<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, April 24, 2010

Errr...Ada Aku Kisah? : Kisah Benar

Saya menulis artikel ini adalah sebagai kesinambungan dari entri sebelum ini di atas tajuk, "Errr...Ada Aku Kisah?". Entri bekenaan menyingkap kerosakan jalan-jalan utama di sekitar Dun Dabong, Kelantan.

Saya menulis entri berkenaan adalah sebagai mengulas betapa teruknya pentadbiran di negeri dan negara ini yang mana kerosakan jalan tersebut masih tidak dibaiki walaupun telah lama ianya rosak dan telah banyak kali pengguna jalan tersebut mengalami kecelakaan pada kenderaan.

Kisah Benar ini merupakan salah satu kisah dari berpuluh-puluh kisah yang berlaku ekoran daripada kerosakan jalan yang tidak dibaiki sehingga saat saya menulis artikel ini. Ianya untuk renungan dan tatapan anda semua. Adakah anda perihatin? Errr...Ada Aku Kisah?.

Hai...panas sungguh cuaca sekarang ni. Hutan menjadi kering, lambat orang cuch api, akan mudahlah terbakar. Banyak kebun-kebun pisang terbakar jika kita perati di kiri kanan jalan. Mungkin tuan kebun mau makan pisang bakar kot. Dek nk makan ppsang bakar sebiji dua, satu kebun dibakar. Hehehe...

Tetapi kisah yang saya nk cerita disini adalah sebuah pengalaman yang dialami oleh salah seorang pengguna jalan Stong-Lepan Anjur yang masih lagi rosak hingga saat anda semua membaca artikel ini.

Beberapa bulan yang lepas, sebuah keluarga dalam perjalanan dari Perak menuju ke kampung halamannya di Kelantan. Mereka sekeluarga menaiki sebuah kereta. Si bapa memandu kenderaan, manakala si ibu memangku seorang anak yang masih kecil dan seorang anak lagi duduk di bahagian belakang.

Niat mereka mengunjugi keluarga di Kelantan kali ini mahu menggunakan jalan dari Perak melalui Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Jelawang-Jeli-seterusnya ke Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu. Kata orang ramai, jalan ini lebih dekat jika nk dibandingkan melaui Lebuhraya Karak-Bentong.

Maka bertolaklah keluarga tadi menuju ke Simpang Pulai dan seterusnya menaiki Tanah Tinggi Lojing dan ke Gua Musang. Berkebetulan, masa mereka sampai di Gua Musang, waktu sudah lanjut senja. Cuaca pada petang itu agak kelam dan menandakan mahu turun hujan.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Jelawang melalui jalan Gua Musang-Pulau Setelu-Kuala Lah-Meranto-Lepan Anjur-Stong-Jelawang. Dalam suasana malam ditambah lagi dengan hujan yang berkebetulan lebat pada malam itu, pemanduan agak kurang selesa.

Perjalanan sedikit terganggu dengan keadaan jalan yang memang kurang selesa. Pecah sana sini, lubang sana sini. Lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan dan waktu malam. Tetapi sepanjang perjalann dari Gua Musang ke Meranto, alhamdulillan semuanya baik walaupun kadang-kadang terjun ke dalam lubang.

Namun, pemanduan si ayah tiba-tiba terhenti di kawasan jalan rosak menuju ke Lepan Anjur. "Kenapa bang?' Tanya si isteri, anak yang dipangku tiba-tiba tersedar dari lena. "Astagfirullah, tayar kereta sudah pecah agaknya" Jawab si ayah dengan nada terkejut. Maka kereta diberhentikan dibahu jalan. Dalam suasana hujan dan gelap gelita, dalam kawasan hutan simpan Stong itu, kereta mereka mengalami kerosakan pada tayar.

Salah satu tayarnya pecah akibat terjatuh ke dalam lubang yang digenangi air hujan. Si ayah tidak menyangkan, lubang itu terlalu dalam sehingga rim tayarnya belok dan tayar pecah. Si anak kecil tadi menangis keran merasa kurang selesa dengan keadaan begitu.

Tambah malang lagi, tayar spare yang disimpan di bahagian belakang tidak ada angin yang mencukupi untuk mereke meneruskan perjalanannya. Maka dengan menggunakan lampu picit yang ada, si ayah tadi cuba menenangkan anaknya yg menangis di dalam kereta.

Hendak dipasang lampu depan kereta, nanti habis bateri pulak, nak dipasang enjin, entah2 kehabisan minyak. Maka gunalah lampu picit yang ada.

Sesekali ada kenderaan yang melintas, si ayah cuba menahan, namun tidak ada yang berani berhenti. Memang benar, dalam waktu tengah malam, ditambah hujan turun dengan lebat, di kawasan hutan mcm tu, memang tidak ada siapa yang berani untuk berhenti bertanya. Lebih-lebih lagi, liputan talian telefon bimbit pun tidak ada di kawasan tersebut.

So, si ayah tadi pasrah lah. Maka tidurlah mereka sekeluarga di dalam kereta di tengah-tengah hutan belantara itu menuggu hari cerah. Dia menceritakan detik-detik cemasnya, sehingga lampu picitnya kehabisan bateri, barulah anaknya keletihan dan tidor. Dia pun sekali sekala membuakan sedikit cermin, untuk menyedut udara di luar. dan tutup kembali. Cuba saudara banyangkan berada di dalam hutan yang kita tidak biasa dan tidak tahu apa di depan dan di belakang. Hendak buka cermin, nanti masuk binatang-binatang buas. Macam-macam difikirkan si ayah tadi.

Si ayah yang tidur-tidur ayam mengejutkan isterinya setelah keadaan sekeliling telah cerah dan sudah nampak tanah. Maka pada waktu inilah, baru kita nampak keadaan sekeliling. Pertolongan diperolehi oleh orang-orang kampung yang berhampiran yang lalu untuk menoreh getah. Jika waktu malam tadi, tiada siapa yang mahu berhenti, sebab semuanya takut untuk berhenti.

Memanglah takut sebab bermacam-macam kes sudah berlaku seperti rompakan kenderaan. Maka kereta mereka tadi akhirnya dapat dibaiki dan mereka dapat meneruskan perjalanan.

Apa yang saya nak sampaikan disini ialah, keadaan jalan yang rosak ni memang mengakibatkan malapetaka yang buruk kepada pengguna yang tidak biasa dengan kawasan tersebut. Adaka kita semua fikirkan jika kita berada dalam situasi mereka tadi?

Saya pohonlah, kepda pihak-pihak berwajib agar dapat mengambil inisiatif yang terbaik supaya perkara-perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Itu salah satu kisah, dan ada bermacam-macam kisah lagi jika nk diceritakan. Memang banyak, ianya melibatkan semua jenis kenderaan. Baik motosikal, kereta, lori, kecuali kapal terbang, kapal laut dan helikopter.

Apapun, saya akan bangkitkan terus isu ini sepanjang masa sehinggalah ianya dibaiki sepertimana jalan yang runtuh di Kampung Kandek. Saya rasa lah, jika keluarga tadi merupakan keluarga pembersar negeri atau negara, ataupun orang-orang yang ada kepentingan dengan pembesar-pembesar negara, mesti jalan itu akan dibaiki segera. Tetapi disebabkan yang kena itu salah seorang dari rakyat Malaysia yang kerdil, yang hanya mengundi, yang hanya mebayar cukai, so, biarkan je lah. Suara kelas-kelas kita ni, tak biso mana. Tapi kita ada kuasa yang besar, kuasa MENGUNDI MEREKA. Apa kata kalau kita semua tak keluar mengundi? Mana mungkin mereka menjadi orang besar??? Errr...Ada Aku Kisah?

Tiada ulasan: