<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, Oktober 31, 2009

Jalan Runtuh Tidak Dibaiki...Maklumlah jalan bukan ke Putrajaya...

Saya menggunakan perkhidmatan aduan secara online kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri berkaitan jalan-jalan di sekitar Dun Dabong yang runtuh, rosak dan berlubang. Terima kasih BPA kerana menyediakan saluran ini bagi mendengar luahan hati rakyat. Tetapi jangan hanya dengar dan terima lapuran sahaja, tindakan pun perlu juga la...

Jalan yang runtuh menuju ke Kampung Kandek, bukan ke Putrajaya...

Sebelum ini saya telah membuat lapuran berkaitan jalan-jalan yang rosak, runtuh dan berlubang di kawasan Dun Dabong. Tetapi amat malang sekali apabila maklumblasa yang diberikan tidak menampakkan jalan tersebut akan dibaiki dalam masa terdekat. Memandangkan sekarang sudah mula musim tengkujuh, hujan turun saban petang. Ini memambah kerisauan penduduk, kemungkinan besar, jalan yang berlubang, akan bertambah teruk.


Jalan yang saya maksudkan ialah jalan yang meuju ke Kampung Kandek, 18200 Dabong, Kelantan. Kenal tak? Tahu tak? Ada ramai pengundi di sana tau...alaa..time pilihanraya, ada je menteri, ketua bahagian UMNO dan orang kuat PAS masuk ke sana berkempen. Takkan tak tahu kot...hehhe

Maklumlah, jalan tersebut bukan ke Putrajaya, bukan ke KLCC, bukan ke pusat2 konvensyen, bukan ke rumah menteri-menteri. Ia hanya jalan menuju ke sebuah kampung terpencil di pedalaman Dun Dabong. Dabong pun bukan tempat tersohor pun. Penduduknya pun barangkali tak bayar cukai jalan, bawa kenderaan pun tiada lesen kot, dahlah cukai jalan tak bayar. Oleh itu, buat apa nak dibaiki. Buat habis pitih, diut je.

Lainlah kalau jalan tersebut menuju ke bangunan parlimen ke, ke pusat2 hiburan, kelab2 malam, tempat-tenmpat hiburan, judi dan sebagainya, barulah cepat2 nak dibakiki walaupun cuma haus je. Ini jalan ke kempung, aahh..apalah sangat kan???

Kalau anda semua nak tahu, jalan yang runtuh ni dah lama, sampai dh naik pokok rumput pun kat tempat runtuh tu. Penduduk kampung ni, nak mengadu tak tahu tempat, so, jalan yang selorang yang masih tinggal tu, guna yang tu je lah. Dah la tempat selekoh. Kalau kemalangan, eksiden, yang sakit, meninggal penduduk kampung, penoreh getah, petani, bukan menteri, bukan raja, bukan sultan, bukan exco, bukan perdana menteri. Oleh itu, pikir-pikir, buat mesyuarat, xpayah baikilah... Dah boleh guna satu lorong tuh....
huhuhu....

Ini yang saya sangat tak puas hati. Jalan yang rosak sikit-sikit tak dibaiki segera, bila dh lama, bukan sedikit dah jadinya, sudah banyak kena dibaiki.

Tak tahulah, mungkin semasa kenderaan JKR, KESEDAR, Kerajaan Negeri , Majlis Daerah Dabong, Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Jeli melalui jalan tersebut, ok je..jalan nya tak rosak, Tetapi bila kami penduduk lalui jalan tersebut, jalan itu runtuh ke, berlubang ke...mana la tahu kan...huhuhu...

Ataupun nak tunggu terputus terus baru nak baiki? ke nak tunggu ada yang mati, patah kaki dl baru nak baiki. Ke nak suruh kami memberontak??? jangan hanya sedap jawab xde projek, xde peruntukan, yang kami duk bayar cukai jalan buat apa hah???? Buat apa diut tu????? kalu saya kata buat kempen Pilihanraya marah kat rakyat pulak, tuduh macam2...

Dahlah bagi alasan, kami tak minta alasan, kami nk progress kerja. lakukanlah yang terbaik. Kalau kami ada kuasa, ada kekuatan, ada dibayar gaji untuk selesaikan masalah rakyat, dah lama kami desak agensi-agensi terbabit supaya dibaiki segera jalan ke kampung tersebut.


Anda semua dibayar gaji unutk menguruskan negara ini. Oleh itu, jangan bagi alasan yang mengada2 nih, kami dh jemu dengar.

Saya harap kali kedua saya buat laporan ni, dapatlah kiranya menampakkan perubahan. Jika ada sesiapa yang eksiden di situ, siapa yang dipersalahkan? Nak salahkan bawa laju, eh, tempat yang macam tu, bw perlahan la.. Dh lah selekoh. Kalau tak tahu tempat di mana, hubungi saya, saya boleh tunjukkan di mana.

Sekian dipohonkan. Selaraskanlah dengan slogan PM kita ya....


Happy Birthday Mr. President!!!

Hehe... Tak tahu nak taip apa...biarkan lah... (Berlatar belakang Air Terjun Gunung Stong, Kelantan)




Jumaat, Oktober 30, 2009

GOMO KELATE GOMO!!!

Selamat berjuang pasokan bolasepak Kelantan menentang Perlis di Stadium Utama Kangar, Perlis. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi. Seluruh rakyat Kelantan menaruh harapan pada anda semua. Semuga memperolehi kemenangan kedua ini untuk terus mara ke akhir. GOMO KELATE GOMO!!!

Sabtu, Oktober 24, 2009

Kegunaan 'Kamera Handphone'

Hmm...di dalam kelas, cikgu kena hati-hati dan berwaspada bila nak hukum pelajar, sebaba ada 'CCTV' macam dalam gamabr di atas. So, suka hatilah pelajar di sekolah. Tak buat kerja sekolah, buat salah dalam kelas, cikgu tak boleh nak hukum. Apa nak jadi sekarang ni. Pelajar pergi sekolah bukan untuk belajar, sebab cukup syarat bersekolah je,. Ye lah, tak lulus PMR, SPM pun boleh further study. Huhuhu...



Engkau Ingin Berjuang?


Engkau Pejuang Konon…

Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agar disegani

Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang, kesehatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, karena istri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkn
Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang, akhlakmu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, anak istri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan….????

Jumaat, Oktober 23, 2009

Nak Hormat Pada Orang Tak Solat???

Kali ini saya ingin mengupas suatu perkara di Laman Nurani yang agak merisaukan kita semua dewasa ini. Mungkin isu ini sering dianggap peribadi setiap orang, tetapi kit selalu lupa apa hak dan tanggungjwab kaum kerabat, jiran dan sahabat handai. Saya selalu berdiskusi dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasa 'bengang' dengan apa yang berlaku ini.

Kepada yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta, anda semua janganlah menyorok perkara ini di lubuk hati ataupun menyorok di dalam laci-laci meja anda sahaja. Ianya merupakan suatu isu besar yang perlu difikirkan bersama-sama.

Kita nampak hebat, gah memakai baju kameja, bertali leher, memakai kot dan sebuah beg ala-ala James Bond kepejabat setiap hari. Kononya kita ni seorang pegawai berpangkat besar di sebuah pejabat kerajaan/swasta. Semua staf panggil kita "bos", "tuan", "encik", "dato'", dan sebagainya. Wah! hebatnya kita. semua orang menghormati kita.

Adakah Allah, Tuhan Semesta Alam mrnghomati kita? Pernah tak kita fikirkan persoalan ini? Inilah yang sering kita lupa untuk difikirkan. Kita sebagai bos di pejabat pun sama, pernah tak kita tanya anak buah kita ni sudah solat ke belum. Tentu jarang sangat bos yang bertanya sedemikian. Sebab kita anggap itu hak dia. Betul tak?

Hmmm...dalam sembang saya bersama sahabat-sahabat, perkara inilah yang sering dibincangkan. Di pejabatnya pun masih ada juga staf-staf yang tidak menunaikan solat. Macam-macam alasanlah diberikan untuk mengelak dari menunaikan solat. Adakah kita merasa bangga dengan kerja yang kita perolehi? Jika kita tidak mengerjakan solat?

Adakah kita perlu menghormati pekerja-pekerja yang macam ni? Kita nak hormat ke orang-orang yang tidak bersolat ni? Tak payah lah... Allah murka, buat apa kita nak hormat, nak menyanjung dia? tak kira lah siapa pun, bos ke, sape ke. Baik sanjung orang-orang yang beriman walaupun mereka miskin dan berpangkat rendah.

Adakah kita semua sedar akan hal ini? Cuba tengok dlam pejabat kita masing-masing. Cuba buat pemerhatian, siapa yang tak bersolat, siapa yang bersolat penuh 5 waktu sehari semalam. Sebab itulah kita ni tak maju-maju. Korupsi makin menjadi-jadi. Jika kita tidak solat, mana mungkin Allah akan memberi rahmat kepada kita. Mana mungkin Allah memberi rahmat kepada kerja-kerjka kita. Mana mungkin Allah akan memberi ketenagan kepada kita dalam menjalankan tugas. Hmmm...sebabitulah, perniagaan kita selalu rugi, perbelanjaan kita melampau, tidak amanah dan sebagainya yang berlaku saban hari.

Kita akan mudah melakukan perkara-perkaya yang dilarang oleh Allah, sebab kita tidak akan merasa takut untuk berbuat dosa. Nak takut apanya, dh kita berani tinggalan solat, maka, takkan kita takut nak buat benda2 yang lain? Sedangkan Allah dah tegaskan dalam Al-Quran, Sessungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkan. So, jika kita melakukan perkara yang keji dan mungkar, maka kita sesunggunya TIDAK SOLAT. Nauzubillah.

Sebagi seorang anggota kerajaan, kita mestilah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada masyrakat. Jangan hanya kita berbangga denga segulung ijazah, sekeping diploma yang kita perolehi jika solat, puasa kita entah kemana. Allah tak pandang langsung sijil-sijil kita semua. Belajar tinggi setara mana sekalipun, kalau kita melanggar perintah Allah, ke neraka lah jawabnya.

Pesanan ikhlas kepada bos-bos di pejabat. Anda diberi tanggungjwab yang akan dipersoalakan nanti. Adakah anda bertanya kepada anak buah anda tentang amalan mereka seperti solat, puasa, zakat? Adakah anda mengambil cakna perkara-perkara ini?
Selain itu juga, bayaklah kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Jika tidak, betapa teruknya kita semua. Sama lah juga demgan ibu bapa di rumah. tak ambil cakan perihal anak-anak. Jangan hanya kita sedap mendapat gaji yang lumayan, tetapi Allah murka pada kita hanya kerana kita tak arah anak buah kita mengerjakan solat.

Jangan anggap soal ini soal individu sahaja, sebab mereka di bawah kita, oleh itu sudah menjadi tangungjawab kitalah untuk menegurnya. Kebanyakan dari kita ni memang anggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh sahaja. Alah...itu hak dia, kita peduli apa? Eh, bala dari Allah ni, bila nak turun, Dia tak kira sapa. Kena ingat tuh.

Juga saya ingin menegur kepada mereka-mereka yang mengambil pekerja untuk bekerja. Pilihlah perkerja yang tak meninggalkan solat disamping kelayakan yang ada padanya. Sebab kita semua akn dipertangungjwabkan jika kita sewenangnya mengambil pekerja yang tidak menunaikan solat.

Oleh itu, kepada ahli-ahli majlis, seketeraiat pemilihan pekerja baru. Seharusnya anda semua sedar akan hal ini. Jangan hanya memandang pada sijil sahaja. kena tengaok juga akhlak mereka, bertanyalah orang-orang di kamoungnya dahulu sebelum diambil bekerja. Tak rugi kita ambil oarng-orang yang akhlaknya tinggi unutk bekerja.

Saya cukup sedih dengan apa yang berlaku dewasa ini. Tok Guru Menteri Besar sahaja yang inginkan Islam dilaksanakan di seluruh Kelantan, tetapi staf-stafnya tidak mahu mengikut aspirasinya. Bekerja hanya nak cari makan, malah, bila ada pelaunag 'nggap' terus. Lebih malang lagi, lawan balik Tok Guru. Hu hu hu... Kakitangan awam di negri Kelantan ni, tak mahu ikut apa yang Tok Guru nak. Kenapa saya berkata demikian? Sebab ramai kakitangan yang bekerja masih lagi tidak menunaikan solat dan meringankan solat. Sedangkan solat itu tiang agama, jika tidak solat, maka runtuhlah tiang, runtuhlah agama. Bila kita runtuhkan agama? Manamungkin kita mengaku kita nakkan Islam? Sedangkan Islam itu agama. Fikirkanlah.

Jika kita meninggalkan arahan wajib dari Allah ini, maka kita akan mudah terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Seperti ponteng kerja, pecah amanah, datang lewat ke pejabat, dan sebagainya yang membantutkan perkembangan dan kemajuan pejabat. Masya Allah.

Justeru, sama-samalah perbetukan masalah ini. Laman Nurani mengutuk dan tidak menghormati langsung jika ada pekerja kerajaan yang tidak menunaikan solat. Wallahu'alam.

Khamis, Oktober 22, 2009

Syabas Tok Guru

Syabas Tok Guru, pejam celik sudah genap 19 tahun Tok Guru mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim dengan penuh tanggungjawab dan efisen. Tahniah dan syabas! dari kami di LAMAN NURANI. Ini menamatkan segalah tohmanahan yang dilontarkan pihak-pihak musuh Islam. Teruskan Membangun Bersama Islam. Kami sentiasa di belakangmu.


Senyumlah Kuala Lumpur

Sebuah lagu yang ku abadikan bersama-sama sahabat handai di Ibu Kota Kuala Lumpur. Sungguh sayu bila dikenangkan suka, duka, pahit, manis bersama-sama di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Oleh : Alleycats

Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua


Bagai Anjing Menyalak Bukit

Benarkah kita yang tidak sealiran dengan aspirasi kerajaan ni dianggap seolah-olah Bagai Anjing Menyalak Bukit saja? Dimana suara-suara kita seolah-olah tidak berguna dan walau sekuat mana pun kita bersuara, bukit tetap utuh dan tersergam, hatta bergetar pun tidak. Bernarkah sedemikian rupa?

Mungkin ada benarnya juga ungkapan tersebut, tetapi apakan daya, itu sahajalah usaha kita. Walaupun tiada kesan, namun kita tetap juga mengharapkan simpati dari penguasa. Hehehe... Usaha tangga kejayaan. Mengapa suara kita tidak didengar? Mengapa suara kita hanya bergegar sekali sekal sahaja? Hmmm...pernah tak kita semua cuba fikirkan?

Itulah sebabnya kita ni, satu hala ja. Macam tak ada perubahan pun. yang kita tahu, demonstrasi, demonstrasi, demonstrasi. Tidak ada budaya pemikiran yang ampuh dan secara kritikal.

Perkara ini jelas berlaku terutama sekali di IPTA/IPTS di tanahair kita hari ini. Dimana mahasiswa sekarang ini seolah-olah sudah di'remote controlkan' oleh pentadbir-prntadbir universiti dan kolej. Mahasiswa di IPTA i tanahair kini sudah menjadi boneka-boneka penguasa IPTA. Baik dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada sekecil-kecil perkara, semuanya dikongkong oleh pihak penguasa.

Sebgaai contoh, ada sesetengah IPTA yang sewenangnya menaikkan tambang pekhidmatan bas untuk kegunaan pelajar berulang-alik ke kuliah. Maka pentadbir IPT terbabit memaklumkan kepada semua pelajarnya supaya jagan membuat sebarang perkara yang boleh menimbulkan keadaan yang tidak menyenagkan berikutan kenaikan harga tambang terbabit. Oleh itu, apa daya pelajar? Nak bangkit, takut kena buang universiti, jika diturutkan, harga tambang tinggi. "Kamu semua ni, cakaplah apa pun, ibarat anjing meyalak bukit, kami tetap kan menaikkan tambang tersebut".

Maka terbuktilah ungkapan tersebut. Apa boleh student buat? Maka sedaplah pentadbir universiti tersebut membuat apa sahaja, pelajar telah dikunci mulut, tangan, dan kaki. AUKU sebagai senjata. Pelbagai hukuman dan denda dikenakan jika menentang arus. Mengapa semua ini berlaku? Di dalam negara One Malaysia, megapa semua ini berlaku?

Kita semua fikirkan perkara yang berlaku, tetapi kita jarang berfikir mengapa ianya berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Memang kita tidak ada budaya pemikiran yang kritikal terhadap sesuatu perkara.

Apa kata jika semua pelajar tersebut memboikot penggunaan bas? Boleh ke nak boikot? Itu sebuah cadangan. Bas bergerak sebab ada orang yang membayar tambang, ada penumpang yang menggunakannya. Jika kita semua tak menaiki bas? Mungkinkah bas itu dapat beroperasi. Maka disinilah tercetusnya sebuah penyelesaian yang kritis.

Pokok penyelaesaian ialah, semua pelajar mesti besatu padu dan bersepakat dalam hal tersebut. Suara ramai memang boleh melawan suara yang sedikit. Dah pihak pengurusan tak bagi kita membuat protes secara terbuka, buatlah secara senyap-senyap. Itulah pentingnya kerjasama.

Tetapi amat malanglah jika pemimpin mahasiswa dalam MPP menjadi tali barut juga. Mereka mewakili mahasiswa, tetapi menjadi tali baru, menjadi mata telinga pihak pentadbiran, amat malng sekali. Kita sebagai mahasiswa, mempunyai kelebihan tersendiri, daya pemikiran intelek yang tinggi, tetapi rela menjadi tali baru untuk pihak pentadbiran yang tidak berhati perut. Adakah kita merelakan diri kita menjadi sedemikian rupa?

Wallahu'alam

Rabu, Oktober 21, 2009

Memperingati Tragedi Memali

Email dari Mohd. Hafizi Ab. Rahim

From Tok Guru Nik Abd Aziz Club, Frendster Bulletin

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air (Ini bermakna hampir sebulan lagi genap 24 tahun kejadian tersebut). Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Sabtu, Oktober 17, 2009

Mesra Idilfitri Wanita 1430H

JELI, 16 Okt : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu majlis Mesra Idulfitri Wanita 1430H bertempat di Padang Majlis Daerah Jeli, Kelantan. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Dr. Mohd. Fadli Dato' Hassan, Exco Kerajaan Negeri. Seterusnya majlis diserikan dengan ceramah motivasi oleh seorang motivator yang tidak asing lagi iaitu, YBhg. Ustazah Asni Abu Mansor.













Khamis, Oktober 15, 2009

Pentingnya "KRONI"

Kartun yang menggambarkan POLITIK DI MALAYSIA HARI INI


Pesalah/penjenayah akan dibebaskan dari hukuman.


Ahad, Oktober 11, 2009

Dunia Akhir Zaman...

Inilah tanda-tanda dunia akhir zaman apabila kepimpinan diserahkan kepada yang bukan ahlinya. Tunggulah laknat Allah terhadap manusia apabila manusia melantik seseorang yang bukan dikalangan ahli menjadi pemimpin. Apatah lagi beliau didapati bersalah dengan salah laku rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya.

Maka, atas perbuatan tanga-tangan manusia jugalah, Allah akan melaknat kita semua. Saya secara peribadi cukup kesal dengan sikap manusia yang sanggup memilih perasuah sebagi pemimpin. Eh, ke perlakuan rasuah tu tidak salah? Baik ke melakukan rasuah? Tak kira lah kecik ke, besar ke, yang penting tetap rasuah. Ataupun anda semua tidak faham? Ataupun buat-buat tak faham?

Kepada seluruh jentera PAS N31 Bagan Pinang, sekalung tahniah dan sybabas buat anda semua. Semuga segala penat lelah saudara, akan dibalas oleh Allah SWT kelak. Usah merasa kaciwa kerana harus diingat, ISLAM tetap MENANG!!!.


Sabtu, Oktober 10, 2009

Bagan Pinang : Kisah Semalam...

Sehari dua ini saya agak malas untuk menulis sebarang artikel untuk dimuatkan di dada Laman Nurani. Saya lebih kepada membuka dan melayari blog-blog yang ada di dalam lis di Laman Nurani ini. Ya..tumpuannya parti kepada Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, di Parlimen Teluk Kemang, di sebuah negeri yang mempunyai sembilan. Apa yang sembilan, saya pun tak tahu, sembilan daerah ke, sembilan kampung ke, sembilan pekan ke. Tetapi Negeri Sembilan.

Saban masa, saya akn meng'refresh' Laman Nurani agar saya dapat melihat update-update dari bloggers-bloggers yang bertungkus lumus di Bagan Pinang. Sambil saya membaca artikel-artikel tersebut, otak saya ligat memikirkan apakah strategi ataupun muslihat setiap tindakan baik dari PAS atau BN. Isunya saban hari kian bertambah. Dan bila saya bandingkan dengan berita-berita dari kaca televisi, jelas perbezaanya. Seolah-olah media cuba menutp isu dengan isu yang lain. Memang berkecamuk hati dan hempedu saya, mau meletup. Huhuhu...

Apa tidaknya, cuba saudara selusuri jalan cerita di Bagan Pinang ini. Bermula dari hari penamaan calon lagi. Laporan yang dikemukan media massa jelas berbeza dengan laporan dari blogger yang berada di Bagan Pinang. Ditambah lagi dengan cerita-cerita rakyat yang dibawa oleh sahabat-sahabat kita yang merupakan salah seorang dari peserta rapat umum mengiringi calon PAS Bagan Pinang itu.

Lautan penyokong PAS membanjiri kawasan penamaan calon mengalahkan kumpulan lawan. Disamping hiburan oleh kelab penyokong PAS dari kalangan orang India yang memalu gendang sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Tetapi dalam kemeriahan dan keamanan itu, ada jugak lah manusia di muka bumi ini cuba mencari populariti murahan. Yer lah, nak berlakon, produser tak amik jadi pelakon filem...apa P.Ramlee cakap, "Nak jadi Film Star!!"? hehehe... Dek kerana dia malu kena booo oleh penyokong PAS, maka dia membuat dakwaan dia dipukul. Ada ke patut??? Itu satu hal.

Maka riuhlah semua yang ada kepentingan politik yang jugak tidak diambil oleh produser-produser sebagai film star ini berkokok macam ayam pondan di kaca-kaca televisi. Apa ni, samseng, jahat, ganas..macam-macam lagilah. Yang pelon tadi siap terlantar dah di hospital dengan bekung di leher. Nazak gamaknya. Tetapi sampai hari ini tidak ada tangkapan pun dibuat terhadap pelaku yang memukul pelakon tersebut. MAKNANYA??? Jawablah sendiri.

Maka senyap lah setengah hari isu tu. Timbul pula isu serangan ke atas Markas Induk Pemuda PAS. Ada yang kena pukul, kena parang la. Macam-macam hal la. Juga tidak ada tangkapan dibuat. Entahlah. Malasa saya nak ulas panjang. Ada juga pihak yang mencabar supaya dibuat laporan polis. Ada juga yang kata ianya direka-reka oleh PAS. Yang mana satu betul? Kita tunggulah, sebab setiap kebenaran atau kebatilan, lama-lama akan diketahui kelak. Tak percaya? Kena mati dahulu, baru tahu.

Itu hal pergaduhan. Dan menurut sumber dari sahabt-sahbat yang sedang berjuang di Bagan Pinang, sekarang ini masih lagi berlaku pergaduhan. Apa ni? Kata bandar tentera, takkan ada gaduh jugak kot? Ke seba dinamakan bandar tentera, maka kena bergaduh dalam erti kata lain kena berperang ke? Masya Allah. Kata ramai dah anggota polis di sana? Alaaaa...tak perlu anggota polis pun, sebab askar-askar dah ramai kat sana? Ke askar ni bukan jaga keselamatan? Ke kena tunggu buat laporan dulu baru nak bertindak walaupun berlaku di depan kepala mata? Hmmm...aiman tak kisah...

Dalam perkembanagn yang lain, media-media cuba menimbulkan isu-isu lain bagi menutup kelemahan SPR di Bagan Pinang terutama sekali berkaitan undi pos. Dah terbukti penyahgunaan buku Daftar Pemilih Induk bagi undi pos ini. Mengapa SPR diam membisu? Mengapa media tak laporkan perkara tersebut? Jelas lagi terang lagi bersuluhlah media ni jd pencacai sapa...ermmm...aiman tak kisah...

Itulah dunia politik bila Mhafiraun yang memerintah. Perasuah pun boleh jadi calon untuk diangkat jadi ADUN. Huhuhuhu...macam amalan rasuah ni tiada salah pun. Nauzubillah. Ini menghina Islam, sedar atau tidak? Sebab Islam mengharamkan rasuah, mengharamkan riba, judi, yang kita pegi lantik perasuah menjadi pemimpin tu sebab apa? Tidakkah kita telah menghina Islam? Semoga Allah melaknatlah sesiapa yang menghina Agama Islam yang suci ini. Amin...

Rabu, Oktober 07, 2009

Mentera Dabong...

Dabong!
Taman indah di tengah rimba
Taman ilmu di tengah negeri
Tempat pertemuan tiga sungai
Tempat bersejarah kisah bunian

Bukit bakau kiri kanan
lautan hijau penyejuk mata
Bukit Jepun sejarah negeri
Gua Ikan tempat jadi sebutan
Gunung Stong tinggi menjulang
Air terjun beribu kaki
Tumpuan pelancong semua negeri

Air sungai kian jernih
jalan raya kian ceria
Kereta api semakin laju
Elektrik 24 jam memacu sudah
Jambatan sudah dibina
Petanda Dabong kian membangun
2020 semakin dihampiri

Dabong apa bicara?
Jangan ketinggalan arus semasa...

Sebuah puisi yang dimuatkan dalam Buku Minda terbitan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong. Dabong apa bicara? Adakah masih lagi ketinggalan arus semasa?


Khamis, Oktober 01, 2009

Pesan Abang | Sudirman

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian
Dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya'
Kepada Yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abangkan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat Abang
Tetap sayang...

Bermulah episod...

Email dari : Sangkokalo

Belum pun tiba hari penaman calon bagi Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang, media telah heboh meperkatakan mengenai kegagalan PAS di Kelantan. Episod ini sekali lagi diulang apabila menjelangnya sesuatu pilihanarya. Semualah bercakap, golongan politik, akademik, bangsawan, negarawan, yang makan di pinggan dan minum di cawan yang buang air di jamban juga makan cendawan. Eh, episod ni diulang siar banyak kali dah... macam Astro jugak nih, duk ulang-ulang filem sama ja. Tak naik jemu ke kita yang menonton?

Hmmm...tengahari tadi duk mengata kegagalan PAS Kelantan membangun sistem pendidikan di Kelantan. Seolah-olah rakyat Kelantan ni buta huruf, bodoh dan tak pandai langsung!!!. Eh, selama kenin sapo hak mentadbir Kelantan? Berapa orang rakyat Kelantan mati kebuluran? Berapa orang rakyat kelantan makan tahi lembu sebab bodoh? Kena nilai gak sikit, jangan main gomo tak tentu kalu. Marah ko orang la kalu buat gitu. Bengong!!!

Ini tidak, bila masa pilihanraya, mula la duk menyerang PAS di Kelantan, kata gagal lah, tak dok gapo satu lah hak buat. Apa semua ini? Tidakkah yang hendak diadakan piliharaya di Bagan Pinang? Mengapa Kelantan diserang? Inilah politik murahan UMNO/ BN..

Sama lah dengan orang main gusti/tinju, tetapi pihak lawan diikat kaki & tangan. Hanya kita jah duk tumbuk, siku, sepak, dan sebagainya. Adil ka? Haiwan pun reti bertindak balas jika disakiti. Baso...

Eh, saya buleh tunjuk buktilah saya buat laporan kerosakan jalan di Kampung Dabong ko Biro Pengaduan Awam. Tetapi tiada mari baiki pun jalan hak rosak tuh. Semeta ko jalan di kawasan kampung, kawasan hulu, kawasan dalam hutan, anggap orang hak duduk dalam tu supo orang pangan kalih gak. Jalan-jalan rosak bukan nak baiki. Saing saya pun repot pada JKR jgk, tetapi JKR buleh jawab loni tiada peruntukan.

Ambo nak tanyo sikit, hak duk bubuh tar jalan hak molek dah tu, peruntukan hak mano tuh? Tak buleh ko baiki jalan hak rosak, hak berlubang dulu. Ado duit lagi, bubuh la tar baru di jalan-jalan hak nak bubuh tu. Ini tidak, duk buat ko jalan hak comel dah, jalan hak berlubang nih tidak ada orang ambik tahu pun. Lepas tu mula lah kato PAS Kelantan gagal. Dah demo tak pakat-pakat tolong.

Takkan lah masa pajero JKR nak lalu jalan tu, jalan jadi comel, licin lemu...tetapi bila rakyat lalu, jalan berlubang-lubang? Takkan lah magic lagu tuh? Hmmm...apa boleh buat, nasib la sapo hak duduk dalam hutan nih. Menteri-menteri pun kecek jah sedaknyo. 5 tahun sekali mari sini, kempen...Undilah Barisan Nasional!!! Jalan kawasan KESEDAR berlubang-lubang...huhuhu...

Tazkirah Untuk Manusia Zaman Ini: Tangisilah Iman Yang Kian Mati Itu!

Email oleh : Mohd. Hafizi Ab. Rahim

AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,
Segala puja-puji kepada Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan ke atas segala-galanya,
Selawat dan salam isyarat kecintaan kepada HabibuLLAH Ar-Rasul SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

“Al-Iman Yazid Wa Yankus”,

Kita biasa dengar penyataan yang satu ini. Maksudnya, iman itu hakikatnya mempunyai turun naiknya. Sihat dan bertumbuhnya iman itu adalah atas hasil ikhtiar empunya hati yang memiliki iman itu sendiri. Begitu juga apabila bercerita tentang jatuh merudumnya iman, ianya adalah natijah daripada pekerjaan manusia yang ‘asi, atas ikhtiar yang empunya hati itu sendiri.

Susahnya menjaga iman ini.

Susahnya menjaga iman kerana di zaman ini ada banyak macam benda yang mempu mencuri iman itu daripada hati manusia. Tidak perlu melihat ke dalam sudut yang lebih dalam ataupun di perspektif yang lebih jauh, cukuplah dengan memandang keadaan di sekeliling kita – itu sudah cukup untuk menjadi asbab agar iman kita itu dibawa lari.

Aurat yang tidak tertutup sepenuhnya mampu merampas iman dari dalam jiwa hati manusia. Hiburan tanpa mengenal batasan mampu juga merompak iman manusia. Memenuhi tuntutan hawa nafsu makan secara berlebihan juga mampu merombak iman manusia. Di zaman ini, seolah-olah selautan perkara, sebanyak macam benda boleh menjadi asbab kepada berkecainya iman di dalam hati manusia.

Bahayanya bahana iman yang tidak terjaga itu.

Bahayanya sekiranya tuan empunya hati yang menyimpan iman itu tidak menangisi realiti keteguhan iman yang semakin goyah, tercabar semakin hari. Tidak menjaga lidah dalam berbicara, tidak menutup telinga seraya seruan-seruan fahsya’ dan munkar memasuki ruang pendengaran, tidak mahu menoleh ke arah zon yang menyelamatkan iman apabila mata mula meliar mencari dosa-dosa, tidak mahu menarik tangan apabila tangan-tangannya itu ditawarkan dengan emas permata tipuan dunia, tidak mahu mengangkat kaki untuk berhijrah ke arah yang menghidupkan, masih mahu duduk di takuk dosanya yang lama.

Alangkah gelapnya terasa di dalam dunia orang yang tidak mahu menjaga iman itu.

Mahu sahaja datangnya cahaya iman ke dalam hatinya, dia hambat dan dia tutup tingkap hatinya daripada menerima sinaran iman itu. Dia tolak kehadiran cahaya itu. Dia seolah-olah lebih suka di dalam gelap gelita dunia kesesatannya sendiri!

Alangkah sedih melihat iman yang tidak dijaga,

Sedihnya melihat iman yang tidak dijaga, kerana tidak mengetahui ataupun telah menutup mata sendiri tentang hakikat iman yang tidak dapat dijual-beli serta diwarisi. Menangis dan merana jiwa yang hampa apabila melihat sewenang-wenangnya manusia yang pada mulanya beriman di dalam hatinya telah dihanyutkan oleh badai perosak iman.

Hari ini iman sudah mudah-mudah dijual-beli, sudah mudah-mudah digadai. Sedangkan nilai pajakannya itu apabila dibandingkan dengan harga iman, maka harga iman kurniaan Tuhan tiada ditandingi. Iman sudah boleh dijual dengan tawaran gaji yang tinggi, iman sudah boleh ditukar dengan pujukan suami ataupun isteri, iman sudah boleh dilelong dengan pangkat dan jawatan tertinggi, iman sudah boleh dilepaskan dari tambatan hati dengan menunaikan nafsu syahwat yang tidak dipagari.

Hari ini iman menjadi saksi,

Bahawa tanpa dirinya di dalam hati orang-orang yang memiliki hati, nyawa dengan mudah diragut sana-sini. Kekayaan duniawi menjadi sasaran utama sehingga manusia lupa akan tujuan ukhrawi. Pasangan yang belum bernikah sudah boleh jadi persis laki-bini. Amanah pangkat dan jawatan sudah tidak lagi dilihat sebagai ujian daripada Ilahi. Rasuah dan gelap duit semata-mata mahu kaya tanpa mengira keberkatan di dalam rezeki.

Hakikatnya, itulah dia natijahnya, banyak kemusnahan yang terjadi apabila iman yang mahal itu sudah ditolak ke tepi. Iman sudah jadi picisan bagi manusia yang tidak mengenang budi Tuhan hari ini.

Kasihanilah iman,

Kasihanilah ia bukan kerana lemahnya ia, tetapi kasihanilah ia kerana semakin nazak dan mungkin sudah matinya ia di dalam hati diri manusia. Iman tidak dapat dilihat, tetapi manusia yang mempunyai mata hati pasti sedar akan sakitnya iman di hujung zaman ini. Menangis ia. Meraung ia. Meronta-ronta ia. Meminta-minta ia untuk dilepaskan diri daripada dibelenggu nafsu manusia. Dibelenggu kemaksiatan manusia. Ia sudah tidak tahan dengan dosa-dosa kita! Ia mahu dibebaskan daripada penjara ‘melebihkan cinta dunia’!

Maka wahai kaum yang memiliki hati,

Usahakanlah dirimu untuk menjaga iman di dalam hati itu. Bajai hati yang beriman itu. Kuatkan dirimu untuk bersolat agar subur kembali ia. Sedekahkanlah zikruLLAH untuknya. Berwudhu’lah untuk mensucikan dirinya. Tadabburlah Al-Qur’an serta alam untuk menerangi ia kembali.

Usahalah kamu ke atas kehidupan iman kamu! Jangan biarkan dia menangis, kerana yang ditakuti dalam ia menangis, ia semakin sakit, sangat boleh jadi kemudian iman itu mati!

Oleh itu, pujuklah hati ini. Pujuklah hati untuk menangis memikirkan hakikat iman di akhir zaman ini!

Menangislah! Menangislah wahai manusia akhir zaman! Menangislah ke atas iman yang kian mati itu!

Wassalam,