Adakah kita berbangga dengan program-program yang kecik2 sahaja? Memang ini yang diratibkan sepanjang masa dan ketika. Hampir 30 program yang kita laksanakan, inilah yang kita asyik bangga-bangga kan di mana-mana sekalipun kita pergi.
Ya, program seperti bantuan armalah, Kifaalah, Bantuan Belia Tani, Bantuan Pelajar Miskin, Gerbang Az-Ziwaj, dan lain-lain bentuk bantuan serta program yang berjaya di laksanakan sepanjang 20 tahun pemerentahan ini.
Memang tak dapat dinafikan, program ini merupakan suatu tangunggjawab yang perlu dilakukan oleh setiap kerajaan atau pemerintah untuk rakyatnya, tak perlu dibangga pun...macam tanggujawab seorang ayah memberi pendidikan kepada anaknya. Semua bentuk program ini memang perlu dilakukan walau sesiapa pun yang mentadbir jika merasa tangungjawab.
Laman Nurani bukan memperlekeh semua program itu, tidak ada niat pun mahu mengecilakn sumbangan yang telah diberikan, memang bagus dan perlu dilakukan sepangjang masa. Namun, kami ingin mengajak semua pembaca agar berfikir di luar sempadan program ini.
Mari kita lihat, antara banyak program ini, adakah ianya merangkumi manfaatnya untuk keseluruhan rakyat? Jika program armalah, hanya armalah jer yang terlibat, jika program Kifaalah, hanya untuk yang berumur 60 tahun ke atas sahaja, jika program bantuan pelajar, hanya pelajar jer yang terlibat, jika program bantuan asas binaan, hanya makhluk tertentu jer yang terlibat dan merasa manfaatnya...
Cuba kita semua fikir, apakah bentuk program atau perancangan yang harus dilakukan untuk manfaat keseluruhan rakyat, tak kira kecik besar, tua muda, huduh comel, hitam putih, PAS UMNO..semua akan merasa...pernah kita fikir?
Kita asyik dilamun mimpi dengan program-program kecil yang hanya tok penghulu jer boleh handle, tak perlu pada wakil rakyat pun.
Kalau kita sebagai wakil rakyat, pernah tak kita fikir apa yang harus dibuat untuk semua rakyat merasai apa yang kita perjuangkan?
Ya, kalau kita bersungguh perjuangkan perkara tersebut, maka seluruh rakyat akan dapat merasainya. Antaranya dengan membina sebuah jambatan sebagai penghubung yang utama antara 2 kawasan yang terputus.
Jika kita bersungguh perjuangkan supaya jalan-jalan yang rosak dibaiki, maka seluruh rakyat akan merasai keselesaan apabila jalan tersebut dibaiki.
Jika kita bersungguh selesaikan isu air yang melanda, seluruh rakyat dapat merasai bekalan air bersih yang bermutu. Namun, kita semua asyik bersungguh kepada perkara2 yang kecik-kecik sahaja. Bercawat kote duk jaja program-program yang hanya memberi manfaat kepada segolongan sahaja.
Inilah yang kami perhati. Tidak ada kesungguhan untuk memberi tahap keselesaan kepada seluruh rakyat. Kita semua gagal memikirkan apa yang menjadikan sesebuah tempat itu maju dan membangun. Jika tidak ada pemangkin, maka lambat lah kawasan tersebut maju. Sebab corak pemikiran kita hanya tertumpu di dalam selimut sahaja.
Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk memberi keselesaan kepada seluruh rakyat. Program-program yang kecik tadi, biarlah URUSETIA sendiri yang uruskan sepanjang masa. Kita sebagai pimpinan harus memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Ubahlah cara berfikir, buatlah secara professional. Rakyat hanya mahukan keselesaan dalam setiap masa mereka mencari rezeki. Mereka mahu menggunakan bekalan air yang bersih, mereka mahu menggunakan jalan yang sempurna, mereka mahu mendiami rumah-rumah mereka dengan aman, mereka mahu bersosial dengan selamat dan bermutu. Ini sahaja yang rakyat mahukan. Perkara inilah yang perlu diutamakan oleh setiap pemimpin.
Cuba pikir balik, berapa banyak program yang dilaksanakan, Ladang Rakyat, Bantuan Asas Tani, dan sebagainya, adakah ianya memberikan keuntungan kepada kita sebgai kerajaan? Secara atas kertas, memang akan memberikan pulangan yg lumayan...namun, kita lupa sesuatu, orang yang tak dapat merasai manfaat tersebut pun merupakan PENGUNDI dan rakyat kita jugak....Jangan kita lupa perkara ini.
Sekian, salam berfikir di luar sempadan.
Dabong, 3 Feb 2012.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan