<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Mei 03, 2009

Tahniah Ustaz Latiff

Setinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YB. Ustaz Hj. Abdul Latiff Bin Abdul Rahman diatas kemenangan beliau menyandang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai dalam pemilihan yang diadakan semalam. Para perwakilan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Krai Kali Ke-31 telah memilih beliau untuk menjawat jawatan tersebut bagi penggal ini. Ustaz Latiff 38, telah menewaskan penyandang Ustaz Ibrahim Mahmood yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beliau merupakan YDP PAS Kawasan termuda di Negeri Kelantan yang bakal mencorak keterusan perjuangan PAS di peringkat Kawasan Kuala Krai. Semuga dengan iltizam yang tinggi dan ketokohan yang ada pada ustaz, semoga kegemilangan akan bakal tercipta dalam kepimpinan di Kawasan Kuala Krai. Insya Allah.

Syabas dan tahniah diucapkan. Semuga kita semua dapat meneruskan agenda perjuagan kita yang belum selesai bersama-sama. Ayuh saudaraku sekalian, mari menuju kejayaan. Tingkatakan usaha dan pergiatkan dakwah dan tarbiyah. Semuga Islam berada di puncak!!!

Membangun Bersama Islam


Tiada ulasan: