Salam ukhuwah. Barangkali semuanya sedang asyik mengikuti isu Negara Perpaduan. Bagi saya, dari awal-awal lagi saya tetap menyokong pendirian menteri besar saya, Tok Guru Nik Aziz. Pendirian beliau konsisten dalam hal ini. Namun, apa jua tindakan yang beliau buat dan akan buat, saya tetap menyokong.
Tok Guru dengan jelas mengatakan beliau serik dan perit nk bergabung/bekerjasama dengan UMNO/BN. Ianya jelas dan tak perlu dimainkan lagioleh sesetengah pihak. Saya menampakkan kesungguhan Tok Guru dalam hal ini. Beliau memang cukup pengalaman dalam hal-hal ini. Kami di Kelantan cukup masak dengan perangai UMNO/BN.
Muktamar Tahunan PAS sudah selesai. Pimpinan sudah dipilih. Perwakilan sudah pulang ke ceruk-ceruk masing-masing. Jangan lupa, kerja berat menunggu di Manek Urai. Apa yang saya terkilan ialah mengenai pemilihan pimpinan peringkat pusat yang langsung mengenepikan calon-calon dari Kelantan. Bukan saya ni pro-Husam, pro-Nik Amar dan lain-lain lagi, cuma sebagai anak jati Kelantan, nak juga melihat anak kelahiran setanah kita berada sebaris dengan kepimpinan yang baru.
Saya yakin sepenuhnya, bukan saya seorang yang terkilan. Malah hampir keseluruhan aktivis PAS di Kelantan merasa ada yang tidak kena dengan hal tersebut. Sampai ada yang mengatakan bahawa wakil-wakil dari negeri lain seperti kacang lupakan kulit. Kita kena ingat, selama hampir 20tahun jerih perit Tok Guru dan para pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri. hinggakan PAS boleh berkembang ke Kedah, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak. Bermulanya ini semua dengan kuasa yang kita ada di Negeri Kelantan pada 1990 dahulu. namu, inikah balasannya?
Seolah-olah mereka mahu menghpuskan terus legasi kepimpinan PAS Kelantan di peringkat pusat. Adakah ini namanya mengenang budi? Seolah-olah kita yang penat memancing ikan, kucing di dapur yang kekenyangan. Bukan kata kami ini berkehendakan jawatan, pangkat. Tapi salahkah membalas jasa? Jika semasa zaman susah dulu. Kelantan lah sebagai penunggul, Kelantan lah tempat rujukan, kata-kata Tok Guru semua dipatuhi. tapi bila dah senang, dah dapat kemudahan, bila kemenangan dah nampak, kita semua alpa pada Tok Guru, lawan semua kata-kata Tok Guru. Eh, kita siapa? dan Tok Guru tu siapa? Jawab soalan ini dahulu sebelum menyanggah kata-kata Tok Guru.
Seperkara lagi, ramai pimpinan sekarang ini bermula kariernya di Kelantan juga. Contohnya, ahli parlimen Bachok, kubang Kerian, Kuala Krai, malahan ramai lagi yang terdahulu. Mereka dapat menang mudah jika bertanding di Kelantan. Adakah kita semua lupa? oleh itu, tidak adil lah jika kita mengenepikan terus pimpinan-pimpinan PAS dari Kelantan. Jika begitu, seolah-olah kita semua tidak mahu menerima idea dan corak kami di Kelantan. Alhamdulillah, dengan corak inilah kami di Kelantan masih kekal memerintah sehingga ke hari ini.
Kita semua pada hari ini mengalamai sindrom terlebih pandai. Sindrom ini merebak ke akar umbi. Semua kata-kata pimpinan dicanggah. Itu tak kena, ini tak kena. Sedangkan pimpinan kita dengan kita jauh sngat bezanya.
Jika dahulu sebelum kita mencapai kemenangan, alagkah bagusnya para aktivis kita. Program usrah hadir dengan bersemangat, majlis-majlis parti dihadiri dengan jayanya, nak minta sumbanagn tenaga mudah, tak banyak cakap. maka sebab itulah kita semua berjaya menawan kelantan pada 1990. teyapi pada hari ini, jika diminta hadir ke sesuatu majlis anjuran PAS, amat-amat payah hendak pergi. lebih malang lagi ada yang bertanya, diberi duit minyak ke tidak. Inilah yang berlaku kian hari. Bila semua sudah nampak kebendaan, jihad kita tinggalkan.
Maka banyaklah dalih kita. Oleh yang demikian, kita dapat lihat kualiti para aktivis PAS pada hari ini. Jika dulu, dengan serba kekurangan kita mampu tempuhi semuanya, tetapi hari ini, kemudahan depan mata, tetapi kita tidak mampu untuk jihad bersama parti yang suatu ketika dahulu kita agung-agungkan.
Jika kita di kawasan pedalaman seperti Ranting Dabong, jika diadakan mesyuarat kawasan, terpaksa ke Gua Musang. Jika dahulu terpaksa menaiki keretapi dan terpaksa bermalam di Gua Musang sementara menunggu mesyuarat keesokan harinya. Tetapi ahli-ahli PAS waktu itu tetap melibatkan diri dengan penuh bersemangat sebab hanya satu yang mereka harapkan iaitu balasan syurga dari Allah.
Tetapi malang sungguh kita pada hari ini. Segala kemudahan ada, jalanraya, kereta, telefon bimbit, komputer, dan sebagainya. Tetapi sampai ke tempat mesyuarat pun lewat, main-main, dan sekadar mencari nama dalam parti.
Saya cukup terkilan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Bila sesuatu isu dimainkan oleh pihak tertentu, kita seolah-olah hilang arah dan pedoman. kita semua terikut-ikut dengan mainan mereka. Oleh itu, kembalilah kepada dasar kita, taatlah pada pimpinan kita semua, dan yakin serta percayalah sepenuhnya kepada pimpinan kita.
Wallaua'lam.
Dabong, 09 Jun 2009.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan