Jumaat, Mei 08, 2009
Khamis, Mei 07, 2009
Nak Solat Pun Dihalang...
ADAKAH MALAYSIA NEGARA ISLAM???
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Memang banyak tangkapan yang dibuat polis hari ini di Perak. Dan ramai daripada mereka yang ditahan itu adalah tokoh politik Pakatan Rakyat, khususnya ahli-ahli Parlimen dan Adun-Adun. Mudah sangat polis kita buat kerja, tangkap dan tangkap, langsung tiada budi bicara, rasa kemanusiaan, seolah-olah yang dihadapnya itu benda mati, tiada perasaan, tiada respons.
Segala tumpuan dari seluruh negara dihalakan ke sidang Dun Perak, yang menyaksikan dua Menteri Besar dalam satu dewan, dua Speaker dalam satu dewan, dua barisan Exco dalam satu dewan. Memang ia satu sejarah buat Malaysia apabila Speaker yang sah terpaksa diusung keluar dewan oleh pihak polis. Hari ini akan dikenang sebagai satu lagi tarikh hitam gelita dalam perkembangan demokrasi di Malaysia.
Ramai yang mengikuti debar drama di Ipoh itu dengan penuh tegang, dan ramai juga yang ketawa atau gelihati melihatnya. Pelik melihat bagaimana Adun Umno, yang tentunya didorong dan diarahkan oleh pimpinan atasan mereka untuk memastikan juga bahawa sidang Dun hari ini berjaya memecat Speaker Sivakumar. Dan dengan bantuan polis, secara kekerasan, Sivakumar dibawa keluar Dewan.
Seorang rakan, selepas mendapat tahu Raja Nazrin Shah tetap menunggu untuk menyampaikan titahnya bagi merasmikan pemukaan sidang Dun, menghantar SMS meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan baginda itu.
Saya pun tak pasti apakah satu kesalahan juga bagi rakyat negara ini jika ada rasa kesal terusik dalam dirinya apabila tidak bersetuju dengan sikap raja-raja Melayu?
Apakah boleh kita sebagai rakyat biasa untuk mengkritik atau beranggapan tindakan tertentu baginda terutama dalam kes Raja Nazrin ini, dan sebelumnya tindakan Sultan Azlan Shah yang dilihat memihak kepada kepentingan Umno dan mengetepikan keadilan sejagat buat seluruh rakyat.
Apa yang pasti teman saya itu ternyata kesal dengan sikap Raja Nazrin, yang dianggapnya putera raja paling cerdik di Malaysia tetapi telah terperangkap dalam polemik atau pertentangan politik kepartaian, yang mana baginya seseorang raja itu tidak wajar meletakkan diri baginda dalam kedudukan itu.
Beliau yakin rakyat akan menilai kewajaran Raja Nazrin terus berada di bangunan Dun Perak ketika tercetus kekecohan sehingga Sivakumar dipaksa meninggalkan dewan secara paksa dan ia jelas satu penghinaan kepada institusi Dun. Baginya, Raja Nazrin sepatutnya meninggalkan bangunan Dun Perak itu lebih awal dan lebih aula jika baginda langsung tidak menghadirinya. Saya pulangkan kepada pembaca untuk menilai mesej kawan baik saya itu.
BUBARKAN SEGERA DUN PERAK
Pelantikan Speaker baru Perak tidak sah - Timbalan Speaker Dun Kelantan
Tindakan Menteri Besar kudeta Barisan Nasional Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir melantik Speaker baru, Dato' R Ganesan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.
Malangnya biar pun tindakan itu tidak sah, namun pihak keselamatan dikatakan bersekongkol dengan kerajaan 'haram' dengan mengusung keluar Speaker, V Sivakumar ke tempat yang tidak diketahui.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat BN melantik Speaker baru, ketika Speaker lama masih ada adalah menyalahi peraturan.
Katanya, Speaker tidak boleh dilucutkan jawatan seperti yang dilakukan Adun BN di Perak memandangkan V Sivakumar belum meletak jawatan.
"Ini bermakna jawatan Speaker belum lagi kosong. Saya hairan mereka menggunakan peraturan mana tiba-tiba melantik Speaker baru ketika Sivakumar masih berada di atas kerusinya.
"Ini secara jelas mencabul undang-undang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Ini sesuatu yang cukup mengaibkan," katanya di sini.
Persidangan Dun Perak hari ini menyaksikan suasana tegang sejak pagi tadi sehingga sekarang menyebabkan upacara perasmiannya tidak dapat dilakukan mengikut masa ditetapkan.
Ketika persidangan pagi tadi Zambry mengumumkan Speaker ditukar namun dibantah kesemua Adun Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan suasana menjadi tegang.
Biar pun tidak sah Ganesan diarah mengangkat sumpah dalam kelompok Adun BN dan dipakai jubah sebagai Speaker.
Pada peringkat awal persidangan pagi tadi dilaporkan Sivakumar enggan memulakan mesyuarat sekiranya Zambry dan enam anggota Exco kerajaan kudeta dan tiga Adun Bebas tidak keluar dewan.
Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, hanya dalam tiga situasi sahaja speaker baru boleh dilantik iaitu speaker sedia ada meletak jawatan, meninggal dunia atau selepas penggal baru persidangan Dun bermula.
"Jadi dalam situasi yang berlaku di Perak sekarang ketiga-tiga kriteria tersebut tidak dipenuhi, biar pun ada cadangan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.
"Samalah seperti berlaku di parlimen, tanpa kebenaran Speaker usul tidak dapat dibawa," katanya.
Beliau juga berpendapat apa yang berlaku di Perak hari ini kelihatan seperti dirancang rapi memandangkan keabsahan tidak dimiliki kerajaan BN sekarang.
Menurutnya, BN akan melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan pasukan keselamatan dan kumpulan samseng bagi mencabut kuasa yang ada pada speaker.
"Biar pun pelbagai tindakan dibuat, rakyat di luar sudah tahu kerajaan mana sebenarnya yang sah di sisi rakyat. Saya percaya konflik itu tidak akan berakhir tanpa dibubarkan Dun Perak," katanya.
Rabu, Mei 06, 2009
Apa Nak Jadi???
Anak libas parang
Salman@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tak tahan melihat anak sendiri bergelumang dosa, seorang bapa menasihatkan anak lelakinya yang bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya sejak setahun lalu agar berkahwin.
Teguran itu mengundang padah apabila anak mangsa berusia 30 tahun mengamuk dengan merosakkan perabot dan memecah cermin tingkap dan pintu.
Dia kemudian meluru masuk ke bilik sebelum keluar dengan sebilah parang panjang dan mengacu ke arah bapanya.
Bagaimanapun, bapa berusia 50-an itu sempat melarikan diri ketika anaknya melibas parang panjang ke arahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di sebuah rumah pangsa di sini, Sabtu lalu, si anak yang baru tiba di rumah bersama kekasihnya dileter mangsa yang mahu mereka segera berkahwin.
Menurut sumber, anak mangsa tinggal di rumah itu bersama kekasihnya sejak setahun lalu.
Ini menyebabkan si bapa menasihatkan anaknya berkahwin segera bagi mengelak `cakap-cakap' jiran.
“Mangsa memaklumkan wanita itu tidak boleh lagi tinggal di rumah itu. Nasihat itu menyebabkan anaknya berang lalu merosakkan perabot rumah, cermin tingkap dan pintu sebelum masuk ke bilik mencari parang.
“Sebaik mendapat parang, dia cuba menetak bapanya. Bagaimanapun, mangsa sempat lari menyelamatkan diri.
“Cucu mangsa cuba campur tangan menyebabkan suspek mengancam mencampaknya ke bawah flet,” katanya.
Namun, berlaku pergelutan antara si anak dengan cucu mangsa. Dalam keadaan kelam-kabut itu, cucu mangsa melepaskan diri.
“Melihat bapa dan anak saudaranya melarikan diri, suspek beredar dari tempat kejadian,” katanya.
Bimbang kejadian itu berulang dan anaknya kembali mengganas, mangsa membuat laporan polis.
Mangsa dikatakan sudah beberapa kali membuat laporan polis berhubung kelakuan anaknya itu yang dipercayai seorang penagih dadah dan kaki botol.
Selasa, Mei 05, 2009
UMNO 'Jual Agama Islam' Demi Raih Sokongan

Sebagai contoh, sekiranya seorang ibu masuk Islam dan mendapat hak penjagaan untuk anak-anaknya yang bukan Islam (yang masih bawah umur), dan anak-anaknya ingin masuk Islam, anak-anak tersebut TIDAK BOLEH MASUK ISLAM dibawah usul UMNO ini kerana status agama anak-anak mesti menurut status perkahwinan ibubapa. Demi keadilan, keratan artikel penuh Dr.Asri disertakan.
"Dipetik dari Malaysian Insider, 4 May, 2009
Isnin, Mei 04, 2009
Sokong Kepimpinan Ulamak
Menyokong Kenyataan :
Soohibus Samaahah al Ustaz Mohd Daud Al I'raaqi dan Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li
Soohibus Samaahah al ustaz Mohd Daud al I'raaqi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat baru - baru ini telah menyuarakan pandangannya agar Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' .
Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga merupakan Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat turut menegaskan perkara yang sama ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kelmarin .
Ahad, Mei 03, 2009
Pilih Sahabat Molek-Molek
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan
(menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Tahniah Ustaz Latiff
Setinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YB. Ustaz Hj. Abdul Latiff Bin Abdul Rahman diatas kemenangan beliau menyandang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai dalam pemilihan yang diadakan semalam. Para perwakilan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Krai Kali Ke-31 telah memilih beliau untuk menjawat jawatan tersebut bagi penggal ini. Ustaz Latiff 38, telah menewaskan penyandang Ustaz Ibrahim Mahmood yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Krai.Beliau merupakan YDP PAS Kawasan termuda di Negeri Kelantan yang bakal mencorak keterusan perjuangan PAS di peringkat Kawasan Kuala Krai. Semuga dengan iltizam yang tinggi dan ketokohan yang ada pada ustaz, semoga kegemilangan akan bakal tercipta dalam kepimpinan di Kawasan Kuala Krai. Insya Allah.
Syabas dan tahniah diucapkan. Semuga kita semua dapat meneruskan agenda perjuagan kita yang belum selesai bersama-sama. Ayuh saudaraku sekalian, mari menuju kejayaan. Tingkatakan usaha dan pergiatkan dakwah dan tarbiyah. Semuga Islam berada di puncak!!!
Membangun Bersama Islam
Sabtu, Mei 02, 2009
Nizar Rasmi Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Krai Kali Ke-31
Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada PAS Kawasan Kuala Krai kerana menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat tersebut. Tidak lupa juga beliau menghargai segala sumbangan yang dicurahkan oleh PAS Kawasan Kuala Krai dalam menjana kemenangannya di Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang baru-baru ini.
Beliau juga menceritakan pengalaman pemerintahannya di Perak selama lebih kurang 10 bulan lebih sebelum dirampas dengan khianat oleh UMNO dan Barisan Nasional. Dalam ucapan itu, beliau menceritakan kronologi perampasan kuasa yang sehingga hari ini tiada penyelesainnya. Justeru, beliu memohon kepada para perwakilan dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat supaya berdoa secara berterusan supaya beliau dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat di Perak berad dalam keadaan yang stabil dan dilindungi oleh Allah SWT.
Syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Kuala Krai kerana berjaya mengadakan mesyuarat tahunan dengan penuh gilang gemilang. Kepada yang terpilih dalam pemilihan itu, teruskan usaha saudara mengikut dasar-dasar parti. Manakala kepada yang tidak terpilih, usahlah berkecil hati, sama-samalah berganding bahu bagi mencapai matlamat yang satu bersama-sama.
Membangun Bersama Islam. Allahuakbar!!!
Khamis, April 30, 2009
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Siapa Kata Islam Itu Susah?
Ini tidak, jika di kolam renang dan gelanggang-gelanggang yang melibatkan wanita, maka ramailah para penonton lelaki menyaksikan pertunjukan atlet-atlet wanita. Mana tidaknya, sebab atlit wanita berpakaian, tetapi telanjang. Memakai pakain yang ketat, tidak memakai tudung, dan tidak menutup aurat dengan betul. Ini tidak boleh sama sekali berlaku. Para wanita haruslah sedar akan perkara ini, jangan hanya mahu bersokan tetapi mengabaikan prinsip dan maruah diri sebagai seorang wanita.
Rujuk gambar di bawah ini.
Rabu, April 29, 2009
Janji Allah Pasti Berlaku
"Mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran (kuliah-kuliah, majlis-majlis ilmu) dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri sedang mereka tidak menyedarinya" Al-An'aam 26.
Sedari dulu lagi kegiatan melarang umat Islam dari mendapat ilmu agama di halang oleh golongan-golongan yang menentang Islam dari berkembang biak di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi mengikut maksud ayat di atas, sudahlah mereka menghalang orang dari mendengar, mereka sendiri tidak cuba untuk mendengarkan ilmu agama. Inilah hakikat dan realiti pada hari ini.
Lebih malang lagi, golongan alim ulamak diketepikan, seolah-olah tidak mahu guna langsung idea dan pemikiran mereka. Bila mereka akan diperlukan? Bila ada kematian dan bila ada musibah yang melanda sesebuah keluarga, maka ketika itu mereka akan berendah diri lah dengan ustaz, imam dan lain-lain untuk membaca talqin, solat hajat dan sebagainya.
Demikianlah umat manusia pada hari ini yang tidak serik-serik melawan Allah SWT saban waktu. Dari pucuk pimpinan kerajaan sehinggalah kepada rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap detik kita berada dalam maksiat kepada Allah SWT. Sedangkan dah berbuih mulut para ustaz, ulamak menyebarkan dakwah, namun sekadar mencurahkan ai ke daun keladi. "Ibarat air di daun keladi, walaupun bergenang tetapi tak meninggalkan bekas". Begitulah diibaratkan.
Allah SWT tidak pernah lupa akan hambanya sama ada hambanya taat atau hambanya maksiat pada-Nya. Maka diturunkanlah bala yang sehingga kini tidak teryanggung oleh manusia untuk mengatasinya. Kemurungan ekonomi, kemelesetan kesihatan, kesangsian pendidikan, kelemahan akhlak dan sosial masyarakat, dan lain-lain lagi yang melanda negara pada hari ini. Ekoran sikap dan tindak tanduk manusia itu sendiri.
Maka berfikirlah segala pakar ekonomi, pakar pendidikan, pakar kesehatan, pakar perundangan dan pakar-pakar yang makan di pinggan dan minum di cawan dan tidur di tilam untuk mengatasi masalah yang sering meningkat ke tahap memberangsangkan ini. Apa yang menariknya di sini, apakah sumber pemikiran mereka? Apakah panduan utama mereka?
Bila direnungkan, Allah SWT telah menghantar seorang Rasul beserta sebuah buku sebagai panduan dalam setiap inci kehidupan, jika diikuti panduan Rasul dan buku (Al-Quran) tersebut, nescaya kita semua akan selamat dunia & akhirat. Tetapi amat malang bagi sesebuah pemerintahan yang enggan menggunakan Al-Quran sebagai panduan dalam menentukan cara dan hukum dalam pemerintahannya.
Oleh yang demikian, maka tunggulah bala Allah yang akan menimpa kita jika kita masih lagi engkan akan arahan pemilik kerajaan langit dan bumi!. HIV, AIDS, selsema burung, selsema babi, kemelesetan ekonomi, cuaca dunia panas, manusia makin jahat, gejala sosial makin teruk, dan pelbagai masalah kalau dibilang sama banyak dengan jumlah masyarakat dunia hari ini.
Janganlah kita melihat apa yang berlaku dalam negara kita pada hari ini sebagai fenomena alam, masalah masyarakat dan sebagainya, kita sebagai orang yang berugama Islam wajib melihat segala apa yangberlaku ini adalah sebuah bala dai Allah. Mesti ada yang tidak kena dengan ketaatan kita kepada Allah dalam kehidupan kita sharian. Sama ada di peringkat pemerintah atau di peringkat rakyat jelata.
Tidak perlu mengusik jauh. Cuba utarakan soalan berkaitan solat, berapa ramaikah penjawat awam dalan negara kita yang tidak mengerjakan solat? Berapa ramaikah pekerja sektor swasta di negara yang tidak mengerjakan solat? Adakah para pemerintah benar-benar taat pada perintah Allah? Itu tidak diambil kira adakah solat mereka betul atau tidak? Jelas kepada kita, solat merupakan tiang agama, jika kita tidak solat, maka kita telah meruntuhkan agama, kerana kita semua telah meruntuhkan agama dengan tidak solat, adakah Allah mahu menolong kita lagi? Beringatlah semua bahawa dunia ini 'hidup' kerana masih ada lagi hamba-hamba-Nya yang bersolat.
Seterusnya, utarakan pula soalan berkaitan menutup aurat. Berapa ramaikah masyarakat dalam negara kita yang tidak menutup aurat? Tepuk dada, tanyalah Islam dalam diri kita masing-masing. (Rujuk Ayat 31, Surah An-Nur)
Ayuhlah wahai saudaraku, takutlah kepada azab dan bala Allah kerana jika bala Allah datang, tiada satu makhluk pun dapat menahannya. Dan jika rahmat Allah datang, juga tiada satu makhluk pun dapat mengagalkannya. JANJI ALLAH PASTI BERLAKU.
Sabtu, April 25, 2009
Ayuh Oghe Kito!!!.....Jadikan Pengajaran!!!....
Pertama sekali, soal solat para penyokong dan para pemain kita? Adakah sudah selesai? Yang kedua, soal pakaian para pemain kita, adakah pakaian menutup aurat? Harus didingat, keredhaan Allah adalah penting dalam mengharungi setiap pekerjaan dalam seharian.
Dalam kita melakukan setiap pekerjaan, harus diingat bahawa semuanya sudah ditentuka oleh Allah SWT. Oleh itu, setiap apa yang dilakukan mestilah menurut apa yang disyariatkan oleh Allah. Kita sebagai hamba wajib menuruti segala suruhan dan larangan-Nya.
Jika kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat semasa bermain, mana mungkin Allah akan menolong kita daalm setiap pekerjaan yang kita buat? Memang benar, pasokan lawan pun tidak menutup aurat juga, tetapi harus diingat, kekalahan adalah satu wasilah untuk kita bermuhasabah setiap kesilapan kita kepada Allah.
Jika kita solat dan menutup aurat tetapi kalah juga, ingatlah bahawa kita mendapat pahala disisi Allah, tetapi jika kita menang, tetapi kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat, kita akan mendapat dosa dari Allah. Tepuk dada, tanyalah ISLAM dalam dada kita.
Membangun Bersama Islam.










