<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Selasa, Jun 23, 2009

Nukilan Terbuka Buat Adik-Adik

Salam buat adik-adik semua,

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua adik-adik yang telah berjaya mengadakan program motivasi selama 3 hari 2 malam di SK Paloh 3 baru-baru ini. Saya cukup bangga dengan anda semua. Anda mampu melaksanakan program tersebut dengan jayanya.

Di pagi yang hening itu, suasana di sekolah agak suram. Murid-murid tahun 6 seolah-olah tidak merelakan perpisahan pada pagi itu. Begitu juga dengan fasi-fasi. Mungkin terasa benar akan perpisahan itu, tetapi ingatlah semua setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Ya, adik2 semua telah mampu membentuk suatu ikatan yang erat dan mesra di kalangan pelajar-pelajar sekolah, justeru eratkanlah ikatan ukhuwah sesama adik-adik semua. Jangan ada masalah lagi, saling hormat-menghormati, jangan ada hasad dengki. Jika ada masalah yang tak puas hati, bincanglah sampai puas hati.

Diharapkan agar adik-adik dapatlah follow up anak-anak buah di SK Paloh 3. Bertanya kabar, bagi nasihat dan bagi semnagat yang berterusan kerana mereka semua menghormati anda sebagi abang dan kakak mereka. Insya Allah dengan perhubungan yang berterusan macam tu, mampu merubah anak-anak buah kita ke arah yang lebih baik.

Saya sempat berbual dengan guru besar sekolah setelah adik-adik semua menaiki bas untuk pulang. Katanya, beliau cukup bangga dengan pencapaian yang telah adik-adik semua lakukan. Insya Allah kita semua akan lihat sesuatu yang pasti membanggakan pihak sekolah.

Segala teguran, pandangan yang dibuat pada malam post-mortem haruslah diambil iktibar untuk lain masa. Jangan hanya sekadar post-mortem, tetapi masih lakukan kesilapan yang sama ya. Insya Allah jika diizinkan, kita jumpa lagi di lain masa.

Kenanganku bersama adik-adik amat bermakna. Abg.zul, abg.anis, abg.mustakin, dan abg.bahiri mengucapkan tahniah dan terima kaseh kepada adik2 semua. Teruskan usaha, lipat gandakan pengalaman selagi diberi peluang.

Walaupun kami tidak pernah mengenali adik-adik semua, tetapi ikatan persaudaraan kita memang mantap. Oleh yang demikian, kami menyambut baik kedatangan adik-adik semua di lain masa. Yakinlah, ikatan persaudaraan kita mengatasi batas-batas waktu dan ketika.

Kepada sahabat-sahabat yang pernah menjejakkan kaki ke Kesedar Paloh 3, seribu kenangan bersama saya sampaikan. Semoga ingatan kita kekal subur di sanubari. Detik-detik waktu bersama amatlah berharga. Sukar diganti. Walaupun penat, letih mengejar tempat nak mandi, bosan dengan panas, berebut masa untuk mandi, persiapkan diri, namun sejuta pujian saya ucapan kepada mereka yang terdahulu. Anda memang hebat dan mantap. Jika didizinkan, ingin saya jemput anda semua ke Paloh 3. Insya Allah.

Tiada ulasan: