<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, Januari 22, 2011

Sama Rasa, Sama Kena

Akibat janji untuk bina jambatan Kandek-Biak tidak tertunai, penduduk Kg.Biak terpaksa membayar perkhidmatan ini. Selamatkah kenderaan mereka?? Errmm...nak suruh siapa eh, letak jawatan pulak nih????

Sebuah keratan akhbar yang mengemparkan bumi Kelantan. Tetapi bagi di Dabong, dh lama dah isu mcm ni...dah macam2 karenah dh kami dapat, sehingga seluruh negeri marahkan kami duk bangkit isu seperti ini nih.

Terasa geli perut kucing saya mendengarkan berita di Kelantan.fm yang menyiarkan sebuah cetusan rasa sekkelopok penduduk di muka bumi Kelantan ni tengahari kelmarin.

Inilah cebisan berita tersbut :

KOTA BHARU, 22 Jan. – Penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

“Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap… apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak. – Bernama

Jalan di atas di dalam Dun Dabong, nak suruh siapa eh pulok letak jawatan nih...

Nih, nk royak bui, jalan tu jalan siapa punya yer??? Tanya tuan pemilik jalan tuh siapa, kalau ianya milik Husin, suruh Husin baiki, kalau ianya milik Fuad, suruh Fuad baiki, sebab Husin yg kutip cukai jalan, Fuad yang tukang kutip cukai jalan.

Ke ada sesiapa yang pergi bayar cukai jalan kepada Adun kawasan tuh??? Cuba jawab sikit...

Adika kakak sekalian, baca jugak sini deh.

1. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2011/01/kuasa-desakan-rakyat.html

2. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/04/unplugged-ada-aku-kisah.html

3. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/11/under-construction.html

4. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/05/sebuah-coretan.html

5. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/07/tolonglah-baiki.html

6.http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/04/errrada-aku-kisah-kisah-benar.html

7. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/04/errrada-aku-kisah.html

8. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2009/10/bermulah-episod.html

9. http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/07/jale-kerajae-pusat-tuh.html

10.http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2009/10/saya-menggunakan-perkhidmatan-aduan.html


Selamat malam.........


AKU SUDAH NAK KENA PENAMPAR MAINKAN ISU NI DI DABONG!!!


Dabong,
22 Januari 2011.

Tiada ulasan: