<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Rabu, Januari 02, 2013

Rakyat Terus Menerus Ditipu Pemerentah

Tirai 2013 sudah dikebek kemarin. Maka bermulalah era baru di satu fasa tahun baru. Biarpun bulan Muharram sudah lama meninggalkan kesan dan tapaknya dalam hidup kita.

Apa yang mendukacitakan ialah, rakyat yang dibawah ini terus ditipu oleh pemerentah yang tidak berperikemanusian.

Jambatan Biak-Kandek yang dijanjikan akan dibina pada 2012 hanya tinggal sebagai sejarah dan kenangan mengusek jiwa sahaja. Ia hanya sekadar bagi memenuhi ruang2 kosong dan menebalkan muka surat khabar Sinar Harian sahaja. Tiada apa2 yang berguna pun di dalam akhbar terbabit.

Pihak Biro Pengaduan Awam pun sudah kering idea untuk menjawab setiap persoalan yang saya ajukan mengenai pembinaan jambatan ini.

Malang sungguh kita sebagai rakyat yang terus menerus ditipu. Maka macam mana kita dapat mempercayai segala janji manis pemerentah kalau kita terus menerus ditipu?





Tiada ulasan: