<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Selasa, November 03, 2009

Cah Keting

Sejenak membaca post terbaru di Kalam Perdana, sungguh menarik dan santai sahaja. Konspirasi. Itulah tajuk artikel terbaru yang ditulis. Saya amat faham dan maklum akan konspirasi sebenar yang di alaminya selama bergelar seorang pelajar di sebuah IPTA di ibu kota Kuala Lumpur.

Seringkali saya bersembang dengannya di ruang maya dan nyata. Tutur kata kami xlekang duk menceritakan pengalaman masing-masing. Ya, kami mempunyai kisah yang berlainan tetapi maksud dan dalam konteks yang sama. Terima kasih sdr. zarul20 kerana sudi berkongsi pengalaman dan paling menariknya, ianya mengaitkan antara kami dengan suatu rentetan kisah yang amat menarik.

Bagi saya, ianya sebuah seni politik yang harus dipelajari dan dialami sendiri orang setiap orang. Mungkin benar katanya, dengan adanya konspirasi yang diceritakan itu, kita dapat menilai sejauh mana kekuatan kita, ketabahan kita dan tahap kepolitikan kita itu.

"Cah Keting". Itulah tajuk yang sesuai bagi saya untuk menceritakan serba sedikit apa yang zarul20 dan saya alami selama kami sama-sama bergelar pelajar dahulu kala. Zarul20 merupakan senior saya. Penampilan yang low profile dan bersederhana dan bebas. Amat berbeza dengan sesetengah sahabatnya. Saya secara peribadi, memang suka akan penampilannya. Memang berbeza lah dengan orang lain. Masa tu, istilah "pakaian thiqah". nak tahu mcm mana cara pakaian tu? Hmmm...anda semua tahu kot. He he he.

Hmmm...kadang-kadang, perbulan kami meleret2 hingga kepada isu-isu semasa hari ini. Tetapi, belek punya belek, masuk bab pengalaman dulu2 jugak. Memang seronok untuk dikongsi bersama. Apa yang paling saya tak boleh lupa, saya sering dapat 'menghidu' akan tindak tanduknya. Sori la bro zarul20 ya. He he he...

Apa yang penting di sini, dia menceritakan suatu kisah yang paling diingatinya sehingga kini. Mungkin lukanya masih merah. Macam mana nak sembuh, acu nk sembuh, gi kutis, tambah-tamabh sekarang ni, saya tumpang kutis sikit-sikit. Ha ha ha... Akibat perbuatan cah keting oleh sahabatnya sendiri, dia merasa amat memberontak waktu itu. Kesian bro zarul20. Saya memang tidak tahu menahu pada masa itu, sebab saya pun berada dalam medan pertempuran. Cuma saya ni seorang 'penderhaka' sahaja. saya jadi Hang Jebat!!!.

Perbuatan cantas-mencantas ataupun cah keting yang dilakukan oleh sebilangan rakan-rakannya itu menyebabkan dia merasa amat tertekan dan tempiasnya turut saya rasai. Konspirasi menjatuhkannya sebagai seorang presiden sebuah persatuan dilakukan dengan cukup rapi dan teratur. Yang saya peliknya, kenapa konspirasi ini dilakukan, lebih-lebih lagi dari sahabat sendiri. Orang Kelantan kata, 'ore kito' sendiri.

Jika dari pihak musuh, mengertilah saya, ini dari 'ore kito'. Tu yang membuatkan saya tertanya-tanya sehingga hari ini. Akan tetapi, dia berkata kepada saya, mungkin konspirasi itu dibuat supaya pengaruhnya berturun. Memang waktu itu, sentimen anak negeri cukup kuat, kami anak-anak Kelantan memang mendominasinya. Tahniah ore kito!!! Sek kelate. He he he...

Mungkin ada benarnya juga alasan itu. Beliau tidak disukai oleh golongan-golongan yang ada kepentingan ni lebih-lebih lagi di kalangan golongan yang 'thiqah' ni. Hu hu hu... Kan saya dah cerita tadi, penampilannya yang simple dan low profile memang tidak disukai oleh sahabat2nya sendiri. Saya pun kena 'saound' jugak dalam bab pakaian ni.

Maka, artikel Konspirasi tersebut adalah bagi menyambut ulang tahunnya mula-mula menulis bagi melempias pemberontakannya semasa di kampus dahulu. Tahniah!!! Memang kita merasa puas jika dapat meluahkan isi hati. So, kena paham lah kenapa orang tu menulis kasa ke, lembut ke, kesat ke. Sendiri mau ingat kenapa!!!. Sebab perkara itu tidak terkena pada kita.

Sebenarnya, hingga ke hari ini beliau masih memegang jawatan presiden tersebut. Ini kerana, akibat dari konspirasi terbabit, berlaku suatu insiden yang amat dahsyat sehingga memaksa pihak pentadbiran 'menggantung' persatuan terbabit. Tempoh penggantungan itu tidak diberitahu dan sehingga kini beliau masih lagi presiden ekoran tidak ada mejlis pertukaran jawatankuasa, alah, mesyuarat agong tahunan lah kalu kita gak.

Inilah kerja-kerja cah keting. Baginya, bukan setakat cah keting, tetapi lebih dahsyat dan kejam dari itu, hanya dia yang rasa macam mana. Anehnya, tidak ada sesiapa pun dari kalagan rakan-rakannya yang makan satu dulang, tidur satu bantal, tetapi mimpi lain-lain rupanya. Hu hu hu... Ingatkan mimpinya sama pak, sebabnya, dimakan, diminumnya sama, solat pun sama-sama.

Hmmm...katanya, orang yang solat bersama, makan bersama itulah yang cah keting kita. Tempias kepada geng2 saya. Maka bermulalah episod penderhakaan saya bagi membela rakan-rakan saya yang dicah keting atau lebih tepat lagi "DIPULAU" oleh rakan-rakan sedulang makan tadi.

Di sini bermulanya peranan "PENGASUH" yang tidak bertangungjawab dan berdendam. Saya sedari ini dari awal, syukurlah.

Kepada sahabat-sahabt semua, tulisan ini bukan untuk mengungkit. Cumanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja. Saya tahu, anda semua lebih hebat dari kami orang-orang terdahulu. Kamu semua lebih mantap dari kami dari segi tarbiyahnya, sehinggakan tak perlu pergi tamrin pun boleh jadi pimpinan. Kan??? Hmmm... buatlah yang terbaik ya.

Dabong, 23:11

1 ulasan:

Sapere Avde berkata...

kawe terhibur..kuat demo bui, kawe sipi-spi bagi peluruh tabur demo bui lumat pulak...hahaha