<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Julai 17, 2009

Hukum Perniagaan MLM

"Sudah banyak perbincangan tentang status perniagaan MLM. Ada yang menghalalkan ada juga yang mengharamkan. Yang menghalalkan berpendapat bahawa MLM hanyalah sebuah perniagaan sama seperti perniagaan-perniagaan yang lain. Yang mengharamkan pula berpendapat MLM adalah sejenis eksploitasi atas usaha serta wang orang lain...

Saya setuju mengatakan bahawa MLM itu halal jika ada padanya syarat-syarat sebuah perniagaan yang halal serta jauh dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak:

1) Produk yang diniagakan adalah halal & bermanfaat.
2) Rida meridai antara semua pihak yang terlibat (Syarikat, ahli, penaja, downline dan pembeli).
2) Tiada unsur-unsur tipu, khianat atau zalim dalam semua urusniaga.

Q: Bagaimana dengan komisyen upline yang diperoleh dari hasil kerja dan usaha downline dimana upline tidak melakukan apa2 selain menaja downline?

A: Ia halal jika downline sudah diperjelaskan tentang sistem itu dan dia (downline) rida. Pada hakikatnya, tugas mencari dan menaja downline itu dianggap usaha yang menghasilkan keuntungan pada upline. Ibarat seorang yang mengajar satu perkara yang baik maka ia dapat pahala hasil kerja orang yang diajar itu tanpa dikurangkan sedikitpun... (mafhum Hadith Nabi).

Q: Bagaimana jika tidak ada produk yang diniagakan dan keuntungan hanya dari hasil penajaan?

A: Tidak sah urusniaga jika tiada produk atau manfaat yang diniagakan. Contoh produk telah kita ketahui (spt sabun, ubat dll) manakala contoh manfaat ialah apa sahaja yang bermanfaat seperti kemudahan pelancungan, pendidikan, kesihatan dll...)

Sebarang soalan dialu-alukan...

Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com

Tiada ulasan: