Saya berterima kaseh kepada semua pembaca dan komen-komen yang diutarakan terhadap artikel tersebut. Saya berbangga mempunyai sahabat-sahabat yang mempunyai pemiiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Kalau dahulu, saya selalu memberi pesan kepada 'anak-anak buah' saya supaya bersikap Pro-aktif, Pro-kreatif, dan kritis. Sikap-sikap ini dapat memberikan kita pengalaman yang berguna dan berharga dalam hidup kita. Ianya dapat mematangkan kita dalam kerja-kerja sebegini. Lebih-lebih sebagai petugas-petugas agama Islam. Amatlah penting jika dipraktikkan sikap ini.
Berbalik kepada komen-komen yang diterima, saya kira semua sahabat dapat membacanya dan faham akan maksudnya. Tujuan saya bukanlah mencari pengaruh, mencari sengketa dan permusuhan antara kita. Tetapi jika ada perbezaan pendapat, ianya suatu rahmat yang besar kepada kita. Komen pertama berbunyi;
Quote;
"Seolah-olah mereka mahu menghpuskan terus legasi kepimpinan PAS Kelantan di peringkat pusat. Adakah ini namanya mengenang budi? "
Bagi ana bukan soal nak menghapuskan legasi Kelantan, bukan juga soal semangat kenegerian.. .. Semua ni kerja Tuhan kan...
Ada hikmahnya tu. Moga2 kita sama2 muhasabah... baik dari kelantan, baik dari kedah , baik dari mana-mana negeri , InsyaAllah syiar Islam ni "borderless" ... Islam for All. Mana la tahu lepas ni Mr President bertanding Naib Presiden ka, InsyaAllah ana dari Kedah tak berat kot nak bagi undi..
Terima kasehlah diatas sokongan saudara jika saya bertanding. Tetapi bukan itu tujuan saya yang sebenarnya. Bukan itu maksud saya menulis artikel ini. Saya tahu dan faham soal Islam itu berderless...Soalnya sekarang ialah seolah-olah ahli-ahli PAS tidak mahu menerima kepimpinan PAS dari Kelantan. Sebab itulah saya nyatakan "Seolah-olah mereka mahu menghpuskan terus legasi kepimpinan PAS Kelantan di peringkat pusat."
Ini isu utama yang masih hangat di Kelantan hingga hari ini. Itu belum sentuh isu Negara Perpaduan yang ditentang hebat oleh Tok Guru Nik Aziz.
Mengenai komen yang kedua berbunyi "salam ukhwah..
ana ingin penjelasan semula atas keterangan yang kurang betul faktanya. ana setuju kalau dikatakan bahawa Kelantan berjasa dalam penyebaran fikrah tetapi tidak bermakna itu yang dijadikan kayu ukuran. Perwakilan mengudi mengikut pemikiran bahawa orang yang dilantik adalah dikalangan mereka yang lebih layak. Semua calon adalah layak tetapi dari pandangan perwakilan lain meletakkan calon yang lebih layak seperti YB Nasharudin Mat Isa sebagai timbalan. Allah S.W.T lebih mengetahui. Ingin ana betulkan kenyataan bahawa tiada yang menang dari Kelantan. Kenyataan ini tidak benar kerana Dr.Hatta dari Kelantan dan menang, selain itu Mantan Ketua Pemuda kita YB.Salahudin Ayub merupakan Parlimen Kubang Kerian walaupun berasal dari Johor tetapi dia juga mewakili Kelantan malah beliau dilantik sebagai Naib.Presiden baru PAS.
Maaf andai kata terkasar bahasa dan tersalah fakta. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN!"
Pertamanya terima kaseh saya ucapkan kepada adinda yang memberi komen. Nampaknya berkesan juga tarbiyyah yang adinda perolehi. Adinda utarakan berkaitan fakta mengenai artikel tersebut. Disini kakanda ingin perbetulkan persoalan adinda tersebut di mana senarai-senarai pimpinan yang adinda berikan itu memang benar mereka merupakan ahli-ahli perlimen yang menag di kelantan, tetapi apa yang kekanda persoalkan dalam artikel ialah bukan dari kalangan mereka ini. Mereka bukan orang Kelantan seperti YAB Tok Guru, Dato' Husam, Nik Amar, dan lain-lain lagi. Apa yang adinda berikan itu adalah pimpinan yang menang pilihanraya hasil undi orang Kelantan. Ini menunjukkan kami di Kelantan bukan bersifat assabiyyah atau kenegerian. oleh itu, sewajarnyalah para perwakilan menilai kembali apa yang berlaku dalam pemilihan tempoh hari. Itulah matlamat asal kekanda menulis artikel terbabit.
Kenapa hanya dikomen berkaitan pemilihan di muktamar tempoh hari sahaja? Hanya itukan topik utama? Hmmm...sebab kita semua suka berpolitik. Aatupun komentar-komentor tidak menyokong dengan kenyataan saya? Adakah para komentor ini cenderung ke arah yang menang? Hmmm....jangan salah faham, saya cuma mengandaikan sahaja. Bukan menuduh sesiapa. Adinda semua kena ingat, KESAN TERHADAP KEKALAHAN ADALAH AMAT PERIT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN LUKA DI BADAN. Saya percaya, pemilihan kali ini akan memberi kesan yang sungguh ketara terhadap Badan Perhubungan PAS Kelantan. Tetapi saya tetap berdoa supaya kita semua kembali bersatu. Amin.
Adindaku semua,
Sebagai pimpinan, seharusnya kita dapat menerima teguran orang lain. Dalam jemaah, kenalah menerima akan adanya 'Hang Jebat'...jika ketua (amir) tidak mahu adanya 'pembangkang' dalam jemaah, maka organisasi itu akan mundur dan tidak maju. Kerana kita akan singkirkan (pulaukan) pembangkang terbabit. kita akan bannded mereka ini. Kemudian ada yang lari dari landasan, ada yang kecewa dipulaukan. Ingatlah semua, pengalaman lalu mengajar kita semua. Semua dan maju, Fikirlah sendiri wahai pimpinan-pimpinan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan