Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.
WAHAI PARASAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.
USTAZ ROSLI ALHAFIZ.
4 ulasan:
biasenye, mereka2 ni, akan bernikah diluar negara.daftar nikah kat m'sia lepas tu..akhir pada masalah ni,
(1)pengesahan nasab anak bile nak kawen. sebab pe jadi cam tu? dalam surat beranak, dia lahir awal dari tarikh kawen nak ayah dia..da budak tu gak yang malu. nak kawen, pe lak pandangan keluarga pasangan lagi satu???
(2)pemberian harta bile ibu/bapa budak ni mninggal.. ermm..
(3)sepanjang hidup, x yah la cite..memang banyak dosanye..awal lagi da x sah..
(4)Keturunan..rupenye, malaysia da banyak menghasilkan anak x sah taraf.
(5)~~~
Salam T.kasih berkongsi maklumat ini.
Assalamu Alaikum.
Terima kasih kerna memberikan maklumat yang amat baik.
Namun kita diNusantara ini begitu ramai sekali anak-anak gadis yang bernikah semasa mengandung.
Perkara adalah hasil dari ijtihad sebahagian ulama yang mengatakan bahawa anak gadis yang dihamili oleh seorang lelaki tidak boleh hamil dengan sesiapapun melainkan lelaki yang telah menghamilinya itu. Entah darimana mereka mendapat dalil dan sumbernya saya pun tidak tahu. Namun pendapat ini begitu banyak sekali saya dengar dan bahkan mungkin hampir kepada Ijmak ulama.
Namun pada pendapat saya, pendapat tuan memang ada benarnya dan dalilnya ialah perempuan itu adalah masih dalam eddah. Dia tidak boleh kahwin dengan sesiapapun walaupun dengan lelaki yang menghamilinya itu, kerena lelaki itu bukanlah ada hak rujuk pada perempuan itu.
Apa-apapun terima kasih kerana maklumat yang diberikan. Setiap perkara ada hikmahnya, setiap perkara adalah pengajaran dan ujian dari Allah swt jua.
Dan dengan hormat dan sukacitanya jua, tuan dan pengunjung-pengunjung blog tuan, peminat atau pengkritik, dijemput melayari :
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
dan:
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
Semoga amalan kita semua di terima oleh Allah swt dan semoga segala kesalahan dan kesilapan kita dimaafkanNya jua amin.
salam Mr.Presiden..
setelah saya berbincang dengan yang lain...hukum perkahwinan wanita tersebut adalah sah.
melihat pada syarat sah perkahwinan bagi perempuan, ia adalah sah dan masih di kategorikan sebagai anak dara.
mengikut mazhab syafie, penikahan tersebut sah dan perlulah bertaubat nasuha.
walaubagaimanapon, anak tersebut tetap anak tak sah taraf dan tidak boleh di nasabkan pada lelaki yang telah berzina dengan ibunya walaupon telah bernikah dengan lelaki tersebut.dia bernasab dengan ibunya.
hukum pergaulan dengan anak tersebut adalah bukan mahram.
thanks...
JKSNS
Catat Ulasan