<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Januari 29, 2010

Laman Nurani : Daftar Ngundi

Kelmarin Bernama melaporkan bahawa : "Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera."

"Sehubungan itu, Wan Ahmad (Timbalan Penegrusi SPR) meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Jika keadaan sedemikan, maknanya kita kena kajilah apa yang meyebabkan keadaan berlaku sedemikian. Kesedaran rakyat terhadap pilihanraya di Malaysia ini tidaklah tinggi. Mengapa populariti untuk mengundi, dan kempen pilihanraya menjadi semakin mundur? Menyebabkan masyarakat seolah-olah tidak berminat untuk mendaftar dan menyertai pilihanraya.

Jika di kampus, pihak pentadbiran universiti dapat memaksa pelajar-pelajar mereka untuk keluar mengundi. Dan para pelajar di semua universiti, tidak perlu mendaftar sebagai pemilih untuk membuang undi. Ini kerana, nama mereka secara 'automatik' disenarai sebagai pemilih sejak mereka mendaftar sebagai pelajar sehinggalah mereka menamatkan pengajian.

Proses pendaftaran sebagai pemilih di semua IPT tidak berlaku dan para pelajar tidak perlu untuk mendaftar sebagai pemilih. Bijak sungguh 'kerajaan' di IPT di tanhair kita ini.

Mengapa perkara yang sama tidak berlaku di luar kampus? Mengapa kerajaan di luar kampus tidak boleh mendaftarkan rakyatnya secara automatik pabila mereka sudah cukup umur 21 tahun? Sedangkan proses pada masa kini adalah berdasarkan nama dan alamat di kad pengenalan (mykad). Siapa yang menguruskan kad pengenalan? Takkan lah kerajaan Brunei atau kerajaan Thailand yang menguruskan kad pengenalan di negara kita?

Semua data yang berkaitan rakyat ada dengan Jabatan Pendaftaran Negara. JPN mempunyai data yang mencukupi dan sama dengan kad pengenalan yang dimiliki oleh setiap rakyat di Malaysia ini. Oleh itu, mengapa proses pendaftaran pemilih tidak dapat dilakukan secara automatik seperti yang dilakukan di IPT hari ini?

Jika JPN bekerjasama dengan SPR bagi melakukan daftar pemilih, saya rasa perkara lebihan 4.3 juta rakyat yang tidak mendaftar ini tidak akan berlaku. Ini kerana, data JPN sudah ada, salahkah jika daftarkan rakyat secara automatik. Tanpa memaksa rakyat keluar untuk mendaftar. Sekarang kan di zaman IT, dunia tanpa sempadan. Apa guna semua tu jika kita masih lagi menggunakan kaedah zaman Tun Perak?

Ini sikit sebanyak buat banyak mangkuk pinggan jah. Kerana, kena ada orang yang boleh mendaftar (ARO), kena ada orang yang mengahantar borang itu. Lepas tu nak kena pamer la pulak. Nak kena bantah. Banyak mangkuk pinggan tuh. Mengapa 'kerajaan' di IPT dapat membuat perkara ini tanpa menyusahkan pelajar untuk datang mendaftar?

Adalah baik jika hanya JPN yang mengendalikan urusan identiti rakyat ini mendaftarkan terus semua rakyat yang cukup umur 21 tahun sebagai pemilih. Jika berlaku kematian, kan JPN perlu diberitahu jika ada kematian? Oleh itu, tak perlulah kita ni terhegeh-hegeh maklumkan SPR berkaitan kematian ni. Jika JPN mendapat maklumat kematian, terus link dengan senarai pemilih, jika ada, buang terus. Buat sistem berpusat, maka tak akan berlaku pertindihan nama dalam daftar pemilih.

Jika saya cakap macam tu, seolah-olah saya mengkritik. Tetapi inilah yang perlu dperhalusi oleh kita sebagai rakyat. Jangalah kita mudah dicucuk hidung macam lembu.

Selamat maju jaya!!!. Kami mahukan royalti dibui terus ko kerajaan kelate. Bukan wang ihsan yg dibui ko JPP!!!

Jumaat, Januari 22, 2010

Menanti Di Ambang Syurga

Ahmad Jais

Duhai kasih pujaan kekanda
Dengar ku mengeluhkan rindu
Merayu setiapnya waktu, sayang
Padamu duhai kekasihku

Tapi sungguh malangnya nasibku
Hajatku kini telah terganggu
Kini -kaku- rasanya hidupku, sayang
Tinggallah ku menanggung rindu

Tapi ku kan tetap bersama
Namun hatiku takkan bertukar
Walau laut jiwaku terkorban, sayang
Pada Tuhan -saja- kuserahkan

Namun ku takkan putus asa
Duhai kasih pujaan kekanda
Di dunia kita tak berjumpa, sayang
Ku menanti di ambang syurga


Jumaat, Januari 15, 2010

Menggamit Memori...

Sayu sungguh hati saya bila mengenangkan kisah-kisah silam. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah memberi kesempatan masa dan tenaga kepada saya dan para sahabat yang lain untuk sama-sama bersama menunaikan solat hajat beramai-ramai di Stadium Sultan Muhammad KeIV, Kota Bharu.

Suasana petang Khamis yang agak ceria dengan angin sepoi-sepoi bahasa menjemput para tetamu Allah untuk bertandang ke muka stadium bagi bermunajat padanya. Pada malamnya suasana riuh di langit, angin yang pada mulanya lembut selembut bayu petang, mulai menanmpakkan kegarangannya. Fikir kami, sesuatu akan berlaku, namun Allah Maha Kuasa, memelihara para tetamunya pada malam itu dari kebasahan. Syukurlah.

Dalam suasana harmoni, terdetik di hati saya, suasana yang sama berlaku semasa saya di bangku perngajian dahulu. Namun begitu, pelbagai cabaran terpaksa saya dan para sahabat hadapi untuk menjayakannya. Ya, inilah yang kami pernah buat dan adakan dahulu. Solat Hajat Perdana di dataran blok. Bermula dengan solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan solat hajat secara berjemaah. Kemudian diadakan bacaan surah Yaasin beramai-ramai. Sungguh harmoni waktu itu.

Suasana yang sama jugalah berlaku di stadium pada malam itu, tanpa sebarang gangguan. Di fikiran saya, jika dahulu, macam-macam karenah lah untuk menjayakan majlis yang sama.


Tok Guru Menteri Besar dan para exconya tetap sabar menunggu ketibaan YTM Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan untuk sama-sama menyertai majlis di satdium. Ketibaan banginda disambut mesra oleh rakyat Kelantan yang datang dari segenap pelosok negeri.

Melihat kepada hamparan tikar di atas padang, sejadah-sejadah yang masing-masing dibawa serta mereka mengilik buku-buku kecil yang mengandungi Surah Yaasin amat menggamit memori saya. Sungguh asyik sekali. Sejak Tok Guru mentadbir Kelantan, Stadium Sultan Muhammad KeIV di Kota Bharu tidak lekang dari kunjungan rakyat, bukan sahaja datang untuk menyaksikan temasya-temasya, tetapi datang juga untuk bermunajat kepada Allah. Itulah beruntungnya rakyat Kelantan.

Jika dilihat dari alasan yag diberi oleh seorang pegawai HEP UTM, katanya "Kan masjid dekat, kita dh ada masjid, kenapa kamu buat solat hajat di dataran blok, di atas gelanggang sepak takraw?". Kata-kata ini masih saya ingat, masih segar dalam ingatan saya. Semuga Allah terus memberikan ingatan ini sehingga saya mampu menceritakannya kepada anak-naak cucu nanti. Insya Allah.

Memang masjid hampir dengan dataran blok, malah bersambungan dengan blok kami menginap. Namun, entah kenapa, aura Tok Guru telah menyelinap mauk tanpa di paksa oleh sesiapa untuk mengikut jejak langkahnya. Sahabat-sahabat saya pun sama. Poster ataupun notis-notis solat hajat itu hanya ditampal di tempat yang paling strategik, iaitu di pintu-pintu tandas sahaja, tulisan tangan sahaja. Tetapi sambutan, alhamdulilah. Sebab kami adakan majlis tanpa sebarang agenda terselindung, hanya untuk bermunajat kepada Allah.

Berbalik kepada alasan pegawai tadi, terdetik di hati saya malam tadi bahawa di sekitar stadium tu bukan tidak ada masjid, bukan tidak ada surau, bukan tidak ada balaisah, bukan tidak ada tempat untuk solat. Mengapa Tok Guru malah Pemangku Raja juga turut sama-sama bersolat di stadium, di atas padang? Secara total mennagkis tohmahan pegawai terbabit.

Biarpun dihalang, namun kami tetap bertegas untuk mengadakannya juga. Matlamat utama adalah supaya penghuni yang tidak ke masjid dapat sama-sama berjemaah biarpun kami adakan hanya sekali dalam seminggu. Sebab masih ramai penghuni blok yang tidak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan mengadakan majlis di hadapan pintu bilik mereka, sekurangnya mereka malu alah juga jika tidak sertai sama-sama.

Inilah antara penjelasan yang saya dapat sampaikan kepada felo-felo berkaitan isu program yang saya adakan saban minggu. Kenapa tidak diungkit aktiviti-aktivi lain yang kami adakan sepanjang hari? Seperti main sepak takraw, badminton, bolasepak serta lain-lain lagi aktiviti secara 'berjemaah' di blok? Bila buat solat hajat perdana, terasa panas punggung. Inilah ajaran yang berjaya ditanam oleh penjahat.

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menyediakan rekod-rekod berbentuk imej aktiviti solat di blok 5,6 tahun lepas. Jika sesiapa yang membaca penulisan ini, jika ada menyimpannya, bolehlah menghubungi saya untuk kita sama -sama berkongsi. Kepada sahabat-sahabat saya yang sama-sama mengalami peristiwa itu, syabas kepada anda semua. Insya Allah kita akan tersuskan usaha murni kita ini.

Khamis, Januari 14, 2010

Tengok je la...

Email dari : Mohd. Hafizi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIDCafPpcdP6aVrKoqsbhZLMPTZrGuY9ktiKIwvzhOMiMbOIaSDdwwUpSs4jTzqPBEXMnTDkZvudYiFsJc2h3sWriBMwD-bAS3sCXO9y15Zl9lIbsSSG4rJDqNKjsACzrPUu1i1Q8i7mQ/s400/menantu.jpg

…xde due date…andartu sblm 29 boleh apply

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6p8Gj4Gdrvx8U0QF1QVf2d0NWlVSMgB27aH52lueolpLPfA2nJl1w0Ej_bY_mFtPnbjo2R8tPIwWmZAYS9883aEElNz2A_w6XCd4y4dR9l-RMZChHlfK3LF-HvwCEy5-ByVnnYvs9kfA/s400/bontot.jpg

…yg aku tau sup bunjut adelah…ke aku salah baca

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjp0HLQJUu_xYWERpqqKoxwezAzTkTu5ILFpeqqL3sWQ6Dq8TIwdhPmzo7E5kg2_wZmo21lB4H_iIUDVP8HjBcPc2ewNmIrKmYOIFQOwqU1oerosdS23VvLjuWhp_CjPrRIbiIwehRqlg/s400/penjaja.jpg

Stakat RM3k, celah gigi je tuh…sehari RM30k dia dpt…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsWAqHszXTQF50wQ2G2wikK0LsmrWGQMMTe7gJlzPOYd-5v6umJJDofddWmQHAJSe5zybIkBQ8nHUNjUsn-GrwSTapuPpZygoEJAtprj6X8NcDtgHATv91RQ6SpMCQC6X91sm3oxjM2Aw/s400/lembu+dilarang+masuk.JPG

Maknanya, sape rasa dia lembu, jgn masuk…




Seruan...

Email dari : masyitah mujahid

Wahai MUJAHID DAKWAH!

Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan
pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.

Wahai si JURU DAKWAH!

Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak
Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa berlalu penuh keharuan dan kenangan

Wahai si TUKANG SERU!

Entah berapa lagi jatuh umur engkau yang masih tinggal, kita tak tahu..
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?

Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!

Jalan ini masih panjang, rantau masihjauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah peijalanan ini.

Wahai MUJAHID ISLAM!

Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau
dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.

Wahai UMAT DAKWAH!

Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana
tak ada...
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat
seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.

Wahai ANGKATAN KINI!

Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan, mempertanggungjawabkan
segala amal, jasa dan karyamu di dunia. Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang
mengganti.

Wahai ANGKATAN BARU!

Siapkanlah dirimu untuk mengganti
kan angkatan tua, mereka akan pulang takc lama lagi. Janganlah
engkau menjadi pemuda kecapi suling, yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh,
mengenangkan masa silam yang telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah
dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan. Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri.
Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.

Bukanlah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

ku rujuk dan ringkaskan pesan terakhir "usrah dan dakwah al-banna"

Rabu, Januari 13, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

Email Dari : mie ra


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARASAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

Ahad, Januari 10, 2010

Sepagi di Pasar Minggu Kuala Balah

Salam semua, agak lama Laman Nurani kini sepi dengan artikel ataupun post-post yang terbaru. Akan tetapi, saya mengucapkan jutaan terima kaseh kepada penjenguk setia Laman Nurani. Untuk kalian semua, saya hadiahkan sedikit buah tangan untuk tatapan kalian semua penjenguk Laman Nurani.

Beberapa keping gambar di bawah adalah diambil semasa saya ke Pasar Minggu Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Selamat menatap...