<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, Januari 22, 2011

Sama Rasa, Sama Kena

Akibat janji untuk bina jambatan Kandek-Biak tidak tertunai, penduduk Kg.Biak terpaksa membayar perkhidmatan ini. Selamatkah kenderaan mereka?? Errmm...nak suruh siapa eh, letak jawatan pulak nih????

Sebuah keratan akhbar yang mengemparkan bumi Kelantan. Tetapi bagi di Dabong, dh lama dah isu mcm ni...dah macam2 karenah dh kami dapat, sehingga seluruh negeri marahkan kami duk bangkit isu seperti ini nih.

Terasa geli perut kucing saya mendengarkan berita di Kelantan.fm yang menyiarkan sebuah cetusan rasa sekkelopok penduduk di muka bumi Kelantan ni tengahari kelmarin.

Inilah cebisan berita tersbut :

KOTA BHARU, 22 Jan. – Penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

“Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap… apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak. – Bernama

Jalan di atas di dalam Dun Dabong, nak suruh siapa eh pulok letak jawatan nih...

Nih, nk royak bui, jalan tu jalan siapa punya yer??? Tanya tuan pemilik jalan tuh siapa, kalau ianya milik Husin, suruh Husin baiki, kalau ianya milik Fuad, suruh Fuad baiki, sebab Husin yg kutip cukai jalan, Fuad yang tukang kutip cukai jalan.

Ke ada sesiapa yang pergi bayar cukai jalan kepada Adun kawasan tuh??? Cuba jawab sikit...

Adika kakak sekalian, baca jugak sini deh.

1. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2011/01/kuasa-desakan-rakyat.html

2. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/04/unplugged-ada-aku-kisah.html

3. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/11/under-construction.html

4. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/05/sebuah-coretan.html

5. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/07/tolonglah-baiki.html

6.http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/04/errrada-aku-kisah-kisah-benar.html

7. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/04/errrada-aku-kisah.html

8. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2009/10/bermulah-episod.html

9. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/07/jale-kerajae-pusat-tuh.html

10.http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2009/10/saya-menggunakan-perkhidmatan-aduan.html


Selamat malam.........


AKU SUDAH NAK KENA PENAMPAR MAINKAN ISU NI DI DABONG!!!


Dabong,
22 Januari 2011.

Rabu, Januari 19, 2011

DABONG : Sebuah Bandar Baru

Perancangan sebuah bandar baru Dabong telah sekian lama dirancang dan telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan suatu ketika dahulu di Dabong. Sejak dari itu, pelbagai rancangan dan perancangan yang terancang dirancang oleh para perancang supaya rancangan ini berjalan sebagaimana dalam perancangan. Sila Klik.

Dalam kempen Pilihanraya Umum Ke-12 pun ada disebut dalam manifesto PAS agar pembangunan bandar di Dabong ini. Sila Klik.

Sehingga kini kita masih belum lagi melihat tanda-tandanya. Adakah perkara ini sekadar retorik semata-mata. Confirm la mesti ada la sesiapa yang akan murih, marah, sakit hati dengan apa yang saya sebut nih. Tak percaya?? Tanya diri sendiri ya.

Mari nok royak bui. Untuk mewujudkan pembangunan di sesuatu tempat, kita mestilah membina sebuah penempatan manusia disitu. Seperti universiti, kolej, kem tentera, perindustrian. Apabila manusia sudah ramai di situ, maka pelbagai keperluan akan wujud, tak perlu dibuka tender, keperluan itu akan datang congek-congek dikawasan tersebut.

Apabila ada sebuah universiti, maka pelajar akan ramai di sana, apabila pelajar ramai, maka wujud lah keperluan seperti rumah sewa, apa bila sudah ada rumah sewa, maka wujudlah kedai-kedai makan, kedai runcit, bengkel kereta di sana. jadi tak perlu ditender semua nih, kita cuma dirikan sebuah pusat pengajian tinggi, benda-benda lain akan datang berderet tanpa dipaksa.

Tiada guna kita asyik memcantikkan taman, mengindahkan pemandangan jika tiada siapa pun datang ke situ. Tiada guna kita asyik membuat perancangan untuk mengindahkan pusat pelancongan jika orang nak datang ke situ pun susah.

Sebab tu, di kawasan-kawasan yang ada kilang, yang ada kem tentera, yang ada pusat-pusat pengajian dan pentadbiran, isnya menjadi maju serta merta. Oleh itu, renungkanlah ya.


Dabong,
19 Januari 2011


Selasa, Januari 18, 2011

Kuasa Desakan Rakyat

Kuasa desakan mengatsi segalanya. Inilah yang berlaku. Hakikat dan kebenarannya yang boleh kita pegang, kita rasa, kita peluk, kita cdakap cium serta boleh kita tengok denga mata kita.

Jalan yang sebelum ni rosak teruk kini sudah pun dibaiki dengan elok sekali oleh pihak bertangungjawab yang sudi mendengar desakan serta keluhan dan rintihan serta jugak jerit tangis pengguna saban saat dan masa.

Terima kasih sepenuhnya kepada Allah Taala, Tuhan sekalian alam dan juga Pemerintah Agong di alam maya ciptaan-Nya ini, tiada apa2 yang dapat mengatasi-Nya walaupun menggunakan teknologi NANO serta ilmu2 kebatinan di alam ini. Allah itulah juga yang menurunkan perasaan belas kasihan serta timbang rasa dan jigak rasa tangungjawab kedalam hati nurani para pemerintah negara kita untuk membuka lembaran kerja-kerja pembaikian jalan Sungai Sam-Dabong. Syukur pada-Mu ya Allah.


Berpuluh-puluh kali aduan serta rungutan, dan jugak hebahan di dalam akhbar Sinar Harian berkaitan kerusakan jalan tersebut. Semuanya kini sudah hampir tamat lah penderitaan para pengguna. Terima kaseh lah kepada pekerja-pekerja yang membuat kerja membaiki jalan tersebut. Walaupun jawapan yang diberikan melalui aduan-aduan kami ialah "TIADA PERUNTUKAN" & "MEMOHON PERUNTUKAN". Namun berkat usaha desakan yang berterusan, maka Allah Taala memperkenankan doa kami semua. Alhamdulillah.

Memang itu merupakan tangungjawab pihak-pihak yang bertangungjawab ke atas keselesaan dan keharmonian jalan itu. Memang itu tugasnya. tak perlu diroyak acap kali. Kita manusia nk tak perlu disuruh makan, jika lapar, tentu akan cari makanan. Tak tau lah kalau ada di dalam dunia ni jika ia lapar maka ia akan gi main bola ke, gi buat kerusi ko, gi jogging ko...mana tahu kan...Rolik dio dh, kalau kita lapar, maka dalam kepala otok tu, nak makan, nak makan, nak makan.

Begitu jugak dengan keadah jalan rosak nih, jika ianya rosak, rolik dio dh kena baiki, Tak perlulah rakyat membuat bising serata alam. Ini tidak, kena geger dulu barulah nk bergerak baiki. Ko guano???


Walau apa pun, saya secara peribadi, siapa-siapa pun baiki, saya ucapkan tahniah lah. tak kira lah siapa pun baiki, PAS ke, UMNO ke, BN ke, DAp ke, MCA ke, Pasok Momogum ko, Makkal Sakti ke, PKR ke, Bebas ke, SNAP ke, lantaklah siapa pun, bukannya duit mereka, semuanya duit rakyat tuh.

Marilah siapa-siapa nk mengaku pun, kami tak hirau dan tak nak amik kisah langsung pun!!!. Menyalak lah kamu nak mengaku kamu yang baiki, kamu yang luluskan projek ni, menyalak lah sepuasnya. Ada kami kisah???!!! Sebab bagi kami, keharmonian jalan lebih penting daripada nak tahu siapa yg baiki. FULL STOP!!!

Selain itu jugak, kepada individu, pemimpin, pertubuhan yang suka sangat marahkan kami sebelum ni sebab duk bangkitkan isu jalan rosak ini. Kami harap anda semua sedarlah diri tu sikit yer, dan menangislah sepuas-puasnya sebab jalan ini sudah dibaiki. Anda semua marah ianya dibaiki ke macam mana??? Dekpun murih sangat kepada kami nih??? Bakpo sebenarnya?? Takut terjejas kerajaan ko? takut ranap sokongan ko?? acu cerito mari gak...Eh, mudah jah sifir dio, kami bising-bising isu ni pun, sebab UTAMA ialah nk DIBAIKI jah, bukannya nk KAWASAN BALAK pun.

Justeru, kami akan terus pantau jalan tersebut adakah akan rosak lagi selepas ini. Kepada semua pembaca, kami semua tidak mahu lagi mendengar alasan jalan ini rosak akibat LORI BALAK!!!!. Sebab JKR ke, JPP ke, Kesedar ke, Kerajaan Negeri Kelantan ke, dah tahu dah jalan ni adalah laluan lori-lori balak SETIAP HARI!!!. Jadi, bila buat jalan tu, kenalah dapat tangung beban untuk lori balak tersebut. Kalu dh tahu muatan feri tu 400 orang, mengapa disumbat sehingga 700?? Bila karam, salahkan kapten feri xpandai pandu, ada ke patut macm tu???

Tahniah dan syabas kepada semua sahabat-sahabat kami yang sepanjang masa mengikuti perkembangan isu JALAN ROSAK SUNGAI SAM-DABONG, di Dun Dabong ini sejak dari awal hingga ke akhirnya.

AKU INSAN PALING BAHAGIA BILA MELAUI JALAN TERSEBUT. PUAS HATI!!!


Dabong,
18 Januari 2010


Sabtu, Januari 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua, saya melukan posting di Tahun 2011 ini dengan kenyataan di bawah ini untuk kita sama-sama fikirkan.

Kalaulah wang untuk buat bunga api sambut tahun baru itu digunakan untuk bantu orang miskin atau untuk baiki jalan-jalan rosak..saya rasa, lebih dari cukup dah...tak perlu membazir bakar duit camtu..apa yg dapat?? blh kenyang ke bakar bunga api?? hah???

Sama-sama kita renung dan hayati bersama di dalam kemeriahan kita menyambut dan menyaksikan bunga-bunga api yang hanya memberi abu kepada kita semua.