Sejauh manakah kempen ini dibuat dan bagaimanakah reaksi dan kerjasama dari semua pihak? Jika Merokok Haram, adakah perkara2 yang berkaitan dengannya akan menjadi haram? Membeli, menjual, membawa, membungkus, tolong beli, tolong jual, dan sebagainya sebagaimanya haramnya jika berkaitan dengan ARAK..Fikir dan renungkanlah...
Khamis, November 11, 2010
MEROKOK HARAM DISISI ISLAM : Jom Sama-Sama Kempen
Rabu, November 10, 2010
Under Construction
2,3 minggu ini, suatu berita gumbira buat pengguna jalan raya Dabong-Sungai Sam. Ini kerana pihak yang berwajib dan bertanggungjawab telah hadir tampil menjalankan tugas hakiki mereka dengan membaiki kerosakan di jalan rosak berhampiran Kampung Sungai Sam.
Syukur yang tidak terhingga kami semua ucapkan kepada Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam yang telah mencetuskan dan membuka hati-hati pihak berwajib supaya mendengar rintihan, keluhan, aduan sepanjang masa dari kami serta telah setuju untuk membaiki jalan tersebut.
Status lokasi itu sekarang ini ialah Under Construction.
Penat lelah selama ini terasa sedikit hilang setelah mendapati jentera-jentera pembaikian jalan bersedia untuk membaiki jalan.
Walau bagaimanapun, kami tidak akan lupa kepada 3,4 lokasi lagi kerosakan jalan di sekitar Dun Dabong. Kami akan terus mendesak dan mendesak sehingga dibaiki. Sebab semuanya di Malaysia ni, jika kita sebagai rakyat ni tidak mendesak secara agresif, maka tidak akan ada sesiapa pun yang nak hiraukan akan nasib kami di dalam HUTAN dan di kawasan HULU KELANTAN ni.
Sesiapa wakil rakyat ke, syarikat ke, jabatan ke, siapa2 ke yang nak mengaku jalan yang dibaiki tu adalah projeknya, sila lah mengaku, kami tak kisah pun siapa2 nak mengaku dan nk mendabik dada...sebab apa yang kami kisah hanyalah jalan-jalan rosak. Kalau sesiapa cuba nak menagguk di air keroh, bukan di Melaka, maka silalah....besar publisiti tuuuuuuuuuu...(AKU CUMA NK TGK GELAGAT AHLI POLITIKUS jerr mcm mana nanti).
Isnin, November 01, 2010
Khamis, Oktober 28, 2010
Sabtu, Oktober 23, 2010
Sinar Baru...
MUTAKHIR : Ambo amik maso lamo jogok dok baca komen tuan2..nak memahami niat tersirat dalam komen tsbt. klah.. gini.. BETUL JALAN NI DILAPUR DAN JKR SENDIRI PUN AMBIL INISIATIF POHON PERUNTUKAN DARI 2008 LAGI. ABIS 2008.. PERUNTUKAN X LULUS.....SEKALI LAGI KITA POHON TAHUN 2009.. X MARI JUGOK.. JKR POHON LAGI TAHUN 2010... 2010 NOK BERLALU DOH.. JADI JKR ANGKAT LAGI PERUNTUKAN UNTUK BAJET 2011.. x putus asa.. nok suroh jalan ni dibaiki..jkr faham sgt masalah pengguna.. hospitalKK pun selalu mengadu banyak pesakit terlewat sampai sebab ambulan xleh nak pecut jln ni... YBahli Parlimen KK pun bangkit dalam parlimen.JKR kena jawab. Dato' ramzi pun ado bincang ngan JKR cara nok percepat jln ni dibaiki.. Aduan Biro x terkira..setiap bulan JKR kena respon.. BAGUSLAH.. SEMUA TU JKR KUMPUL DAN DIJADIKAN BUKTI BAHAWA JALAN INI PERLU DIBERI KEUTAMAAN OLEH KERAJAAN,..Alhamdulillah..atas KECAKNAAN semua pihak x kira plitik mano..AKHIRNYA JKR TELAH DILULUSKAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBAIKI JALAN TERSEBUT. JKR AKAN SEDAYA UPAYA MENYIAPKANNYA DALAM TAHUN NI JUGOK. WASSALAM
Kami tidak pernah jemu dan putus asa dalam menyampaikan aduan berkaitan jalan-jalan rosak kepada pihak-piahk berwajib. Selagi ianya tidak dibaiki, maka selagi itulah aduan-aduan kami akan sampai kepada pihak mereka.
Mungkinkah komen ini memberi Sinar Baru pada kami di Dun Dabong?? Ke sekadar Sinar Harian jer....sama-sama kita tunggu...
Dabong, 7.39 a.m
Khamis, Oktober 07, 2010
Bandar Baru Dabong : Kami Ingat Tidak Lupa
Sebuah kenyataan.
Kenangan Mengusek Jiwa...
Sekadar mengulek kenangan lalu....sila lah baca...saya tak mahu ulas panjang lebar, anda semua nilailah sendiri.
Jika nak merangka MANIFESTO BARU, para 3.4 tu jangan dilupa ya...sebab kami di Dabong ni pun Ingat Tidak Lupa.
Rabu, Oktober 06, 2010
Eksklusif : Bandar Baru Dabong
Pernah disiarkan di dalam HARAKAH suatu tahun dahulu. Kenapa sekarang ini senyap sepi??? Mentang-mentang ianya di Dabong, semuanya jadi tak kena...HINA SANGAT ke kami di Dabong??
KUALA KRAI, 13 Feb - Dabong yang terkenal dengan keindahan Gunung Stong bakal menjadi pusat pertumbuhan utama di pedalaman Kelantan apabila sebuah bandar baru dibina di kawasan tersebut.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bandar baru itu dirancang di kawasan seluas 65 ekar yang terletak tidak jauh daripada jambatan baru Dabong - Jelawang.
Katanya, pelbagai infrastruktur bakal dibina di kawasan tersebut antaranya, masjid, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan, taman perumahan, balai polis, kompleks sukan, hentian bas dan stesen minyak.
"Saya berharap cadangan untuk membina masjid dan balai polis hendak dibuat di kawasan berdekatan bagi membolehkan mereka yang ditahan di lokap boleh mendengar azan dari masjid.
"Selain itu, perlu dipastikan lokasi masjid juga tidak jauh dari stesen minyak bagi memudahkan pelancong yang singgah dapat meninjau kawasan masjid. Kita perlu fikir cara bagi membolehkan orang bukan Islam juga berminat untuk berkunjung ke masjid," katanya pada program taklimat sempena lawatan kerja ke Majlis Daerah Dabong (MDD) semalam.
Selain itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan mencari kaedah sesuai untuk menarik kedatangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Dabong. Terdapat tiga lokasi pelancongan utama di Dabong iaitu Gua Ikan, Gunung Stong dan Lata Kertas.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga kesal kerana kawasan rekreasi terbabit dicemari dengan unsur-unsur vandalisme.
Hadir sama, anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan,
Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Haji Mohamad Ibrahim, Yang Dipertua MDD, Haji Mat Jusoh Hussin, Penyelia DUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim dan ahli-ahli majlis daerah.
Pekan Dabong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kota Bharu dan 80 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya simpang tiga Kuala Krai – Gua Musang di Sungai Syam ke Dabong dan Jeli – Jelawang - Dabong.
Mohamad berkata, bandar baru dicadangkan di Dabong memandangkan kedudukan pekan lama begitu sendat dan tidak sesuai lagi dibangunkan kerana terhalang dengan Sungai Galas dan landasan kereta api.
"Kita menjangka sekiranya penduduk Dabong mencecah 25,000 orang, pekan lama yang ada sekarang tidak sesuai lagi untuk menampung
jumlah tersebut," ujarnya. Bilangan penduduknya sekarang sekitar 13,000 orang. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar mengisytiharkan MDD secara rasmi bagi menggantikan nama lamanya Majlis Daerah Kuala Krai Selatan.//
Hrkh
Isnin, September 27, 2010
Episod Drama "JANJI PALSU" akan kembali bersiaran..Tunggu di kaca TV anda...
Pergi Tak Kembali, itulah salah satu tajuk lagu nasyid yang didendangkan oleh Kumpulan Rabbani. sudah lumrah setiap kehidupan, sampai masa akan dijemput pulang. Membawa amal di dunia berjumpa Tuhan. Tanpa mengira usia, bangsa dan keturunan, bila sampai masanya, kita akan dipanggil mengadap Tuhan.
Apapun, apabila insan yang begelar ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia, pastinya terbanyang disetiap kita ni akan berlakunya suatu pesta yang tak akan dilepaskan oleh semua rakyat untuk mengikutinya.
Apa yang lebih molek digunakan untuk pesta ini ialah seperti suatu drama yang selalu ditayangkan di kaca-kaca televisyen. Drama kali ini bertajuk "Janji Palsu". Sedikit masa lagi, episod drama Janji Palsu ini akan bersambung setelah hampir setahun menyepi selepas bersiaran di Manek Urai tempoh hari.
Para pelakon sudah siap bersedia untuk melakonkan watak masing-masing, sama ada watak jahat, watak komedi, watak baik, watak sadis, watak zuhud, watak ganas, aksi stunt, semua sudah lengkap. Cuma menunggu masa dari Tuan Peneraju Utama sahaja yang menjerit, "action!!!"
Sabtu, September 25, 2010
Nak Royak Sikit
Kalau dalam penulisan sebelum ini, saya rungkaikan perihal MASA. Pada kali ini saya cuba nak kongsikan perihal TEMPAT pulak.
Tuan-tuan cuba perati, kebanyakan program atau majlis peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau parti kebanyakkannya dibuat di sekitar bandar Kota Bharu. Maka berduyun-dutunlah rakyat dari segenap pelososk negeri sejak dari Jajahan Lojing, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Tumpat bertumpu di Kota Bharu untuk menghadiri majlis/program tersebut.
Tidak salah buat di pusat bandar. Malah di pusat bandar memiliki segala infra yang diperlukan. Tetapi jika hanya dibuat di pusat bandar sepanjang mana, bila masa kawasan-kawasan lain akan dibangunkan? Pernah tak kita fikir, rakyat dari kawasan-kawasan hulu ni terpaksa bertolak awal untuk ke Kota Bharu, lebih2 lagi terpaksa bermalam di sana sehari sebelum majlis/program beerlangsung. Adil ke dengan penduduk yang berada di Kota Bharu??
Kenapa kita tidak boleh rotate tempat program ini? Biar rakyat Tumpat, Kota Bharu merasai betapa susahnya nk ke Gua Musang ke, nak kena bermalam di sana sehari sebelum program tu. Penganjur jangan hanya syok sendiri adakan program/majlis di Kota Bharu, rakyat di kawasan pedalaman ni kadang-kadang bermasam muka sesama sendiri dalam hal mencari kenderaan dan mencari orang untuk ke sana.
Bila saya sebut macam ni, ada pulak yang megatakan, "Jihad tu syeh...tak perlu diungkit benda-benda macam ni." -Betul, saya akui, tetapi pernah kita bandingkan dengan rakyat2 yang berada berdekatan dengan kawasan program? Adakah rakyat di kawasan bandar tak mahu berjihad sama seperti rakyat di kawasan pedalaman?
Jika isu kemudahan menjadi masalah utama untuk diadakan di kawasan @ daerah lain, maka pihak pemerintah kena lah sediakan kemudahan itu di setiap daerah. Jangan hanya perbanyakkan di kawasan ibu kota sahaja. Kena agih2kan juga ke kawasan-kawasan lain. Barulah kawasan lain pun merasa nikmat bersama.
Jika semua daerah mempunyai sebuah dewan seperti dewan PUTIK, maka saya rasa, tidak pelik jika majlis atau program-program dapat dibuat bergilir-gilir di setiap daerah.
Sebagai contoh, Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan, diadakan di Jeli. Tahun depan di Pasir Mas, tahun seterusnya di Kuala Krai. Maka seluruh rakayat tak perlu hanya kenal KOTA BHARU jer...
Sekian.
Dabong, 7.54
25 Sept. 2010
Khamis, September 16, 2010
Bagaikan Medan Perang
Adakah budaya kita menyambut raya dengan dentuman mercun? Bagaikan medan perang dibuatnya. Di mana pihak-pihak berkuasa di saat anak-anak muda merdeka ini menucuch sumbu mercun itu? Warga tua teras masyarakat sedang khusyuk solat tasbih di masjid, surau, dan madrasah, warga muda harapan bangsa sedang sibuk 'membakar' pitis. Gegak gumpita bak halilintar membelah kesinyian malam. Adakah perlu atau wajib menyambut raya dengan mercun?
Inilah yang terjadi pada malam 1 Syawal lepas. Sebaik azan maghrib berkumandang, disambut segera dengan bunyi-bunyi yang kuat. Tak malu ke duk 'bakar' duit macam tu je? Membazir tu namanya. Ingat membazir ni dalam bab makanan je ke? Masya Allah.
Dalam masa yang sama kerajaan duk nasihat melalui corong-corong radio dan peti-peti televisi. Namun mengapa masih ada lagi aktiviti membakar duit ni dilakukan padahal pihak berkuasa ada di depan mata je? Macam mana ini boleh berlaku?
Ada yang lebih teruk tu, ibu bapa pun satu line jugak dengan anak-anak merdeka ni. Mereka kata, "biarlah, budak-budak nak berhibur sambut raya..." soalnya, adakah ini budaya kita sebagai orang Islam?
Jika tak terjadi kecelakaan apa-apa, semuanya bergumbira lah, tetapi jika ada terjadi kecelakaan, yang suka akan jadi duka. Oleh itu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, sediakan payung sebelum hujan, alang-alang mandi, biar guna sabun.
Saya percaya, di tempat anda pun macam tu jugak. Bagikan medan perang pada malam 1 Syawal. Salam aidilfitri.
Dabong, 16/9/2010
8.01 A.M
Rabu, September 08, 2010
Khamis, Ogos 12, 2010
Sirap Selasih

(Nyanyi ikut senikata lagu Kasih Kekasih - In Team)
Tak perlu aku ragui
Sedapnya sirap yang mak beli
Kita saling
Gemar-menggemari
Buat berbuka nanti
Ayah pun menyetujui
Menghulur duit di jari
Dengan rezeki dari Ilahi
Sirap pun dapat dibeli
Sebelum dihabis minumkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari doa berbuka puasa
Agar kita lebih bersedia
Ke masjid untuk terawih pula
Kau tahu ku mengemarimu
Ku tahu kau menyukaikuu...ooh selasih
Bersabarlah sayang
Waktu berbuka kan menjelma jua
Sirap akan disatukan
Dengan campuran air, ais dan..ooh..selasih
Di sana sini kilang sirap dibuka
Tauke cina merasa bahagia
Semoga baki sirap kita
Disimpan di dalam peti
Berdoalah selalu
Moga rezeki berpanjangan.
(A Tribute to Member of A.P.I. Kolej Pertama, UTMKL. Semoga anda semua mengingati lirik ini lagi)
Jumaat, Julai 30, 2010
Anak Muda Cakno Masjid
Program gotong-royong ini diadakan bersempena dengan menjelangnya Bulan Ramadhan tak lama lagi.
dari pagi-pagi lagi mereka sudah hadir di masjid untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam masjid dan di sekitar kawasan masjid. Syabas dan tahniah. Usaha sebegini sepatutnya dilakukan sepanjang masa. Insya Allah pada masa akan datang, gerak kerja murni ini akan dilakukan.
Khamis, Julai 15, 2010
"Jale kerajae pusat tuh.."
Inilah antara contoh-contoh ayat dan perkataan yang sering terpacul dari mulut penduduk. Bukannya pikir macam mana nak baiki, macam mana nk buat aduan. Tetapi semuanya hanya pandai berpolitik di kedai Milo dan Nescafe sahaja.
Bila diajukan permasalahan kepada wakil rakyat dari PAS, maka dia akan kata, "jale kerajaan pusat tuh, kito tak leh nak baiki, nati JKR marah." Maka rakyat akan ratib benda ni bahawa, kita (kerajaan Negeri) tak buleh nak baiki, sebab nanti JKR akan marah, nanti Kesedar akan marah. Maka senyap macam tu lah, rosak pun rosak lah..gunalah rosak pun jalan tuh..
Inilah antara pesepsi yang berlaku di kampung-kampung. Bila kita ajukan kepada Biro Pengaduan Awam, dia boleh jawab, "Sedang memohon peruntukan luar jangka", "Sedang menunggu peruntukan tahun depan". Macam-macm lah alasan. Eh, ada mereka pikir ke kenderaan kita rosak? Ada mereka pikir ke jika penduduk kawasan kita masuk gaung? Ada??
Cuba kita rungkai permasalahan ni. Jika sesuatu kawasan tu dimenangi oleh pembangkang, maka wokil rakyat serta rakyatnya tak boleh la buat aduan kepada pihak kerajaan? Ke macam mana? Sebab ada sesetengah orang tu marah bila saya buat aduan kepada kerajaan pusat. Dia kata, sebab dalam pilihanraya, xsokong kerajaan pusat, tapi bila nak minta jalan rosak dibaiki, kenapa minta dengan kerajaan pusat. Ini salah satu kenyataan yang memang zaman Jepun punya gred nih.
Kerajaan Malaysia ni siapa? Kerajaan Kelantan ni siapa? BN, PAS, PKR, UMNO ni apa?? Cuba kita mikir luar dari ruang lingkup kepartian sikit. Jangan jadi totok sangat. Soal nak sokong mana2 parti dan calon dalam pilihanraya ni adalah soal lain, jangan campur adukkan dalam pembangunan. Sebab kita memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih calon mana yang berkenan.
Bila dan membentuk kerajaan, maka seluruh rakyat dibawah taklukannya adalah anak buahnya semua. Tak ada soal anak tiri, anak angkat, anak emas, anak menantu..semau tu retorik semata-mata.. Sebab, anak emas ke, anak batu ke, anak menantu ke, semuanya kena bayar cukai. Tak terkecuali seorang pun. Ke bila jadi anak emas tak perlu bayar cukai?
Sebut pasal cukai ni, adakah rakyat bayar cukai kepada Barisan Nasional? adakah bayar kepada UMNO, adakah bayar kepada PAS? adakah bayar kepada PKR? Tidak...kita semua bayar kepada kerajaan? siapa kerajaan? duit kerajaan ni daripada mana? daripada siapa? ke duit kerajaan ni mari dari langit? mana tau, Allah Taala memberi peruntukan khusus kepada kerajaan...
Berbalik kepada quote tajuk yang saya berikan di atas tadi, pernah terjadi di satu kawasan yang mana jalannya runtuh sejak tahun 2004 lagi. Bila ditanya kepada penduduk, maka rata-rata penduduk akan kata, "Jale Kesedar tuh..." "Mana boleh kosek(kacau)...nati Kesedar marah.."
Inilah antara persepsi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Kebetulan, penduduk di kawasan itu pulak majoritinya pembangkang. Maka seolah-olah tak berani nak menyuarakan aduan. Rosak sejak 2004, baru je dibaiki awal tahun 2010. Cuba bayangkan berapa tahun tu?
Ayuhlah rakyat semua, cubalah tune balik pemikiran tu... Jangan lagi kita menajdi mangsa politik sesetenagh pihak yang hanya nampak muka 5 tahun sekali dan yang hanya mahu mengekalkan penguasaan sahaja. Ahli politik yang macam ni, jika buat kebajikan sikit, nak suruh satu dunia tahu yang dia buat kebajikan kepada rakyat. Eh, ada ibu kita heboh2 dalam TV, Akhbar, FB, yang dia dh menyusu anak dia? ada? Ada ke bapa kita heboh dalam TV dan suratkhabar bahawa dia beri duit belanja sekolah pada anaknya hari ni?? fikirlah yang mana amanah yang mana fitnah.
Dabong, 15 Julai 2010.
18.48
Isnin, Julai 12, 2010
Tolonglah baiki...
Maka tak sampai 2 bulan lagi jika panjang umur, nak tak nak kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang mulia. Insya Allah.
Bila sebut pasal bulan Ramadhan, selain dari aneka ragam dan macam kuih-muih, kita juga tak akan lupa sebut Hari Raya Aidilfitri. Dari awal puasa lagi, sudah dirancang raya nanti nak macam mana. dari segi pakaiannya, perhiasan rumahnya, dan juga juadahnya. Sunnguh bersemangat tuh.
Namun, jika difikirkan soal balik kampung. Sungguh meletihkan dan amat membosankan. Dengan jalannya yang jammed, cuaca panas, kenderaan breakdown. Huh, macam-macam hal lagi. yang paling utamanya ialah, jalan-jalan rosak yang masih-masih tidak dibaiki sehingga kini. Itu pun satu hal jugak. Saban tahun para perantau ni mengepek, merungut dan memaki sumpah seranah akibat kenderaan mereka tersesek atau tercalar ekoran jalan-jalan raya yang mereka lalui rosak teruk.
Sekarang sudah nak masuk bulan Syaaban, hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi untuk musim perayaan. Adakah sempat pihak-pihak berwajib utuk membaiki jalan-jalan rosak ni? Jika tak dibaiki, maka sekali lagi lah para perantau ni akan mengepek. Kalau setakat mengepek tak apa lagi, akan tetapi, cuba kita banyangkan jika kenderaan mereka ni rosak diperjalanan? Sedang hati beria-ia pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, tiba-tiba kenderaan pulak rosak, tayar pecah, dan sebaginya. Mesti hati yang berbunga tadi akan bertukar duka.
Oleh yang demikian, saya pohon lah kepada pihak-pihak yang berwajib ni agar dapatlah membaiki jalan-jalan rosak di seluruh negara. Kesianlah para pengguna, mereka membayar cukai jalan. Lewat bayar kena denda, tak bayar kena saman. Jika pihak berwajib tak baiki jalan? apa yang kena? tak kena apa-apa pun...jadi, tak adil la macam tu...Renungkanlah...
Dabong, 12 Julai 2010.
8.13 PM.
