<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Jun 10, 2011

Dabong Pasca Muktamar PAS

Tiada apa-apa kesan bagi kawasan Dabong selepas Muktamar PAS. Malahan seblum muktamar dan selepas muktamar, sama sahaja, tiada beza minyak bezen dengan minyak gas. Ini kerana kami disini memang tak amik kisah dan memang tak mahu kisah pun siapa yg menang, siapa yang kalah, siapa cantas siapa, siapa menarik diri, apa usul-usul yang dibahaskan, kami disini memang tak amik peduli dan tak mahu amik port pun.

Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana kehidupan kami disini bukannya bergantung kepada siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam parti. Kami disni bergantung sangat-sangat pada 2 perkara iaitu KESIHATAN TUBUH BADAN & CUACA.

Jika cuaca baik, bada sihat, maka bolehlah keluar mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Jika cuaca tak elok, hujan, banjir, walaupun badan sihat, maka kita semua tidak dapat keluar ke muka bumi mencari rezeki. Masa ini lah pendapatan keluarga akan berkurangan. Apatah lagi jika badan tak sihat, walaupun cuaca baik, masih tidak dapat ke mana-mana juga.

Itulah kesan bagi kami disini. Malahan jugak, mana-mana perhimpunan umum sekalipun, kami di ceruk rantau ini tiada apa-apa kesan sedikitpun. Sama jgk jika pasukan Kelantan Juara Piala FA ataupun tewas, ianya tidak memberikan apa-apa kesan pada kampung kami. Jalan-jalan tetap jgk tidak dibaiki, jambatan Kandek-Biak tetap jgk tidak dibina walaupun Mat Sabu menang atau kalah, walaupun Stopa Mamat menang atau kalah dalam pemilihan UMNO, walaupun Kelantan menang atau tewas, tetap jalan rosak mcm tu jugak...ke tak percaya?? hehe

Apa pun, kehidupan kami diteruskan jgk....

Dabong, 10 Jun 2011
Gomo Kelate Gomo!!!

Tiada ulasan: