<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, April 30, 2010

Kasih Kerana ALLAH Benci Kerana ALLAH

Aku menyeru diriku dan semua saudara-saudara yang mengaku islam taatilah Allah dan RasulNya dengan mengikuti segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya moga-moga beroleh selamat didunia dan di akhirat.

Kembalilah kepada Allah Tuhan Sekalian Alam dengan taubat yang benar. Bersihkanlah tubuhmu daripada segala dosa dan sia-sia. Sucikanlah hatimu daripada segala aib cela dan najis-najis syirik yang menghalang daripada beroleh tauhid dan rahmat Allah. Maka sujudlah dihadapan Tuhanmu dengan hina dan kefakiran. Dan tangisilah dirimu sebab engkau masih terhalang dari taufiq dan kebenaran. Moga-moga Allah berkenan menghulurkan rahmatNya kepadamu dan memimpinmu kepada jalanNya yang benar.

Sesungguhnya zaman ini (1430H) kita semua berada dibawah langit dan bumi kemurkaan Tuhan. Terkecuali kita yang mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT. Pada hari ini syirik telahpun menguasai tauhid. Maksiat berleluasa dan terlalu banyak tanpa tiada yang mempedulikan. Orang yang berbuat taat terlalu sedikit. Kemunafikan bermaharajalela, pendustaan dan bidaah agama merata-rata. Kejujuran dan keikhlasan sudah tiada.

Orang yang benar-benar takut kepada Allah hanya satu dalam beribu-ribu orang. Amanah Allah telah dikhianati dan ibadah sudah tidak dipeduli lagi. Urusan dunia dipandang tinggi dan akhirat terus dilupa.


Perempuan dizaman ini telah hilang rasa malu dan harga diri. Berpakaian tetapi macam telanjang, memakai kain, baju nipis, berseluar ketat sendat dengan bangganya.! Mereka lalai dan tidak takut lagi kepada azab laknat Allah. Dan maka tercetuslah nafsu-nafsu lelaki menjadi buas dan zalim. Kejadian rogol dan pembunuhan tidak dapat dibendung lagi.

Penzinaan, berzina dan zina mata sudah menjadi kebiasaan. Minum arak menjadi kegemaran. Judi dan memakan riba’ menjadi kemegahan. Lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dadah dan hiburan menjadi pemujaan.

Majalah mendedahkan tubuh wanita bebas terjual diserata tempat dan hasil jualannya diberi makan pakai kepada anak isteri..! Tempat-tempat penginapan sulit, rumah-rumah rahsia gelap, filem-filem lucah, bar dan disco mendapat sambutan hangat dan pembelaan. TV dan suratkhabar menjadi rujukan dan kitab-kitab mereka dan rumah-rumah mereka telah menjadi panggung-panggung wayang..! Dan alim ulamak sudah tidak berani memberikan fatwa mengenai TV dan filem-filem yang bercanggah dengan syarak kerana hendak menjaga hati orang ramai!

Masjid dan surau tidak lagi menjadi tempat untuk mendekati diri kepada Tuhan tetapi menjadi tempat medan perebutan pangkat dan kemasyhuran. Permainan dan pekerjaan menjadi lebih utama daripada ibadat. Sembahyang dan puasa sudah menjadi adat bukan lagi ibadat. Akhlak semakin rosak. Segala yang mereka hendak buat semuanya boleh belaka.! Tiada siapa yang berani menyekat atau mengatakan apa-apa halal atau haram.

Masjid-masjid hanya tinggal jasad. Jasad yang dihati mereka tiada lagi taqwa dan ketika itu yang paling jahat ialah orang alim! Daripadanyalah datangnya fitnah dan kepadanya kembali fitnah itu. Mimbar-mimbar masjid sudah dicemari oleh daki-daki dunia dan debu-debu syirik.
Dan al-Quran telah dipenjarakan di dalam masjid-masjid..!

Pada hari ini ramai orang fasih lidahnya tetapi buta hatinya. Orang jahil dan orang Islam terus dalam kejahilan. Tidak mahu belajar agama dan membaiki diri. Orang yang berilmu telah terpengaruh dengan keduniaan dan hati hati mereka telah menjadi buta. Menjadi alat kepada makhluk dan berpaling diri dari Tuhan.!

Kebanyakan alim ulama diam membisu masing-masing menjaga kepentingan diri. Takut hilang gaji dan pencen. Alim pendusta semakin ramai yang menjadi lidah-lidah kebatilan. Bagaikan lalat yang berebut-rebut menghinggapi najis yang busuk. Dan akhirnya, mereka tertimbus di dalam najis itu.!

Orang alim di akhir zaman ini, agama dijadikan alat cari makan dan yang paling jahat telah menjadi alat melawan Tuhan.! Mereka seperti lembu-lembu yang dicucuk hidungnya dengan tali dan ditarik sesuka hati tuannya.

Pakaian sunnah nabi menjadi dagang dalam negeri sendiri dan ulama moden lebih kasih bangga meniru pakaian barat yang yang menjadi musuh Islam. Golongan yang berjuang Islam masih lagi takut dan bimbang kerana mereka masih bergantung rezeki pada tangan makhluk. Dan mereka tidak yakin rezeki dalam tangan Tuhan! Menyebabkan fatwa agamanya menjadi longgar dan berbolah-balik. Ditipu nafsu sendiri kerana takutkan terlucut habuan dunia dari tangannya.

Rahsia zikir isbat dan zikir kuat sudah tidak difahami oleh ulama akhir zaman kerana dunia telah bertahta dihatinya dan tiada sifat merendah diri. Golongan thariqat pula terumbang ambing tanpa nasihat dan pimpinan guru mursyid yang benar dari Tuhan. Mursyid yang benar kadangkala ada tetapi sukar dikenali kerana ditudung oleh alim ulama dunia yang bimbang pengaruhnya akan hilang. Jalan tasauf amat sedikit pengikut tetapi banyak fitnah. Orang yang berjalanpun jarang yang sampai. Yang benar ada tetapi amatlah jarang. Menjadi musuh kepada ulama yang terhijab dengan Tuhan.

Jaga-jaga.! Ahli tasauf tiruan juga ramai dan kebanyakkannya mereka mengambil kesempatan duit dan perempuan. Meraba-raba hal ketuhanan di dalam gelap tanpa hidayah dari Tuhan dan akhirnya tergelincir kaki dan tersesatlah jalannya.! Iman semakin menipis, janji Tuhan menjadi keraguan di dalam diri dan bala’ dari Tuhan tidak dipedulikan lagi.

Cinta dunia, cinta harta-benda, cinta pangkat dan cinta kebesaran dan lupa mati telah melanda masyarakat. Tamak, iri-hati dan fitnah-memfitnah. Khianat-mengkhianati, megah, sombong, lupa diri dan lupa Tuhan telah menjadi seperti kuman-kuman penyakit yang telah merebak wabak dikota dan didesa.

Suami-suami menjadi dayus tidak mendidik anak isteri kepada jalan taqwa. Isteri-isteri menjadi jari telunjuk di dalam rumah tangga.! Ramai isteri yang derhaka kepada suami. Orang tua tidak lagi mengasihi golongan muda dan golongan muda tidak lagi menghormati orang tua. Dan tugas nasihat-menasihati sudah tidak diamalkan lagi. Jalan dunia diperluaskan dan ramai teman-taulan. Jalan akhirat telah disempitkan, dikambus-timbus dan tiada teman-taulan.

Semuanya berada diatas jalan menaiki kenderaan, satu cita-cita satu tujuan. Mencari kepentingan dunia dan kebendaan. Inilah kebanyakkan orang di akhir zaman.. Dusta, penipu dan belit jadi mainan asalkan memdapat wang.! Mereka tidak lagi takut pada azab Tuhan. Hukum hakam Tuhan diketepikan. Orang yang benar dihina dan dicela. Orang yang pendusta dipuji-puja. Benar dan salah tidak dapat dibezakan lagi kerana telah buta mata di dalam dada. Inilah tanda orang yang dusta dalam iman.!

Manusia ramai yang menjadi seperti haiwan. Hidup, makan, minum siang dan malam. Hawa nafsu menjadi tuhan. Iman telah tercabut dan akal nuraninya sudah padam dan menjadi rosak. Pemuda-pemuda tidak lagi sayangkan nyawa mereka, berlumba-lumba motorsikal dan kereta ditengah jalanraya seperti dirasuk syaitan..! Pemuda-pemudi bebas bebas berkeliaran memuaskan nafsu syahwat kebinatangan mereka. Wanita zaman ini tidak lagi peduli batas-batas aurat dan pergaulan mereka. Telah menjadi senjata-senjata syaitan. Mereka berpakaian seperti pelacur. Bermegah-megah dijalanan, tempat hiburan maksiat dan tempat membeli belah.

Anak-anak ramai yang telah menderhaka pada ibubapa dan ibubapa pun juga ramai yang telah menderhaka pada Allah dan RasulNya. Nasihat yang benar tidak didengari dan amaran Tuhan tidak dipedulikan lagi. Batas-batas Islam sudah mula pecah dan banjir kekufuran melanda negeri…
Allah! Allah..!Ajaran nabi sudah banyak dibuang dan ditambah sesuka hati, sunnah nabi telah ditinggalkan. Tuhan hanyalah tinggal namaNya sahaja. Bukan lagi yang dipuja, yang disembah dan yang ditaati.

Ruh imannya telah mati dan hanya jasad yang menunggu maut. Islam hanya tinggal namanya . Al-Quran hanya tinggal huruf-hurufnya sahaja. Zaman ini ramai manusia telah berpaling daripada Allah dan berhadap kepada makhluk. Hanya sedikit orang yang hatinya rindu pada akhirat. Dan amat sedikit orang yang dapat merasai kelazatan, kecintaan dan kerinduan pada Allah. Apatah lagi mengenal Allah, Tuhan pencipta sekalian alam..!

Manusia dizaman ini tamak dan haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah. Manusia mengetahui Allah ada tetapi mereka tidak mahu mengenal Allah dan berhadap kepada Allah. Mereka menyembah Allah tetapi tidak berusaha mengenali Allah. Alangkah murkanya Allah.! Tidakkah mereka tahu bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang wujud di dalam alam ini…

Manusia ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka, mereka anggap dari usaha
mereka sendiri dan dari cerdik pandai mereka.
“Barangsiapa yang tidak turut perintah Allah, tidak bersyukur dengan nikmat
Allah dan tidak redha barang yang Allah takdirkan kepadanya maka carilah Tuhan
yang lain daripada Allah dan janganlah duduk di dalam dunia Allah ini.”

Wahai orang Islam yang masih hidup hatinya..! Sebarkanlah, tiupkanlah dan nyalakanlah semula ruh jihad di dalam dirimu. InsyaAllah..! Islam akan akan bersinar kembali. Inilah fitnah di akhir zaman. Maka tunggulah, tunggulah perang dari Tuhan Maharaja Yang Maha Perkasa..

“Wahai orang-orang yang beriman..! Janganlah kamu mengkhianati terhadap Allah dan RasulNya dan jangan pula khianati barang yang diamanahkan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”

Dan moga-moga kami dan kamu diselamatkan oleh Allah daripada kesesatan.
Amin...

Selasa, April 27, 2010

Unplugged : ADA AKU KISAH???

Sejak sekian lama saya mengutarakan isu-isu berkaitan jalan rosak di kawasan Dabong khasnya. Maka berbagai jualah komen dan pendapat yang dilontarkan oleh pelayan-pelayan arus internet.

Jika bukan penduduk tempatan, nak mengharap kepada siapa lagi untuk mengetegahkan isu tersebut yang telah sekian lama bermasalah. Sudah 2 kali bertukar Adun, namu keadaan tetap sama seperti dulu, cumanya disolek sikit sahaja.

Jalan-jalan cuma di touch-up sikit, bagi nampak seri, namun panau dan kurap jelas kelihatan. Tiap kali musim cuti sekolah, para guru yang bertugas di luar pasti pulangm ke kampung halaman. Pada setiap kali itu jualah, duk bising, betapa teruknya jalan tersebut.

Kebisingan itu sekadar diruang tamu rumah jer, bersama kelaurga dan bersama goreng ubi dan pisang rebus serta secawan kopi. Maka isu itu hilang dibui mimpi malam.

Sekali lagi akan bising ialah bila mereka nak lalu untuk pulang ke tempat kerja, namun sekadar itu je lah, setakat di dalam kereta bersama isteri tercinta..sebabnya.. ADA AKU KISAH????

Apapun tahniahlah kepada semua, walaupun rungutan anda sekadar di ruang tamu, sekadar di dalam kereta, sekadar di kedai kopi dan ovaltine, tapi adalah juga scubit rasa tidak puas hati. Baguslah...cuti bulan depan, kita sembang lagi, raya tahun depan kita sembang perkara yang sama lagi...sebabnya, ADA AKU KISAH???

Begitu jualah bila parlimen dibubarkan 5 tahu sekali.. "Kita AKAN baiki kemudahan asas penduduk ini sejajarrrrrrrrrrrrr dengan slogan pembangunan kita di negara ni". Bertepuk tanganlah pendengar-pendengar setia sambil menampar rengit dan nyamuk di padang-padang bola. "Murni sungguh mereka berkempen, ada peluang jalan kita ni akan dibaiki", kata Pak Ghani kepada isterinya yang menggaru2 di lengan akibat gigitan rengit.

Namun setelah memenangi pilihanraya, jalan macam tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jugak..sebabnya, ADA AKU KISAH???

Haii..malang sungguh nasib kami ya..dah la kena bayar cukai jalan, cukai pintu, cukai pendapatan, kena pergi Chukai kat Kemaman tu...hmmm...tetapi jalan-jalan yang rosak, bertambah rosak. Adala sekali sekala merepa mari comor bedak, tapi seperti saya bagitahu tadilah, panau dan kurap tetap jelas kelihatan. Sebab yang tukang comor bedak kata, ADA AKU KISAH???

Apabila saya asyik menyiarkan isu sensitif ini, maka adalah di kalangan masyarakat kelas Vassal ni marah la kononnya. "Mengapa bangkitkan isu ni? Macam tak ada benda lain nak cakap. Asyik-asyik jalan, jalan, jalan..tak ada ke sungai ke, laongkang ke, awan ke, kumbang terbang ke.."pekik seseorang tu kepada saya. Yer lah, sebab dalam fikiran dia, ADA AKU KISAH???

Mungkin bagi orang politik isu ini sedikit merugikan pengaruh politiknya. Sebab mereka pentingkan undi. Untuk satu undi sahaja, mereka sanggup menoreh getah, mandikan warga emas, basuh pakaian, jadi bibik sekejap semnetara pusat mengundi ditutup. Tetapi isu kebajikan, isu kemudahan awam ni, esok kita selesai. Sebabnya, ADA AKU KISAH???

Lepas tu kan, ada lah juga pandangan tu yang mengatakan begini, "Kita jemput perdana menteri, sultan datang tempat kita, barulah jalan tu dibaiki". Wah-wah, bernas macam beras Bernas je pendapat itu, yup, betul, mereka boleh datang. Namun, mereka nak ke naik kereta? Nak ke naik pajero, naik volvo? Confirm mereka akan datang menaiki helikopter sebeb laluan helikopter tak berlubang, tak berlopak-lopak. Bila kita tanya, mengapa mesti datang dengan helikopter? Mesti mereka dan kipas lipas mereka jawab, ADA AKU KISAH???

Semoga Allah Taala terus memberikan saya istiqamah dalam hal ni sehingga membuahkan hasilnya seperti di jalan di Kampung Kandek. Dulu, jalan Kampung Kandek ni telah runtuh sejak 2004 lagi. Jika dilhat dari gambar yang saya ambil, sudah di tumbuhi pokok semak samun dah, xde pembelaan. Bila ditanya orang kampung, mereka kata, "Jalan KESEDAR tuh, bukan hak Kerajaan Negeri, bukan hak Majlis Daerah". Saya pun pelik, jadinya jika hak Kesedar, maka tak boleh baiki lah?

Bagi saya, tak kisah lah siapa jaga jalan tu, Kesedar ke, JPP ke, JKR ke, Majlis Daerah ke, JAIS ke, MAIK ke, YAKIN ke, KAFA ke..tak kisah lah..kan bukan jalan tu kita nk peluk cium, nk dakap buat tidur malam. Kan kati mahu yang rosak dibaiki je. Bila dan baiki, ok lah...tutup cerita.

Ini tidak, duk berbalah nak menetukan siapa bertangungjawab. Sehingga runtuh berlaruan sampai 6 tahun. Ni pembangunan apa nih??? Sebab tadi lah, ADA AKU KISAH???

Errmmm...akan saya teruskan ketengahkan isu ini selagi jalan-jalan tersebut tidak diselia dengan baik. Sebab tu saya kata, kita semua ni sibuk berpolitik je sehingga terlupa soal kemaslahatan awam di tempat kita.

Ada ke di Malaysia ni, orang PAS akan mati jika melalui jalan yang orang BN buat? Dan adakah orang BN akan mati jika melalui jalan yang orang PAS buat? Sebab kita mengamalkan politik "Biar samo sa'jjoooo"...Baguslah, amal la benar lagu nih..Biar sama-sama sa'jjj'ooo... jadinyo kalu kereta mereka rosak, kereta kita pun nak turut rosak jugak? Baso bengong!!!..eh lupa, ADA AKU KISAH???

Ada sesetengah tu pulak kata saya ni taksub la pulak...asyik-asyik jalan rosak, jalan rosak, jalan rosak..mcm saya ni tidak ada benda lain. Eh cik adik, cik abang, ada banyak lagi benda hk ambo nak utarakan, ataupun nak diselatankan. Cumanya, isu hak satu ni pun tak buleh nk selesai, macam mana nak timurkan isu-isu lain? Kita selesai dulu masalah jalan nih. Ini perkara pokok, sebab selaris orang guna dan selaris juga kenderaan mereka rosak.

"Apa masalah dia ni? Dia nak apa sebenarnya ni?" ujar salah seorang yang tidk berpuas hati. Eh, nak tahu apa yang saya nak? Saya nak sebuah negeri nih..huhuhu... Kalau dah saya bangkitkan isu jalan rosak, mestilah saya mahu jalan-jalan tersebut dibaiki. Ke kita pergi kilang beras untuk membeli baju melayu??? Errmm...ADA AKU KISAH???

Bermacam-macam lagi lah kalu nak saya ceritakan disini. Sambung semula deh...Tetapi saya tidak akan berhenti membaca kisah ini selagi ianya tidak dibaiki....ADA AKU KISAH????

Sabtu, April 24, 2010

Errr...Ada Aku Kisah? : Kisah Benar

Saya menulis artikel ini adalah sebagai kesinambungan dari entri sebelum ini di atas tajuk, "Errr...Ada Aku Kisah?". Entri bekenaan menyingkap kerosakan jalan-jalan utama di sekitar Dun Dabong, Kelantan.

Saya menulis entri berkenaan adalah sebagai mengulas betapa teruknya pentadbiran di negeri dan negara ini yang mana kerosakan jalan tersebut masih tidak dibaiki walaupun telah lama ianya rosak dan telah banyak kali pengguna jalan tersebut mengalami kecelakaan pada kenderaan.

Kisah Benar ini merupakan salah satu kisah dari berpuluh-puluh kisah yang berlaku ekoran daripada kerosakan jalan yang tidak dibaiki sehingga saat saya menulis artikel ini. Ianya untuk renungan dan tatapan anda semua. Adakah anda perihatin? Errr...Ada Aku Kisah?.

Hai...panas sungguh cuaca sekarang ni. Hutan menjadi kering, lambat orang cuch api, akan mudahlah terbakar. Banyak kebun-kebun pisang terbakar jika kita perati di kiri kanan jalan. Mungkin tuan kebun mau makan pisang bakar kot. Dek nk makan ppsang bakar sebiji dua, satu kebun dibakar. Hehehe...

Tetapi kisah yang saya nk cerita disini adalah sebuah pengalaman yang dialami oleh salah seorang pengguna jalan Stong-Lepan Anjur yang masih lagi rosak hingga saat anda semua membaca artikel ini.

Beberapa bulan yang lepas, sebuah keluarga dalam perjalanan dari Perak menuju ke kampung halamannya di Kelantan. Mereka sekeluarga menaiki sebuah kereta. Si bapa memandu kenderaan, manakala si ibu memangku seorang anak yang masih kecil dan seorang anak lagi duduk di bahagian belakang.

Niat mereka mengunjugi keluarga di Kelantan kali ini mahu menggunakan jalan dari Perak melalui Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Jelawang-Jeli-seterusnya ke Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu. Kata orang ramai, jalan ini lebih dekat jika nk dibandingkan melaui Lebuhraya Karak-Bentong.

Maka bertolaklah keluarga tadi menuju ke Simpang Pulai dan seterusnya menaiki Tanah Tinggi Lojing dan ke Gua Musang. Berkebetulan, masa mereka sampai di Gua Musang, waktu sudah lanjut senja. Cuaca pada petang itu agak kelam dan menandakan mahu turun hujan.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Jelawang melalui jalan Gua Musang-Pulau Setelu-Kuala Lah-Meranto-Lepan Anjur-Stong-Jelawang. Dalam suasana malam ditambah lagi dengan hujan yang berkebetulan lebat pada malam itu, pemanduan agak kurang selesa.

Perjalanan sedikit terganggu dengan keadaan jalan yang memang kurang selesa. Pecah sana sini, lubang sana sini. Lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan dan waktu malam. Tetapi sepanjang perjalann dari Gua Musang ke Meranto, alhamdulillan semuanya baik walaupun kadang-kadang terjun ke dalam lubang.

Namun, pemanduan si ayah tiba-tiba terhenti di kawasan jalan rosak menuju ke Lepan Anjur. "Kenapa bang?' Tanya si isteri, anak yang dipangku tiba-tiba tersedar dari lena. "Astagfirullah, tayar kereta sudah pecah agaknya" Jawab si ayah dengan nada terkejut. Maka kereta diberhentikan dibahu jalan. Dalam suasana hujan dan gelap gelita, dalam kawasan hutan simpan Stong itu, kereta mereka mengalami kerosakan pada tayar.

Salah satu tayarnya pecah akibat terjatuh ke dalam lubang yang digenangi air hujan. Si ayah tidak menyangkan, lubang itu terlalu dalam sehingga rim tayarnya belok dan tayar pecah. Si anak kecil tadi menangis keran merasa kurang selesa dengan keadaan begitu.

Tambah malang lagi, tayar spare yang disimpan di bahagian belakang tidak ada angin yang mencukupi untuk mereke meneruskan perjalanannya. Maka dengan menggunakan lampu picit yang ada, si ayah tadi cuba menenangkan anaknya yg menangis di dalam kereta.

Hendak dipasang lampu depan kereta, nanti habis bateri pulak, nak dipasang enjin, entah2 kehabisan minyak. Maka gunalah lampu picit yang ada.

Sesekali ada kenderaan yang melintas, si ayah cuba menahan, namun tidak ada yang berani berhenti. Memang benar, dalam waktu tengah malam, ditambah hujan turun dengan lebat, di kawasan hutan mcm tu, memang tidak ada siapa yang berani untuk berhenti bertanya. Lebih-lebih lagi, liputan talian telefon bimbit pun tidak ada di kawasan tersebut.

So, si ayah tadi pasrah lah. Maka tidurlah mereka sekeluarga di dalam kereta di tengah-tengah hutan belantara itu menuggu hari cerah. Dia menceritakan detik-detik cemasnya, sehingga lampu picitnya kehabisan bateri, barulah anaknya keletihan dan tidor. Dia pun sekali sekala membuakan sedikit cermin, untuk menyedut udara di luar. dan tutup kembali. Cuba saudara banyangkan berada di dalam hutan yang kita tidak biasa dan tidak tahu apa di depan dan di belakang. Hendak buka cermin, nanti masuk binatang-binatang buas. Macam-macam difikirkan si ayah tadi.

Si ayah yang tidur-tidur ayam mengejutkan isterinya setelah keadaan sekeliling telah cerah dan sudah nampak tanah. Maka pada waktu inilah, baru kita nampak keadaan sekeliling. Pertolongan diperolehi oleh orang-orang kampung yang berhampiran yang lalu untuk menoreh getah. Jika waktu malam tadi, tiada siapa yang mahu berhenti, sebab semuanya takut untuk berhenti.

Memanglah takut sebab bermacam-macam kes sudah berlaku seperti rompakan kenderaan. Maka kereta mereka tadi akhirnya dapat dibaiki dan mereka dapat meneruskan perjalanan.

Apa yang saya nak sampaikan disini ialah, keadaan jalan yang rosak ni memang mengakibatkan malapetaka yang buruk kepada pengguna yang tidak biasa dengan kawasan tersebut. Adaka kita semua fikirkan jika kita berada dalam situasi mereka tadi?

Saya pohonlah, kepda pihak-pihak berwajib agar dapat mengambil inisiatif yang terbaik supaya perkara-perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Itu salah satu kisah, dan ada bermacam-macam kisah lagi jika nk diceritakan. Memang banyak, ianya melibatkan semua jenis kenderaan. Baik motosikal, kereta, lori, kecuali kapal terbang, kapal laut dan helikopter.

Apapun, saya akan bangkitkan terus isu ini sepanjang masa sehinggalah ianya dibaiki sepertimana jalan yang runtuh di Kampung Kandek. Saya rasa lah, jika keluarga tadi merupakan keluarga pembersar negeri atau negara, ataupun orang-orang yang ada kepentingan dengan pembesar-pembesar negara, mesti jalan itu akan dibaiki segera. Tetapi disebabkan yang kena itu salah seorang dari rakyat Malaysia yang kerdil, yang hanya mengundi, yang hanya mebayar cukai, so, biarkan je lah. Suara kelas-kelas kita ni, tak biso mana. Tapi kita ada kuasa yang besar, kuasa MENGUNDI MEREKA. Apa kata kalau kita semua tak keluar mengundi? Mana mungkin mereka menjadi orang besar??? Errr...Ada Aku Kisah?

Isnin, April 12, 2010

Masjid Beijing

Panorama Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan.

Ahad, April 04, 2010

AARGH.... Saya X bersalah.... ....!

AARGH.... Saya X bersalah.... ....!
di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..
kendian, benda tu bergerak ke badan
rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?
bila toleh.... rupenyer si ijou, burung kecik yg tuan saya baru beli semlm
saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni
tapi dia xmau, and masih patuk2 saya
pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.
tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya
saya pun jerit "Oi!rosak nanti, tuan marah lah".
dia melawan lak tu
masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak
akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri
oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~
hahahahahahahaha

Khamis, April 01, 2010

Errr...ADA AKU KISAH????

Sejak sekian lamanya saya bercerita isu jalan-jalan rosak di sekitar Dun Dabong, namun sejak sekian itulah luahan dan pendapat dilontarkan oleh sahabat-sahabat. Terima kaseh saya ucapkan.
Errmm...
Bermula dari jalan runtuh di Kampung Kandek sehinggalah jalan di Sungai Sam dan di Stong-Lepan Anjur. Semuanya di Dun Dabong, dalam Parlimen Kuala Krai.

Semuanya saya masukkan dalam Facebook.
Alhamdulillah, jalan yang runtuh di Kandek telah pun dibaiki.

Gambar menunjukkan jalan yang telah dibaiki di Kampung Kandek, Dabong, Kelantan.

Walaupun kualitas pembaikiannya agak rendah, namun kami bersyukurlah setidaknya sudah tidak ada lagi runtuhan yang membahayakan pengguna.
Cumanya kini, jalan-jalan di Sungai Sam serta di Lepan Anjur yang belum dibereskan oleh pihak berwajib.

Kerosakannya bukan sebulan dua, tetapi sudah memakan beberapa tahun.
Kalau bayi, dh tumbuh gigi ataupun dh boleh bercakap atau boleh berjalan.

Kadang-kadang saya perhatikan dari awal, agak melucukan.
Macam kartun dibuatnya.
Apa tidaknya, JKR kata tiada peruntukan, maknanya tiada pitis lah untuk baiki.

Begitu juga dengan jawapan Ahli Parlimen Kuala Krai, beliau kata JKR tiada pitis untuk baiki.

Ok, kami terimalah jawapan dan alasan zaman Tun Perak tu.
Dalam pada masa itu, saya perhatikan banyak tempat2 lain yang tidak rosak dibaiki.
Eh, gila ke apa, baiki tempat tidak rosak?

Ya..memang benar.
Jika anda semua melalui jalan-jalan utama di Kelantan, pasti anda akan jumpa pekerja-pekerja sedang mengorek jalan setrusnua, menurap semula jalan tersebut.
Padahal jalan itu tidak rosak seteruk jalan di Sungai Sam.

Ermmm...
Macam kartun kan?
Untuk baiki jalan yang tak rosak, maka jalan itu dirosakkna dahulu (dikorek).
pastu, baru turap.

Maka apa jadi pada jalan-jalan yang betul2 rosak di Sungai Sam dan Lepan Anjur?
Macam biasa, "KAMI TIDAK ADA PITIS UNTUK BAIKI"

Ok baik.
jalan yang kamu rosakkkan dan baiki tu guna pitis ke apa?
Mungkin mereka guna 'daun kayu' kot.
Tak mengapalah.
Memperbodohkan rakyat.

Jika diperhatikan lagi, pada 29 Mac 2010, baru 2, 3 hari lepas.
Dengan mata saya sendiri (Sebelum ni pun dh pernah lihat) kerja-kerja mengorek jalan dan menurap di Cabang Laloh dan di depan SMK Sultan yahya Petra 1 di Kuala Krai.
Padahal, pada 25 Mac 2010 saya lalui jalan yang sama untuk ke Kuala Krai, tetapi jalan itu tidaklah rosak seperti jalan di Sungai Sam.

Pak Mat : "Kau nk buat apa tu borhan? bawa simen, pasir & cangkul tu?" Borhan : "Saya nk cangkul kaki lima rumah yg elok ni, nk simen lain ni Pak Mat" Pak Mat: "Eh, kan kaki lima kat tepi kiri tu dh pecah, kenapa tak baiki yang tu?" Borhan: "owh..yang tu xblh repair la Pak Mat, saya tak ada pitis" Pak Mat : "Habis tu yg kamu duk buat tu, pitis dari mana?" Borhan: "Ini saya guna daun kayu buat beli simen dan pasir ni" Maka Pak Mat berlalu tanpa sebarang hujah...

Saya menyokong tindakan mereka menaiktaraf jalan-jalan itu, akan tetapi macam orang bidihlah.
jalan yang rosak tak baiki, tapi baiki jalan-jalan yang tak rosak.
kan bodoh tu.
Kata kat rakyat, "TIADA PITIS".

Sebab tu saya kata, mereka guna daun kayu untuk beli tar, batu dan upah pekerja.

Tak mengapalah jika tidak mahu baiki.
nak buat macam mana, yang rosak kenderaan, rakyat.
Yang nk kena pegi repair pun rakyat.
Yang menyokong kamu semua jadi pemimpin pun rakyat.
Yang kamu menagihn undi pun, undi rakyat.

Borhan :"Nk buat apa tu Pak Mat, panjat2 bumbung?", Pak Mat: "Eh, xde apa, saja jer...nk tukar bumbung yg elok ni haa..." Borhan:"Tapi kan kana ada kat hujung tu yang dh pecah dan berlubang, kenapa tak tukar yang tu?" Pak Mat:"Oh..yang tu? xblh buat lah, xde duit..." Borhan : (Dalam hati) Bengong orang tua nih...

So, tak kisahlah, sebab yang nak kena tanggung azabnya ialah rakyat, bukan kamu kan?
Bukan kerajaan, bukan JKR, bukan Kesedar, bukan Majlis Daerah, bukan JPP, bukan Kerajaan Pusat.
Semuanya rakyat.

Kami semua sudah meluat la dengan alasan-alasan yang diberikan ni.
ADUN dan Majlis Daerah duk kata, "Kita tak boleh nak ganggu jalan ni, ni jalan JKR, kalau kita ganggu, nati JKR marah".
Tak mengapalah kalau memperbodohkan rakyat sedemikian rupa, kami terima seadanya.

Moleknya, semua penduduk di Dun Dabong ni, boikot pilihanraya yang akan datang.
Tak perlu keluar mengundi semuanya selagi tiada siapa yang membaiki jalan-jalan yang rosak di dalam Dun kita.

Ini tidak, asyik-asyik pembangunan di Kota Bharu, asyik-asyik di kawasan bandar.
Lepas tu duk katalah, pembangunan di Kelantan tak seimbanglah, kawasan selatan tak majulah.
Eh, siapa kerajaan yang memerintah Dun Dabong? kami ke, kamu semua?
ermmm....ada aku kisah?

Kalau rakyat xbayar cukai jalan sebab TIDAK ADA DUIT, nanti kena saman. Kalu KERAJAAN tidak baiki jalan-jalan rosak sebab TIDAK ADA DUIT? Apa, kena saman jugak ke? Alih2, rakyat jugaklah yang merana, dh la time pilihanraya semua pakat nk undi rakyat.

Errmmm...ADA AKU KISAH?