Perancangan sebuah bandar baru Dabong telah sekian lama dirancang dan telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan suatu ketika dahulu di Dabong. Sejak dari itu, pelbagai rancangan dan perancangan yang terancang dirancang oleh para perancang supaya rancangan ini berjalan sebagaimana dalam perancangan. Sila Klik.
Dalam kempen Pilihanraya Umum Ke-12 pun ada disebut dalam manifesto PAS agar pembangunan bandar di Dabong ini. Sila Klik.
Sehingga kini kita masih belum lagi melihat tanda-tandanya. Adakah perkara ini sekadar retorik semata-mata. Confirm la mesti ada la sesiapa yang akan murih, marah, sakit hati dengan apa yang saya sebut nih. Tak percaya?? Tanya diri sendiri ya.
Mari nok royak bui. Untuk mewujudkan pembangunan di sesuatu tempat, kita mestilah membina sebuah penempatan manusia disitu. Seperti universiti, kolej, kem tentera, perindustrian. Apabila manusia sudah ramai di situ, maka pelbagai keperluan akan wujud, tak perlu dibuka tender, keperluan itu akan datang congek-congek dikawasan tersebut.
Apabila ada sebuah universiti, maka pelajar akan ramai di sana, apabila pelajar ramai, maka wujud lah keperluan seperti rumah sewa, apa bila sudah ada rumah sewa, maka wujudlah kedai-kedai makan, kedai runcit, bengkel kereta di sana. jadi tak perlu ditender semua nih, kita cuma dirikan sebuah pusat pengajian tinggi, benda-benda lain akan datang berderet tanpa dipaksa.
Tiada guna kita asyik memcantikkan taman, mengindahkan pemandangan jika tiada siapa pun datang ke situ. Tiada guna kita asyik membuat perancangan untuk mengindahkan pusat pelancongan jika orang nak datang ke situ pun susah.
Sebab tu, di kawasan-kawasan yang ada kilang, yang ada kem tentera, yang ada pusat-pusat pengajian dan pentadbiran, isnya menjadi maju serta merta. Oleh itu, renungkanlah ya.
Dabong,
19 Januari 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan