyat dari segenap pelososk negeri sejak dari Jajahan Lojing, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Tumpat bertumpu di Kota Bharu untuk menghadiri majlis/program tersebut.

Tidak salah buat di pusat bandar. Malah di pusat bandar memiliki segala infra yang diperlukan. Tetapi jika hanya dibuat di pusat bandar sepanjang mana, bila masa kawasan-kawasan lain akan dibangunkan? Pernah tak kita fikir, rakyat dari kawasan-kawasan hulu ni terpaksa bertolak awal untuk ke Kota Bharu, lebih2 lagi terpaksa bermalam di sana sehari sebelum majlis/program beerlangsung. Adil ke dengan penduduk yang berada di Kota Bharu??

Kenapa kita tidak boleh rotate tempat program ini? Biar rakyat Tumpat, Kota Bharu merasai betapa susahnya nk ke Gua Musang ke, nak kena bermalam di sana sehari sebelum program tu. Penganjur jangan hanya syok sendiri adakan program/majlis di Kota Bharu, rakyat di kawasan pedalaman ni kadang-kadang bermasam muka sesama sendiri dalam hal mencari kenderaan dan mencari orang untuk ke sana.

Bila saya sebut macam ni, ada pulak yang megatakan, "Jihad tu syeh...tak perlu diungkit benda-benda macam ni." -Betul, saya akui, tetapi pernah kita bandingkan dengan rakyat2 yang berada berdekatan dengan kawasan program? Adakah rakyat di kawasan bandar tak mahu berjihad sama seperti rakyat di kawasan pedalaman?

Jika isu kemudahan menjadi masalah utama untuk diadakan di kawasan @ daerah lain, maka pihak pemerintah kena lah sediakan kemudahan itu di setiap daerah. Jangan hanya perbanyakkan di kawasan ibu kota sahaja. Kena agih2kan juga ke kawasan-kawasan lain. Barulah kawasan lain pun merasa nikmat bersama.

Jika semua daerah mempunyai sebuah dewan seperti dewan PUTIK, maka saya rasa, tidak pelik jika majlis atau program-program dapat dibuat bergilir-gilir di setiap daerah.

Sebagai contoh, Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan, diadakan di Jeli. Tahun depan di Pasir Mas, tahun seterusnya di Kuala Krai. Maka seluruh rakayat tak perlu hanya kenal KOTA BHARU jer...

Sekian.

Dabong, 7.54
25 Sept. 2010

2 ulasan:

KL10 berkata...

Assalamulaikum..

Setiap org ada fikiran masing2.
Jika difikirkan, betul juga fikiran saudara. Kekadang perlu utk laksanakan program di bandar2 lain selain KB.
Tapi jika kita lihat kemudahan yg kurang disana. Mungkin pemerintah boleh buat setiap daerah dewan seperti di putik(setahu sya besar juga dewan ini), tpi persoalanya adakah dewan itu selalu digunakan? takan lah dewan itu hanya digunakan sekali setahun (jika setiap program digilirkan sudah pasti jadi sekali setiap 6 tahun). Lainlah jika dewan lebih kecil dibina, rasaya penduduk setempat boleh menggunakanya. Masalahnya dewan yg kecil tak dpt menampung program2 lebih besar.(kena ingat satu negeri akan bertumpu kat situ) KB pun akan penuh sesak jika terdapat sesuatu program, apatah lagi bandar2 lain.

Cth di Pulau Pinang(saya kerja di P.Pinang, Jdi cth ini lebih sesuai kerana saya lihat sendiri) Kebanyakan program spt pameran komputer, pameran hartanah, pameran pendidikan, ekspo pekerjaan dan lain2, kesemuanya dilakukan pada tempat yg sama iaitu di stadium tertutup pulau pinang kerana keadaan disitu sesuai. Saya tak pernah lagi tahu pameran2 sebegini dilalukan pada tempat lain. Mungkin P.Pinang negeri yg kecil jadi tempat pun hanya satu saya tak tahulah.mungkin ada sbb lain2 yg saya tak tahu.

Mungkin daerah lain boleh dibangunkan dgn cara berbeza yg lebih sesuai dgn keadaan semasa disana. atau jika diaddakan mini program di jajahan lain. Tgk atas kesesuaian masing2.

Ini adalah pendapat saya laa.. mungkin ada pendapat lain. mana tahu. Tapi jika ada perselisihan pendapat sepatutnya dpt dibincangkan pada pihak2 berkenaan.
Sama-samalh membangunkan Negeri Kelantan.

Mr. President berkata...

Salam KL10, ya..benar sekali, setiap daerah seharusnya ada sebuah dewan...bermacam-macam aktiviti boleh diadakan di dewan tersebut..pemikiran politik telah menyempitkan skop pengggunaan dewan tersebut...jadi jika nk tgk seluruh negeri maju, jgn hanya tumpu di bandar2 besar sahaja..kena tgk jgk kawasan2 kediaman rakyat yg turut memberi undi kemenagan kepada kerajaan...Sekian.