Mengenang kisah-kisah silam bersama seorang sahabat yang dahulunya mempunyai gaya yang tersendiri amat mengasyikkan. Kisah-kisah perjuangan, suka-duka, konspirasi, penipuan, kroisme, dan semuanya digali satu persatu. Hmmm...amat cocok sekali saya bersembang dengannya. Terima kaseh Kalam Perdana, jika boleh saya nak bertanya, "Jebat Menangis Siapa Yang Tahu? Adakah siapa-siapa yang tahu?
Saya kira, semua antara kita mengetahui dan pernah menonton Filem Hang Jebat terbitan Catahay Keris Film Production. Ianya diarahkan oleh Hussein Haniff dan pelakon utamanya ialah Nordin Ahmad. Sungguh bagus jalan ceritanya. Dan dapat disimpulkan bahawa ekoran pengkhianatan dan dengki dari seorang 'pengasuh', maka hubungan yang murni dan jernih dibina hancur berkecai.
Adakah kita semua lupa dek kerana dengki Patih Karmawijaya. Siapa Patih Karma Wijaya ini? Beliau berketurunan mamak. Dari tanah sebebrang, datang ke Melaka, dek kerana kebijaksanaanya beliau berjaya mencuit hati raja Melaka untuk berada disamping baginda. Beliau penasihat yang hebat.
Watak Pateh Karmawijaya ini berjaya diaminkan oleh Mahmud June, salah seorang pelakon retro yang memang dikenali ramai dengan watak jahat. Beliau ada pernah menceritakan bahawa pernah diludah oleh seseorang semasa berada di alam nyata. Begitulah penangannya menjadi watak -watak jahat dalam filem dan drama.
Memang jika kita menonton filem ini, jiwa akn terguris dengan kelakuan Pateh Karmawijawa sehinggakan membawa kepada penderhakaan Jebat. Dek kerana mainan politiknya, bergegar insitusi Kesultanan Melayu Melaka. Msihkan saudara-saudari ingat? Hmmm...jika dilihat dari setiap scene yang dipertontonkan, jelaslah kepada kita bahawa tiada siapa peduli apabila Jebat menangis. Semua sahabatnya mengecam tindakannya itu.
Hanya isterinya, Dang Baru dan isteri sahabatnya, Hang Tuah serta ibunya sahaja yang menyokongnya. Jelaslah kepada kita bahawa hanya orang-orang yang paling hampir dengan kita mengerti mengapa kita menagis. Sebaliknya, sahabat-sahabat yang sepermainan ini kadangkala berbolak-balik dalam mencari kepastian dan menyokong perjuangan kita. Mengapa ini berlaku? Tidak lain tidak bukan, kerana semuanya ada kepentingan peribadi yang ingin dikaut dengan pemerintah.
Tidak sesiapa pun peduli mengapa tindakan Jebat sedemikian rupa. Aduhh..sungguh malang nasibnya itu. Tetapi dek kerana azam yang kuat, iltizam yang tinggi, patah sayap beliau tetap terbang jua dengan seorang diri. Biarlah seluruh alam mengejinya sebagai penderhaka, ku kira perjuangan murninya itu patut dipuji. Patut dihayati dan sememangya sukar ditandingi di zamannya itu.
Jebat menangis siapa yang tahu. Seluruh umat termasuklah para sahabat sepermainannya memusuhi Jebat. Kononnya Jebat telah melanggar adat-adat Melayu, pantang menderhaka. Tetapi tiada siapa peraoalkan mengapa Jebat derhaka dan apakah nilai-nilai kemanusiaan di nilai di sini? Jika benar melanggar adat Melayu, bagaimana dengan melanggar nilai-nilai kemanusian dan naluri seorang manusia?
Pernah kita renung bersama? Kukira pengarah Hussein Haniff berjaya mengarahkan sebuah filem yang penuh dramatik dan tragis ini. Sungguh terharu apabila saya menontonnya. Bulu roma berderau seram sejuk mengenangkan babak perjuangan dan ketidakadilan yang berlaku.
Jebat membela sahabatnya, abang Tuah yang telah terfitnah oleh Pateh Karmawijaya. Oleh itu, dia bertindak bagi membela sahabatnya yang dianianya sultan Melaka yang bertindak melulu. Mengapa sahabat-sahabat lain tidak membela Tuah ketika itu? Mengapa? Mengapa? Dan apabila si Jebat bangkit, semua pakat marah pada Jebat, padahal belaiu bangkit bagi membela sahabatnya itu? Tetapi jiwa-jiwa ketika itu ditanam dengan rasa benci pada Jebat ini. Tiada siapa pun yang pergi slow talk dengan Jebat atas tindakannya itu. Duk main cakap dalam akbar-akhbar je kata Jebat ni derhaka. Mengapa akhbar-akhbar tidak pergi bertanya pada tuan tubuh sendiri, mengapa Jebat bertindak sedemikan.
Hmmm... jika kita seorang yang cerdik dan berjiwa besar, maka kita boleh nilai sendiri apa yang belaku saban hari ini. Dek kerana permainan di pentas politik ini, penipuan, pengkhianatan, cantas mencantas, cah keting dan apa2 lagi lah yang dilakukan oleh sesiapa yang rasa ada kepentingan peribadi ini untuk bertindak ke atas orang lain.
Maka ada yang tersungkur di pentas politik. Ada juga yang bangun bangkit selepas itu, dan ada juga yang terus lipat dek kerana perbuatan sesetenagh orang ini. Adakah kita semua perati benda-benda seperti ini? Pengalaman saya, zarul20, dan semuanyalah yang menyimpannya masing-masing boleh mebuktikan persoalan ini. Ada sahabat-sahabat kita yang memberikan amaran kepada saya, perkara yang lepas usah dikenang, cukup-cukuplah. Saya kira, ini seperti ayat-ayat Mr. Najib yang meminta Tokm Guru melupakan kisah-kisah lama. Apa Tok Guru jawab? 'Mudoh-mudoh nak suruh kita lupo, ingat kita ni apo? Demo buat ko kito, nak suruh kita lupo...."
Hanya mereka yang ada kepentingan peribadi sahaja akan bertindak bodoh melupakan kisah-kisah yang lampau. Adush...memang perit, tapi biarlah, kerana Jebat menangis, siapa yang tahu. Orang duk nampak tindak tanduk Jebat berjaya mengkucar-kacirkan istana Melaka, orang semua tidak nampak apa yang menghuru-harakan sebuah persahabatan yang murni.
Sanggupkah kita hanya melihat sahabat-sahabat kita ni diceraikan dari kumpulan kita? Sahabat-sahabat yang sama fikrah dengan kita pulak tu. Yang kita merasa hebat sangat ni sanggup melihat sahabat kita keluar meninggalkan kumpulan dek keranan arahan seorang 'amir' ataupun 'pengasuh'. Tanpa pembelaan, tanpa belas kasihan dari sesiapa. Tak bolehkan jika kita membela? Sudah menjadi lumrah, yang kecil selalunya dipandang salah. majoriti selalunya betul. Tetapi harus diingat, dalam pentas dunia politik berbeza dengan dunia ekonomi. Dalam politik, apa-apa boleh berlaku. Tetapi dalam dunia ekonomi, yang nilainya besar itu merupakan yang banyak dan selalunya berada di atas.
Di sini saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya yang pernah berjuang, berlatih du Gua Bukit Tunggal sewaktu dahulu. Kembalilah bersama-sama. Kepada Ahmad Suhaimi, anda sememangnay mempunyai jiwa yang kuat dan kenatal, tak sia-sia kawe memperjuangkan ke atas penyisihan demo ari tu. Kawe tahu, apa yang demo alami, kawe tahu apa yang demo rasai, kawe tahu apa yang demo telah lalui. Kenangan kita di Bilik C-38 tidak pernah kawe lupo.
Kerana kita semua ini telah berjanji dan berpakat akan membuat sesuatu yang lain daripada yang lain. Adakah demo masih ingat? "Jemaah Masjid". Hmmm...saya sungguh kecewa lah kerana masih lagi yang berfikiran tertutup. Tetapi seperti yang Zarul20 ceritakan, beliau dan geng-gengnya merasa amat terkejut dengan penangan yang telah kami sepakati. Benarlah, jika berlaku apa2, tidak ada sesiapa yang bangkit mempersoalkan bagi membela sahabatnya itu. Syabas kepada geng2 Jemaah Masjid di Bukit Tunggal tempoh hari. Kerana itulah, karier politik kita mampu bertahan hingga ke hari ini. Syabas!!!
Kerana itu, pengalaman sedikit sebanyak mengajar kita. Pengalaman kisah Jebat ini amat penting untuk diteladani. Hussein Haniff berjaya. Memang belaiu berjaya membawa plot cerita ini dengan baik. Kesannya amat mendalam terutama kepada masyarakat Melayu. Wahai 'pengasuh-pengasuh' yang budiman, jangalah meniru watak pateh Karmawijaya, dek kerana 'pengasuh' ini tamakkan takhta, harta benda, kuasa, maka sanggup dikorbankan nyawa, persahabatan sehingga menggegarkan negeri.
Jangan kita terlalu taksub dengan kepimpinan kita, kita punyai akal dan fikiran sendiri. Kita punyai ruang yang luar utnuk berfikir dan melontarkan buah fikiran. Tidakkah tindakan kita menyekat orang untuk mengkritik itu merupakan zalim? Ianya menyekat naluri manusia kerana memang lumrah kita yang suka berfikir akan mengeluarkan pendapat masing-masing. Soalnya sekarang, adakah kita semua menerima kepelbagaian ini?
Sultan Melaka pun tidak dapat menerima isu ini dengan baik. Kerana termakan hasutan 'pengasuh'. Maka sultan menyuruh seluruh rakyatnya menyokong tindakannya itu. Tetapi banginda lupa satu perkara, JEBAT MENANGIS, SIAPA YANG TAHU?.
Sekian, dipersembahkan.