<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Rabu, Februari 15, 2012

Innovation

Hanya gambar mampu menceritakan.

Dabong Ekspress

 Pemandangan dari atas Jambatan Dabong

DABONG, sebuah pekan yang kian pesat membangun.
Laman Nurani poskan sekeping gambar yang menunjukkan dua jenis laluan utama yang menjadi nadi penghubung antara rakyat Dabong dengan dunia luar...iaitu jalan sungai dan jalan kereta api.

Nadi pengangkutan ini menjadi jalan penghubung utama untuk penduduk memasarkan barangan pertanian, hasil-hasil hutan serta untuk urusan masing-masing dengan dunia luar.

Sehingga kini, jalan ini masih lagi digunakan walalupun kemudahan jalan darat telah sedia ada.

Dabong, jangan ditinggal arus kemodenan...


Jumaat, Februari 03, 2012

Fikir Luar Sempadan

Adakah kita berbangga dengan program-program yang kecik2 sahaja? Memang ini yang diratibkan sepanjang masa dan ketika. Hampir 30 program yang kita laksanakan, inilah yang kita asyik bangga-bangga kan di mana-mana sekalipun kita pergi.

Ya, program seperti bantuan armalah, Kifaalah, Bantuan Belia Tani, Bantuan Pelajar Miskin, Gerbang Az-Ziwaj, dan lain-lain bentuk bantuan serta program yang berjaya di laksanakan sepanjang 20 tahun pemerentahan ini.

Memang tak dapat dinafikan, program ini merupakan suatu tangunggjawab yang perlu dilakukan oleh setiap kerajaan atau pemerintah untuk rakyatnya, tak perlu dibangga pun...macam tanggujawab seorang ayah memberi pendidikan kepada anaknya. Semua bentuk program ini memang perlu dilakukan walau sesiapa pun yang mentadbir jika merasa tangungjawab.

Laman Nurani bukan memperlekeh semua program itu, tidak ada niat pun mahu mengecilakn sumbangan yang telah diberikan, memang bagus dan perlu dilakukan sepangjang masa. Namun, kami ingin mengajak semua pembaca agar berfikir di luar sempadan program ini.

Mari kita lihat, antara banyak program ini, adakah ianya merangkumi manfaatnya untuk keseluruhan rakyat? Jika program armalah, hanya armalah jer yang terlibat, jika program Kifaalah, hanya untuk yang berumur 60 tahun ke atas sahaja, jika program bantuan pelajar, hanya pelajar jer yang terlibat, jika program bantuan asas binaan, hanya makhluk tertentu jer yang terlibat dan merasa manfaatnya...

Cuba kita semua fikir, apakah bentuk program atau perancangan yang harus dilakukan untuk manfaat keseluruhan rakyat, tak kira kecik besar, tua muda, huduh comel, hitam putih, PAS UMNO..semua akan merasa...pernah kita fikir?

Kita asyik dilamun mimpi dengan program-program kecil yang hanya tok penghulu jer boleh handle, tak perlu pada wakil rakyat pun.

Kalau kita sebagai wakil rakyat, pernah tak kita fikir apa yang harus dibuat untuk semua rakyat merasai apa yang kita perjuangkan?

Ya, kalau kita bersungguh perjuangkan perkara tersebut, maka seluruh rakyat akan dapat merasainya. Antaranya dengan membina sebuah jambatan sebagai penghubung yang utama antara 2 kawasan yang terputus.

Jika kita bersungguh perjuangkan supaya jalan-jalan yang rosak dibaiki, maka seluruh rakyat akan merasai keselesaan apabila jalan tersebut dibaiki.

Jika kita bersungguh selesaikan isu air yang melanda, seluruh rakyat dapat merasai bekalan air bersih yang bermutu. Namun, kita semua asyik bersungguh kepada perkara2 yang kecik-kecik sahaja. Bercawat kote duk jaja program-program yang hanya memberi manfaat kepada segolongan sahaja.

Inilah yang kami perhati. Tidak ada kesungguhan untuk memberi tahap keselesaan kepada seluruh rakyat. Kita semua gagal memikirkan apa yang menjadikan sesebuah tempat itu maju dan membangun. Jika tidak ada pemangkin, maka lambat lah kawasan tersebut maju. Sebab corak pemikiran kita hanya tertumpu di dalam selimut sahaja.

Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk memberi keselesaan kepada seluruh rakyat. Program-program yang kecik tadi, biarlah URUSETIA sendiri yang uruskan sepanjang masa. Kita sebagai pimpinan harus memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Ubahlah cara berfikir, buatlah secara professional. Rakyat hanya mahukan keselesaan dalam setiap masa mereka mencari rezeki. Mereka mahu menggunakan bekalan air yang bersih, mereka mahu menggunakan jalan yang sempurna, mereka mahu mendiami rumah-rumah mereka dengan aman, mereka mahu bersosial dengan selamat dan bermutu. Ini sahaja yang rakyat mahukan. Perkara inilah yang perlu diutamakan oleh setiap pemimpin.

Cuba pikir balik, berapa banyak program yang dilaksanakan, Ladang Rakyat, Bantuan Asas Tani, dan sebagainya, adakah ianya memberikan keuntungan kepada kita sebgai kerajaan? Secara atas kertas, memang akan memberikan pulangan yg lumayan...namun, kita lupa sesuatu, orang yang tak dapat merasai manfaat tersebut pun merupakan PENGUNDI dan rakyat kita jugak....Jangan kita lupa perkara ini.

Sekian, salam berfikir di luar sempadan.

Dabong, 3 Feb 2012.

Selasa, Januari 17, 2012

Sajak Balak

Balak oh balak,
Kerana kau banyak jalan rosak,
Kerana kau jugak, banyak hutan jadi botak,

Balak oh balak,
Kerana kau ramai bertetak,
kerana kau ramai bersesak-sesak di pejabat Balak,

Balak oh balak,
Kerana kau ramai dapat beli Hiluk,
Kerana kau ramai dapat hidup sedak,

Balak oh balak,
Kerana kau air sungai nampak kelat,
Kerana kau flora fauna mati katak,

Balak oh balak,
Sampai bila nak habis tetak,
Sampai kini jalan tetap jugak rosak...

Balak oh balak,
Kenapa ambil balak tetapi tak boleh nk baiki jalan rosak,
Kenapa merogol hutan sehingga botak mcm tak ada otak...

Balak oh balak,
Kalau jalan rosak dibaiki tak apa jugak,
Kalau Jambatan dibina sebagai ganti tak apa jugak,

Ini tidak,
Kamu tinggalkan ia dengan botak,
Teganya kamu biarkan kami memberontak,
Hinanya kamu kepada kami yang meminta gertak,

Balak oh balak,
Ramai mata akan terbeliak,
Dari pemimpin hingga lah ke tok siak,
Siang malam duk cari kawasan balak,
Untuk mengunting bukit supaya botak,

Alasan diberi untuk kemudahan masa depan kelak,
Padahal JALAN TETAP JUGAK ROSAK!!!

Dinukilan di Dabong, 19.45


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ahad, Januari 01, 2012

2012 : Harapan & Impian

Selamat menikmati udara yg segar di pagi hari 2012. Seperti awal tahun-tahun yang sudah, maka begitu jugalah dengan tahun ini.

Bagi setiap insan yang bernyawa dan berilmu pengetahuan serta yang waras, sudah pastinya masing-masing mempunyai harapan dan cita-cita yang terpendam dan yang masih belum direalisasikan.

Bagi pendudukvdi bandar, harapan cara bandar, bagi penduduk di kota raya, mempunyai harapan yang berlainan pula, begitu juga dengan penduduk di dalam hutan, mereka juga mempunyai cita-cita yang mahu dikecapi.

Justeru harapan dan impian ini biarlah sejajar dengan tingkahlaku yang menjurus ke arahnya.

Bagi saya, harapan Jambatan Kandek-Biak dapatlah dibina pada tahun 2012 ini....namun....ntahlah....


Published with Blogger-droid v2.0.2
Published with Blogger-droid v2.0.2

Selasa, Disember 27, 2011

Bermain Dengan Apa Yang Ada

After snap...terus transfer ke iPad...

Tgk album dlm iPad...

Ooohhh...

Xperlu lagi duk berebut nk tgk skrin D90 yg kecik tu...

Ok la...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Ahad, Disember 25, 2011

TERKINI : Isu jalan rosak di Kawasan Dun Dabong


Jawapan maklumbalas yang saya hantar ke email En. Mohamad, Biro Pengaduan Awam Malaysia.

Terima kasih En. Mohamad di atas tindakan proaktif yang diambil oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia. Memang aduan ini sejak 2008 lagi, namun ianya masih tidak lagi dibaiki. Saya faham akan kekangan peruntukan, namun jika kami tidak memperbaharui aduan, maka fail kes ini berada dibawah. Oleh itu, saya menggunakan mekanisma membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam Malaysia kerana BPA merupakan sebuah jabatan yang berada di bawah Perdana menteri Malaysia, kabel BPA lagi tinggi dan besat berbanding kami rakyat di bawah. Jika kami pergi membuat aduan sendiri di JKR, memang tidak akan mendapat sebarang jawapan sampai bila-bila.
Justeru, saya amat selesa menggunakan saluran Biro Pengaduan Awam Malaysia untuk sebarang aduan, bukan bermaksud saya ingin bergaduh dengan BPA, tetapi saluran BPA amat saya percayai untuk menyampaikan apa-apa masalah yg kami sebagai rakyat hadapi. Saya tidak suka saluran politik yang banyak menipu dan berbohng untuk menunjukkan kreadibiliti mereka. Sedangkan tiada apa pun. Cakap kosong jer saluran politik ni.
Pernah saya ajukan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, melalui surat rasmi kepada beliau pada akhir 2008, namun sehingga kini saya masih tida menerima apa-apa maklumbalas.
Tahniah BPA kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada saya.
Tujuan saya membuat aduan yang sama adalah keranan supaya fail aduan saya sentiasa timbul dan disebut sentiasa. Saya faham akan masalah peruntukan, tetapi lojik atau tidak sejak dari 2008 lagi takkanlah peruntukan utk rakyat ni masih tiada?
Sekarang sudah menghampiri 2012, sudah hampir 4 tahun, takkanlah peruntukan tak ada? Sedangkan untuk mengorek jalan yang tak rosak boleh pulak ada? Jika En. Mohamad melalui jalan Kuala Krai-Gua Musang tempoh hari, Encik pasti akan menemui jalan yg baru diturap di sekitar Pahi, Manik Urai, Lepan Jenut, untuk makluman Encik, jalan tersebut tidak rosak seteruk jalan yg saya adukan, mengapa jaan yang tak rosak boleh dikorek dan diturap? Sedangkan jalan yang benar2 rosak tiada peruntukan untuk dibaiki, ini yang sayanangin satu badan.
Terima kasihlah kepada BPA yang prihatin dan tidak mengecewakan saya. Bukan niat saya untuk bergaduh dengan sesiapa, cuma saya ni sebagai rakyat Malaysia yang merdeka memounyai hak untuk menyatakan aduan keada kerajaan.
Sekian, terima kasih.


Sabtu, Disember 24, 2011

Umpama Mimpi Dalam Mimpi Versi Iblis

Umpama mimpi dalam mimpi, sebuah lagu yang diciptakan untuk tatapan halwa telinga manusia. Sebuah lagu yg dimanifestasikan untuk menunjukkan sikap dan juga perasaan yang dialami sendiri. Sungguh asyik mendengarnya. Kemungkinan penulis liriknya pernah merasai pengalaman ditipu, dikhianati, malah ia hanya satu fantasi yang tidak pernah menjadi realiti.

Jambatan Kandek-Biak, sebuah rancangan yang tidak pernah menjadi kenyataan untuk penduduk. Diibaratkan seumpama mimpi dalam mimpi. Setiap kali pilihanraya, maka setiap kali itulah juga impian dan harapan disemai dan dibajai dengan penuh kesungguhan dan nilai- nilai estetika yang berkualiti dan bernas.

Pelbagai alasan dicipta kan supaya ianya menampakkan kesungguhan dan kebenarannya. Malah itu semua tipuan dan dustaan belaka. Malang sungguh.

Bagi saya, semua ini hanyalah mainan pihak tang suka mempermainkan rakyat dengan jawatan yg ada. Memang tidak ada kreadibiliti sebagai ppemimpin pun, hanya reti menipu dan membangangkan rakyat sahaja.

Sedari tahun 2008 lagi saya mengajukan persoalan berkaitan denganya. Malah semakin saya mengajukan persoalan, Semakain Terserlah Ayumu. Inilah yang dikatakan penipuan orang yang bergelar pemimpin. Rakyat yang bangang dibangangkan lagi dengan idea dan juga signifikan yg diciptakannya.

Ibarat bermain bola, passing ke sana sini. Begitu jugak dengan Jambatan Kandek-Biak. Mereka menjadikan ianya sebuah bola sepak atau bola baling, atau bola golf, atau bola takraw...inilah iblis dan syaitan yang berupa manusia yang ada di kalangan rakyat Dun Dabong.

Iblis dan hantu syaitan ini akan berkeliaran bila Yang Dipertuan Agong melaungkan semboyan pembubaran dewan rakyat. Maka tanduk mereka akan segera tumbuhserta taring mereka akan menyeringai untuk memperbodohkan rakyat. "jika menang kami akan bina Jambatan Kandek-Biak"... Inilah ucapan iblis tersebut. Namun sebab dia tuiblis, maka janji tak boleh dipakai.
Tak usahlaj bermimpi wahai rakyat sekelian, jgn terhibur dengan kata-kata iblis tersebut. Cukuplah ditipu selama ini, jgn ditipu untuk kali yang seterusnya. Jangan lagi jadi bodoh dan bangang.

Sebagai manifestasi, ada suara-suara iblis mengatakan bahawa Jamabatan Kandek-Biak tidak dapat dibina kerana tidak ekonomik dan tidak menguntungkan kerajaan. Baiklah, saya nak tanya, berapa billion kerajaan dapat dalam seminit dengan pembinaan Jambatan Jerimbong di Dun Kuala Balah.

Mengapa jambatan Jerimbong dapat dibina? Kenapa jambatan Kandek-Biak tak dapat dibina? Cukuplah memperbodohkan rakyat wahai iblis-iblis semua. Wahai syaitan sekelian, janganlah kamu menipu rakyat kamu lagi...kamu belajar tinggi, ilmu banyak, tetapi kamu ni syaitan yang menggunakan ilmu kamu untuk memperbodohkan rakyat.


Jumaat, Disember 16, 2011

iPhone 4S

Will get it...

Ermmm...one day hopefully...

Insya Allah...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, Disember 12, 2011

Apa khabar Jambatan Kandek-Biak??!!



Untuk jawapan yg ni, ADUAN SAYA SEKALI LAGI KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM MALAYSIA. (24/11/2011 Jam 21:10)

Saya telah menerima surat jawapan mengenai pertanyaan saya seblum ni, KES 87896, surat tuan BPA/CWT/007/2011.05/JKR/61567(20) bertarikh 17/11/2011. Di dalam surat tersebut pihak tuan memaklumkan pihak agensi telah maklumkan bahawa kawasan Kandek-Biak adalah di bawah pentadbiran KESEDAR dan dimaklumkan juga bahawa pihak KESEDAR telah diminta oleh Kemneterian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memberikan maklumat berhubung projek tersebut (Jambatan Kandek-Biak).
Sementara menunggu maklumbalas daripada pihak Kesedar, suka saya ajukan sekali lagi kePELIKAN yang berlaku disini.
1. Mengikut surat tuan, BPA/CWT/007/2010.05/JKR/61567(11) bertarikh 04/07/2011 mengenai perkara yang sama, saya difahamkan bahawa ianya telah dimasukkan ke dalam senarai Projek Pembangunan Bagi Kementerian Kerja Raya di bawah Rolling Plan ke Dua Rancangan Malaysia Ke-10.
2. Jika dah dimasukkan dalam senarai projek pembangunan, mengapa nk tanya pihak itu ini lagi? Saya mahu tahu sejauh mana dh ianya berjalan...dan surat2 sebelum ni pun, pihak tuan ada memberitahu bahawa perlantikan perunding untuk rekabentuk projek ini dijangka menggunakan peruntukan 2011 (rujuk surat tuan : BPA/CWT/007/2010.05/JKR/61567(6) bertarikh 06/06/2010). Jadi macam mana perlaksanaannya? Ini yang kami nak tahu...kami bukannya nak tahu kawasan tu kawasan siapa?? Ingat kawasan Uganda ke?

Pohon sekali lagi kami mahu progress perlaksanaannya, JIKA TAK MAHU BUAT, CAKAP TAK MAHU BUAT, JANGAN DUK BERBELIT2 MCM NIH. Ingat kami ni putung kayu ke?

Maaf la, kami terasa terhina dipermainkan begini. Sekali tiada peruntukan, sekali kata nk mintak peruntukan, sekali kata nk lantik perunding, sekali kata masuk dlm senarai projek, lepas tu pulak cerita terbaru, kena tanya KESEDAR...APA SEMUA NI???? INGAT KAMI BULEH DUK DIAM KE???

Federal vs State

"Errr..boleh tak bagitahu jalan ni jalan FEDERAL ke NEGERI, lokasi kat mana ni?".

Persoalan inilah yg sering ditimbulkan oleh kebanyakan orang termasuklah Exco kerajaan negeri.

Bagi saya, soalan basi seperti inilah yg menambahkan lg birokrasi dlm pentadbiran.

Saya sudah beratus-ratus kali perjelaskan jwapan untuk soapan ini sejak penghujung 2008 lagi. Rupanya kita ni jadi bodoh belaka. Bila jalan rosak, bukannya nk pakat baiki tetapi duk ralit berbalah jalan itu siapa punya. Tak pikir dh azab yg rakyat kena tanggung.

Inilah tahap pemikiran yg ada dalam jiwa hati nurani pemimpin di dunia kita.

Saya amat kesal setelah hampir 4 tahun menceritakn pasal kerosakan jalan yg tak pernah selesai ni...masih ada lagi manusia yg bertanya jalan federal ke jalan negeri.

Soalan lapuk begini tak perly dilayan. Lebih-lebih lg yang bertanya tu seorang pemimpin. Kalau betul benar membela rakyat, mereka kena turun sendiri melawat ke tapak yang didakwa itu.

Adakah perkara FEDERAL-NEGERI ini akan berakhir walaupun PR memerintah Malaysia????...

MOOD : AKU TAK YAKIN.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, Disember 11, 2011

My New Gadjet

Syukur alhamdulillah...

Sempena awal tahun baru Muharram 1433 ni...dapat sebuah lg gadjet, iPad2.

Best jgk la bersama dan bermesra dengan nya.

Dapatlah ia berteman teman dgn Galaxy S Plus dan D90..

Walaupun iPod sudah lama menyepi..dgn kehadiran rakan rakan baru ini. iPod yg dahulunya malu-malu hagemaru...kini beliau sudah mengah....

iPad2, satu manifestasi baru. Alhamdulillah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, Disember 01, 2011

Jika Difikirkan

Jika sekiranya Pakatan Rakyat diizinkan Allah untuk mentadbir negara ini, apakah yg bakal kita sebagai rakyat biasa kecapi? Disini saya tidak persoalkan bab keyakinan...cuma sekadar berkongsi rasa dan perasaan.

Baiklah...jika dilihat apa yg berlaku sekarang...semngat kronisme dan 'kabel' memang menebal di dalam pemerintahan sekarang..hatta sehingga guru nk tukar pn kena ada kabel yg kuat dan besar di pejabat pelajaran. Kalau bab pemberian projek..lebih-lebih lagi la.

Namun apakah benda-benda sebegini akan berterusan apabila kerajaan dr parti lain yg akan memerintah nanti? Adakah PR akan memansuhkan sistem kabel ini? Ini yg menjadi igauan.

Jika ianya mengamalkan corak yg sama..maka sama jah la dgn yg sebelum ni..cuma tukar kulit jer.

Diharap akan ada perubahan dan tidak akan ada lagi sistem kabel dan "ini orang saya".

Errr...ada siapa kisah???


Published with Blogger-droid v2.0.1