<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, Oktober 23, 2010

Sinar Baru...

Isu jalan rosak yang sering diperkatakan sejak penghujung 2008 sehingga ke hari ini tidak pernah lekang dan tidak akan senyap selagi ianya tidak dibaiki. Namun buat kali pertamanya, ada seseorang yang memberikan komen sebegini ;

MUTAKHIR : Ambo amik maso lamo jogok dok baca komen tuan2..nak memahami niat tersirat dalam komen tsbt. klah.. gini.. BETUL JALAN NI DILAPUR DAN JKR SENDIRI PUN AMBIL INISIATIF POHON PERUNTUKAN DARI 2008 LAGI. ABIS 2008.. PERUNTUKAN X LULUS.....SEKALI LAGI KITA POHON TAHUN 2009.. X MARI JUGOK.. JKR POHON LAGI TAHUN 2010... 2010 NOK BERLALU DOH.. JADI JKR ANGKAT LAGI PERUNTUKAN UNTUK BAJET 2011.. x putus asa.. nok suroh jalan ni dibaiki..jkr faham sgt masalah pengguna.. hospitalKK pun selalu mengadu banyak pesakit terlewat sampai sebab ambulan xleh nak pecut jln ni... YBahli Parlimen KK pun bangkit dalam parlimen.JKR kena jawab. Dato' ramzi pun ado bincang ngan JKR cara nok percepat jln ni dibaiki.. Aduan Biro x terkira..setiap bulan JKR kena respon.. BAGUSLAH.. SEMUA TU JKR KUMPUL DAN DIJADIKAN BUKTI BAHAWA JALAN INI PERLU DIBERI KEUTAMAAN OLEH KERAJAAN,..Alhamdulillah..atas KECAKNAAN semua pihak x kira plitik mano..AKHIRNYA JKR TELAH DILULUSKAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBAIKI JALAN TERSEBUT. JKR AKAN SEDAYA UPAYA MENYIAPKANNYA DALAM TAHUN NI JUGOK. WASSALAM
Inilah kali pertama dan saya yakin beliau adalah dari agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja berkaitan kemudahan awam di negara ini. Tahniah dan terima kasih di atas komen yang dilontarkan itu.

Kami tidak pernah jemu dan putus asa dalam menyampaikan aduan berkaitan jalan-jalan rosak kepada pihak-piahk berwajib. Selagi ianya tidak dibaiki, maka selagi itulah aduan-aduan kami akan sampai kepada pihak mereka.

Mungkinkah komen ini memberi Sinar Baru pada kami di Dun Dabong?? Ke sekadar Sinar Harian jer....sama-sama kita tunggu...

Dabong, 7.39 a.m

Tiada ulasan: