<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Selasa, Mac 22, 2011

IKLAN


Suatu Akta

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan

• Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


Ahad, Mac 20, 2011

Kampung Biak - Pemberian Di Dun Dabong

Kedua-dua kampung ini mempunyai satu persamaan, iaitu di kampung tersebut didiami oleh manusia serta orang sama ada kecik, besar, tua, mudo, jatey, tino, anak dara, janda, duda, dan mereka meruapakan rakyat KDYMM Sultan Muhammad Ke-V di bawah kerajaan Tok Guru kito belako.

Kampung ini dipisahkan oleh sebatang sungai yg mengalir tenang kadang-kadang deras, kadang bekeng, kadang-kadang tu benuk. Walau apa pun, manusia yg hidup di kedua-dua kampung ini semuanya mempunyai My Kad yang sah. Ini menunjukkan mereka adalah wargangara KDYMM Yang Dipetuan Agong Malaysia.

Walau apa pun, ada satu perbezaan antara kampung ini iaitu, Kampung Pemberian memiliki sebuah jambatan sebagai penghubung, mana-kala, Kampung Biak tidak dapat dihubungi kerana sebuah jambatan yang dibina melalui air luir wakil rakyat telah runtuh dan 'ghaib' sejak tahun 2004 dahulu.

Dibawah ni, saya salinkan dari blog puak kito jgk..terima kasih pada Tok Gawo

Kampung Pemberian

gertokgetokpmrnjambatanjambatan1jambatan2jambatan3jambatan4jambatan5

Kampung ini ramai umno totok, tapi BN tak peduli pun, dulu ada sekali masa Nuar Musa jadi ketua perhubungan umno Kelantan dia telah meletak batu asas pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan yang korang lihat ini.

Kalau hujan lebat dalam tempoh 24 jam, gerenti jambatan ini tenggelam, ada jalan alternatif lain pun macam cibai.

Kampung Pemberian Dun Dabong Parlimen Kuala Krai Kelantan, harapkan nama kampung sedap, pemberian ape ?, lantai yang terkopak tu dah lama macam tu, sebelum ni ada insiden penunggang motorsikal jatuh ke dalam sungai, korang lihat ada pagar tak ?, lihat kepada kenderaan yang lalu lalang, memang ramai pemastautin disini.

Tu laa, BN ni kalau memanjang undi nya……….dia tak peduli dah……kira dah boleh di cucuk hidung………tiba musim PRU ke PRK……….bagi hamper…………

Oiit ! orang kampung ni bangang ke semua nya…………?ada kuasa tak nak guna kuasa…………….., puak2 Ro$mah gheti menipu jah………….

SUMBER : http://guanomanikurai.blogspot.com/2011/03/kampung-pemberian.html

Sabtu, Mac 12, 2011

The Generals

Setiap kali ada peperangan ke, pertempuran ke yang berlaku semestinya ada seorang jeneral yang dilantik mengetuai dan mengepalai angkatan perang. Selaian daripada unit-unit lain yang dilantik untuk setiap portfolio, jeneral bertangungjawab sepenuhnya ke atas corak dan strategi untuk menghadapi pihak musuh.

Sebuah kem atau markaz atau pos atau rumah atau bangunan disediakan untuk angakat bala tenteranya bermesyuarat, berbincang, makan, minum, tidor dan yang paling penting sebagai pusat pentadbiran semesa peperangan.

Apa yang Laman Nurani ingin ketengahkan disini ialah, adakah jeneral dan para pembantunya ini tinggal bertumas di dalam kem, markas ini? Mengikut pengalaman yg diceritakan kepada saya, biasanya jeneral ni akan disediakan sebuah rumah yang diberi nama Rumah VIP sebagai kediaman rasmi jeneral semasa peperangan. Adakah ini perlu?

Adakah perlu jeneral berada di rumah VIP? Kenapa? Tidak bolehkah jeneral ini tinggal bersama dengan jentera-jentera yang lain di markaz? Barulah senang segala maklumat, strategi, dan percaturan dapat dibuat secara langsung. Ini menjadi banyak mangkuk pinggan jer.

Sebagai contoh, jika ada satu2 isu yang berlaku, maka akan dihantr ke markaz pusat, kemudian jentera yang bertugas di markaz pusat perlu memaklumkan kepada unit yang berkaitan, (ketua unit tersebut juga berada di Rumah VIP yang lain) then unit tersebut memaklumkan kepada The Generals. Maka jeneral pun arahkan buat perbincangan di markas pusat, maka nk tunggu semua tiba di markas pusat tu satu kerugian masa. Cuba tuab-tuan fikirkan.

Adkah perlu The Generals disediakan Rumah VIP?

p/s : The Generals >>> Pengarah Pilihanraya.

Dabong, 12 Mac 2010


Rabu, Mac 02, 2011

Luahan Rasa

Kembali menemui para peminat setia Laman Nurani. Kali ni dengan nada yang sama juga. Tidak berbeza. Sama tetap sama. Kupasan mengenai perkara-perkara yang orang lain memang tak amik peduli pun. Sebab tidak memberi keuntungan langsung dan tidak langsung pun pada mereka. Begitu jugak pada saya. Tidak ada untung pun. Cuma nak menaip jer...takkan tak boleh kot.

Jadi macam ni, sepanjang 2008, 2009, dan jugak 2010 kami berhempas pulas mendesak pihak yang mengutip cukai jalan supaya membaiki jalan-jalan rosak terutama di Sungai Sam, dalam Dun Dabong, dalam Negeri Kelantan, dan jugak dalam Negara Malaysia yang merdeka. Syukur di penghujung 2010, awal 2011 pihak yeng merasa tangungjawabnya terabai sebelum ni cekap menunaikan tangungjawabnya membela nasib rakayat. Itu yang kami mahu, kami tidak mahu kawasan balak pun.

Pelbagai mehnah dan cabaran serta ugutan yang kami semua terima sepanjang keberhempasan pulas mendapatkan hak jalan rosak agar dibaiki ni. Bukan senang adik kakak, kalu demo tu nk dari kito, tengah malam dio mari lagi..kalu kito nok ko dio...mati dulu lah jawabnya.

Ibarat kanak-kanak yang meminta sesuatu dari ibunya, selagi tak dapat, maka selagi itulah diminta dengan pelbagai cara. Begitu jugalah kami, pelbagai cara dan kaedah kami guna, cuma tak sampai tahap turun ke jalan raya je lagi. Apapun, itulah pengalaman, biarlah mereka dengan cara mereka, dia dengan cara dia, kamu dengan cara kamu, dan kami dengan cara kami. Asalkan semuanya bermatlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan rakyat, bukannya kesejahteraan diri sendiri.

Ada juga yang berpendapat, aduan-aduan ni cukup hanya sekali sahaja. Tak perlu acap kali. Eh, kalu cukup sekali, kenapa tak datang baiki semasa di awal-awal kami membuat aduan?? Kenapa perlu dibising2 serata alam, kenapa perlu ada dikalangan kami yang ditawar penampar?? Kami mendesak acap kali dan bising seluruh alam maya adalah disebabkan aduan pertama kami tak diambil endah oleh pihak yang mengutip cukai-cukai jalan kami.

Salah kah kami?? Mana lagi salah dengan meminum arak? mana lagi salah dengan berjudi?? Mana lagi salah dengan tidak berpuasa?? Mana lagi salah dengan tidak menutup aurat?? Nak tunjuk gedebe konon, kenapa tak gi marah orang yang berjudi?? kenapa tak gi marah orang yang meninggalkan solat?? Aliah2 kami yang mendesak isu jalan rosak, isu jambatan Kandek-Biak ni jugak dipersalahkan. Huh...basooo...

Jangan risau lah, kami tidak mahu pun jawatan anda semua tuh..,simpanlah jawatan tu pada diri anda semua, kami tak akan usik pun, tak kebulur pun. Kami hanya mahu tengok, jika jalan rosak, dibaiki, jika jalan rosak, dibaiki...takkanlah semuanya nk kena bising2 dahulu baru kalut nak baiki?? Macam kanak-kanak lah, masa kanak2 tu tak mengais, isbu buat tak tau jer, bila dah menangis, barulah kalut nk bagi apa yang diminta.. nk macam tu ke?? Tak lebih dari kes kanak2 tadi jer...

Apapun, kami tak kisah, apa yang penting bagi kami ialah desakan kami berhasil dan kini seluruh pengguna menikmatinya. Anda yang marah pada kami sebelum ni pun duk guna elok2 jer...Moleknya, tak payah guna, biar rasa malu sikit. Apo jenis nih....