Alahmdulillah dana yg dikumpul untuk mendapatkan sebuah gadjet telah mencukupi. Bila yer akan ke sana untuk dapatkannya...insya Allah akan sampai masanya nanti.
Apa pun tahniah kepada diriku kerana berjaya mengumpul dana sehingga dapat lah memiliki sebuah gadjet lagi.
Orang kata....sikit-sikit lama2 jadi bukit...dan ada orang kata lagi, kalau nk merasa berlian yang harga berjuta ringgit..mesti start mengumpul seawal usia bayi.... Difikirin...betul jgk yaaa....
Yes it's rite... Berkat aku kumpul la maka dana kini sudah mencukupi...
Hari ni nk try update Laman Nurani dr smartphone... Dalam cuaca yg suram...sejuk...kadangkala hujan...sekejap jua sang mentari munculkan dirinya...beliau banyak bersembunyi hr ni.... Apa pun itulah fenomenanya..
Errr....bagaimanakah hujan terhasil dr skop sains?
Alhamdulillah & selamat tahun baru hijrah kepada seluruh pelayar yang singgah di Laman Nurani. Saya kira sempena hari pertama 1 Muharram, kerajaan Malaysia telah memberi cuti umum pada hari ini.
Misi iNurani saya lancarkan untuk tahun baru ni sebagai satu mekanisma baru di Laman Nurani. Sebarang cerita akan dipostkan di Laman Nurani setelah blog ini ketandusan posting pada tahun lepas. Insya Allah dengan penjenamaan iNurani ini bakal merubah corak penyampaian Laman Nurani disamping pelbagai azam baru saya dan kalian semua.
iNurani ini lebih menjurus kepada, 'i' merujuk kepada Info/Information yg kita semua faham akan jaringan infomasi/maklumat-maklumat yang bakal dimuatkan di dalam Laman Nurani.
Apakah azam/harapan/misi/pengharapan yg ingin dikecapi pada tahun ini?
Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433 kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Pada lazimnya kita tidak teruja dgn sambutan awal tahun hijrah ini. Kita semua teruja dengan sambutan Tahun Masehi. Inilah didikan yg amat berjaya oleh penjajah minda.
Biasanya ramai di kalangan kita membuat azam baru dan ramai jgk yang memperbaharui azam serta niat dan impian harapan yang tidak kesampaian di tahun lepas. Tentunya harapan dan impian itu semuanya baik-baik belaka...tidak ada sebarang azam yang tidak baik. Insya Allah semua harapan, misi yang kita rancang mendapat keberkatan dari Allah Taala.
Sekian kalinya, Laman Nurani masih lagi bersiaran untuk tahun baru ini. Sudah lama Laman Nurani ketandusan posting. Namun Laman Nurani tidak akan pernah padam. Insya Allah.
Saya percaya, kita semua telah bersemangat baru, berwajah baru dan beriltizam baru dengan Tahun Baru Hijrah ini. Jika ahli politik, mereka akan berazam untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya. Jika wakil rakyat, mereka tentu akan berazam untuk memberikan perkhidmatan yg terbaik terus menerus kepada rakyat yang diwakilkannya. Jika dia Perdana Menteri, pastinya dia akan berazam untuk mentadbir negara dengan penuh keikhlasan demi memajukan rakyat dan negaranya. Jika dia seorang pelajar, pastinya dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Insya Allah.
Apa jua azam, apa jua harapan, apa jua misi, mestilah ada sekali dengan usaha yang seiring dgn misi serta azam yang ingin dicapai. Usaha tangga jaya.
Syabas kepada semua. Semuga tahun lepas yang kita lalui akan menjadi tauladan kepada kita semua untuk meneruskan pencarian di tahun ini. Insya Allah.
Arus pembangunan kian rancak di mana-mana, pertambahan penduduk sejajar dengan perkembangan fizikal sesuatu kawasan, maka ianya memerlukan satu mekanisma dan anjakan pembaharuan dan pembagunan di kawasa tersebut.
Dabong, sebuah daerah yang dikatakan terpencil dan selalu dipandang HINA oleh elitis2 kota. Sebuah daerah yang juga tidak kurangnya bersaing dengan kawasan-kawasan lain di Dunia ini.
Pertambahan bilangan penduduk di kawasan Dabong semakin hari semakin bertambah. Jika dilihat dari segi bilangan pengundi, pada tahun 2008 dahulu, bilangan pemilih di Dun Dabong adalah lebih kurang 8 ribu lebih, namun pada tahun 2011, bilangannya bertambah kepada 10 ribu lebih...adakah pertambahan ni menjadi banyak atau sedikit wahai bijak pandai sekalian...Tambah ni koho banyak ko koho sikit?
Sebenarnya Dabong memerlukan sebuah Hospital/Rumah Sakit/Wad untuk kegunaan para penduduk Dabong, Kemubu, Kuala Gris, Lepan Anjur, Stong, Kandek, Biak, Jelawang, Sri Jaya, Ingin Maju, Mahligai, Kuala Mahligai, Bukit Abu, Lanchang, Sungai Teku, Slow Pak Long, Chegar Lapan, Gua Ikan, serta kawasan-kawasan yang sekitar dengannya.
Ini kerana, masalah yang timbul apabila ada kes ibu-ibu yang hendak bersalin, biasanya pesakit akan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai yang jaraknya 80km dari Dabong. Adakah ini berbaloi? Dengan pelbagai risiko yang terpaksa di hadapi dan dilalui. Antaranya jlan rosak, keadaan jalan yang merbahaya, ancaman babi hutan, lembu yang berkeliaran, jalan licin dan kemungkinan ambulan rosak.
Oleh itu, amat perlunya wad-wad bersalin disediakan di Klinik Kesihatan Dabong yang lengkap dengan kemudahan. Tak payah lagi penduduk dikejarkan ke Hospital Kuala Krai yang jaraknya 80km. Jika jarak Dabong dengan Hospital Kuala Krai ni 2km, ianya tidak menjadi masalah pun.
Itu harapan kami disini. Maka tentu lah ramai di kalangan pembaca Laman Nurani ini menyangka saya sudah GILA kerana meminta sesuatu yang tidak masuk akal. BETUL kan??? Pelbagai komen yang saya terima. Lantaklah nak kata saya GILA ke, Bengong ke, Tak Cerdik ke, sebab saya tidak rugi apa2 pun, dan kamu semua juga tidak rugi apa2 pun...saya tak mintak duit anda semua pun. Soalnya kini, ianya menjadi satu permasalahan di Dabong yang perlu diatasi segera. Inu ini bukannya isu semalam, tetapi sudah 30 tahun dah ni, cubalah kira sudah berapo malam.
Seterusnya, kami amat memerlukan sebuah pejabat pos yang menawarkan pelbagai kaunter seperti ASNB, Cukai Jalan Kenderaan, Lesen Memandu, Pos Laju, Pos Ekspress, BSN dan pelbagai kaunter lagi. Oleh yang demikian, jika kanuter2 ini ada, maka penduduk tidak perlu lagi ke Kuala Krai (80km), ke Gua Musang (85km) dan ke Jeli (55km) untuk urusan perbaharui cukai jalan kenderaan atau untuk urusan ASNB.
Permintaan saya ini juga dikatakan KARUT oleh sesetengah pihak. Saya terima jika yang berkata demikian adalah penduduk dari Dabong sendiri, tetapi malangnya yang suka memperli dan menghina saya ni adalah individu2 yang tidak berada di kawasan Dabong, mereka tak mengerti akan kepayahan dan kesusahan serta kesulitan dan kerumitan kami di sini.
Eh, pemimpin2 PAS pun mari ceramah di Dabong ni, habis program pukul 1pagi, relo kelik ke Kota Bharu tengah2 malam...apa salahnya tidor di Dabong dulu, pagi esok kelik la...HINA sangat ke kawasan kami nih wahai pemimpin2 PAS, pemimpin BN jangan cakap la. Dah pemimpin PAS lagu tuh, pemimpin BN lebih lagi....
Buat sekelian kalinya, cubalah dengar rintihan dan amik pedulilah akan kemerluan kami. Jangan hanya bangunkan Tunjong sahaja....
Mungkin ada di kalangan pelayar Laman Nurani tidak mengetahui malah tidak pernah tahu pun wujudnya sebuah penempatan rakyat Malaysia di Kampung Kandek dan Kampung Biak di Negeri Kelantan ini. Kampung kandek yang permai dan kenyamanan Kampung Biak bisa menggamit memori pengunjung ke sana.
Kampung Kandek berada di sebelah sini sungai Galas, manakala Kampung Biak terletak di alik sana Sungai Galas, dengan kata lain, berada di seberang sana Kampung Kandek la. Kedua kampung ini dihuni oleh manusia dan haiwan ternakan serta tumbuh tumbuhan. Kicauan burung pagi, embekan kambing biri-biri alik petang bisa mencetuskan irama yang harmoni dan vintage bagi penggemar alam & mansia serta isinya.
Kali ni, Laman Nurani cuba merungkai pulak alik sana, iaitu alik Kampung Biak pulak. Sebuah petempatan yang memiliki sebuah sekolah rendah, sebuah klinik, dan banyak buah rumah penduduk. Makanya cukuplah sekadar untuk hidup disana, ada kedai-kedai runcit, ada dengan kedai-kedai kopi, bengkel membaiki kenderaan, serta jalan-jalan yang disimen.
Untuk sampai ke Kampung Biak ni, kita kena melalui Kampung Kandek, kena tinggalkan kenderaan kita di Kampung Kandek, dan menaiki bot untuk ke seberang sana. Cuba bayangkan di musim perayaan, betapa sesaknya jalan di Kampung Kandek dengan kenderaan-kenderaan pelbagai jenis diletakkan/parking di situ. Mereka terpaksa meninggalkan kenderaan yang mereka sayangi untuk pulang ke rumah di Kampung Biak. Kerana tiada gertok/jambatan untuk ke sana.
Sampai bila lagi mahu menunggunya untuk jambatan ini dibina? Hanya Allah Taala sahaja yang tahu.
Dari Kampung Biak ni, ada jalan balak untuk kita sampai ke Gual Ipoh, Tanah Merah. Jeng jeng jeng...akan bersambung...
Tiada apa-apa kesan bagi kawasan Dabong selepas Muktamar PAS. Malahan seblum muktamar dan selepas muktamar, sama sahaja, tiada beza minyak bezen dengan minyak gas. Ini kerana kami disini memang tak amik kisah dan memang tak mahu kisah pun siapa yg menang, siapa yang kalah, siapa cantas siapa, siapa menarik diri, apa usul-usul yang dibahaskan, kami disini memang tak amik peduli dan tak mahu amik port pun.
Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana kehidupan kami disini bukannya bergantung kepada siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam parti. Kami disni bergantung sangat-sangat pada 2 perkara iaitu KESIHATAN TUBUH BADAN & CUACA.
Jika cuaca baik, bada sihat, maka bolehlah keluar mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan.
Jika cuaca tak elok, hujan, banjir, walaupun badan sihat, maka kita semua tidak dapat keluar ke muka bumi mencari rezeki. Masa ini lah pendapatan keluarga akan berkurangan. Apatah lagi jika badan tak sihat, walaupun cuaca baik, masih tidak dapat ke mana-mana juga.
Itulah kesan bagi kami disini. Malahan jugak, mana-mana perhimpunan umum sekalipun, kami di ceruk rantau ini tiada apa-apa kesan sedikitpun. Sama jgk jika pasukan Kelantan Juara Piala FA ataupun tewas, ianya tidak memberikan apa-apa kesan pada kampung kami. Jalan-jalan tetap jgk tidak dibaiki, jambatan Kandek-Biak tetap jgk tidak dibina walaupun Mat Sabu menang atau kalah, walaupun Stopa Mamat menang atau kalah dalam pemilihan UMNO, walaupun Kelantan menang atau tewas, tetap jalan rosak mcm tu jugak...ke tak percaya?? hehe
Gambar di atas menunjukkan satu perbandingan antara jalan rosak dengan jalan yang tidak rosak. Inilah yang sedang berlaku di Daerah Kuala Krai & Dabong. Jalan yang rosak tidak dibaiki tetapi jalan yang tidak rosak pulak dikorek, dan diturap baru. Adakah ini yang Islam ajar dalam memberikan perkhidmatan kepada watan?
Sungguh saya kecewa la dengan sikap yang macam ini. Tiada kata-kata yang dapat saya nukilakan di atas perilaku seperti ini. Bila mana kita mendesak supaya jalan-jalan rosak di Dun Dabong khususnya agar dibaiki, alasan yang sering kami dapat,
1. Tunggu peruntukan 2. Tiada pitis
Ok lah, kami terima alasan tersebut, tetapi bila kami melihat manusia serta jentera menurap semula jalan-jalan di dalam Bandar Kuala Krai, hati saya berdebar-debar nok marah kerana jalan tersebut tiada lubang dan tidak rosak sikit habuk pun jika nak dibandingkan dengan jalan di Slow Mengkuang, jalan di Lepan Anjur, Stong..apakah rasionalnya jalan-jalan yang tidak rosak ini diturap semula? Jika ianya rosak setaraf dengan jalan-jalan rosak di Slow Mengkuang, saya tak kisah pun.
Lagi satu, saya tak pernah pun dengki dan iri hati dengan kerja-kerja turapan tersebut jika sekiranya jalan-jalan yang benar-benar rosak dibaiki. Ini tidak, seolah-olah kita semua ni jadi BODOH, BANGANG, BAHLUL, TOLOL, GONG, BENGONG, sehingga kan tak tahu yang mana jalan rosak dan yang mana jalan yang tak rosak. Adalah di kalangan kita ni bercakap soal keutamaan la, auliyat la, apa2 lah..eh, keutamaan pada jalan rosak ke jalan tak rosak? Cissssssss...
Cuba tuan-tuan semua lalui jalan Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, di kawasan Lepan Jenut, di mana bersohor dengan gerai-gerai jualan lemang, adakah jalan tersebut rosak? Berapo kaki dalam lubang di sana? Berapa meter padu lopak air terbentuk di sana jika nak dibandingkan dengan jalan-jalan di Slow Mengkuang dan di Lepan Anjur? Jangan kita ni jadi bodoh la....
Untuk itu, saya telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam dan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dengan kerja-kerja gila ini;
ADUAN YG SAYA TELAH HANTAR KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM MALAYSIA (11/5/2011) :Saya merasa amat kesal sekesal-kesalnya dan memang sungguh2 menyesal dan kecewa yang teramat sangat, kalau buleh bayar, tidak ada harga untuk kekesalan ini.
1. Mengapa jalan di Lepan Jenut, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang yang tidak rosak dikorek dan diturap semula sedangkan jalan yang rosak teruk di Slow Mengkuang, Dun Dabong serta di Lepan Anjur, Stong masih tidak dibaiki lagi walaupun banyak dh aduan saya kirim ke sini.
2. Mengapa jalan-jalan di dalam Bandar Kuala Krai diturap semula sedangkan jalan itu tidak rosak pun dan tidak merosakkan kedneraan sedangkan jalan yang rosak teruk di Slow Mengkuang, Dun Dabong serta di Lepan Anjur, Stong masih tidak dibaiki lagi walaupun banyak dh aduan saya kirim ke sini.
Pohon pihak tuan lanjutkan aduan saya ini kepada pihak berkaitan....Bagi saya, mereka nk turap 56 kali sehari pun saya tak pernah nk dengki dan tak pernah kisah pun asalkan jalan2 rosak yang teruk ini dibaiki dengan segera...Ingatlah, jalan2 rosak ni pun MANUSIA macam kita jugak yang melaluinya, bukannya DAJJAL....Mereka pun membayar cukai jalan jugak...jangan hinakan kami!!!!
Ini ialah jawapan penerimaan oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia.
Apabila seorang sahabat memberitahu bahawa pihak berkuasa menafikan permit untuk mengadakan majlis-majlis ceramah umum, maka saya teringat akan suatu kisah yang saya hadapi SUATU WAKTU DAHULU.
Nostalgia. Itulah kata-kata keramat yang digunakan untuk kita mengenang kembali sejarah, pengalaman yang pernah kita lalui. Sama ada pahit, manis, suka, duka, panas, sejuk, dan sewaktu dengannya. Apapun, saya kembali menulis. Terima kaseh 'abang kalam-perdana' yang memberi ruang dan pedoman untuk saya melakar suatu kisah yang belum pernah dihebahkan dalam buletin perdana ataupun mana-mana media arus perdana. Semuga segala kisah ini dapatlah dikongsi bersama supaya ianya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang macam rambutan.
Wahai terdahulu... dimana akan kami letakkan arah perjalanan ini andai terdahulu tidak merintisnya... Wahai terdahulu... jalanmu dulu sudah terkambus akulah yang selalu sesat tanpa sentuhan sentuhlah aku dalam nada, dalam irama sentuhlah aku dalam bahasa, atau telunjuk yang keras supaya kami tahu apa yang kami tidak tahu... katakan yang benar itu benar... sedangkan mati itu benar... Jangan ada diantara kami ada yang berkata, terdahululah yang silap, terdahululah yang lemah, terdahululah yang meterialistik dan egoistik... kamu tinggalkan kami dengan apa, mana bakinya, mana untuk kami, cukuplah untuk kami kisha-kisah dari orang terdahulu... cukuplah... Saya teringat suatu babak...
Bermula sebuah kisah
Telefon Nokia 3310 saya berdering di sekitar jam 8.05 malam, pada waktu itu, saya dan rakan-rakan sebaya sedang berdiskusi berkenaan program selepas isya' nanti iaitu Majlis Solat Hajat Blok C. Saya menerpa ke arah telefon dan didapati nama 'orang besar' HEP tertera...difikiran saya, memang sudah jangka apa yang akan ditanya dan didialogkan nanti. Sebab petang tadi lagi kuda-kuda tunggangan mereka sedang berdengus bekeng mengenai perkara solat hajat ini. Jadi, nak kata saya menunggu panggilan tersebut tidak juga, tapi memang saya bersedia menjawab dan betanggungjawab atas apa yang saya kerjakan. Saya menjawab dan memberikan salam mesra kepadanya. Dia menjawab dengan nada yang agak keras pada malam itu. Mana taknya, tujuannya hanya satu, sengaja mencari kesilapan saya pada waktu itu. Anggapanku benar belaka..berikut adalah dialog yang sempat dirakam
(mungkin terdapat gaya bahasa yang diubah dan terdapat beberapa dialog yang tertinggal, dah lupa, harap maaf, namun ia tidak menjejaskan maksudnya)
"Zul, saya dengar kau tampal poster pasal solat hajat malam ni, betul ke?" Betul...kenapa? ada masalah ke?
"Kau buat kat mana?
Saya buat kat dataran Blok C. Encik nak join ke? Boleh je...(sinis je saya jwb)
"Kamu minta kebenaran dengan sape nak buat solat hajat ni? Ada surat kebenaran tak? Saya dah telefon pengetua dan felo, mereka semua tidak tahu"
Saya tergaman seketika...hu..hu..hu... Surat kebenaran memang tak ada. Macam ni encik, ini program blok saya, sama lah dengan aktiviti membersih blok, aktiviti riadah ahli2 blok, aktiviti main sokan kat blok, so, majlis solat hajat ni pun sama lah jgk...takkan itu pun nak bagitahu satu-satu...dah kira aktiviti blok kami. So, saya rasa, tak perlu minta kebenaran, sebab saya AJK Kolej, kami buat aktiviti kolej.
"Saya tahu la...tapi itukan melibatkan jumlah yang ramai, kamu tahu AUKU? berkumpul lebih dari 5 orang merupakan suatu kesalahan, kamu boleh dihukum".
Saya amat maklum encik pasal AUKU tersebut,..
"Dah 2...? Kenapa buat jugak? Saya tak puas hati la dengan kamu nih... Nak kami hukum kamu?
Bukan mcm 2 encik, saya nak tanya encik lah,kalau berkumpul lebih dari 5 orang itu perlu kebenaran, jadi yang kami duk main sepak takraw, main badminton petang2 yang lebih 5 orang ni salah la? Lagi satu, yang berduyun-duyun kuar gi makan 2 pun slah la ye?
"Pandai ye kamu ni...nanti saya akan hantar surat tunjuk sebab, dan saya minta kamu balas surat tersebut mengapa tinndakan tatatertib tidak boleh diambil keatas kamu..."
OK, tak menjadi masalah, Insya Allah saya akan hantar secepat mungkin.
"Ni lagi satu, kenapa kamu buat kat dataran blok? Kenapa tak buat kat masjid?" Macm ni encik, soal tempat ni, kat mana2 pun sah, asalkan bersih sahaja, sengaja kami memilih dataran blok kerana ianya berhampiran dengan bilik pelajar. Jadi secara tidak langsung, para penghuni blok kan sertai kami, kalu buat kat masjid, diorang tak pegi, jauh la, mcm2 alasan lagi, jadi, kalu buat kat depan bilik dia, at least dia malu, so nak tak nak, diorang akan sertai kami.
"Hmmm....masalahnye sekarang, semua felo, pengetua tak tahu kamu buat ni, kamu tampal poster kat pintu2 tandas kan? Saya tak puas hati lah...kamu buat solat hajat untuk apa sebenarnya ni? Apa pengisian lagi? Ada slot2 ceramah ke?
Kami buat solat hajat, supaya selamat, murah rezeki, mudah belajar, bukan untukmenjatuhkan mana-mana pihak, kami mahukan suasana yang solehah di blok, tidak mahu gejala-gejala sosial berleluasa sekarang ni. Salahkah kami nk buat solat hajat tolak bala? Lepas solat, kami bersurai lah. Bukan jemput sape2 pun bagi ceramah. kalu encik nak join pun saya alu-alukan...
"Tak salah, tapi cara kamu tak betul, tak minta kebenaran...takpelah zul, saya malas nak berbahas dengan kamu, sy bukan nk join pun, cuma sya dapat maklumat kamu buat solat hajat, so, saya tanya kamulah. Xpelah, nanti kamu jawablah sendiri dengan pengetua kamu, nanti saya akan hantar surat tunjuk sebab kepada kamu, malas saya nak layan kamu nih"
Ok lah encik, Insya Allah nanti saya akan hantar surat pada encik selanjutnya. Nanti saya akan gitau pengetua saya bekenaan hal ini.
Selepas salam dilafazkan, maka dia menamatkan perbualan setelah hampir 25 minit meleteri saya. Dalam perbualan tersebut, memang dia amatmarah dengan saya dan memang dia tidak berpuashati dengan jawapan saya yang tenang dan damai. he..he..he...(Bila Kalah berhujah?) Selepas kejadian itu, saya terpakasa perjelaskan satu-satu kepada semua felo mengapa say buat di dataran blok. Alhamdulilah, semua felo faham. Yang anehnya, sambutan para pelajar amat menggalakkan. Bila buat di masjid, tidak ramai yang turun... Kepada sahabatku yang ada bersama pada waktu saya dileteri tersebut, ingatlah, perkara yang baik yang kita buat, tetap tidak diterima oleh sesetengah pihak yang merasa kerugian bilamana kita semua bersatu.
Sekaj dari hari itu, pelbagai tekanan yang kami perolehi dalam menjayakan setiap program, namun berkat usaha sama dan iltizam yang tinggi, kami hadapinya dengan sabar. Syukurlah ianya membuahkan hasil yang success.
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
-
*KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi
membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) agak k...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter
-
Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal
pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan
korban jiwa ...
Magic!Magic!Magic!
-
Takde sapa yg (setakat jam ini) menerangkan kenapa jumlah undi kat tempat
pembuangan undi hanya 59.85% tetapi bila sampai kat tempat pengiraan
undi,jumlah ...
Nasir Bukti Umno Parti Perkauman, Dakwa Di Mahkamah
-
Kenyataan MediaParti Islam Se-Malaysia (PAS) bertegas untuk mendesak pihak
Polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap pegawai khas
Perdana Me...
"Desert" Malam
-
Salam,
Rasanya ramai yang menyedari akan hakikat ini. Kriteria utama menjadi ahli
'J'. Jika sebelum ini bayak kita saksikan pelbagai kaedah politiking yang ...