<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Januari 29, 2010

Laman Nurani : Daftar Ngundi

Kelmarin Bernama melaporkan bahawa : "Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera."

"Sehubungan itu, Wan Ahmad (Timbalan Penegrusi SPR) meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Jika keadaan sedemikan, maknanya kita kena kajilah apa yang meyebabkan keadaan berlaku sedemikian. Kesedaran rakyat terhadap pilihanraya di Malaysia ini tidaklah tinggi. Mengapa populariti untuk mengundi, dan kempen pilihanraya menjadi semakin mundur? Menyebabkan masyarakat seolah-olah tidak berminat untuk mendaftar dan menyertai pilihanraya.

Jika di kampus, pihak pentadbiran universiti dapat memaksa pelajar-pelajar mereka untuk keluar mengundi. Dan para pelajar di semua universiti, tidak perlu mendaftar sebagai pemilih untuk membuang undi. Ini kerana, nama mereka secara 'automatik' disenarai sebagai pemilih sejak mereka mendaftar sebagai pelajar sehinggalah mereka menamatkan pengajian.

Proses pendaftaran sebagai pemilih di semua IPT tidak berlaku dan para pelajar tidak perlu untuk mendaftar sebagai pemilih. Bijak sungguh 'kerajaan' di IPT di tanhair kita ini.

Mengapa perkara yang sama tidak berlaku di luar kampus? Mengapa kerajaan di luar kampus tidak boleh mendaftarkan rakyatnya secara automatik pabila mereka sudah cukup umur 21 tahun? Sedangkan proses pada masa kini adalah berdasarkan nama dan alamat di kad pengenalan (mykad). Siapa yang menguruskan kad pengenalan? Takkan lah kerajaan Brunei atau kerajaan Thailand yang menguruskan kad pengenalan di negara kita?

Semua data yang berkaitan rakyat ada dengan Jabatan Pendaftaran Negara. JPN mempunyai data yang mencukupi dan sama dengan kad pengenalan yang dimiliki oleh setiap rakyat di Malaysia ini. Oleh itu, mengapa proses pendaftaran pemilih tidak dapat dilakukan secara automatik seperti yang dilakukan di IPT hari ini?

Jika JPN bekerjasama dengan SPR bagi melakukan daftar pemilih, saya rasa perkara lebihan 4.3 juta rakyat yang tidak mendaftar ini tidak akan berlaku. Ini kerana, data JPN sudah ada, salahkah jika daftarkan rakyat secara automatik. Tanpa memaksa rakyat keluar untuk mendaftar. Sekarang kan di zaman IT, dunia tanpa sempadan. Apa guna semua tu jika kita masih lagi menggunakan kaedah zaman Tun Perak?

Ini sikit sebanyak buat banyak mangkuk pinggan jah. Kerana, kena ada orang yang boleh mendaftar (ARO), kena ada orang yang mengahantar borang itu. Lepas tu nak kena pamer la pulak. Nak kena bantah. Banyak mangkuk pinggan tuh. Mengapa 'kerajaan' di IPT dapat membuat perkara ini tanpa menyusahkan pelajar untuk datang mendaftar?

Adalah baik jika hanya JPN yang mengendalikan urusan identiti rakyat ini mendaftarkan terus semua rakyat yang cukup umur 21 tahun sebagai pemilih. Jika berlaku kematian, kan JPN perlu diberitahu jika ada kematian? Oleh itu, tak perlulah kita ni terhegeh-hegeh maklumkan SPR berkaitan kematian ni. Jika JPN mendapat maklumat kematian, terus link dengan senarai pemilih, jika ada, buang terus. Buat sistem berpusat, maka tak akan berlaku pertindihan nama dalam daftar pemilih.

Jika saya cakap macam tu, seolah-olah saya mengkritik. Tetapi inilah yang perlu dperhalusi oleh kita sebagai rakyat. Jangalah kita mudah dicucuk hidung macam lembu.

Selamat maju jaya!!!. Kami mahukan royalti dibui terus ko kerajaan kelate. Bukan wang ihsan yg dibui ko JPP!!!

Jumaat, Januari 22, 2010

Menanti Di Ambang Syurga

Ahmad Jais

Duhai kasih pujaan kekanda
Dengar ku mengeluhkan rindu
Merayu setiapnya waktu, sayang
Padamu duhai kekasihku

Tapi sungguh malangnya nasibku
Hajatku kini telah terganggu
Kini -kaku- rasanya hidupku, sayang
Tinggallah ku menanggung rindu

Tapi ku kan tetap bersama
Namun hatiku takkan bertukar
Walau laut jiwaku terkorban, sayang
Pada Tuhan -saja- kuserahkan

Namun ku takkan putus asa
Duhai kasih pujaan kekanda
Di dunia kita tak berjumpa, sayang
Ku menanti di ambang syurga


Jumaat, Januari 15, 2010

Menggamit Memori...

Sayu sungguh hati saya bila mengenangkan kisah-kisah silam. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah memberi kesempatan masa dan tenaga kepada saya dan para sahabat yang lain untuk sama-sama bersama menunaikan solat hajat beramai-ramai di Stadium Sultan Muhammad KeIV, Kota Bharu.

Suasana petang Khamis yang agak ceria dengan angin sepoi-sepoi bahasa menjemput para tetamu Allah untuk bertandang ke muka stadium bagi bermunajat padanya. Pada malamnya suasana riuh di langit, angin yang pada mulanya lembut selembut bayu petang, mulai menanmpakkan kegarangannya. Fikir kami, sesuatu akan berlaku, namun Allah Maha Kuasa, memelihara para tetamunya pada malam itu dari kebasahan. Syukurlah.

Dalam suasana harmoni, terdetik di hati saya, suasana yang sama berlaku semasa saya di bangku perngajian dahulu. Namun begitu, pelbagai cabaran terpaksa saya dan para sahabat hadapi untuk menjayakannya. Ya, inilah yang kami pernah buat dan adakan dahulu. Solat Hajat Perdana di dataran blok. Bermula dengan solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan solat hajat secara berjemaah. Kemudian diadakan bacaan surah Yaasin beramai-ramai. Sungguh harmoni waktu itu.

Suasana yang sama jugalah berlaku di stadium pada malam itu, tanpa sebarang gangguan. Di fikiran saya, jika dahulu, macam-macam karenah lah untuk menjayakan majlis yang sama.


Tok Guru Menteri Besar dan para exconya tetap sabar menunggu ketibaan YTM Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan untuk sama-sama menyertai majlis di satdium. Ketibaan banginda disambut mesra oleh rakyat Kelantan yang datang dari segenap pelosok negeri.

Melihat kepada hamparan tikar di atas padang, sejadah-sejadah yang masing-masing dibawa serta mereka mengilik buku-buku kecil yang mengandungi Surah Yaasin amat menggamit memori saya. Sungguh asyik sekali. Sejak Tok Guru mentadbir Kelantan, Stadium Sultan Muhammad KeIV di Kota Bharu tidak lekang dari kunjungan rakyat, bukan sahaja datang untuk menyaksikan temasya-temasya, tetapi datang juga untuk bermunajat kepada Allah. Itulah beruntungnya rakyat Kelantan.

Jika dilihat dari alasan yag diberi oleh seorang pegawai HEP UTM, katanya "Kan masjid dekat, kita dh ada masjid, kenapa kamu buat solat hajat di dataran blok, di atas gelanggang sepak takraw?". Kata-kata ini masih saya ingat, masih segar dalam ingatan saya. Semuga Allah terus memberikan ingatan ini sehingga saya mampu menceritakannya kepada anak-naak cucu nanti. Insya Allah.

Memang masjid hampir dengan dataran blok, malah bersambungan dengan blok kami menginap. Namun, entah kenapa, aura Tok Guru telah menyelinap mauk tanpa di paksa oleh sesiapa untuk mengikut jejak langkahnya. Sahabat-sahabat saya pun sama. Poster ataupun notis-notis solat hajat itu hanya ditampal di tempat yang paling strategik, iaitu di pintu-pintu tandas sahaja, tulisan tangan sahaja. Tetapi sambutan, alhamdulilah. Sebab kami adakan majlis tanpa sebarang agenda terselindung, hanya untuk bermunajat kepada Allah.

Berbalik kepada alasan pegawai tadi, terdetik di hati saya malam tadi bahawa di sekitar stadium tu bukan tidak ada masjid, bukan tidak ada surau, bukan tidak ada balaisah, bukan tidak ada tempat untuk solat. Mengapa Tok Guru malah Pemangku Raja juga turut sama-sama bersolat di stadium, di atas padang? Secara total mennagkis tohmahan pegawai terbabit.

Biarpun dihalang, namun kami tetap bertegas untuk mengadakannya juga. Matlamat utama adalah supaya penghuni yang tidak ke masjid dapat sama-sama berjemaah biarpun kami adakan hanya sekali dalam seminggu. Sebab masih ramai penghuni blok yang tidak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan mengadakan majlis di hadapan pintu bilik mereka, sekurangnya mereka malu alah juga jika tidak sertai sama-sama.

Inilah antara penjelasan yang saya dapat sampaikan kepada felo-felo berkaitan isu program yang saya adakan saban minggu. Kenapa tidak diungkit aktiviti-aktivi lain yang kami adakan sepanjang hari? Seperti main sepak takraw, badminton, bolasepak serta lain-lain lagi aktiviti secara 'berjemaah' di blok? Bila buat solat hajat perdana, terasa panas punggung. Inilah ajaran yang berjaya ditanam oleh penjahat.

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menyediakan rekod-rekod berbentuk imej aktiviti solat di blok 5,6 tahun lepas. Jika sesiapa yang membaca penulisan ini, jika ada menyimpannya, bolehlah menghubungi saya untuk kita sama -sama berkongsi. Kepada sahabat-sahabat saya yang sama-sama mengalami peristiwa itu, syabas kepada anda semua. Insya Allah kita akan tersuskan usaha murni kita ini.

Khamis, Januari 14, 2010

Tengok je la...

Email dari : Mohd. Hafizi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIDCafPpcdP6aVrKoqsbhZLMPTZrGuY9ktiKIwvzhOMiMbOIaSDdwwUpSs4jTzqPBEXMnTDkZvudYiFsJc2h3sWriBMwD-bAS3sCXO9y15Zl9lIbsSSG4rJDqNKjsACzrPUu1i1Q8i7mQ/s400/menantu.jpg

…xde due date…andartu sblm 29 boleh apply

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6p8Gj4Gdrvx8U0QF1QVf2d0NWlVSMgB27aH52lueolpLPfA2nJl1w0Ej_bY_mFtPnbjo2R8tPIwWmZAYS9883aEElNz2A_w6XCd4y4dR9l-RMZChHlfK3LF-HvwCEy5-ByVnnYvs9kfA/s400/bontot.jpg

…yg aku tau sup bunjut adelah…ke aku salah baca

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjp0HLQJUu_xYWERpqqKoxwezAzTkTu5ILFpeqqL3sWQ6Dq8TIwdhPmzo7E5kg2_wZmo21lB4H_iIUDVP8HjBcPc2ewNmIrKmYOIFQOwqU1oerosdS23VvLjuWhp_CjPrRIbiIwehRqlg/s400/penjaja.jpg

Stakat RM3k, celah gigi je tuh…sehari RM30k dia dpt…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsWAqHszXTQF50wQ2G2wikK0LsmrWGQMMTe7gJlzPOYd-5v6umJJDofddWmQHAJSe5zybIkBQ8nHUNjUsn-GrwSTapuPpZygoEJAtprj6X8NcDtgHATv91RQ6SpMCQC6X91sm3oxjM2Aw/s400/lembu+dilarang+masuk.JPG

Maknanya, sape rasa dia lembu, jgn masuk…




Seruan...

Email dari : masyitah mujahid

Wahai MUJAHID DAKWAH!

Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan
pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.

Wahai si JURU DAKWAH!

Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak
Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa berlalu penuh keharuan dan kenangan

Wahai si TUKANG SERU!

Entah berapa lagi jatuh umur engkau yang masih tinggal, kita tak tahu..
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?

Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!

Jalan ini masih panjang, rantau masihjauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah peijalanan ini.

Wahai MUJAHID ISLAM!

Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau
dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.

Wahai UMAT DAKWAH!

Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana
tak ada...
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat
seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.

Wahai ANGKATAN KINI!

Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan, mempertanggungjawabkan
segala amal, jasa dan karyamu di dunia. Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang
mengganti.

Wahai ANGKATAN BARU!

Siapkanlah dirimu untuk mengganti
kan angkatan tua, mereka akan pulang takc lama lagi. Janganlah
engkau menjadi pemuda kecapi suling, yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh,
mengenangkan masa silam yang telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah
dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan. Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri.
Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.

Bukanlah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

ku rujuk dan ringkaskan pesan terakhir "usrah dan dakwah al-banna"

Rabu, Januari 13, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

Email Dari : mie ra


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARASAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

Ahad, Januari 10, 2010

Sepagi di Pasar Minggu Kuala Balah

Salam semua, agak lama Laman Nurani kini sepi dengan artikel ataupun post-post yang terbaru. Akan tetapi, saya mengucapkan jutaan terima kaseh kepada penjenguk setia Laman Nurani. Untuk kalian semua, saya hadiahkan sedikit buah tangan untuk tatapan kalian semua penjenguk Laman Nurani.

Beberapa keping gambar di bawah adalah diambil semasa saya ke Pasar Minggu Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Selamat menatap...














Khamis, Disember 31, 2009

Tirai 2009 : Jumpa Mesra

Tanggal 25hb Disember 2009, saya telah kembali ke Kuala Lumpur untuk melunaskan sebuah misi yang telah dirancang sekian lama. Jumpa Mesra. Itulah kalimat yang dapat saya keluarkan dengan program yang dibuat tempoh hari.

Dulu nk masuk guna kad matrik...hari tu...

Setinggi-tingi terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beberapa orang sahbat yang sudi hadir untuk berjumpa mesra. Walaupun agak ringkas, dengan kehadiran Kak Shidah, ianya cukup bermakna dan very happeninglah. Kepada sahabat yang tidak dapat hadir dalam majlis tersebut. Insya Allah di lain masa, kita akan jumpa kembali.

Inilah mereka yang mempunyai komitmen persahabatan yang tinggi, thank you n congratulation!!!

Harapan saya agar persahabatan kita yang dipupuk di pensantren dahulu, tetap kita tiipkan sehingga akhir hayat. Insya Allah.


Kak Shidah, terima kaseh banyak-banyak...










Ku tujukan sebuah lagu untuk semua. Semuga kalian semua bergembira dan tetap meningati sahabat-sahabat yang pernah kita sayangi. Selamat Tahun Baru 2010.

JUMPA MESRA : A.Ramlie

Alangkah gembira hati
Berjumpa pertama kali
Dari jauh abang datang
Sejak lama adik kenal

Bersatulah kasih mesra
Terjalin rasa saudara
Lama sudah kenal suara
Baru kini berjumpa muka

Inilah rahmat dari yang kuasa
Kita jumpa dalam bahagia
Manusia mempunyai rencana
Namun takdir ditangan yang kuasa

Semoga pertemuan ini
Menjadi kekal abadi
Kini kita pisah lagi
Semoga jumpa kembali

Inilah rahmat dari yang kuasa
Kita jumpa dalam bahagia
Manusia mempunyai rencana
Namun takdir ditangan yang kuasa

Semoga pertemuan ini
Menjadi kekal abadi
Kini kita pisah lagi
Semoga jumpa kembali

Semoga jumpa kembali

Rabu, Disember 09, 2009

BTN : We Love Tok Guru!!!

Syabas Tok Guru kerana bersetuju tidak menghantar kakitangan kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN) selagi ianya tidak menurut acuan Islam. Tahniah, saya menyokong sepenuhnya.

Kita tidak akan selamat selagi tidak mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam hidup ini. Jika apa-apa program sekalipun, sekiranya tidak menurut ajaran dan acuan Islam ianya hanya merugikan dunia dan akhirat sahaja.

Selepas Selangor dan Pulau Pinang, kini Kerajaan Kelantan pula menolak pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitanganya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Malah, beliau mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam. Menurutnya, beliau bersama dua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghantar pegawainya mengikuti kursus BTN itu.

"Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo (buat apa)?," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk ''mengharamkan'' pegawainya menyertainya kerana haram itu perkataan Islam, cuma tidak bersetuju dan tidak menggalakkan menghantar pegawai menyertai program anjuran BTN.

Kerajaan Pulau Pinang 2 Disember lalu melarang semua kakitangannya daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Menterinya, Mansor Othman berkata, tindakan itu dibuat kerana mendapati kursus BTN memberikan kesan negatif dan menjadi medan menyebarkan propaganda Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu, kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuat kuasa serta-merta.

Nik Abdul Aziz berkata, sudah lama beliau memerhatikan bahawa kurikulumnya tidak diajar mengikut Islam dan bercanggah dengan dasar agama.

"Kalau boleh BTN ini mengadakan forum dengan pakar ekonomi ke atau ahli dalam bidang tertentu ke arah Islam merombakkan semula BTN mengikut acuan Islam," katanya. -Bernama




Rabu, Disember 02, 2009

Kami Tetap Bersama Tok Guru

Kepada Tok Guru,

Usah risau,kami tahu, Tok Guru tetap tenang menghadapi fitnah yang datang bertali arus ini. Kami tetap setia bersama-sama Tok Guru. Sudah menjadi lumrah berjuang menegakkan Islam agama suci ini, cabaran, dugaan dan kesulitan ini memang fitrah. Oleh itu, kami manusia yang miskin ilmu ini tetap menyokong Tok Guru dalam senang atau susah.

Kebiadapan UMNO/BN terhadap Islam memang tidak dapat kami maafkan.

Kepada Tok Guru, kami warga kerja Laman Nurani menyokong penuh kepimpinan anda. Segala cobaan dan dugaan adalah perkara biasa dalam keja-kerja dakwah ini. Kami mendoakan supaya Tok Guru tetap gagah menempuhi segenap dugaan dan cabaran ini. Semuga Tok Guru diberikan kekuatan oleh Allah Taala.
Ya Allah, peliharalah pemimpin kami ini dari fitnah-fitnah yang tidak mampu kami tangani. Berilah kesihatan yang berpanjangan kepada Tok Guru kami ini. Murahkanlah rezeki kami semua. Amin.


Jumaat, November 20, 2009

Jebat Menangis Siapa Yang Tahu

Mengenang kisah-kisah silam bersama seorang sahabat yang dahulunya mempunyai gaya yang tersendiri amat mengasyikkan. Kisah-kisah perjuangan, suka-duka, konspirasi, penipuan, kroisme, dan semuanya digali satu persatu. Hmmm...amat cocok sekali saya bersembang dengannya. Terima kaseh Kalam Perdana, jika boleh saya nak bertanya, "Jebat Menangis Siapa Yang Tahu? Adakah siapa-siapa yang tahu?

Saya kira, semua antara kita mengetahui dan pernah menonton Filem Hang Jebat terbitan Catahay Keris Film Production. Ianya diarahkan oleh Hussein Haniff dan pelakon utamanya ialah Nordin Ahmad. Sungguh bagus jalan ceritanya. Dan dapat disimpulkan bahawa ekoran pengkhianatan dan dengki dari seorang 'pengasuh', maka hubungan yang murni dan jernih dibina hancur berkecai.

Adakah kita semua lupa dek kerana dengki Patih Karmawijaya. Siapa Patih Karma Wijaya ini? Beliau berketurunan mamak. Dari tanah sebebrang, datang ke Melaka, dek kerana kebijaksanaanya beliau berjaya mencuit hati raja Melaka untuk berada disamping baginda. Beliau penasihat yang hebat.

Watak Pateh Karmawijaya ini berjaya diaminkan oleh Mahmud June, salah seorang pelakon retro yang memang dikenali ramai dengan watak jahat. Beliau ada pernah menceritakan bahawa pernah diludah oleh seseorang semasa berada di alam nyata. Begitulah penangannya menjadi watak -watak jahat dalam filem dan drama.

Memang jika kita menonton filem ini, jiwa akn terguris dengan kelakuan Pateh Karmawijawa sehinggakan membawa kepada penderhakaan Jebat. Dek kerana mainan politiknya, bergegar insitusi Kesultanan Melayu Melaka. Msihkan saudara-saudari ingat? Hmmm...jika dilihat dari setiap scene yang dipertontonkan, jelaslah kepada kita bahawa tiada siapa peduli apabila Jebat menangis. Semua sahabatnya mengecam tindakannya itu.

Hanya isterinya, Dang Baru dan isteri sahabatnya, Hang Tuah serta ibunya sahaja yang menyokongnya. Jelaslah kepada kita bahawa hanya orang-orang yang paling hampir dengan kita mengerti mengapa kita menagis. Sebaliknya, sahabat-sahabat yang sepermainan ini kadangkala berbolak-balik dalam mencari kepastian dan menyokong perjuangan kita. Mengapa ini berlaku? Tidak lain tidak bukan, kerana semuanya ada kepentingan peribadi yang ingin dikaut dengan pemerintah.

Tidak sesiapa pun peduli mengapa tindakan Jebat sedemikian rupa. Aduhh..sungguh malang nasibnya itu. Tetapi dek kerana azam yang kuat, iltizam yang tinggi, patah sayap beliau tetap terbang jua dengan seorang diri. Biarlah seluruh alam mengejinya sebagai penderhaka, ku kira perjuangan murninya itu patut dipuji. Patut dihayati dan sememangya sukar ditandingi di zamannya itu.

Jebat menangis siapa yang tahu. Seluruh umat termasuklah para sahabat sepermainannya memusuhi Jebat. Kononnya Jebat telah melanggar adat-adat Melayu, pantang menderhaka. Tetapi tiada siapa peraoalkan mengapa Jebat derhaka dan apakah nilai-nilai kemanusiaan di nilai di sini? Jika benar melanggar adat Melayu, bagaimana dengan melanggar nilai-nilai kemanusian dan naluri seorang manusia?

Pernah kita renung bersama? Kukira pengarah Hussein Haniff berjaya mengarahkan sebuah filem yang penuh dramatik dan tragis ini. Sungguh terharu apabila saya menontonnya. Bulu roma berderau seram sejuk mengenangkan babak perjuangan dan ketidakadilan yang berlaku.

Jebat membela sahabatnya, abang Tuah yang telah terfitnah oleh Pateh Karmawijaya. Oleh itu, dia bertindak bagi membela sahabatnya yang dianianya sultan Melaka yang bertindak melulu. Mengapa sahabat-sahabat lain tidak membela Tuah ketika itu? Mengapa? Mengapa? Dan apabila si Jebat bangkit, semua pakat marah pada Jebat, padahal belaiu bangkit bagi membela sahabatnya itu? Tetapi jiwa-jiwa ketika itu ditanam dengan rasa benci pada Jebat ini. Tiada siapa pun yang pergi slow talk dengan Jebat atas tindakannya itu. Duk main cakap dalam akbar-akhbar je kata Jebat ni derhaka. Mengapa akhbar-akhbar tidak pergi bertanya pada tuan tubuh sendiri, mengapa Jebat bertindak sedemikan.

Hmmm... jika kita seorang yang cerdik dan berjiwa besar, maka kita boleh nilai sendiri apa yang belaku saban hari ini. Dek kerana permainan di pentas politik ini, penipuan, pengkhianatan, cantas mencantas, cah keting dan apa2 lagi lah yang dilakukan oleh sesiapa yang rasa ada kepentingan peribadi ini untuk bertindak ke atas orang lain.

Maka ada yang tersungkur di pentas politik. Ada juga yang bangun bangkit selepas itu, dan ada juga yang terus lipat dek kerana perbuatan sesetenagh orang ini. Adakah kita semua perati benda-benda seperti ini? Pengalaman saya, zarul20, dan semuanyalah yang menyimpannya masing-masing boleh mebuktikan persoalan ini. Ada sahabat-sahabat kita yang memberikan amaran kepada saya, perkara yang lepas usah dikenang, cukup-cukuplah. Saya kira, ini seperti ayat-ayat Mr. Najib yang meminta Tokm Guru melupakan kisah-kisah lama. Apa Tok Guru jawab? 'Mudoh-mudoh nak suruh kita lupo, ingat kita ni apo? Demo buat ko kito, nak suruh kita lupo...."

Hanya mereka yang ada kepentingan peribadi sahaja akan bertindak bodoh melupakan kisah-kisah yang lampau. Adush...memang perit, tapi biarlah, kerana Jebat menangis, siapa yang tahu. Orang duk nampak tindak tanduk Jebat berjaya mengkucar-kacirkan istana Melaka, orang semua tidak nampak apa yang menghuru-harakan sebuah persahabatan yang murni.

Sanggupkah kita hanya melihat sahabat-sahabat kita ni diceraikan dari kumpulan kita? Sahabat-sahabat yang sama fikrah dengan kita pulak tu. Yang kita merasa hebat sangat ni sanggup melihat sahabat kita keluar meninggalkan kumpulan dek keranan arahan seorang 'amir' ataupun 'pengasuh'. Tanpa pembelaan, tanpa belas kasihan dari sesiapa. Tak bolehkan jika kita membela? Sudah menjadi lumrah, yang kecil selalunya dipandang salah. majoriti selalunya betul. Tetapi harus diingat, dalam pentas dunia politik berbeza dengan dunia ekonomi. Dalam politik, apa-apa boleh berlaku. Tetapi dalam dunia ekonomi, yang nilainya besar itu merupakan yang banyak dan selalunya berada di atas.

Di sini saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya yang pernah berjuang, berlatih du Gua Bukit Tunggal sewaktu dahulu. Kembalilah bersama-sama. Kepada Ahmad Suhaimi, anda sememangnay mempunyai jiwa yang kuat dan kenatal, tak sia-sia kawe memperjuangkan ke atas penyisihan demo ari tu. Kawe tahu, apa yang demo alami, kawe tahu apa yang demo rasai, kawe tahu apa yang demo telah lalui. Kenangan kita di Bilik C-38 tidak pernah kawe lupo.

Kerana kita semua ini telah berjanji dan berpakat akan membuat sesuatu yang lain daripada yang lain. Adakah demo masih ingat? "Jemaah Masjid". Hmmm...saya sungguh kecewa lah kerana masih lagi yang berfikiran tertutup. Tetapi seperti yang Zarul20 ceritakan, beliau dan geng-gengnya merasa amat terkejut dengan penangan yang telah kami sepakati. Benarlah, jika berlaku apa2, tidak ada sesiapa yang bangkit mempersoalkan bagi membela sahabatnya itu. Syabas kepada geng2 Jemaah Masjid di Bukit Tunggal tempoh hari. Kerana itulah, karier politik kita mampu bertahan hingga ke hari ini. Syabas!!!

Kerana itu, pengalaman sedikit sebanyak mengajar kita. Pengalaman kisah Jebat ini amat penting untuk diteladani. Hussein Haniff berjaya. Memang belaiu berjaya membawa plot cerita ini dengan baik. Kesannya amat mendalam terutama kepada masyarakat Melayu. Wahai 'pengasuh-pengasuh' yang budiman, jangalah meniru watak pateh Karmawijaya, dek kerana 'pengasuh' ini tamakkan takhta, harta benda, kuasa, maka sanggup dikorbankan nyawa, persahabatan sehingga menggegarkan negeri.

Jangan kita terlalu taksub dengan kepimpinan kita, kita punyai akal dan fikiran sendiri. Kita punyai ruang yang luar utnuk berfikir dan melontarkan buah fikiran. Tidakkah tindakan kita menyekat orang untuk mengkritik itu merupakan zalim? Ianya menyekat naluri manusia kerana memang lumrah kita yang suka berfikir akan mengeluarkan pendapat masing-masing. Soalnya sekarang, adakah kita semua menerima kepelbagaian ini?

Sultan Melaka pun tidak dapat menerima isu ini dengan baik. Kerana termakan hasutan 'pengasuh'. Maka sultan menyuruh seluruh rakyatnya menyokong tindakannya itu. Tetapi banginda lupa satu perkara, JEBAT MENANGIS, SIAPA YANG TAHU?.

Sekian, dipersembahkan.

Sabtu, November 14, 2009

Tangisan Tok Guru...

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,"

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,"

"Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri,"

Itulah keluhan-keluhan Tok Guru semasa kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu (13/11/09). Tergamak sungguh Quraisy Malaysia berusaha menghalang dan memberi tekanan kepada pemimpin Islam di Kelantan ini. Laman Nurani mengecam tindakan 'Quraisy Malaysia' tersebut.

Sejarah Abu Jahal dan kafir Quraisy Mekah kembali berulang. Jika di zaman Rasulullah, baginda telah dihalang oleh puak-puak Kafir Quraisy untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah haji, namun kini watak yang sama juga cuba mengahalang seorang pemimpin Islam untuk mengerjakan ibadah haji.

Sungguh kejam dan kejinya Quraisy Malaysia ini. Subhanallah. Tok Guru menangis lagi. Tergamakkah kita melihat seorang Tok Guru bersedih atas tindakan kita sendiri? Cubalah kita fikir. Jika Tok Guru bersedih atas tindak tanduk musuh dan orang kafir, itu memang lumrah. Namun kini, Tok Guru bersedih disebabkan tekanan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Cuba bayangkanlah, 'anok beranok kita' krenat ko kita? Huhuhu...

Bersabarlah Tok Guru, kami akan sentiasa bersama Tok Guru. Janji Tuhan Pasti Berlaku!!!.


Sabtu, November 07, 2009

Kito kaloh, semoga dapat pengajaran

Adat perlawanan, ada menang dan ada yang kalah. Para penyokong Kelantan cukup optimis Kelantan akan menjuarai Piala Malaysia musim ini. Namun takdir dah tentukan bahawan Kelantan hanya sekadar mendapat tempat kedua. Apa pun, tahniah kepada pasukan Kelantan yang telah berjaya mara ke perlawan akhir buat pertama kalinya setelah kemarau hampir 40 tahun.

Apapun, kita semua kenalah redha akan ketentuan ini. Jangan berputus asa, cuba lagi di masa akan datang. Insya Allah, berkat usaha kita, suatu masa nanti kita kan menjulang Piala Malaysia tersebut.

Walau bagaimanapun, pasukan Kelantan telah dihadiahkan pakej mengerjakan umrah di Kota Mekah. Inilah hadiah yang sungguh bermakna dari Kerajaan Kelantan. Tok Guru kita sayangkan kita semua, beliau membawa anak-anak buahnya ke Tanah Suci bagi mengenang kembali kesalahan-kesalahan yang kita lakukan selama kening.

Semoga semua pemain dapat menginsafi kesilapan-kesilapan yang lalu. Ingatlah semua termasuk para penyokong Kelantan yang ku kasihi. Jangan tinggalkan solat walau macam mana sekalipun. Solat itu tiang agama, penghubung kita dengan Allah Taala.

Puak-puak kita, jangan susah hati lah. Kita try semula. Dan jangan lupa deh, mungkin kita kaloh kali ni sebab banyak kesilapan-kesilapan hak kita buat. Tak kirolah silap gapo. Kita tak semaye ko, kita tak tutup aurat ko. Huhuhu.. Kita semua tahu, solat tiang agama, lutut tu aurat. Bakpo tak pakai seluar panjang. Hmmm..sebab tu Allah tak berkat ko kita. Kalu kita menang pun, jangan terlalu angkuh dan sombong. Perlulah kita bersyukur pada Allah. Oleh itu, kita menang ke kalah ke, kembalilah kepada Allah Taala.




Menyesatkan...







Khamis, November 05, 2009

Pakej Umrah : Ajaran Tok Guru

Gomo Kelate Gomo!!! Itulah laungan keramat yang bakal mengamitkan muka Stadium Bukit Jalil Sabtu ini. Ya, Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bagi merebut juara Piala Malaysia bagi musim ini. Syabas diucapkan kepada pasokan Kelantan dan Negeri Sembilan di atas kejayaan mara ke akhir.

Apa yang penting di sini ialah, semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan suatu mekanisma yang cemrlang. Semangat kerjasama dan kerja berpasukan merupakan paksi kepada kejayaan ini. Syabas pada semua jentera yang terlibat.

Betapa hebat Tok Guru Nik Aziz, Menetri Besar Kelantan ini, dimana Kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya menghadiahkan Pakej Mengerjakan Umrah kepada semua pemain dan jentera pasukan Kelantan. Disamping suntikan kewangan kepada jurulatihnya, serta sedikit wang saku kepada mereka bagi mengerjakan umrah nanti.

Jika kita fikirkan, alah...tok guru bagi pakej umrah ja...tak bagi ke lot-lot tanah ke, pakej pelancongan ke. Itu lah yang selalu diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak di negara kita.

Tapi jangan kita lupa, Kerajaan Kelantan memberikan sumbanagn tersebut sebelum perlawanan akhir bermula lagi. Maknanya, jika pasukan Kelantan tewas sekalipun, mereka tetap akan ke Tanah Suci Kota Mekah unutk mengerjkan umrah. Apa pengajrannya di sini?

Ajaran Tok Guru kita cukup indah, cukup beralasa, malah cukup berbisa jika kita perati dan amati betul-betul. Tok Guru nak dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah perbuatan kita, pekerjaan kita tu menghalakan kita ke arah syurga, biarlah setiap apa yang kita lakukan itu, memperolh pahala. Dan yang paling utama, setiapa kejayaan yang kita perolehi, jangan sesekali kita lupakan Yang Maha Pencipta kita, Allah SWT.

Itulah ajaran Tok Guru selama dia mentadbir Negeri Kelantan ini. Alhamdulillh, kita semua berada di bawah kepimpinan tok guru. Hmm... Kerajaan Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hadiah yang diberikan sungguh bermakna sekali. Kerajaan boleh je jika nak bagi duit, nak bagi pergi melancong ke mana-mana. Tetapi Tok Guru kita ni, hendakkan supaya rakyatnya mengunjungi Baitullah. Mahukan supaya kita semua merafak kesyukuran kepada Allah. Segala urusan dunia nih, perlu merujuk kepada landasan Allah.

Jika kita diberi pakej2 pelancongan ke mana-mana destinasi yang memungkinkan kita untuk lalai dari meningati Allah, maka segala kejayaan kita, segala penat lelah kita, hanya sia-sia sahaja. Wah, sungguh murni ajaran Tok Guru. Mungkin akan dapat dicontohi oleh semua menteri besar di negeri-negeri di Malaysia.

Hmmm...saya suka menarik suatu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan lama melalui chatting. Katanya, dia terkilan dengan sikap pengurusan pejabatnya yang membawa staf2nya melancong ke Phuket sebagai hadiah setelah selesai mengadakan suatu majlis yang besar. Hmmm..baguslah, ada jugak bos yang suka bawa anak buahnya berjalan-jalan.

Tetapi lain halnya di sini apabila tempat lawatannya ke tempat-tempat maksiat, tempat yang dilaknat oleh Allah Taala. Itu yang silapnya kita nih. Kononnya setelah penat buat kerja memeriahkan majlis tersebut, sekarang tiba masanya untuk bergembira, 'release tention' lah katakan.

Ada juga sesetengah jabatan, pergi ke Pulau Perhentian untuk bersuka ria. Tak ada kerja lain, makan, tidur, suka ria. Masya Allah!!! Amat malang sekali jika perka ini berlaku di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. saranan Tok Guru lagu lain, tetapi perbuatan para pegawainya tidak selari dengan apa yang disarankan oleh Tok Guru. Subahanallah!!!.

Diceritakan lagi, bahawa tempat yang dikunjungi itu, penuh dengan maksiat, minum arak, dan pelabgai lagilah. Malu, jijik kita mendegarnya. Macam mana jabatan kita nak maju? Nak untung? Dah akhlak para pegawainya tidak selari dengan apa yang Allah nak. Saya sungguh-sungguh kecewa mendengarnya.

Tok Guru ajar kita dengan elok, bagi pergi umrah supaya kita semua ni mengenal Islam itu dengan lebih mendalam. Jika kita kumpul duit sekalipun, tentu sukar untuk kita ke sana mengerjakan umrah kan? Tetapi Tok Guru menlihat, pergi buat umrah lebih besar dari pergi ke Phuket, Pulau Pehentian yang penuh dengan noda dan maksiat!!!.

Syabas Tok Guru. Membangun Bersama Islam. Gomo Kelate Gomo!!! Takbir!!!