<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, Jun 15, 2009

Menyokong Tok Guru Nik Aziz : Semakin Hangat!!!

Nampaknya perbahasan semakin sengit, komen terhadap komen. Hehehe...best jgk nih. Masing-masing nak pertahankan hujah. Sebenarnya itulah manusia, suka kan kemenangan, suka kan kepada penegasan diri sendiri. Semakin lama, semakin hilang arah dibuatnya. Topik artikel yang asal sudah lari dan dikomen kepada artikel komen. Kepada pembaca, berikut adalah komen yang terbaru ;

Qoute;

"Terima kasehlah diatas sokongan saudara jika saya bertanding. Tetapi bukan itu tujuan saya yang sebenarnya. Bukan itu maksud saya menulis artikel ini. Saya tahu dan faham soal Islam itu berderless...Soalnya sekarang ialah seolah-olah ahli-ahli PAS tidak mahu menerima kepimpinan PAS dari Kelantan. Sebab itulah saya nyatakan "Seolah-olah mereka mahu menghpuskan terus legasi kepimpinan PAS Kelantan di peringkat pusat."
Ini isu utama yang masih hangat di Kelantan hingga hari ini. Itu belum sentuh isu Negara Perpaduan yang ditentang hebat oleh Tok Guru Nik Aziz."


Komentar semakin rancak;
Sebenarnya saya secara peribadi tidak gemar dengan perkataan "SEOLAH-OLAH" . Seolah-olah menunjukkan suatu yang tidak pasti dan suatu yang berbentuk andaian yang belum tentu pasti dan tepat.

Saya rasa hampir mustahil untuk kita membaca setiap hati-hati perwakilan . Hanya Allah jualah yang mengetahui segala gerak-gerak hati hamba-hambaNya.

Saya lebih selesa bersangka baik. Mungkin saya ini masih tak matang dalam politik , namun apa yang terbaik, bersangka baiklah. Saya rasa inilah hujah yang mungkin lemah dari saya . Ini saya terkesan dari suatu akhlak Nabi SAW yang bersangka baik bagi suatu yang tak pasti.

Saya teringat dalam suatu peperangan , seorang sahabat Nabi telah membunuh seseorang yang telah memerangi Nabi dalam peperangan tersebut. Si fulan ini telah mengucap syahadah dikala dia hampir tewas ditangan sahabat tersebut.Namun, saya tersebut meragui syahadah tersebut dan terus membunuh si fulan tersebut. Lalu kejadian ini, telah diketahui oleh Nabi SAW. Alangkah marahnya Nabi SAW setelah mengetahui kisah tersebut, lalu Nabi SAW;
"Adakah kamu membelah hatinya baru kamu akan meyakini syahadahnya" (Ini adalah olahan ayat saya sendiri terhadap kata-kata Nabi) .

Seruan saya dalam isu ini adalah konsisten "Sama-samalah kita bermuhasabah"
Dan jika benar sangkaan bahawa adalah penolakan terhadap pimpinan Kelantan pun, saya tetap konsisten untuk menyatakan "Sama-samalah kita masing-masing bermuhasabah" ...


"Boleh jadi pandangan Tuan benar dan pandangan saya salah,
dan boleh jadi pandangan saya benar dan pandangan Tuan salah"
Maka kita berlapang dadalah....

Bagi saya jelas, semuanya terkandung dalam artikel yang asal. Dan itu adalah dari hati nurani saya. Tidak menyokong mana-mana group. Sama ada group Dato' Husam, Nik Amar, dan lain-lain lagi. Sila baca dengan teliti artikel saya, jangan hanya mengambil sesetengah baris sahaja.

Komentor minta kita bermuhasabah. Macam ini, muhasabah itu bab lain, tetapi maksud artikel saya ni bab lain. Adakah komentor kita ni dah mahu menyerah? Sebab bab muhasabah ni adalah jalan yang terakhir, dan sememangnya kita semua harus bermuhasabah. Tetapi di medan ini, kita inginkan percambahan idea dari pelbagai aspek. Mungkin pandangan saya terlalu radikal, mungkin pembaca lain ada pandanag tersendiri. Mana tahu, oleh itu, jangan berhenti memebri komen, kita bukan nak bergaduh pun. Supaya kita semua berfikir di medan yang luas. Jangan mengikut orang sahaja. Teruskan memberi pandangan.

Tiada ulasan: