Mungkin ada di kalangan pelayar Laman Nurani tidak mengetahui malah tidak pernah tahu pun wujudnya sebuah penempatan rakyat Malaysia di Kampung Kandek dan Kampung Biak di Negeri Kelantan ini. Kampung kandek yang permai dan kenyamanan Kampung Biak bisa menggamit memori pengunjung ke sana.
Kampung Kandek berada di sebelah sini sungai Galas, manakala Kampung Biak terletak di alik sana Sungai Galas, dengan kata lain, berada di seberang sana Kampung Kandek la. Kedua kampung ini dihuni oleh manusia dan haiwan ternakan serta tumbuh tumbuhan. Kicauan burung pagi, embekan kambing biri-biri alik petang bisa mencetuskan irama yang harmoni dan vintage bagi penggemar alam & mansia serta isinya.
Kali ni, Laman Nurani cuba merungkai pulak alik sana, iaitu alik Kampung Biak pulak. Sebuah petempatan yang memiliki sebuah sekolah rendah, sebuah klinik, dan banyak buah rumah penduduk. Makanya cukuplah sekadar untuk hidup disana, ada kedai-kedai runcit, ada dengan kedai-kedai kopi, bengkel membaiki kenderaan, serta jalan-jalan yang disimen.
Untuk sampai ke Kampung Biak ni, kita kena melalui Kampung Kandek, kena tinggalkan kenderaan kita di Kampung Kandek, dan menaiki bot untuk ke seberang sana. Cuba bayangkan di musim perayaan, betapa sesaknya jalan di Kampung Kandek dengan kenderaan-kenderaan pelbagai jenis diletakkan/parking di situ. Mereka terpaksa meninggalkan kenderaan yang mereka sayangi untuk pulang ke rumah di Kampung Biak. Kerana tiada gertok/jambatan untuk ke sana.
Sampai bila lagi mahu menunggunya untuk jambatan ini dibina? Hanya Allah Taala sahaja yang tahu.
Dari Kampung Biak ni, ada jalan balak untuk kita sampai ke Gual Ipoh, Tanah Merah. Jeng jeng jeng...akan bersambung...