<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, Disember 12, 2011

Apa khabar Jambatan Kandek-Biak??!!



Untuk jawapan yg ni, ADUAN SAYA SEKALI LAGI KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM MALAYSIA. (24/11/2011 Jam 21:10)

Saya telah menerima surat jawapan mengenai pertanyaan saya seblum ni, KES 87896, surat tuan BPA/CWT/007/2011.05/JKR/61567(20) bertarikh 17/11/2011. Di dalam surat tersebut pihak tuan memaklumkan pihak agensi telah maklumkan bahawa kawasan Kandek-Biak adalah di bawah pentadbiran KESEDAR dan dimaklumkan juga bahawa pihak KESEDAR telah diminta oleh Kemneterian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memberikan maklumat berhubung projek tersebut (Jambatan Kandek-Biak).
Sementara menunggu maklumbalas daripada pihak Kesedar, suka saya ajukan sekali lagi kePELIKAN yang berlaku disini.
1. Mengikut surat tuan, BPA/CWT/007/2010.05/JKR/61567(11) bertarikh 04/07/2011 mengenai perkara yang sama, saya difahamkan bahawa ianya telah dimasukkan ke dalam senarai Projek Pembangunan Bagi Kementerian Kerja Raya di bawah Rolling Plan ke Dua Rancangan Malaysia Ke-10.
2. Jika dah dimasukkan dalam senarai projek pembangunan, mengapa nk tanya pihak itu ini lagi? Saya mahu tahu sejauh mana dh ianya berjalan...dan surat2 sebelum ni pun, pihak tuan ada memberitahu bahawa perlantikan perunding untuk rekabentuk projek ini dijangka menggunakan peruntukan 2011 (rujuk surat tuan : BPA/CWT/007/2010.05/JKR/61567(6) bertarikh 06/06/2010). Jadi macam mana perlaksanaannya? Ini yang kami nak tahu...kami bukannya nak tahu kawasan tu kawasan siapa?? Ingat kawasan Uganda ke?

Pohon sekali lagi kami mahu progress perlaksanaannya, JIKA TAK MAHU BUAT, CAKAP TAK MAHU BUAT, JANGAN DUK BERBELIT2 MCM NIH. Ingat kami ni putung kayu ke?

Maaf la, kami terasa terhina dipermainkan begini. Sekali tiada peruntukan, sekali kata nk mintak peruntukan, sekali kata nk lantik perunding, sekali kata masuk dlm senarai projek, lepas tu pulak cerita terbaru, kena tanya KESEDAR...APA SEMUA NI???? INGAT KAMI BULEH DUK DIAM KE???

Tiada ulasan: