Benar kata orang, kampung kami di kawasan HULU Kelantan dan memang selalu dipinggirkan arus pembangunan. Cuba perati di dalam peta di bawah ini, memang tidak ada apa pun yang menarik perhatian sesiapa. Nam kampung pun dah pelik, mesti penduduk yang menetap disini pun pelik-pelik juga.
Nama asalnya, Kampung Kandis (sekarang Kampung Kandek) serta Kampung Durian Badak (sekarang Kampung Biak A & Biak B). Disinilah lokasi yang saya maksudkan di dalam penulisan terdahulu KLIK .
Apabila mendengar akan sebuah jambatan dibina, maka ibu bapa yang berada di Kampung Biak A & B segera mendail nombor-nombor telefon anak-anak mereka yang mencari rezeki dan nafkah keluarga di Kota Raja serta Kota Konstantinople memaklumkan akan hal ini. Gumbira hati mereka sebenarnya, tidak tahu nak diberitahu sesiapa betapa gembiranya mereka. Setiap hari, isu PEMBINAAN JAMBATAN lah yang dicanang, kecik, besar, tua muda, jate, tino, semua sama. Di sekolah, murid-murid pun cerita hal yang sama, cikgu kecik, cikgu besar, pegawai kecik, pegawai besar, serta tok imam pun menceritak hal yang sama. Kalau batu serta kayu baoleh bercakap, mereka pun akan menceritakan hal yang sama juga.
"Buleh doh kalu awe nok beli kereto gok, cari lah hok seken hend pun, xdop hal, asal buleh ayoh wak beruley gi semaye jumaat di Kandek jah. Buleh la mek mu gi cari2 lauk alah ko Jelawer (Jelawang), Kolo Balar (Kuala Balah) nuh.."- Bagitahu si ayah kepada anaknya supaya membeli sebuah kenderaan, ekoran jambatan yang akan dibina ini. Kerana bila ada jambatan, makan kenderaan boleh di parking di depan tangga rumah.
Anaknya yang berada di Kota Konstantinople serta di Kota Sarang Semut dan Kota Belud amat gumbira mendengar hal ini, maka diceritakan pula kepada kawan-kawannya di sana. Segera mereka mengunjungi kedai-kedai kereta terpakai untuk mencari sebuah dua untuk dibawa pulang.
Maka penuhlah kereta berderet di Kampung Kandek. Mereka membeli kereta, tetapi masih lagi tidak dapat membawa pulang parking depan rumah. "Tak mengapa, letak di Kandek dulu dengan bayaran tapak parking dengar kadar tertentu, mungkin tahun depan dah boleh bawak balik kot.." -Bisik hati nurani yang suci murni seorang penduduk.
Namun, tahun berganti tahun, jambatan tidak juga muncul. Arrgghh...keciwa rasanya, duit yang diperolehi dari hasil menroeh getah terpaksa dibayar sebahagiannya untuk sewa tapak parking kereta di Kandek...adussss...begini rasanya nasib ditipu!!!...
"Pok cik jangan bimbey, kali ni jadi..meme akan jadi doh nk buat gertok nih" - Kata seorang pekerja yang membuat kerja-kerja ukur di Kampung Kandek. "Yo ko? demo tahu dop, kali ni sekali dengan demo nih, doh 4 kali doh nih, demo ni hok kali keempat doh ni mari ukur, sukat, tapi tok jadi-jadi lagi",- ujar salah seorang penduduk kepada pekerja ukur tersebut.
Penduduk ni, sekali mereka masuk ukur, gempar, dan percaya akan jambatan semakin hampir dibina, baik dari kerajaan pusat, dan kerajaan negeri, semuanya sudah masuk dan menceritakan hal yang sama. AKAN DIBINA.
Namun, sehingga kini, mereka telah merasa tertipu dan dihina sedemikian rupa. Nasiblah...Tengoklah dalam peta itu, apalah yang ada, ya, memang benar, jalan itu, memang tak menuju ke PUTRAJAYA mahupun KOTA DARULNAIM.
Dabong, 3 Dis 2010.
12:11

Tiada ulasan:
Catat Ulasan