<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Disember 31, 2010

Fredo : Gurisan Terakhir (HQ Audio)

Mengakhiri tahun 2010, saya postkan satu video lagu Fredo - Gurisan Terakhir untuk tatapan semua. Teruskan menyokong Laman Nurani. Insya Allah kita akan terus bersama lagi di tahun baru 2011.
Selamat Tahun Baru 2011.



Khamis, Disember 30, 2010

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi

oleh - Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah
———————————————————————————————

Hadits Pertama :

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kedua :

حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :

أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :

إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :

أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :

إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Keterangan :

1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )

Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.

2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )

Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

”Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)

Kesimpulan :

1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”

Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan saya.


Jumaat, Disember 24, 2010

JAMBATAN KANDEK BIAK : Sebuah Komentar

Berikut adalah tulisan dari Blog Warta 365. Saya salinkan balik semuanya termasuk komentar dari pembaca.

SURAT RAYUAN KEPADA TOK GURU MB KELANTAN BERKENAAN KEZALIMAN DI DUN DABONG

Wednesday, December 22, 2010

WAHAI TOK GURU MB KELANTAN YANG TERSAYANG, DENGARLAH RAYUAN KAMI INI...RAKYAT DI KANDEK-BIAK DALAM DUN DABONG, NEGERI KELATE, NEGARA 1MALAYSIA AMAT AMAT PERLUKAN SEBUTIR JAMBATAN...APAKAH KAMI PERLU BUAT KONSERT KUMPULAN METALLICA ATAU KUMPULAN NIRVANA UNTUK KUTIP DERMA BUAT JEMBATAN SENDIRI INI, SEPERTI MANA KONSET WALI BAND UNTUK KUTIP DERMA RAKYAT PALESTIN...

ADUAN DAN RAYUAN SERTA SEURAT CINTA TELAH WOKILKU KIRIM KEPADA MU DI ALAMAT MU DI SUK YANG TERSERGAM NIAN INDAH DI KOTA DARUL NAIM.NEGERI EXPO CHENG HO

BACA LAGI DI : http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/11/eksklusif-umpama-mimpi-dalam-mimpi.html

KOMEN KEPADA PAS /PR : USAHLAH ANGAN2 NAK PERINTAH MALAYSIA KALU DI KELATE SENDIRI SUPO TAHIK


13 comments:

rajaDabong, December 22, 2010 11:32 PM

keh keh keh!
wahai taik UMNO,
kau orang pergi ke Jelawang, tengok ke atas bukit, ada sebuah istana jin gemuk di puncak bukit, naiklah dgn berhati-hati sambil membaca doa (jangan guna basikal),
bila sampai dipuncak bukit tersebut, sambil bersila mintalah dari maharaja jin gemuk supaya dibina jambatan dari kandek ke Biak, maka akan keluarlah jin gemuk dgn tongkat saktinya, sekelip mata terbentang luas jambatan emas merentas sungai pergau dari biak ke kandek.
Segala hajat akan ditunaikan, minta sekali untuk aku nambor ekor, aku nak kaya.

warta 365, December 23, 2010 12:06 AM

muakakakaka..kito tegur..kito pulok dituduh taik UMNO/APCO...muakakakakaka

inilah mentaliti penyokong UG, wala' buto tuli

Akupunya, December 23, 2010 12:22 AM

meme betol pon warta 365 ni adik tiri agenda daily... jembatan tu keno mitok dgn KERAjaan pusat sebabb dio kijo JKR bukannyo kerajaan negeri, melainkan segala cukai dipungut di serah kepada kerajaan negeri... demo keno banyok baco lagi gu!

usop, December 23, 2010 3:45 AM

oiii UMNOAPCO rupa nya sebab u lah rakyat didahulukan rm100 utk 5th

Anonymous, December 23, 2010 8:54 AM

ape hal ni, tak cerdik sungguh kamu. tali barut apco ke warta 365 ni

pokku(putrajaya), December 23, 2010 9:04 AM

wakpo nak baloh sama2 kito...betul doh warta 365 ni royak...hok penting sekarang ni tak kirolah PAS ko be-end tapi kita kena usahalah walaupun sikit2...kesian jugak tu ko ore2 Dabong...janghe dok baloh puok2 kito!ambo pun tahu projek ni adalah tgjwb kerajaan persekutuan tapi wakil rakyat situ kenalah trurn padang sama terutamanyo puok2 kito(PAS/PR)...inilah masanyo untuk ore2 kampung tengok wakil rakyat kito yang buleh buat kijo...janghe buat kijo 'gilo' serupo puok2 be-end time nak ngundi jah...ambo sokong hok warta 365 tulis ni sebagai peringatan ko puok2 kito jugak...hok penting perjuangan perlu diteruskan...janghe baloh2 rugi nanti...puok2 be-end suko dengar kalu kita pun 'gilo' macam dio...Takbirrr!

Anonymous, December 23, 2010 2:34 PM

2004 : BN janji nk bina
2008 : PAS janji nk bina...
hahaha,,,sekarang, siapa Jin, siapa APCO, siapa YAHUDI...siapa ISLAM??

Anonymous, December 23, 2010 3:52 PM

suh warga dabong pakat2 doa adun dabong cepat2 mati.

pahtu muyiden akan offer nak bina gertok lah.

Anonymous, December 23, 2010 4:59 PM

Kenapa jambatan Manek Urai yg dijanji 2008, telah dibuat perbincangan dan beberapa siri mesyuarat, papan tanda projek pun dah dinaikkan...kenapa Jambatan Kandek-Biak ni dijanji tahun 2004, tetapi mengapa dibiarkan sehingga kini?? Hina sangat ke mereka di sana tuh???

Anonymous, December 23, 2010 4:59 PM

UMCO janji dulu,kaloh mene di manek urai jambatan baru akan dibuat,pah loni xdok gapo pun..

rajaDabong, December 24, 2010 1:17 AM

keh keh keh!
warta 385, taik umno! nak cucuk jarum ke ore di kawasan Dabong ke, kalu make upah pun, gunalah kepala otak, jangan guna kepala lutut.
biar kawe royat terus terang ke ore biak, ore Kandek tak payah royat, sebab ore Kandek tak sir ke geretak dah, kecuali hak nak lari masuk ke dale hutan.
buat geretak buke supa korek lube hidung, sebelum buat, kita kena kaji untung rugi dulu, sekali buat habih belanja RM20 juta, kalu untung pula RM20, tu ore panggil ore otak ikan.
Buat projek ini kita tengok kepentingan dan keutamaan, mana tempat yg boleh menjanakan ekonomi rakyat didahulukan. Mana tempat yg terlalu penting diutamakan. Misalnya, mana penting geretak dibina di Kemubu berbanding bina geretak di Biak, atau mana penting geretak dibina untuk menghubungkan bertam lama dg bertam baru, dari geretak Biak/kandek.
Kalu bina geretak biak/kandek berapa ore dapat manfaat?, Kalu di situ atau di sini berapa ore pula dapat manfaat. Disini bilangan penduduk/pengguna diambil kira.
Kalu geretak dibuat di Kandek untuk menghubungkan kandek/kg.Ipoh, maka bolehlah kita minta jale gi ke Biak. Kerana ore biak nak buat tubit getah dan nak pakai kereta.
Kalu ore UMNO mari berjanji nak buat geretak kerana kg Biak, dia berjanji sebab dia kaki auta, kalu ore pas berjanji, dia berjanji sebab dia bodoh. Kawe rasa ore PAS hak cerdik tak akan berjanji, cuma warta385 menipu, nak jadi batu api supaya ore Dabong tungeng punggung kepada PAS. Bakpa muga ni menipu? sebab dia taik UMNO.
Kalu nak tahu banyak sikit baca komen "Akupunya".
Ore Dabong, Jelawang, Biak, Kandek, Kemubu, Slow pak long, bukit abu, kuala gris ore cerdik belaka, bukti? mereka tak sir dah undi UMNO.

warta 365, December 24, 2010 2:02 AM

aik...marah benar rajadabong ko ambo..muakakakaka

rajaDabong..jange susah hati...meh kito gi kelih konsert wali band di kb..muakakakakaka


boh, ambo nok tanyo 5 soalan jah,

why pas menang pru 11 di dun dabong?

why pas menang pru 12 di dun dabong?

gapo manifesto pas di dabong?
di seberang sungai pergau tuh

cipan,tenuk,tapir,kero,rimau,gajah ko jah dok situh?

di seberang sg.pergau tuh negeri siam ko?

maaf,kawe bukan balaci/taik APCO/AMNO...demo nih ore kuat pas kor..suka fitnah2 ore?

Anonymous, December 24, 2010 12:40 PM

rajaDabong...mu tahu dop...PAS mene di UPU Biak pada 2008 adalah disebabkan janji PAS nk bina jambatan setelah BN janji, tak buat pada 2004..pada 2004, UPU Biak, BN yang menang..sebab BN janji nk buat jambatan...tapi bila menang, tak dibuat...jadi pengundi menghukumnya pada 2008 dgn memberi kemenangan kepada PAS setelah PAS janji nk bina...
Eh, bakpo sekarang baru sebut soal untung rugi??? bakpo baru timbul sola nk buat tu payah?? heh?? masa janji dulu? mudah jah janji..baso bengong!!!...bila rakyat tuntut janji..molek2 pulok royak payahla.. xdop untung lah...mung ingat sikit...loni bukan serupo zaan 90-an dulu...senang2 orang HULU kena tipu...loni zaman FB, Twitter, dunia tanpa sempadan...di Mekah hujan, banjir, kita blh tahu selalu loni...biar reti etep...
Syabas Warta 365...sebab tulong kami puak2 ditipu oleh kerakusan kuasa politik BN dan PAS di Kelantan nih...

Anonymous rajaDabong said...

manusia tiada nama,
muga lagu tu mudah saja, tak payah fikir banyak-banyak,
ore biak pindah duduk sebere sini, ada dah jale, boleh pakai kereta selalu. Kebun pula duduk senere sana, pagi gi noreh disebere biak, male tidur sebere kandek.
demo ingat muga laku tak pernah dibuat ore ke? cuba gi try tanya ore Lubuk Bongor, pengkalan dato', bukit jering.
Demo kena ingat, ore buat kebun dan penempatan di Biak ketika kenderaan mengunakan jalan sungai, sekarang sudah mengunakan jalanraya, demo nak kemajuan turut jale raya, kalu demo tak sir tak apa.
Kalu demo dapat sabar, tunggu jale dari Kg Ipoh Tanah Merah/kandek dibuka. Tak payah minta jambatan, kerajaan buat tanpa diminta.
Ore berjanji tu semuanya janji atas angin, kerana kos bina jambatan tak padan dengan hasil yg dapat.
Terus terang kawe royat, jange marah.

Ahad, Disember 12, 2010

Tahniah Pasukan Kelantan.

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010, 11 Disember 2010, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV : Kelantan 4, Kedah 3 (Sepakan Penalti)
Gomo Kelate Gomo!!!

Selasa, Disember 07, 2010

Cinta Agung



Selamat Tahun Baru 1432H

Selamat menyambut Tahun Baru 1432 Hijrah kami ucapkan kepada seluruh pemantau dan pelawat Laman Nurani. Semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas, jadikan kenangan lalu sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita mencipta kenangan-kenangan baru di tahun ini.

Allhamdulillah kita masih diizinkan Allah Taala untuk bersama-sama di tahun baru ini. Sebelum Allah menjemput kita pulang, ingatlah sentiasa batas-batasnya di tahun ini.

Selamat Tahun Baru 1432H

Dabong, 1 Muharram 1432

Jumaat, Disember 03, 2010

Eksklusif : Umpama Mimpi Dalam Mimpi Bahagian II

Benar kata orang, kampung kami di kawasan HULU Kelantan dan memang selalu dipinggirkan arus pembangunan. Cuba perati di dalam peta di bawah ini, memang tidak ada apa pun yang menarik perhatian sesiapa. Nam kampung pun dah pelik, mesti penduduk yang menetap disini pun pelik-pelik juga.

Sila klik gambar untuk lebih besar.

Nama asalnya, Kampung Kandis (sekarang Kampung Kandek) serta Kampung Durian Badak (sekarang Kampung Biak A & Biak B). Disinilah lokasi yang saya maksudkan di dalam penulisan terdahulu KLIK .

Apabila mendengar akan sebuah jambatan dibina, maka ibu bapa yang berada di Kampung Biak A & B segera mendail nombor-nombor telefon anak-anak mereka yang mencari rezeki dan nafkah keluarga di Kota Raja serta Kota Konstantinople memaklumkan akan hal ini. Gumbira hati mereka sebenarnya, tidak tahu nak diberitahu sesiapa betapa gembiranya mereka. Setiap hari, isu PEMBINAAN JAMBATAN lah yang dicanang, kecik, besar, tua muda, jate, tino, semua sama. Di sekolah, murid-murid pun cerita hal yang sama, cikgu kecik, cikgu besar, pegawai kecik, pegawai besar, serta tok imam pun menceritak hal yang sama. Kalau batu serta kayu baoleh bercakap, mereka pun akan menceritakan hal yang sama juga.

"Buleh doh kalu awe nok beli kereto gok, cari lah hok seken hend pun, xdop hal, asal buleh ayoh wak beruley gi semaye jumaat di Kandek jah. Buleh la mek mu gi cari2 lauk alah ko Jelawer (Jelawang), Kolo Balar (Kuala Balah) nuh.."- Bagitahu si ayah kepada anaknya supaya membeli sebuah kenderaan, ekoran jambatan yang akan dibina ini. Kerana bila ada jambatan, makan kenderaan boleh di parking di depan tangga rumah.

Anaknya yang berada di Kota Konstantinople serta di Kota Sarang Semut dan Kota Belud amat gumbira mendengar hal ini, maka diceritakan pula kepada kawan-kawannya di sana. Segera mereka mengunjungi kedai-kedai kereta terpakai untuk mencari sebuah dua untuk dibawa pulang.

Maka penuhlah kereta berderet di Kampung Kandek. Mereka membeli kereta, tetapi masih lagi tidak dapat membawa pulang parking depan rumah. "Tak mengapa, letak di Kandek dulu dengan bayaran tapak parking dengar kadar tertentu, mungkin tahun depan dah boleh bawak balik kot.." -Bisik hati nurani yang suci murni seorang penduduk.

Namun, tahun berganti tahun, jambatan tidak juga muncul. Arrgghh...keciwa rasanya, duit yang diperolehi dari hasil menroeh getah terpaksa dibayar sebahagiannya untuk sewa tapak parking kereta di Kandek...adussss...begini rasanya nasib ditipu!!!...

"Pok cik jangan bimbey, kali ni jadi..meme akan jadi doh nk buat gertok nih" - Kata seorang pekerja yang membuat kerja-kerja ukur di Kampung Kandek. "Yo ko? demo tahu dop, kali ni sekali dengan demo nih, doh 4 kali doh nih, demo ni hok kali keempat doh ni mari ukur, sukat, tapi tok jadi-jadi lagi",- ujar salah seorang penduduk kepada pekerja ukur tersebut.

Penduduk ni, sekali mereka masuk ukur, gempar, dan percaya akan jambatan semakin hampir dibina, baik dari kerajaan pusat, dan kerajaan negeri, semuanya sudah masuk dan menceritakan hal yang sama. AKAN DIBINA.

Namun, sehingga kini, mereka telah merasa tertipu dan dihina sedemikian rupa. Nasiblah...Tengoklah dalam peta itu, apalah yang ada, ya, memang benar, jalan itu, memang tak menuju ke PUTRAJAYA mahupun KOTA DARULNAIM.

Dabong, 3 Dis 2010.
12:11

Sabtu, November 27, 2010

Eksklusif : Umpama Mimpi Dalam Mimpi






















Bagaikan bermimpi, apabila terdengar akan kesenangan yang bakal dikecapi setelah sekian lama hidup menaruh kepercayaan kepada sungai untuk menuju ke sekolah, ke pekan, pasar minggu, hospital, dan sebagainya. Setelah hampir sekian lamanya rakyat ditipu oleh penipu-penipu berhemah dan berlesen, namun setelah episod penipuan ini membuat satu lagi tipu helah, ingin membina sebuah jalan penghubung iaitu gertok, ataupun jambatan, maka bagaikan suatu mimpi indah yang bakal dikecapi oleh penduduk di pedalaman ini.

Kawasan yang dimaksudkan ini ialah di Kaswan Kampung Biak A & B serta di Kampung Kandek, di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, juga di dalam Negara Malaysia.

Untuk makluman semua, Kampung Kandek merupakan sebuah kampung yang permai di Negeri Kelantan. Juga dikenali umum sebagai sebuah kampung Islamik, banyak program-program tarbiay dibuat di kampung ini. Terdapat sebuah sekolah Ugama Arab disini. Sejak dahulu lagi, anak-anak pelajar di kampung ini disekolahkan sejak kecil di sekolah agama tersebut. Jika dari segi geografi, Kampung Kandek memang teletak di kawasan pedalaman dan tidak ada jalan keluar masuk, kerana hanya satu jalan sahaja yang digunakan untuk masuk dan keluar dari Kampung Kandek ini. Seoalah-olah jika kita sampai di Kampung Kandek ini, ianya merupakan jalan mati, kita tidak dapat lagi memandu ke destinasi seterusnya, The End of Road.

Dipisahkan dengan sebatang sungai yang mashyur, Sungai Pergau, terdapat 2,3 buah kampung lagi di seberang sana. Kampung tersebut juga dihuni oleh manusia yang makan di pinggan, minum di cawan dan gelas, serta membuang air di jamban dan tidur di atas tikar serta katil. Mereka juga manusia seperti kita, bertutur bahasa Kelantan dan mempunyai nafsu untuk berumah tangga dan memiliki kemewahan sendiri.




















Motor pun naik motor-bot. Penduduk Kampung Biak A & B menaikkan motosikal mereka ke atas sampan untuk menyeberang sungai. Tak ada life jacket ataupun insuran nyawa nih...jika jatuh, jatuhlah.....

Kampung yang saya maksudkan ini diberi nama Kampung Biak A dan kampung Biak B. Soal asal usul nama kampung saya tidak mahu persoalakn disini, tuan puan bolehlah berjalan ke sana berjumpa penduduk untuk mengetahui asal usul namanya.

Di Kampung Biak A, terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Biak serta sebuah kelinik kesihatan yang diberi nama, Kelinik Kesihatan Desa Biak A. Masyarakat disini rata-ratanya penoreh getah serta bekerja sendiri untuk makan minum pakai isteri, anak, mak mertua, pak mertua, cucu, serta menantu mereka.

Pelajar yang bersekolah menengah pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan ada juga yang bersekolah di sekolah ugama di Kampung Kandek. Untuk ke Dabong serta ke Kandek, tidak jalan lain, tidak ada awan Dragon Ball untuk ke sana, tidak ada tikar terbang Lakasaman Do Re Mi, serta tidak ada papan luncur Spider Man, yang ada cuma lah sampan, rakit, serta jeriya jah.

Setiap hari, pehubungan dengan bandar-bandar, pekan-pekan untuk mendapatkan makanan, pakaian, beras, gula, sekut senik, sekut tawar, cakelat, cikedis, cuka, budu, sos cili, sos tiram, berger, nugget, kredit hanset, basikal dan sebagainya terpaksalah menggunkan sampan atau bot, atau jeriya atau rakit untuk menyeberangi Sungai Galas ke Kampung Kandek.


















Inilah Sungai Pergau, diseberang sana merupakan tempat penduduk Biak A dan Biak B menunggu bot penambang

Bila sampai di Kampung Kandek, terasa sudah sampai di sebuah tanah besar. Langkah sudah boleh diatur untuk ke Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kota Melaka, Kota Sarang Semut, Kota Kubang Labu, Kota Raja, Kota Kinabalu dan Kota Konstantinople.

Menurut penduduk disini, sudah beberapa kali penduduk di Kampung Biak yang bersalin di atas bot dalam perjalanan untuk ke hospital. Malangnya hospital atau pusat kesihatan yang paling dekat adalah di Dabong atau di Kuala Balah serta di Jeli.














Penduduk yang ingin menyeberang menunggu bot penambang mengambilnya, mereka melaung sekuat hati ataupun dengan membunyikan hon motosikal untuk memberi isyarat kepada pemandu bot. Untuk makluman, pemandu bot tersebut kadang-kandang tidak ada sepanjang masa di sungai. Bukan kerja dia bro, dia buat pun dah kira syukur. Bayaran tambang pun bukannya mahal mana pun.

Bayangkanlah jika ibu yang hamil mengadu sakit perut, ada pesakit yang tak boleh berjalan terpaksa menuruni bukit yang curam untuk menaiki bot untuk menyeberangi sungai bagi mendapatkan khidmat kesihatan di kawasan Dabong atau Jeli. Memang kelinik desa sudah ada, tetapi apalah yang mereka boleh buat jika berdepan dengan kes-kes yang se-rius atau dua-rius.

Selain itu juga, pelajar-pelajar sekolah yang bersekolah di Dabong terpaksa mengadai nyawa mereka untuk menyeberangi sungai tersebut. Pernah juga berlaku buku-buku terjatuh ke dalam sungai, pelajar-pelajar lemas di sungai serta jika musim tengkujuh, mereka tak dapat untuk ke sekolah kerana tak berani meniki bot, airnya deras. bayangkan jika di musim peperiksaan seperti UPSR, PMR serta SPM macam mana.

Inilah serba sedikit fenomena dan keadaan yang dialami oleh penduduk di Kampung Biak A dan Biak B di dalam Dun Dabong, Parlimen Kuala Krai, Kelantan. Sebuah jambatan menghubungkan kedua-dua tebing sungai ini WAJIB dibina segera. Sudah cukup azab mereka di sana sekarang ini.

Pabila ada seseorang pemimpin berjanji untuk membina sebuah jambatan di dalam kempen pilihanraya, maka ianya Umpama Mimpi Dalam Mimpi bagi penduduk di sini, adakah benar? Sungguh ko? Yo lo ko? Biar betul? Sengoti eh? Mu tahu mana? Kecek molek sikit!!!...inilah pertanyaan yang diajukan apabila ada yang menyampaikan janji2 pemimpin terbabit kepada orang kampung. Seoalah-olah tidak percaya dengan janji tersebut.

Maka pilihanraya berlalu, siap menang, siapa kalah dan diumum. Maka giliran pengundi, menuntut segala janji-janji tersebut. hari demi hari, minggu demi minggu, di kedai-kedai kopi dan horlicks, tak ada isu lain, isu jambatan jer dicakapkan serta dibualkan. Sengih mulut-mulut sekaan-akan jambatan yang bakal dibina akan terpacul di depan mata. namun setelah beberapa bulan, tidak nampak pun akan dibina. Cukup setahun, penduduk mula masam muka, dan semakin masam setelah masuk 3,4 tahun. Maka ketahuilah, semuanya tipu belaka. Cisss!!! kata penduduk kampung.

Maka berlaku sekali lagi pilihanraya umum, pemimpi terbabit dihukum rakyat ekoran janji palsunya. Maka penduduk memilih pemimpin lain yang dijangka boleh menolong dan merealisasikan impian mereka terbabit. Maka pada awalnya, kerja-kerja ukur dilakukan, lega sikit penduduk, mungkin di dalam hati, "Jadi sungguh dah kali nih jambatan kita...". Kerja ukur sahaj dan 3,4 kali di buat...Namun rupanya tengahari tu hujan...ingatkan panas hingga ke petang, sehingga saat ini memang masih lagi "kemarau jambatan juga...' Kesian....

Penduduk sekali lagi menjadi masam. Terasa ditipu lagi...cuba fikir macam mana rasa jika kena pada kita??? Jangan duk mengata penduduk terbabait, sebaliknya fikir jika ianya kena pada kita sendiri.

Sekarang ini, semuanya masih lagi menggunakan sampan sebagai alternatif yang ada untuk menghubungkan dengan banadr-banadr yang kononnya maju tuh sehingga melupakan rakyat di dalam HUTAN...

Semua kenderaan penduduk Biak yang dibeli seperti kereta, van, lori, helikopter, jet pejuang, kereta kebal, terpaksa ditinggalkan di Kampung Kandek. Penuh sesak dah di Kampung Kandek dengan kenderaan mereka. Beli kereta mahal-mahal, beli helikopter mahal-mahal, beli kapal terbang mahal-mahal pun tak boleh di parking depan tangga rumah. Kesian....

Penduduk Kampung Kandek, memperoleh rezeki dengan keadaan ini dengan menyediakan bangsal-bangsal kereta dengan kadar-kadar tertentu untuk disewa. Untuk menjamin keselamatan, terpaksa juga membayarnya. Dah lah cukai jalan pun kena bayar jugak. Kesian...

Sekarang, penduduk yang ditipu ini sedang merancang untuk tidak keluar mengundi dah, kecualilah ada parti ketiga selain PAS dan BN...hahahaha..sebab mereka dan kena tipu dah dengan kedua-dua parti ini. Ini kata mereka, jangan ingat saya yang kata pulak.

Memang bila kita fikir, mereka ni jenis kebendaan sehingga tak akan kelaur mengundi. Bro, kena ingat, kita kena fikir, kenapa mereka bertindak sedemikian?? Mereka telah ditipu oleh janji-janji dai dalam pilihanraya. Kalau di berada di kampung mereka macam mana kita rasa?/

Sekarang bolehlah kita cakap sebab kita berada di Kota Bharu, kita berada di Air Keroh, kita berada di Machang, kita berada di Ipoh, kita berada di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, kita berada di Ketereh. Apa kata jika tuan-tuan dan puan-puan semua mari duduk di sini buleh 2,3 hari lagu mana?? Jangan mari buat program, tetapi mari sebagai penduduk disini.

Tak kena pada kita, sedaplah kita cakap, macam-macam kita boleh cakap selagi ianya tak kena opada kita, cuba bila kena pada kita macam mana??? Renungkanlah wahai manusia yang lupa akan nasib mereka di sini.


















Menunggu bot penambang pergi ambil.


















Penduduk Kampung Biak A sedang menuruni tangga untuk menaiki bot ke seberang. Dari seberang, mereka sama ada berjalan kaki atau menunggang motosikal untuk pulang ke rumah masing-masing.


















Sebuah pondok dibina untuk berteduh dari hujan.


















Antara motosikal yang ditinggalkan di Kampung Kandek

Beberapa keping gambar di bawah ini adalah menunjukkan kawasan tempat untuk penduduk meninggalkan (parking) kereta mereka di Kampung Kandek. Perkhidmatan parking berbayar ini disediakan oleh penduduk Kandek untuk memberi kemudahan kepada penduduk Biak. maklumlah, kenderaan meraka tak boleh melintasi air.























































Kadar bayaran yang dikenakan dari perkhidmatan ini.























































Kini, semuanya bagaikan UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI sahaja bagi penduduk di sini. Diharap agar pihak-pihak bertangungjawab yang berdegar-degar bercakap mengenai nak bela Melayu, nak bela Islam, nak bela rakyat Malaysia, nak bela rakyat Kelantan, sila lah tampil membela nasib rakyat, melayu, Islam di kawasan ini dengan segera.

Ingatlah, walaupun mereka berada di kawasan HULU Kelantan, mereka bukannya bangsat, mereka bukannya tolol mereka bukannya HINA, mereka juga membayar cukai seperti kita di Kota Bharu, mereka juga kalau nk masuk sekolah, kena bayar yuran jugak, mereka pun kalau nk masuk Muzium Negeri Kelantan, kena bayar tiket jugak, kalau pergi hospital pun kena bayar jugak, jadi antara mereka dengan kita di Kota Bharu, tidak ada bezanya, JANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA.

Sekian,

Dabong, 26 November 2010
22.38

Isnin, November 22, 2010

LAMAN NURANI : Pemimpin & Kepimpinan

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal mengenai kepimpinan" (HR Muslim)
Kita sudah biasa mendengar hadith di atas khususnya bilaadanya pemilihan-pemilihan pemimpin atau ketua, sama ada persatuan, organisasi kemasyarakatan, negeri ataupun negara. Kita semua perlu ingat bahawa kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin perlu menyedari apa yang dilaksanakannya.

Jika kita menyedari bahawa kita adalah pemimpin, maka kita perlu bersiap diri untuk melaksanakan tangungjawab kepimpinan. Oleh itu, sebelum kita memimpin orang lain, kita perlu menoleh ke dalam diri kita apakah kita sudah mampu dan berjaya memimpin diri sendiri? Malanglah kita yang menerima gelaran seorang pemimpin tetapi pada masa yang sama kita sendiri tidak mampu mengawal diri dan menjaga diri kita, bak kata pepatah, "Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul."

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu untuk menjadi pemimpin ini boleh dipelajari sama ada melalui pengalaman ataupun teori tetapi ianya tidaklah menjamin bahawa seseorang dapat menjadi pemimpin yang baik kepada mereka yang dipimpinnya. Inilah yang menjadi fenomena pada masa ini sehinggalah menimbulkan masalah antara ketua dengan anak buah.

Faktor ini terjadi antaranya disebabkan disebabkan niat awal seseorang untuk bekerja sama ada menjadi ketua atau pekerja bawahan sudah salah dan menyimpang. Salah dan menyimpang bila tidak menganggap kerja yang diberikan kepadanya adalah suatu amanah yang perlu dipertangungjawabkan kemudiannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 maksudnya,
'Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah dikalangan kamu yang paling baik amalannya."

Ayat di atas menggambarkan bagaimana kita manusia yang diberi tangungjawab untuk melaksanakan sesuatu perkara tetapi tidak serius dalam melaksanakannya. Kita bimbang jika inilah yang terjadi dalam masyarakat kita maka setiap yang bekerja sama ada makan gaji atau bekerja sendiri turut terlibat sama bahkan tidak menganggap setiap pekerjaan yang dibuat bakal mendapat pahala dan dikira sebagai ibadat.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana masih ada dikalangan sebahagian dari masyarakat kita yang memegang sesuatu jawatan hanya kerana ingin dikenali dan terasa diri dihormati. Mungkin perkara inilah yang menyebabkan kadang-kadang sesebuah institusi tidak dapat bersaing ke peringkat yang lebih tingi hanya kerana diakibatkan setiap orang tenggelam dengan syoknya masing-masing.

Pemimpin dengan caranya mencari pengaruh manakala orang bawahannya pula berikhtiar mencuri tulang, masing-masing berfikir akhir bulan mendapat gaji. Akhirnya tertingallah amanah yang seharusnya dilaksanakan bahkan dari sini timbul lah bermacam-macam gejala seperti rasuah dan penipuan.

Dengan sebab itulah Nabi Muhammad SAW banyak mengajar sahabatnya sama ada melalui perbuatan ataupun perkataan. Contohnya melalui perkataan adalah sebagaimana Baginda sentiasa memperingatkan para sahabatnya supaya tidak melalukan perbuatan khianat kepada orang lain, manakala melalui perbuatan ialah bila mana sesuatu ketika Baginda sendiri turun dari kudanya untuk mendapatkan kayu api sehinggalah baginda ditegah oleh sahabatnya, baginda menjawab 'aku juga inginkan pahala'.

Inilah sebenarnya kepimpinan sejati. Kepimpinan yang terbina dari hati yang tulus ikhlas dan penuh budi pekerti bahkan boleh mencairkan hati orang bawahannya untuk melaksanakan sesuatu perkara tanpa surat dan memo arahan yang berkali-kali.

Berbeza atau tidak dengan keadaan yang berlaku pada masa kini, di mana setiap orang mencari salah seseorang yang lain. Pemimpin mencari kesalahan orang bawahan dan begitulah sebaliknya orang bawahan mencari kesalahan pemimpinnya, padahal jika seseorang itu bergelar manusia, maka setiap dari mereka pasti mempunyai kesalahan, Nabi SAW bersabda yang ertinya : 'Setiap manusia pasti melakukan esalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat' (Sahih Muslim).

Baginda bersabda lagi : 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan dipertangungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia bertangungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia bertangungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertangunggjawab terhadap jagaannya. Ingatlah kamu semua adalah pemimpin dan akan bertangungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.'

Nabi Muhammad SAW turut menegaskan bahawa barangsiapa yang suka mencari keaiban seseorang maka Allah Taala akan membuka aibnya diakhirat kelak bahkan tidak mustahil didunia ini sekalipun.

Dengan sebab itulah jika ditakdirkan kita menjadi seseorang pemimpin sesebuah organisasi atau institusi yang telah cemerlang segala-galanya, hendaknya kita bersyukur jika terjadi persaingan yang sihat antara para pekerja manakala jika kita memimpin sesebuah organisasi atau institusi yang bermasalah, hendaknya kita berlapang dada dan bermuhasabah diri sendiri kerana berkemungkinan Allah SWT ingin menutup atau mengkafarah dosa dan kesalahan kita sebelumnya. Ingatlah setiap orang diuji dan setiap ujian antara manusia adalah berbeza diantara satu dengan yang lain.

Kalau demikian ujiannya maka sudah berapa kalikah kita bersolat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya menyatukan pekerja dibawah kita, merapatkan silaturahim sesama mereka bahkan berapa kalikah kita betul-betul jujur dan ikhlas bersalaman dengan mereka? Ingatlah! pertuturan, raut wajah, dan penampilan seseorang pemimpin boleh dibuat-buat supaya nampak ramah-tamah tetapi tanpa keikhlasan dalaman ianya tidak memberi sebarang makna.

Kerana itu jangan disalahkan orang bawahan jika setelah seseorang itu tidak lagi menjadi pemimpin maka ramai pekerja bawahannya dahulu menjauhi diri darinya dan bila ditanya kenapa? jawabnya kerana "dahulu ketua saya hidup penuh kesombongan".

Salah seorang pemimpin yang bila terjadinya sesuatu kesalahan terus sahaja para pekerjanya yang disalahkan dan terlebih salah lagi jika disebarkan pula kepada orang lain yang tidakpun berhak mengetahuinya. Malanglah jika seorang pemimpin yang sentiasa memberikan pendapatnya dan dipaksakan untuk diterima tetap jika ada orang bawahan yang memberi pandangan maka ditolak serta-merta bahkan terlebih malang jika dengan penuh takbur sanggup berkata bahawa apa yang saya kata adalah benar dan kebenaran itu adalah saya.

Tidakkah kita teringat bagaimana sahabat nabi SAW, Abu Bakar As-Siddiq semasa memberi ucapan utama ketika dilantik menjadi khalifah :
"Saudara-saudaraku! Aku dipilih menjadi pemimpin bukan kerana aku terbaik di antara kalian, bantulah aku jika aku berbuat baik dan luruskanlah aku jika berbuat salah, sifat jujur adalah amanah dan kebohongan adalah khianat".

Dengan demikian sebagai seorang pemimpin sepatutnya kita berhemah tinggi dan mengamalkan konsep musyawarah demi mendengar semua perkataan atau pandangan hatta dari tukang kebun sekalipun.

Ingatlah bahawasanya diri pemimpin bakal bersilih dan bila tiba gilirannya pemimpin baru akan menggantikan tempat itu manakala pemimpin lama bakal dihakimi tentang kepimpinannya.

Dabong, 22 Nov. 2010
19:45

Selasa, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA : Selamat Berkorban Pengundi DUN Dabong

Salam Aidiladha. Kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ciptaan Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam, krew Laman Nurani mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat berkorban apa sahaja.

Kepada pengundi di UPU Kandek dan UPU Biak di Dun Dabong, selamat berkorban lah yer...Berkorbanlah sikit, sising seluar tuh, akat kain baju kurung tuh sikit masa nak naik perahu. Berkorban lah yer...tunggu lah sehingga Maharaja Cheng Ho dtg 5 tahun sekali untuk membuka lembaran baru kepada kita semua.

Apapun, anda memang versatile la...memang anda telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih Laksamana Cheng Ho dan juga Puteri Hang Li Po sebagai lidah dan juga mata telinga anda kepada Maharaja Negara Pasir Berdengung. Kisah ini sebelum zaman Raja Fasola lagi nih.

Jadi pada tahun ini setelah lama menanti, sekali lagi kita semua mesti berkorban lah, basah sikit baju seluar raya tu, biasalah...sebab main dengan air...BERKORBANLAH...

Kenderaan-kenderaan anda semua tuh, BERKORBANLAH untuk ditinggalkan di Kampung Kandek, walaupun anada beli dengan harga yang mahal, cantik, tetapi malangnya tak dapat dibawa balik ke depan tangga rumah...apapun, BERKORBANLAH.


Semuga musim 'MENUAI KALI KE-13' nanti, kita semua harus BERKORBAN semua yang ada bagi memastikan peti undi kawasan kita itu KOSONG ataupun 100% ROSAK!!!...itu tanda protes kita!!!...

Dabong, 10 Zulhijjah 1431.
Selamat Berkorban.

Khamis, November 11, 2010

MEROKOK HARAM DISISI ISLAM : Jom Sama-Sama Kempen

Sejauh manakah kempen ini dibuat dan bagaimanakah reaksi dan kerjasama dari semua pihak? Jika Merokok Haram, adakah perkara2 yang berkaitan dengannya akan menjadi haram? Membeli, menjual, membawa, membungkus, tolong beli, tolong jual, dan sebagainya sebagaimanya haramnya jika berkaitan dengan ARAK..Fikir dan renungkanlah...

Rabu, November 10, 2010

Under Construction

Salam sejahtera semua. Terima kaseh kepada semua penjenguk dan pelayan setia Laman Nurani, anda memang biso lah. Menjadikan Laman Nurani suatu blog yang ingin diteroka. Anda yang menjadikan Laman Nurani nampak meriah. Terima kaseh semua.
Jalan Sungai Sam-Dabong yang rosak teruk sedang dalam pembaikian.

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah baru. "Under Construction". Kisah ini berkisarkan kepada kesinambungan isu-isu kemudahan rakyat di Kawasan Dun Dabong.

2,3 minggu ini, suatu berita gumbira buat pengguna jalan raya Dabong-Sungai Sam. Ini kerana pihak yang berwajib dan bertanggungjawab telah hadir tampil menjalankan tugas hakiki mereka dengan membaiki kerosakan di jalan rosak berhampiran Kampung Sungai Sam.

Syukur yang tidak terhingga kami semua ucapkan kepada Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam yang telah mencetuskan dan membuka hati-hati pihak berwajib supaya mendengar rintihan, keluhan, aduan sepanjang masa dari kami serta telah setuju untuk membaiki jalan tersebut.

Status lokasi itu sekarang ini ialah Under Construction.

Penat lelah selama ini terasa sedikit hilang setelah mendapati jentera-jentera pembaikian jalan bersedia untuk membaiki jalan.
Kerja-kerja pembaikian jalan sedang dilakukan.

Walau bagaimanapun, kami tidak akan lupa kepada 3,4 lokasi lagi kerosakan jalan di sekitar Dun Dabong. Kami akan terus mendesak dan mendesak sehingga dibaiki. Sebab semuanya di Malaysia ni, jika kita sebagai rakyat ni tidak mendesak secara agresif, maka tidak akan ada sesiapa pun yang nak hiraukan akan nasib kami di dalam HUTAN dan di kawasan HULU KELANTAN ni.

Sesiapa wakil rakyat ke, syarikat ke, jabatan ke, siapa2 ke yang nak mengaku jalan yang dibaiki tu adalah projeknya, sila lah mengaku, kami tak kisah pun siapa2 nak mengaku dan nk mendabik dada...sebab apa yang kami kisah hanyalah jalan-jalan rosak. Kalau sesiapa cuba nak menagguk di air keroh, bukan di Melaka, maka silalah....besar publisiti tuuuuuuuuuu...(AKU CUMA NK TGK GELAGAT AHLI POLITIKUS jerr mcm mana nanti).

Sabtu, Oktober 23, 2010

Sinar Baru...

Isu jalan rosak yang sering diperkatakan sejak penghujung 2008 sehingga ke hari ini tidak pernah lekang dan tidak akan senyap selagi ianya tidak dibaiki. Namun buat kali pertamanya, ada seseorang yang memberikan komen sebegini ;

MUTAKHIR : Ambo amik maso lamo jogok dok baca komen tuan2..nak memahami niat tersirat dalam komen tsbt. klah.. gini.. BETUL JALAN NI DILAPUR DAN JKR SENDIRI PUN AMBIL INISIATIF POHON PERUNTUKAN DARI 2008 LAGI. ABIS 2008.. PERUNTUKAN X LULUS.....SEKALI LAGI KITA POHON TAHUN 2009.. X MARI JUGOK.. JKR POHON LAGI TAHUN 2010... 2010 NOK BERLALU DOH.. JADI JKR ANGKAT LAGI PERUNTUKAN UNTUK BAJET 2011.. x putus asa.. nok suroh jalan ni dibaiki..jkr faham sgt masalah pengguna.. hospitalKK pun selalu mengadu banyak pesakit terlewat sampai sebab ambulan xleh nak pecut jln ni... YBahli Parlimen KK pun bangkit dalam parlimen.JKR kena jawab. Dato' ramzi pun ado bincang ngan JKR cara nok percepat jln ni dibaiki.. Aduan Biro x terkira..setiap bulan JKR kena respon.. BAGUSLAH.. SEMUA TU JKR KUMPUL DAN DIJADIKAN BUKTI BAHAWA JALAN INI PERLU DIBERI KEUTAMAAN OLEH KERAJAAN,..Alhamdulillah..atas KECAKNAAN semua pihak x kira plitik mano..AKHIRNYA JKR TELAH DILULUSKAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBAIKI JALAN TERSEBUT. JKR AKAN SEDAYA UPAYA MENYIAPKANNYA DALAM TAHUN NI JUGOK. WASSALAM
Inilah kali pertama dan saya yakin beliau adalah dari agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja berkaitan kemudahan awam di negara ini. Tahniah dan terima kasih di atas komen yang dilontarkan itu.

Kami tidak pernah jemu dan putus asa dalam menyampaikan aduan berkaitan jalan-jalan rosak kepada pihak-piahk berwajib. Selagi ianya tidak dibaiki, maka selagi itulah aduan-aduan kami akan sampai kepada pihak mereka.

Mungkinkah komen ini memberi Sinar Baru pada kami di Dun Dabong?? Ke sekadar Sinar Harian jer....sama-sama kita tunggu...

Dabong, 7.39 a.m

Khamis, Oktober 07, 2010

Bandar Baru Dabong : Kami Ingat Tidak Lupa


Sebuah kenyataan.
Kenangan Mengusek Jiwa...

Sekadar mengulek kenangan lalu....sila lah baca...saya tak mahu ulas panjang lebar, anda semua nilailah sendiri.

Jika nak merangka MANIFESTO BARU, para 3.4 tu jangan dilupa ya...sebab kami di Dabong ni pun Ingat Tidak Lupa.