<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Januari 15, 2010

Menggamit Memori...

Sayu sungguh hati saya bila mengenangkan kisah-kisah silam. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah memberi kesempatan masa dan tenaga kepada saya dan para sahabat yang lain untuk sama-sama bersama menunaikan solat hajat beramai-ramai di Stadium Sultan Muhammad KeIV, Kota Bharu.

Suasana petang Khamis yang agak ceria dengan angin sepoi-sepoi bahasa menjemput para tetamu Allah untuk bertandang ke muka stadium bagi bermunajat padanya. Pada malamnya suasana riuh di langit, angin yang pada mulanya lembut selembut bayu petang, mulai menanmpakkan kegarangannya. Fikir kami, sesuatu akan berlaku, namun Allah Maha Kuasa, memelihara para tetamunya pada malam itu dari kebasahan. Syukurlah.

Dalam suasana harmoni, terdetik di hati saya, suasana yang sama berlaku semasa saya di bangku perngajian dahulu. Namun begitu, pelbagai cabaran terpaksa saya dan para sahabat hadapi untuk menjayakannya. Ya, inilah yang kami pernah buat dan adakan dahulu. Solat Hajat Perdana di dataran blok. Bermula dengan solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan solat hajat secara berjemaah. Kemudian diadakan bacaan surah Yaasin beramai-ramai. Sungguh harmoni waktu itu.

Suasana yang sama jugalah berlaku di stadium pada malam itu, tanpa sebarang gangguan. Di fikiran saya, jika dahulu, macam-macam karenah lah untuk menjayakan majlis yang sama.


Tok Guru Menteri Besar dan para exconya tetap sabar menunggu ketibaan YTM Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan untuk sama-sama menyertai majlis di satdium. Ketibaan banginda disambut mesra oleh rakyat Kelantan yang datang dari segenap pelosok negeri.

Melihat kepada hamparan tikar di atas padang, sejadah-sejadah yang masing-masing dibawa serta mereka mengilik buku-buku kecil yang mengandungi Surah Yaasin amat menggamit memori saya. Sungguh asyik sekali. Sejak Tok Guru mentadbir Kelantan, Stadium Sultan Muhammad KeIV di Kota Bharu tidak lekang dari kunjungan rakyat, bukan sahaja datang untuk menyaksikan temasya-temasya, tetapi datang juga untuk bermunajat kepada Allah. Itulah beruntungnya rakyat Kelantan.

Jika dilihat dari alasan yag diberi oleh seorang pegawai HEP UTM, katanya "Kan masjid dekat, kita dh ada masjid, kenapa kamu buat solat hajat di dataran blok, di atas gelanggang sepak takraw?". Kata-kata ini masih saya ingat, masih segar dalam ingatan saya. Semuga Allah terus memberikan ingatan ini sehingga saya mampu menceritakannya kepada anak-naak cucu nanti. Insya Allah.

Memang masjid hampir dengan dataran blok, malah bersambungan dengan blok kami menginap. Namun, entah kenapa, aura Tok Guru telah menyelinap mauk tanpa di paksa oleh sesiapa untuk mengikut jejak langkahnya. Sahabat-sahabat saya pun sama. Poster ataupun notis-notis solat hajat itu hanya ditampal di tempat yang paling strategik, iaitu di pintu-pintu tandas sahaja, tulisan tangan sahaja. Tetapi sambutan, alhamdulilah. Sebab kami adakan majlis tanpa sebarang agenda terselindung, hanya untuk bermunajat kepada Allah.

Berbalik kepada alasan pegawai tadi, terdetik di hati saya malam tadi bahawa di sekitar stadium tu bukan tidak ada masjid, bukan tidak ada surau, bukan tidak ada balaisah, bukan tidak ada tempat untuk solat. Mengapa Tok Guru malah Pemangku Raja juga turut sama-sama bersolat di stadium, di atas padang? Secara total mennagkis tohmahan pegawai terbabit.

Biarpun dihalang, namun kami tetap bertegas untuk mengadakannya juga. Matlamat utama adalah supaya penghuni yang tidak ke masjid dapat sama-sama berjemaah biarpun kami adakan hanya sekali dalam seminggu. Sebab masih ramai penghuni blok yang tidak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan mengadakan majlis di hadapan pintu bilik mereka, sekurangnya mereka malu alah juga jika tidak sertai sama-sama.

Inilah antara penjelasan yang saya dapat sampaikan kepada felo-felo berkaitan isu program yang saya adakan saban minggu. Kenapa tidak diungkit aktiviti-aktivi lain yang kami adakan sepanjang hari? Seperti main sepak takraw, badminton, bolasepak serta lain-lain lagi aktiviti secara 'berjemaah' di blok? Bila buat solat hajat perdana, terasa panas punggung. Inilah ajaran yang berjaya ditanam oleh penjahat.

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menyediakan rekod-rekod berbentuk imej aktiviti solat di blok 5,6 tahun lepas. Jika sesiapa yang membaca penulisan ini, jika ada menyimpannya, bolehlah menghubungi saya untuk kita sama -sama berkongsi. Kepada sahabat-sahabat saya yang sama-sama mengalami peristiwa itu, syabas kepada anda semua. Insya Allah kita akan tersuskan usaha murni kita ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ameeen...
tahniah pada saudara..apa yang berlaku di K1 dlu, harap dapat menjadikan kite insan yang selalu mengharapkan redhaNya.
serta matang dan tegas dalam meniti arus masa.

MOHD FUAD YAHAYA berkata...

Salam Tuan Zul,

Masih ingatkah pada saya...
rakan seperjuangan tak sealiran di kampus UTMKL...

kini segalanya telah jauh berbeza...
kini perjuangan tetap yang sama...
semuanya KERANA ALLAH TAALA!

MOHD FUAD YAHAYA