<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, November 14, 2009

Tangisan Tok Guru...

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,"

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,"

"Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri,"

Itulah keluhan-keluhan Tok Guru semasa kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu (13/11/09). Tergamak sungguh Quraisy Malaysia berusaha menghalang dan memberi tekanan kepada pemimpin Islam di Kelantan ini. Laman Nurani mengecam tindakan 'Quraisy Malaysia' tersebut.

Sejarah Abu Jahal dan kafir Quraisy Mekah kembali berulang. Jika di zaman Rasulullah, baginda telah dihalang oleh puak-puak Kafir Quraisy untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah haji, namun kini watak yang sama juga cuba mengahalang seorang pemimpin Islam untuk mengerjakan ibadah haji.

Sungguh kejam dan kejinya Quraisy Malaysia ini. Subhanallah. Tok Guru menangis lagi. Tergamakkah kita melihat seorang Tok Guru bersedih atas tindakan kita sendiri? Cubalah kita fikir. Jika Tok Guru bersedih atas tindak tanduk musuh dan orang kafir, itu memang lumrah. Namun kini, Tok Guru bersedih disebabkan tekanan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Cuba bayangkanlah, 'anok beranok kita' krenat ko kita? Huhuhu...

Bersabarlah Tok Guru, kami akan sentiasa bersama Tok Guru. Janji Tuhan Pasti Berlaku!!!.


1 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sampai hati kau orang buat TG Nik Aziz menangis .Apa salah kalau ada orang atau syarikat berniat/bernazar untuk TG Nik Aziz mengerjakan Haji .Manusia dah lupa perihal keberkatan untuk rezeki yang halal dalam perniagaan .Tak kan rezeki yang diperolehi oleh perseorangan atau syarikat tak boleh di sedekahkan . Tak kan rezeki (duit keutungan ) nak di sedekahkan kat Khir Toyo untuk pergi "LAWATAN" ke DISNEY LAND . Bodoh betul puak2 celaka ni. Mati tak nak buat susahkan orang yang nak buat amal kebaikkan.Kalau macam ni , saya turut bersalah kerana menaja kedua orang tua dan kedua mentua saya pergi menunaikan haji dengan mengunakan keuntungan wang syarikat . Harus kah saya perlu mohon maaf kepada kedau orang tua saya dan kedua mentua saya?????????????????.Mufti Perak tolong komen sikit tentang tajaan saya ini dari perepsi hukum Islam . Sah ke tidak pergi Haji mengunakan wang keuntungan syarikat.