<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Khamis, Disember 20, 2012

Ajaran Nabi

Satu hari seorang lelaki datang menemui Rasulullah. Kerana berasa Rasulullah itu seorang penguasa, seorang pembesar, maka lelaki tadi datang dengan keadaan gementar, gemuruh dadanya dan tunduk melebihi had sampai mengesot-ngesot seperti seorang hamba hendak menemui raja atau suktan. Melihat akan hal begitu, Rasulullah pun berkata, "Wahai saudara, lakukan dengan biasa sahaja, permudahkan cara saudara kerana sesungguhnya aku bukan raja. Aku hanya anak seorang perempuan Quraisy yang bangsanya hanya makan daging kering."

Kenapa Rasulullah berkata begitu, padahal baginda seorang rasul, yang martabatnya lebih tinggi daripada raja-raja waktu itu? Jawapannya mudah sahaja. Bagunda membawa ajaran Islam yang tidak meletakkan kelas atau kasta. Bagi Islam, manusia yang mulia ialah manusia yang tinggi akhlaknya.

Selasa, Disember 11, 2012

Teori Konspirasi II

Sehari sebelum dijadualkan untuk tayangan Telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing.


KEJAYAAN pasukan bola sepak Malaysia memasuki separuh akhir Piala AFF sekali lagi menjadikan sukan bola sepak tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Lebih menarik apabila sebuah telefilem tentang bolasepak bakal ditayangkan, walaupun disiarkan bukanlah sempena pertandingan Piala AFF tersebut.
Tetapi dalam keghairahan seluruh rakyat Malaysia terhadap pasukan Malaysia, maka tayangan drama ini oleh Astro Prima dikira tepat pada masanya. 
Telefilem yang berjudul Sebuah Piala Seekor Kambing adalah karya dan arahan Sabri Yunus yang lebih kita kenali melalui watak-watak komedinya. Tetapi kini giat menghasilkan telefilem berkualiti seperti Sanggul Beracun, Asy-Syura dan yang terbaru Parut Ashikin. Sabri Yunus baharu sahaja menyiapkan sebuah filem digital Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS) yang diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan. HHTSS diberitakan akan menyertai festival filem di Berlin dan bakal dibicarakan di sebuah akademia di Paris.
Namun dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing, Sabri sebenarnya membawa pendekatan komedi yang sinikal. Kita sering mendengar slogan sukan untuk perpaduan. Tetapi Sabri dalam drama ini membawa sisi lain dalam masyarakat di samping usaha murni perpaduan ini. Kita sebenarnya bukan tidak pernah mendengar atau melihat bagaimana sukan mengakibatkan pergaduhan dan permusuhan di kalangan para penyokongnya. Sukan yang seharusnya bersih juga sering dikotorkan dengan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti dendam, khianat, rasuah dan perjudian. 
Inilah sesuatu yang menarik apabila Sabri Yunus menanyakan kepada kita semua persoalan sinis ini dalam telefilemnya yang terbaru Sebuah Piala Seekor Kambing, sebuah drama komedi yang melibatkan sukan bolasepak. 
Telefilem ini mengisahkan tentang usaha seorang penggawa muda, iaitu Penggawa Nawi yang baru dilantik ke jawatan itu untuk menyatukan orang-orang muda di kampong Pantai Cherang Nipah dan kampung Bendang Kweng yang sering bergaduh melalui perlawanan bola sepak.
Usaha murninya mendapat sokongan anak muda dan mereka bersedia berlatih untuk pertandingan yang menyediakan seekor kambing sebagai hadiahnya. Walau bagaimanapun keinginan untuk menunjuk kekuatan dan kemenangan dalam pertandingan itu serta perasaan dendam sebelum itu menyebabkan beberapa pemain menggunakan pendekatan yang salah seperti bomoh. 
Bukan itu sahaja, para penyokong mereka juga membuat tindakan yang salah, sehingga sanggup menggunakan rasuah. Namun di sebalik saingan pertandingan itu, siapa menyangka wujud pula hubungan kasih antara anak muda di dua kampung yang bertanding tersebut. Ini yang terjadi kepada Jani dan Shimah. Sungguhpun drama ini mengangkat sukan bolasepak sebagai isu utamanya, tetapi penonjolan beberapa isu kemasyarakatan menjadikan drama ini lebih menarik. 
Menurut Sabri Yunus, tidak mudah sebenarnya menghasilkan drama ini kerana ia melibatkan pelakon yang ramai serta banyak penggunaan teknik pengambaran dari udara untuk merakamkan adegan perlawanan bolasepak. 
Walaupun drama ini tentang bolasepak, tetapi Sabri memastikan lakonan yang berkesan dan kuat daripada para pelakonnya. Telefilem ini dilakonkan oleh Syed Aiman (Jani), Miera Amnas (Shima), Khusairi Chua (Dollah Jin), Isey Fazlisham (Hasyim), Kamarol Hj. Yusuf (Penghulu Din), Sabri Yunus (Penghulu Che Kah) dan hampir 30 orang lagi pelakon pembantu yang turut terlibat 
Malah hampir seluruh penduduk kampung Pantai Mek Mas di Kelantan turut terlibat dalam menjayakan drama ini terutama yang melibatkan perlawanan bola sepak. Apa yang menarik ialah kemunculan seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan dari Kelantan sebagai pelakon undangan istimewa, Mohd. Nor Yaakub yang berlakon sebagai pengadil pertandingan bolasepak. 
Drama ini juga turut dijayakan oleh kumpulan dikir Sri Murni Che Deris yang terkenal di Kelantan. 
The Red Warrior yang menaja pasukan Kelantan turut menaja jersey dua pasukan bolasepak yang bertanding dalam drama ini. Jangan lupa saksikan drama satira ini melalui saluran Astro Prima pada 10 Disember ini, pukul 10.00 malam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121209/hi_15/Sebuah-Piala-Seekor-Kambing-penuh-sinikal#ixzz2Ejv5ngNT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Teori Konspirasi



1. "jom pakat tengok ASTRO PRIMA.....cerita sedakkkkk.."

2. "Keno lipak ko ASTRO PRIMA blako male nih."

3. "mana citer "Sebuah Piala Seekor Kambing"???!!!10.03PM dah nihhh??"

4. "letih wei tunggu cerita sebuah piala seekor kambing..lain kali nak tunda bagitau lah awal2..hmmm"

5. "halo astro...mana cter sebuah piala seekor kambing nih......sebelum ni duk promo dlm astro...apa kes ni?"

6. "apew la mnew citer "sebuah piala seekor kambing"kacau btol la..."
7. "letih ambo tnggu dpan tv nok tgok citer sebuah piala seekor kambing.....keno2 cerito laen.....kuat astro lipat weyyyyyyyyy"

8. "Mana Cerita Sebuah Piala Seekor Kambing......nk nipu la yo ni..."

9. "Mana ni astro prima ' citer seekor kambing sebuah piala!??? Iklan ye2 je..dlm paper la. Hasissh!"

10. "mohon war-warkan/di informkan jika ada perubahan......apa jadi dgn tayangan cter seekor kambing sebuah piala.......mohon penjelasan......."

11. "Yestro yestro..kecek belit supo ke*ing.."

12. "Gong astro last mnt tkar cter nmpk sgt tkut ko org klate..babun astro"

13. "KAMBING LAH ASTRO PRIMA..."

14. "Pakat keno lipak ko ASTORO AROYO..... ASTRO PRIMA ker der"

15. "mano cerito hok kawe duk tunggu ni seekor kambing sebuah piala..natang astro bengong.."
16. "rakyat kelate kna lipat nge astro prima blako"

17. "Booooooooo astro"

18. "Sebuah Piala Seekor Kambing ditunda....puiii..lama dh duk tggu..."
19. "pesal cancel last minit cite sebuah piala seekor kambing wahai pihak astro y budiman. tidakkah anda tahu yang seluruh rakyat kelantan sedang tertunggu tunggu cite tu?"

20. "keno kencing nge gitu dohh ko astro..ambo tu gak jak marim lagi tunggu nok tgk "sebuah piala seekor kamping"

21. "Astro prima kencing bertarabur.. mana sebuah piala seekor kambing???? mana???"

22. "Anda memang kambing lah astro..sebuah astro semua kambing.."

23. "aik, dlm iklan pukul 10 mlm ari ni ada telemovie sebuah piala seekor kambing.... x da pun"

24. "sy sgt xpuah hati dgn penyiaran astro....iklan bagai nk rak...tp habuk pom xdaa.....tunda cerita suka hati je.....bagi tau ler awal2....puiii!!!!"
25. "nate jubo lipak aku. . .kahkahkah"

26. "Apa celop astro prima-105....sebuah piala seekor kambing,sepatutnya nak tayangkan mlm ni..tpi awat ditunda pulak??"

27. "bakpe teleprima sebuah piala seekor kambing ditunda??"

28. "Wahai astro yang ngongek.....cuba pk berapa juta hati yang ko dh hancurkan malam ni sbb ko cilok baik punya....semua org tagguh kerja sbb nk tgk cite sebuah piala seekor kambing....bullshit der....puiiihhh...."

29. "guano tuh..janji tak ditepati..drama sedap mano boh?"

30. "janji bodo..."

31. "Wak letih aku tunggu... Kuat lipak nate astro nim!! Duk ngepeng tu gakk.. Ambo siap beli satay lagi, nk layan punya pasal. Last2 tayang cerita gilo.. Cerita xdop motif lasom.. Bodo kepa cerita. Nak tido doh aku ehh.. Berlipak aku keno lipak male nim.."

32. "Puiiiii...bodo nate astro prima..meme kambing bodo beruk nate lembu ni.iklan bagai nak rock.pah xdok gosatu..baso cilanat..puiiii..taik kambing nate beruk ni.puiiiii..g mampus"!!!tobat geram klu main oyak last minute.ak bayar bil mu nate pange..baso enkoncakss espinosss."
33. "tiap2 blan byar...time byar lewat ckit mula la anta surat bla..bla..bla..puiihhhh..tpi ko pnye pgurusan mcm TAEK!!!!!!"

34. "Bakpo dok siar Sebuah Piala Seekor Kambing nyo?..lipat parok astro ni.."

35. "Janji Dicapati...Janji Astro Janji diLIPATi~"

36. "ASTRO PRIMA ,astro LIPAT(pnipu) sedunia . -,-ttt
plezz la weii ! -,-tttt #fucc"

37. "Janji dicapati... Berlipak lipak male nim.."

38. nate bodo astro ni,po bab* doh astro ni,ore relo cncel smua kijo male ni,smata2 nk tgk crito ni meme bodola abadi astro ni.."

39. "Bakpo dok siar cerito Sebuah Piala Seekor Kambing nya..lipak parok astro nih.."

40. "Puiiiii..x puah hati weh!!!puiiii puiiii puiiii puiiiii puiiiiii puiiiiiiiiiiiiii puiiiii....ak bayar bil weh nateeeeee..iklan la lg bo kalu nak cancel last minute gini..puiiiiiii..tekanan wehhh..puiiiiiiii...kuat mu lipat weh pange!!!"

41. "astro prima KAMBING!!!!"

42. "SEBUAH PIALA SEKOR KAMBING....MANE??????ASTRO LIKE FAM...PUIHHHHH KENO LIPAKK"

43. "Meh pkt lggn unifi biar bnkrap yestro...."

44. "Kalu nk tunda oyat laa awal2.. Kijo bodo blako nih. 15 minit nok pukul 10pm dae lagi ngepeng oyak ada.. Last2 keno lipak.. Nate bodo!"

45. "astro lipak pelanggan.. hahaha..."

46. "lipat molep astro mlm nih...hahahahaha...i like astro...mmmuuaahhhhhhh..."

47. "Kawe ni dr kl siap breti tepi jale..nk tgk astro kmbing..apoooooo kno lipak sirakkkkkk....reboh netangggg....we tige rangggg.....hakkkktuiiiiiiiiii puiiiiiiiiii...huk huk huk....."

48. "'Sebuah Piala Seekor Kambing' x tertayang sapa... janji x ditepati ni ASTRO PRIMA"

49. "lipak = menipu..!! Haahaha.. mana "Sebuah Piala Seekor Kambing" kambing?"

50. "Ambo tu gak g langgey cenel 105 hari nih kes nk tgk kambing...frah nunggeng braso...ermmm"

51. "kebanyakan ore kelate keno Lipak ko ASTRO PRIMA."

52. "woi, mano ceghito kelate pkl 10 mlm? habis mc aku, celaka Astro"

53. "Kambing g mana tu... Nyaknyo la ko puak2 ambo duk tunggu depan TV nak tgk Piala Seekor Kambing... Ko kena g pitas di Wisma kat Kelana Jaya... Jogho Kelate, abis punoh male ni program male ni"

54. "kenapa tiada cerita "sebuah piala seekor kambing"?? awak telah mengecewakan ramai rakyat kelantan.."

55. "Jawab la astro !! Bakpo demo lipak kami?? Kami dop bayar bil ko?? Ko mung sajo nok lipak kami sbb kami ore kelate???"

56. "Kalu ganti nga cerito sedak takpo.. Ni ganti nga cerito bewok apo dop hau.. Xdop motif cerito.. Dop naka lasum.. Boooo astro!"

57. "penipu"

58. "Mane cerita sebuah piala seekor kambing..."

59. "Lipak melipak kerja astro prima"

60. "astro lipakkkkkkkkkk!!!!baso gom!!aku relo kensel temujanji nga saing2 male ni sb nk tgk cito SEBUAH PIALA SEEKOR KAMBING.last2 buleh taik kambing!!kalu xleh siar royak la awal2 gilo!!!"

61. "astro oh astro,sdh lma ku mnunggu piale seekor kambing,tpi ko bagi taik kambing,,sluruh rakyat kelate dtaikkambingkn..lipak jugok prima,,puii"

62. "Astro benkrap,astro benkrap,benkrap."

63. "aku pasni tok sey tgk dah citer kambing ni kt astro...putus angin.... Bukan xsupport sabri yunus,,tp xsokong astro.. Benci berdo'oh ko astro"

64. "ambo nk tuju lagu tnda timo kasih ko astro prima.kito nyanyi rama2 deh biar xsdap pom.."Ole..ole..ole..ole..astro bengommm..astro gilo babi!!ole...ole..ole..oleeee...astro lipakkkk.. astro tongongggg skali!!!yieeeehhhaaaaa!!!timo kasih astro!!!!jasomu dikenang sapa mapuh!!!"


65. "Astro Prima 105 telah mengambingkan penonton2 "Sebuah Piala Seekor Kambing" yg dijadualkan bersiaran pd 10/12/12, jam 2200. Siaran ditunda di atas sbb2 yg x dpt dpastikan. Fuh kambing betullah.. Maklumat "pengambingan" (tundaan) dimaklumkan saat-saat akhir..!!"

66. "baik RTM n TVY lah pulok..tayang crite klate xde tunda2,,,, janji ditepati..tayang mengikut perancangan sedia ado... Hidup cerita TALI n Mek SalamhDari Scotland"

67. "Sedaknyo crito piala kambing!"

68. "Dear Astro, 1 doa bala untuk mu, fuhh.."

69. "kenapa ASTRO kuat berbohong sekarang ni ..bulan lepas sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus ditunda ..bulan ni cerita Sebuah Piala Seekor Kambing pula ditunda oleh ASTRO Prima ..Kambing pun x reti berbohong tau .."

70. "MANO CITER SEBUAH PIALA SEEKOR KAMBINGGGGG?? DARI KELMARIN DUK TUNGGU...HUHUHUHU"

71. "prima, u used to be my most favorite tv channel. but tonight u really make me disappointed..not only me but all of those waiting to enjoy the "sebuah piala seekor kambing" program tonight..."

72. "bengong punye astro prima...........jgn di marah kalau lebih 40 org kata astro prima ni bengong...... "

73. "ak dkambingkan oleh astro prima...."

74. "terima kasih wahai astro...kerna telah melipakk mlm nih.....bila kami lewat je bayar bil..pandai pula kamu tel suh jelaskan bil walaupun xsampai 1 HARI....tp jika terjadi pada kamu...pandai pula diam membisu....chittt....podahhhh....tolong bagi alasan yg kukuh....kenapa cerita piala seekor kambing telah di tunda??kami sebagai pelanggan ada hak ingin tahu!!!di mana hak kami??mohon bekerjasama ok!!"

75. "Piala XTahu Mano.. Kambing Xtahu mano.. Bola Xtahu Mano...!! Astro Xtahu mano.. Remote xTAHU mano... Tup..Tup... Keno LIPAK... wakakakakakakkakak !!"

76. "mana kambing nya babi? eh sial la babi ni....."

77. "phuui..penipu besar"

78. "baso gonggg.."

79. "SEDAK OH CRITO PIALA SEOKOR KAMBING YANG AKU TUNGGU SEJAK MINGGU LEPAS..ASTRO TELAH MELIPAT KU DAN SMUA YANG NK TNGK CTOE TU..TERIMA KASIH ASTRO PRIMA KERANA TELAH MELIPAT KAMI^_^"

80. "Wwwwou.. Hebat nih. Tuan2 kambing mengamuk..!!"

81. "ASTRO GOAT HD 783 , new channel cekidaouttt"

82. "astro prima kianati rakyat kelantan.."

83. "Mana kambing ku?kena sembelih ko?"

84. "pitih nok, byr lambat sikit potom slaluh....uje x leh kelih..mahal srupo bedil caj...tgg kambing sekor pon x leh ejas...srupo cis mu astro...!!!"

85. "Di mana kambingnya??? Jangan tahu berjanji jer... Astro kroni kerajaan... Kambing hitan untuk menipu rakyat..."

86. "Kambing Kambing Astro."

87. "Bukok Animal Planet ado jugok kisoh kambing gurun.. Bukok astro prima ado kisoh babi tunggal hok berehi lipak."

88. "Phuiii!!! Penipu!"

89. "KAMBINGGGG..1.56 JUTA rakyat kelantan majoriti membatalkan aktiviti hari ni smata nk tunggu jam10 kat kkedai kopi mahupun kat umah.. LAST2 minit ko cancel..kot ya pun.bgtau awal2 la..."

90. "Astro mencuri kambing??? Pulangkan balik kambing tuh..."

91. "siot,mana cite kambingnya?kambing betul"

92. "Demo gak... janji mace2, kawe hok byk kijo relo tinggal dulu nok tgk. demo gak nyor buleh curi kambing kawe.. pui!!"

93. "citer pasal apa kambing ni ???"

94. "Cerita kambing nok main bilo...xde lg nih,duk tunggu dr tadi lg...kambing oh kambing dimana engkau kambing...mcmn aku nak kambing,ASTRO prima xambik aku...."

95. "saya tak pasang astro kat rumah, tapi saya nk kambing jugak!"

96. "Mne telemovie Sebuah Piala Seekor Kambing ? Siap iklan ... tut2 tunda ... org duk tggu pkl 8 lg tgk dpn tv ... ASTRO penipu cissssss"

97. "woit mane kambing!"

98. "gamokk li4 p'langge.. gini ko caro nego jame loni???"

99. "saya x kire saya nak kambing dngn piale juga ~
demikian la keluhan pe ape r, pe...pe.... pe... haa pelanggan astro yg tidak berpuas hati..."

100. "kensel program nk tgk piala kambing...aponyo lipak...alah ko duit laju benar nyo mitok...puiiii"

101. "Bek...bek...bek"

102. "Kambim mne woi"

103. "ASTRO telah membuatkan pihak kami rugi kerana kami membuat jamuan bagi menunggu piala se-ekor kambing. Kami nak ganti rugi atau bersiap sedia untuk di saman. See U in court!"

104. "astro melipakk kambingg!!"

105. "Hoi! Kambing aku mana?"

106. "weh kambing...kambing mu astro..."

107. "Saya ingin bertanya kepada pihak Astro Prima, kenapa siaran drama Sebuah Piala Seekor Kambing telah ditunda penyiarannya? Jika ada masalah teknikal, sila umumkan lebih awal. Maaf, saya juga diantara ribuan yang menunggu penyiaran drama tersebut."

108. "senyak ttipah astro terrr... hihihi...jawabla lekas bro..selekas demo kol kawe mitok bayar bill..hikhikhik...ni la page paling lucu tahun ni... hikhikhik..."

109. "Tahukah anda gulai kambing jamnapari."

110. "Hardow.. Guana lipak citer piala seekor kambing tow.. Bapok segala lipakkk kemahh"

111. "kambing?"

112. "Tggu nk tgk kambing apo nyo g tjuk pendekar durian crepe. Mabuk la."

113. "ASTRO juara piala kambing semalaya"

Sabtu, Disember 01, 2012

Siap Print Untuk Ditepek Supaya Orang Kampung Dapat Baca

Petronas Membayar 5% Bahagian Kelantan Kepada Kerajaan Persekutuan adalah Jenayah Pecah Amanah

Petronas Membayar 5% Bahagian Kelantan Kepada Kerajaan Persekutuan adalah Jenayah Pecah Amanah

Saya merujuk kepada kenyataan media Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abas pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu, Petronas sememangnya membayar 5% bahagian negeri Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada Kerajaan Negeri K
elantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak Akta yang sama.

Suka diingatkan;

Pertama - Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada tahun 1975 dengan Petronas. Tidak ada sebarang perjanjian antara Kelantan dan Kerajaan Malaysia.

Menurut perjanjian itu, Petronas, bukan Kerajaan Malaysia, berjanji membayar secara langsung kepada Negeri Kelantan 5% bayaran tunai dua kali setiap tahun bila mana pengeluaran bermula.

Kedua - Kenapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya membayar kepada pihak ketiga iaitu Kerajaan Persekutuan?

Jika Kelantan tidak layak menerima bayaran itu atas apa jua sebab, Kerajaan Persekutuan juga tidak berhak menerima lebih dari 5% bayaran tunai hak Kerajaan Persekutuan selain dividen dan cukai.

5% itu akan pergi ke mana?

Ketiga - Pembayaran oleh Petronas 5% hak Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan adalah satu tindakan jenayah pecah amanah di mana hukumannya adalah mandatori penjara.

Keempat - Kerajaan Persekutuan juga melakukan jenayah dengan bersyubhat menerima bayaran bukan haknya dan menggunakan wang itu tidak seperti yang dikehendaki oleh perjanjian.

Kelima - semua pihak yang bersyubhat menggunakan wang ini secara salah, termasuk jawatankuasa Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Awang Adek juga melakukan jenayah pecah amanah yang sama.

Adalah menyedihkan, Petronas sebagai sebuah syarikat multi nasional yang menanda tangani beratus-ratus perjanjian di seluruh dunia, boleh memungkiri perjanjian dengan sebuah Kerajaan Negeri dalam negaranya sendiri.

Mustahil bagi Petronas untuk tidak memahami perjanjian mudah seperti itu dan sebarang tanggung jawab perundangan kembali kepada Petronas dengan semua anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertingginya akan dipertanggung jawabkan.

Tindakan yang sesuai akan diambil oleh Kerajaan Kelantan apabila tiba masanya.

Kerajaan Negeri juga akan menulis surat kepada Petronas untuk mendapatkan jumlah wang 5%bahagian Kelantan yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.

Husam Haji Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan
30 Nov 2012
16 Muharam 1434

Selasa, September 04, 2012

Selasa, Julai 24, 2012

Doa Harian

Ramadhan 1433H

Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat yg berpuasa di Bulan Ramadhan. Sesiapa yang dengan sengaja tak mau puasa, harap sebelum bulan ini berakhir, anda semua insaf la...

Rabu, Februari 15, 2012

Innovation

Hanya gambar mampu menceritakan.

Dabong Ekspress

 Pemandangan dari atas Jambatan Dabong

DABONG, sebuah pekan yang kian pesat membangun.
Laman Nurani poskan sekeping gambar yang menunjukkan dua jenis laluan utama yang menjadi nadi penghubung antara rakyat Dabong dengan dunia luar...iaitu jalan sungai dan jalan kereta api.

Nadi pengangkutan ini menjadi jalan penghubung utama untuk penduduk memasarkan barangan pertanian, hasil-hasil hutan serta untuk urusan masing-masing dengan dunia luar.

Sehingga kini, jalan ini masih lagi digunakan walalupun kemudahan jalan darat telah sedia ada.

Dabong, jangan ditinggal arus kemodenan...


Jumaat, Februari 03, 2012

Fikir Luar Sempadan

Adakah kita berbangga dengan program-program yang kecik2 sahaja? Memang ini yang diratibkan sepanjang masa dan ketika. Hampir 30 program yang kita laksanakan, inilah yang kita asyik bangga-bangga kan di mana-mana sekalipun kita pergi.

Ya, program seperti bantuan armalah, Kifaalah, Bantuan Belia Tani, Bantuan Pelajar Miskin, Gerbang Az-Ziwaj, dan lain-lain bentuk bantuan serta program yang berjaya di laksanakan sepanjang 20 tahun pemerentahan ini.

Memang tak dapat dinafikan, program ini merupakan suatu tangunggjawab yang perlu dilakukan oleh setiap kerajaan atau pemerintah untuk rakyatnya, tak perlu dibangga pun...macam tanggujawab seorang ayah memberi pendidikan kepada anaknya. Semua bentuk program ini memang perlu dilakukan walau sesiapa pun yang mentadbir jika merasa tangungjawab.

Laman Nurani bukan memperlekeh semua program itu, tidak ada niat pun mahu mengecilakn sumbangan yang telah diberikan, memang bagus dan perlu dilakukan sepangjang masa. Namun, kami ingin mengajak semua pembaca agar berfikir di luar sempadan program ini.

Mari kita lihat, antara banyak program ini, adakah ianya merangkumi manfaatnya untuk keseluruhan rakyat? Jika program armalah, hanya armalah jer yang terlibat, jika program Kifaalah, hanya untuk yang berumur 60 tahun ke atas sahaja, jika program bantuan pelajar, hanya pelajar jer yang terlibat, jika program bantuan asas binaan, hanya makhluk tertentu jer yang terlibat dan merasa manfaatnya...

Cuba kita semua fikir, apakah bentuk program atau perancangan yang harus dilakukan untuk manfaat keseluruhan rakyat, tak kira kecik besar, tua muda, huduh comel, hitam putih, PAS UMNO..semua akan merasa...pernah kita fikir?

Kita asyik dilamun mimpi dengan program-program kecil yang hanya tok penghulu jer boleh handle, tak perlu pada wakil rakyat pun.

Kalau kita sebagai wakil rakyat, pernah tak kita fikir apa yang harus dibuat untuk semua rakyat merasai apa yang kita perjuangkan?

Ya, kalau kita bersungguh perjuangkan perkara tersebut, maka seluruh rakyat akan dapat merasainya. Antaranya dengan membina sebuah jambatan sebagai penghubung yang utama antara 2 kawasan yang terputus.

Jika kita bersungguh perjuangkan supaya jalan-jalan yang rosak dibaiki, maka seluruh rakyat akan merasai keselesaan apabila jalan tersebut dibaiki.

Jika kita bersungguh selesaikan isu air yang melanda, seluruh rakyat dapat merasai bekalan air bersih yang bermutu. Namun, kita semua asyik bersungguh kepada perkara2 yang kecik-kecik sahaja. Bercawat kote duk jaja program-program yang hanya memberi manfaat kepada segolongan sahaja.

Inilah yang kami perhati. Tidak ada kesungguhan untuk memberi tahap keselesaan kepada seluruh rakyat. Kita semua gagal memikirkan apa yang menjadikan sesebuah tempat itu maju dan membangun. Jika tidak ada pemangkin, maka lambat lah kawasan tersebut maju. Sebab corak pemikiran kita hanya tertumpu di dalam selimut sahaja.

Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk memberi keselesaan kepada seluruh rakyat. Program-program yang kecik tadi, biarlah URUSETIA sendiri yang uruskan sepanjang masa. Kita sebagai pimpinan harus memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Ubahlah cara berfikir, buatlah secara professional. Rakyat hanya mahukan keselesaan dalam setiap masa mereka mencari rezeki. Mereka mahu menggunakan bekalan air yang bersih, mereka mahu menggunakan jalan yang sempurna, mereka mahu mendiami rumah-rumah mereka dengan aman, mereka mahu bersosial dengan selamat dan bermutu. Ini sahaja yang rakyat mahukan. Perkara inilah yang perlu diutamakan oleh setiap pemimpin.

Cuba pikir balik, berapa banyak program yang dilaksanakan, Ladang Rakyat, Bantuan Asas Tani, dan sebagainya, adakah ianya memberikan keuntungan kepada kita sebgai kerajaan? Secara atas kertas, memang akan memberikan pulangan yg lumayan...namun, kita lupa sesuatu, orang yang tak dapat merasai manfaat tersebut pun merupakan PENGUNDI dan rakyat kita jugak....Jangan kita lupa perkara ini.

Sekian, salam berfikir di luar sempadan.

Dabong, 3 Feb 2012.

Selasa, Januari 17, 2012

Sajak Balak

Balak oh balak,
Kerana kau banyak jalan rosak,
Kerana kau jugak, banyak hutan jadi botak,

Balak oh balak,
Kerana kau ramai bertetak,
kerana kau ramai bersesak-sesak di pejabat Balak,

Balak oh balak,
Kerana kau ramai dapat beli Hiluk,
Kerana kau ramai dapat hidup sedak,

Balak oh balak,
Kerana kau air sungai nampak kelat,
Kerana kau flora fauna mati katak,

Balak oh balak,
Sampai bila nak habis tetak,
Sampai kini jalan tetap jugak rosak...

Balak oh balak,
Kenapa ambil balak tetapi tak boleh nk baiki jalan rosak,
Kenapa merogol hutan sehingga botak mcm tak ada otak...

Balak oh balak,
Kalau jalan rosak dibaiki tak apa jugak,
Kalau Jambatan dibina sebagai ganti tak apa jugak,

Ini tidak,
Kamu tinggalkan ia dengan botak,
Teganya kamu biarkan kami memberontak,
Hinanya kamu kepada kami yang meminta gertak,

Balak oh balak,
Ramai mata akan terbeliak,
Dari pemimpin hingga lah ke tok siak,
Siang malam duk cari kawasan balak,
Untuk mengunting bukit supaya botak,

Alasan diberi untuk kemudahan masa depan kelak,
Padahal JALAN TETAP JUGAK ROSAK!!!

Dinukilan di Dabong, 19.45


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ahad, Januari 01, 2012

2012 : Harapan & Impian

Selamat menikmati udara yg segar di pagi hari 2012. Seperti awal tahun-tahun yang sudah, maka begitu jugalah dengan tahun ini.

Bagi setiap insan yang bernyawa dan berilmu pengetahuan serta yang waras, sudah pastinya masing-masing mempunyai harapan dan cita-cita yang terpendam dan yang masih belum direalisasikan.

Bagi pendudukvdi bandar, harapan cara bandar, bagi penduduk di kota raya, mempunyai harapan yang berlainan pula, begitu juga dengan penduduk di dalam hutan, mereka juga mempunyai cita-cita yang mahu dikecapi.

Justeru harapan dan impian ini biarlah sejajar dengan tingkahlaku yang menjurus ke arahnya.

Bagi saya, harapan Jambatan Kandek-Biak dapatlah dibina pada tahun 2012 ini....namun....ntahlah....


Published with Blogger-droid v2.0.2
Published with Blogger-droid v2.0.2