<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Disember 25, 2011

TERKINI : Isu jalan rosak di Kawasan Dun Dabong


Jawapan maklumbalas yang saya hantar ke email En. Mohamad, Biro Pengaduan Awam Malaysia.

Terima kasih En. Mohamad di atas tindakan proaktif yang diambil oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia. Memang aduan ini sejak 2008 lagi, namun ianya masih tidak lagi dibaiki. Saya faham akan kekangan peruntukan, namun jika kami tidak memperbaharui aduan, maka fail kes ini berada dibawah. Oleh itu, saya menggunakan mekanisma membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam Malaysia kerana BPA merupakan sebuah jabatan yang berada di bawah Perdana menteri Malaysia, kabel BPA lagi tinggi dan besat berbanding kami rakyat di bawah. Jika kami pergi membuat aduan sendiri di JKR, memang tidak akan mendapat sebarang jawapan sampai bila-bila.
Justeru, saya amat selesa menggunakan saluran Biro Pengaduan Awam Malaysia untuk sebarang aduan, bukan bermaksud saya ingin bergaduh dengan BPA, tetapi saluran BPA amat saya percayai untuk menyampaikan apa-apa masalah yg kami sebagai rakyat hadapi. Saya tidak suka saluran politik yang banyak menipu dan berbohng untuk menunjukkan kreadibiliti mereka. Sedangkan tiada apa pun. Cakap kosong jer saluran politik ni.
Pernah saya ajukan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, melalui surat rasmi kepada beliau pada akhir 2008, namun sehingga kini saya masih tida menerima apa-apa maklumbalas.
Tahniah BPA kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada saya.
Tujuan saya membuat aduan yang sama adalah keranan supaya fail aduan saya sentiasa timbul dan disebut sentiasa. Saya faham akan masalah peruntukan, tetapi lojik atau tidak sejak dari 2008 lagi takkanlah peruntukan utk rakyat ni masih tiada?
Sekarang sudah menghampiri 2012, sudah hampir 4 tahun, takkanlah peruntukan tak ada? Sedangkan untuk mengorek jalan yang tak rosak boleh pulak ada? Jika En. Mohamad melalui jalan Kuala Krai-Gua Musang tempoh hari, Encik pasti akan menemui jalan yg baru diturap di sekitar Pahi, Manik Urai, Lepan Jenut, untuk makluman Encik, jalan tersebut tidak rosak seteruk jalan yg saya adukan, mengapa jaan yang tak rosak boleh dikorek dan diturap? Sedangkan jalan yang benar2 rosak tiada peruntukan untuk dibaiki, ini yang sayanangin satu badan.
Terima kasihlah kepada BPA yang prihatin dan tidak mengecewakan saya. Bukan niat saya untuk bergaduh dengan sesiapa, cuma saya ni sebagai rakyat Malaysia yang merdeka memounyai hak untuk menyatakan aduan keada kerajaan.
Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan: