<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, Ogos 31, 2009

Harap Maaf

Assalamualaikum kepada semua peminat Laman Nurani, saya mewakili Mr President memohon ribuan kemaafan kepada semua pengunjung ke blog ini kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dalam masa terdekat ini disebabkan masalah dan gangguan yang berlaku pada talian streamyx di kawasan/daerahnya.

Harap maaf & bersabar;
b/p Mr President.

Selasa, Ogos 25, 2009

Permatang Pasir : PAS Menang

Bersyukurlah ke hadrat Allah SWT. Kemenangan ini membuktikan Islam diterima oleh semua. Tahniah kepada Adun Permatang Pasir, Hj. Mohd. Salleh Man. Tidak lupa juga, tahniah dan syabas krew Laman Nurani ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat. Allah jualah yang membalas pengorbanan saudara semua.


Peraih Ikan, Sayur pun bising duk kempen barang jualan la...

Apa la punya arahan ni. Tak bagi orang berkempen, meraih undi pada hari mengundi. Masuk akal ka, masuk duit ni? He..he.. Eh, bengong, tok peraih yang jual ikan, rambutan, duku, sayur kat pasar pun bising jugak lah duk 'kempen' suruh beli barang jualan diorang. Coba kalau larang mereka jangan bising, duk diam je. Tak boleh meraih barang jualan dengan berkempen semasa menjul. Orang tanya pun jangan jawab. Boleh camtu? Ha..ha..

Apalah nasib kita mendapat pengerusi SPR, dan Perdana Menteri yang tak reti bahas nih. Huhuhu...aapalah sangat pilihanraya jika tak bagi meraih undi? sama lah dengan aktiviti jual beli tadi. Kenapa orang meraih/kempen semasa menjalankan urusan jualan? Sebab nak bagi laku, orang datang beli. So, samalah dengan pilihanraya pun. Coba la bijak sikit.

Kata dalam teleisyen, kita akan dakwa sesiapa yang meraih undi pada hari mengundi. Nape tak dakwa? Dakwa lah skali dengan jentera-jentera UBN tu. nape diam??? Kan berlaku depan mata anda wahai SPR??? Nape??? Tak berani tangkap jentera BN??? Anda cuma berani tangkap orang-orang PAS je kan??? Cobalah berlaku adil, jangan duk ikut telunjuk sebelah pihak sahaja. Jangan jadi bodoh sombong.

Apa salahnya berlaku adil pada semua? Kotakan apa yang dikata bedegar-degar dalam televisyen tu. Biar jadi pilihanray yang sunyi dan sepi. Boleh? Ni tak, bila PAS buat kempen, duk tayanaglah lebih-lebih, bila UBN ada gak yang kempen, kenapa duk diam plak?

Bukan Mudah Nak Masuk Syurga

Email dari : ath

Penyokong umno sekarang marah dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang mengatakan puak mereka tidak layak masuk syurga kerana fahaman Islam Plastik(palsu) yang dibawa oleh parti tersebut. Punya barua media umno ni, sampai tertukar perkataan Islam Plastik dan Islam Palestin. Dek kerana keghairahan mereka mahu memfitnah dan memutar-belit kenyataan TGNA, mereka boleh tertukar perkataan PLASTIK dan PALESTIN... kelakar-kelakar.

Dengan kenyataan TGNA tersebut ramai yang jadi keliru, dan ada sesetengah ahli PAS pun sendiri terkeliru dengan kenyataan tersebut. Bagi saya tidak perlu keliru dengan kenyataan TGNA tersebut jika mereka seorang yang agama Islam. Yang jadi keliru jugak tu kerana mereka tidak atau saja-saja buat tidak tahu tentang ilmu akidah Islam itu sendiri. Dalam Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ilmu akidah Islam jelas menyatakan golongan-golongan ahli syurga dan ahli nereka.

Umno memperjuangkan semangat asobiyah Melayunya, jadi apa yang dinyatakan oleh TGNA adalah bertepatan dengan golongan yang dinyatakan dalam banyak riwayat hadis Rasullah SAW yang mengatakan golongan asobiyah tidak tergolong daripada umat Baginda SAW. Jadi layakkah penyokong-penyokong umno ni menjamin dan yakin perjuangan mereka ini serupa dengan perjuangan Rasullah SAW dan sekaligus melayakkan mereka untuk mendapatkan syurga?

Persoalan yang mengatakan TGNA tidak layak menentukan syurga atau neraka. Punya begap puak umno dan seangkatan dengan mereka ini. Dalam mengetahuan kita, Rasullah SAW sendiri dalam dakwahnya mengatakan banyak mengenai dosa, pahala, syurga dan neraka. Sesiapa yang melakukan amal maaruf akan mendapat pahala dan sesiapa yang melakukan kemungkaran akan mendapat dosa. Siapa yang memperjuangkan Islam (AL-Quran dan Hadis) akan mendapat pahala dan sesiapa memperjuangkan toghut (duit, pangkat, bangsa dll) akan mendapat dosa. Balasan pahala adalah syurga dan dosa pulak adalah neraka. Bukahkah ini jelas!!!! Mengapa perlu keliru?

Ajaran Islam jelas menyatakan pahala, dosa, syurga dan neraka. Dalam fahaman sekular yang dianut oleh puak umno samada mereka sedar atau tidak, tiada menyatakan perkara-perkara berikut. Mereka mengasingkan agama dan politik. Jadi sebab itu mereka keliru dengan kenyataan tersebut.

Untuk mendapat syurga bukannya mudah. Kalau dihitung amalan kita untuk kita mendapat jaminan syurga belum tentu dapat. Adakah cukup kita rasa dengan amalan baik yang dilakukan dapat melayakkan kita membeli syurga Allah? Tidak.. Kita hanya layak mendapatkannya dengan ihsan Allah yang Maha Pengasih.

Oleh itu wahai penyokong umno dan seangkatan dengannya, adakah anda yakin dengan perjuangan Melayu dapat melayakkan anda untuk mendapat syurga Allah? Bertaubatlah dan kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenarnya dengan mendaulatkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perjuangan. Insya Allah dengan itu umat Islam di malaysia akan bersatu.

Demokrasi Sudah Mati

Sistem Demokrasi yang diagung-agungkan UBN sekarang ini sudah mati keseluruhannya. Bermula dari PRK Bukit Gantang lagi apabila pelbagai peraturan baru yang diperkenalkan SPR kepada semua parti politik yang bertanding.

Di Manek Urai, bendera PKR tidak diobenarkan dinaikkan di Manek Urai, atas alasan PKR tidak bertanding di Manaek Urai. Riuh diperkatan hal ini. Sehingga siap berbalah lagi dengan SPR. Apa ni? Alasan lagi kononya Pakatan Rakyat tidak berdaftar. Ini menyanggah peraturan pilihanraya yang jelas membenarkan mana-mana parti politik yang menyokong parti yang bertanding adalah dibenarkan. Peraturan ini meyanggah peratutan tatatertib ini. Pening la... Demokrasi macam mana nih.

Terbaru di Permatang Pasir, sistem demokrasi dan hak asasi manusia yang hidup di muka bumi ini sekali lagi dinafikan SPR, dibawah kerajaan 1Malaysia, UBN. Peraturan tidak membenarkan berkempen pada hari mengundi dan tiad membenarkan diwujudkan meja semakan pemilih (barung) oleh parti-parti yang bertanding. Ini seolah-olah mahu mengikat kaki dan tangan serta mulut rakyat. Walaupun tidak nampak, tetapi ianya jelas menzalimi rakyat.

Eh, pilihan raya apa kalau tidak boleh berkempen? Ni siap ugut lagi dalam kaca-kaca televiseyen, corong speaker radio, bahawa mana-mana parti yang berkempen akan didakwa. Eh, bengong!, kita nk bertanding pilihanraya, bayaran deposit bukan RM1.50. Beribu-ribu, oleh itu, parti politik berkempenlah untuk memenangkan calon yang bertanding. Ini menyekat orang berkempen, piliharaya apa ni... Mana demokrasi? kata agungkan sangat demokrasi???

Berapa ramai dah rakyat Malaysia yang mati akbiat berkempen dan membuka barung di hari mengundi? Cuba jawab. Berapa orang rakyat Malaysia yang menderita akibat bekempen dan membuka barung di hari mengundi? Jangan persolakan terpaksa menggunakan aggota polis yang ramai. dah memang tugas polis dah menjaga keselamatan awam. Ke polis ni hanya menjaga ceramah-ceramah PAS sahaja di Malaysia ni? Buat apa SPR pertikai penglibatan aggota polis yang ramai? Kan dah memang tugas mereka. Jangan dah baling sembunyi tangan. Macam di PRK Manek Urai, penglibatan anggota polis yang amat menggalakan, mengapa tidak berbangkit? Mengapa berbangkit di Permatang Pasir? Mengapa anggota polis tak menjaga dalam negara macam di Manek Urai? Baru la kes ragut, samun tak berlaku.

Saya tidak nampak lain dalam drama murahan ini. Pengarahnya tetap juga sama dengan drama katak lompat yang pernah saya terbitkan sebelum ini. Cuba kita renung kembali di PRK Pengkalan Pasir, Pasir Mas. Mana ketelusan SPR??? Kata baik, bagus, berjurus. Tetapi ada yang meninggal di Kota Mekah, balik mengundi. Ada juga yang mengaku di mahkamah bahawa dia mengundi lebih dari satu kali. Tetapi, mana dakwaan yang dibuat? Apa tindakan mahkamah demokrasi yang diagung-agungkan?

Eh, kita semua tidaka kan lupa la pengkhianatan UBN terhadap rakyat dan Islam. Benda ini akan tetap saya dan kita semua akan ceritakan kepada generasi akan datang walaupun UBN sudah berkubur dan sudah tidak ada kesan lagi.

Jangan lupa Kes Memali. Saya JANJI, akan ceritakan kes ini sepanjang masa kepada generasi-genarasi sekarang dan yang belum lahir hari ini. Dan saya yakin, anda semua akan menceritakan perkara yang sama juga. Biar generasi kita kenal siapa UMNO, siapa Barisan Nasional ni. Jangan hanya kenal meraka di kaca-kaca televisyen sahaja.

Kepada kerajaan Malaysia yang ku sanjungi. Pulihkan segera dmokrasi kepada rakyat sebelum terlambat. Ingat, adakah dato'-dato' seri semua akan gunakan polis dan FRU untuk lawan rakyat jika rakyat bangkit??? Ingatlah zaman gelap, zaman Renaissance, zaman Revolusi di Eropah. Siapa yang bangkit kalau bukan rakyat? Masa tu, mana para pemimpin kuku besi? Ibgatlah, JANJI ALLAH PASTI BERLAKU!!!

Isnin, Ogos 24, 2009

Amanat Tok Guru Buat Pengundi Permatang Pasir

Oleh TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (Sebahagian Ayat 5, Surah Al Bayyinah)

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato' Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan.

Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.

Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?

Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu.

Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?

Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian.

Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA.

Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis.

Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi.

Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan.

Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan.

Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009.

Ibarat Air Di Daun Keladi

Ibarat air di daun keladi
Walaupun tergenang tetapi
Tak meninggalkan bekas
Pabila tersentuh
Dahannya bergoyang
Airpun tertumpah tercurah
Habis tak tinggal lagi

Itulah lirik D'Lloyd, Cinta Hampa yang masahor suatu waktu dahulu hingga kini. Sungguh asyik mendengar dan melayani lagu ini ya pak...hehe.. Cuba bagiku lain pula halya, saya ingin kongsikan sebuah fenomena yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Kata-kata dalam lirik di atas cukup bermakna buat mereka yang mengerti akan mksud tersiratnya.

Seperti kita semua maklum, daun keladi, permukaan atas daun keladi, walau dicurah air ke atasnya, ia tidak basah. Permukaan tetap kering seperti sebelum ia dicurahkan air. Dalam kehidupan kita, ianya boleh diibaratkan sebagai seseorang yang degil, walaupun sudah berulang kali diberi nasihat. Segala nasihat tidak memberika kesan positif padanya.

Sungguh malang nasib kita jika berkeadaan seperti daun keladi. Kehebatan Allah SWT menciptakan daun keladi supaya manusi berfikir apakah kaitanya dengan kita yang degil ni. Hmmm...fenomena ini biasa berlaku di mana-mana, hatta terhadap agensi kerajaan, swasta, dan sebagainya termasuklah di ceruk-ceruk kampung.

Hampir setiap malam, para pendakwah menyampaikan kuliah-kuliah di masjid, surau, musalla di bandar, pekan, desa, kampung, asrama, kem-kem dan sebagainya. Yang anehnya, mutu pendengar yang selalu mengikuti program tersebut tetap sama dari awal hingga lah ke akhirnya, tiada perubahan pada dirinya. kenapa ini berlaku?

Adakah kita hanya sekadar hadir memenuhi ruang sahaja? Adakah kita hanya sekadar hadir sementara menunggu solat isyak sahaja? Adakah kita hadir kerana terpaksa dek arahan ketua jabatan? Hmmm...kadang-kadang agensi kerajaan ni pun sama jugak, anjur program-program kuliah, majlis-majlis agama. Tetapi pegawai yang menganjurkan program tersebut, tidak solat, tidak puasa, nauzubillah. Jadi, mana penghayatannya? Sekadar menganjurkan program untuk dapat nama, sekadar untuk menghabiskan belanjawan yang dirancang, tetapi kita tidak pernah memanfaat dari apa yang disampaikan.

Buat program habis beratus-ratus ringgit, malah ada yang beribu-ribu. Tetapi, kita hanya dapat makan, minum sahaja. Tak dapat pun manfaat dari apa yang kita anjurkan sendiri. Ini yang malang bagi kita. Sama dengan daun keladi tadi lah. Walaupun hujan lebat macam mana sekalipun, hmm...tiada kesan baginya.

Kita semua nih, nampak berjurus bila menghadiri program-program keagamaan, keilmuan sahaja. Kalau yang perempuan, pakai tudung, pakai baju kurung, tutup aurat la katakan. Akan tetapi bila ke program-program yang bukan keagaman, mengapa ditukar imej? Pakai seluar, namapak bentuk tubuh. pakai tudung pun main sauk je. Nape kita dedah aurat masa tu? ALLAH HANAYA ADA DALAM MAJLIS AGAMA JE KE??? Cuba jawab.

Satu lagi, semasa datang ke pejabat, nampak berjurus lah semuanya, tutup aurat, pakai baju kurung, kalau lelaki, pakai seluar slack panjang, hmmm...nampak bagus dan berjurus la... Tetapi bila tak pergi ke pejabat, bila hari cuti ke, pergi ke kedai, bersiar-siar, kenapa kita tak boleh kekalkan imej menutup aurat? Kenapa bila solat kita boleh tutp aurat? Sebab itu arahan, eh, tak solat pun Allah wajibkan tutup aurat jugak lah. Kena faham tu... Ni tidak, orang-orang alim tak nak sokong, duk ikut orang-orang jahil. Tak kemana kita nanti.

Saya cukup terkilan. Sejak dibangku sekolah tadika, PASTI, Pra-Sekolah lagi kita diasuh oleh cikgu dan ibubapa. Kenapa bila kita dewasa kita sudah lupa? Ibarat air di daun keladi. Itulah perumpamaan yang boleh saya sampaikan. Tidak memberi kesan pun kepada kita. Bila kita nak berubah??? Bila nafas di tengkuk???

Apapun, itulah realiti yang berlaku hari ini. Kadang-kadang, kita ni menjadi golongan pendengar 'esekutif'. Mengapa saya kata begitu, sebab kita hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh penceramah, ustaz-ustaz dan para pendakwah, tetapi kita tidak pernah amalkan apa yang disampaikan. Tidak menginsafi pun apa yang disampaikan itu. Kita ni seolah-olah 'esekutif' yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh ditunjuk ajar. Ye la, tak boleh nak paksa-paksa, you nak buat you buat, I nak buat, I buat. Hmmm...macam tu ke?

Oleh yang demikian, sempena ramadhan ini, tanamlah dalam diri akan niat yang suci untuk berubah. Kita semua ni akan menemui Allah SWT. Anak sudah 2,3 orang dah. Cukuplah merasa selesa dengan kehidupan sekarang jika amal ibadat kita entah ke mana.



Ahad, Ogos 23, 2009

Lompat Katak Lompat

Lompat lah katak lompat,
Lompat lah tinggi-tinggi,
Cepat lah adik cepat,
Cepat lah bangun pergi mandi...

Itulah lagu nostalgia masa budak-budak dulu. Siap buat gaya kata lompat lagi. Hehe...
Tetapi kini lain sikit gayanya...

Politik negara sekali lagi bersandiwara. Awal Ramadhan yang mulia menyaksikan satu lagi 'Drama Swasta' politik di Malaysia. Adakah jalan ceritanya sama di Perak? Sama-sama kita tunggu siri-siri seterusnya esok, lusa, tulat...hehehe... Pada saya, jalan ceritanay tetap sama, sebab pengarah drama ini adalah orang yang sama, cuma pelakon shaja berbeza-beza. Nape? Tak percaya??? Terpulanglah...kalu tak betul, nasib baik, kalu betul...hmmm...

Begitulah pentas politik di Malaysia ni, tetap bergolak akibat sesetengah pihak tidak 'merestui' kekalahan yang diperolehi dalam pilihanaraya umum yang lepas. Lompat melompat nih berlaku sejak dulu lagi, so, tak peliklah. Sehingga Dato' Paduka Him Ali dah digelar Raja Katak pun. Nak buat guano, mula-mula BN, Semanagt 46, BN, Bebas, dan kini,hmmm...macam tu lah kalau semuanya mencarai kebendaan dan kepentingan peribadi dalam hidup.

So, kisah darama terbaru ini dalam siri jelajah Kedah akan berlanjutan lagi. Allah SWT telah 'select' siapa-siapa yang tidak ikhlas dalam perjuangan. Dalam 'tapisan' Allah ini, Dia mahu menyingkirkan mana-mana yang hipokrit dengan perjuangan Islam. Oleh itu, kita jangalah cepat melatah dengan apa yang berlaku.

Apapun, saya tetap terus menyanyi lagu KATAK LOMPAT ini sehingga ke akhirnya.

Kalau adik malas bangun,
malas bangun pagi...
La la la la la
la la la la la
Nanti kita rugi...

Apa pun lirik ini mungki sesuai begini..

Kalu YB tak nak lompat,
Tak nak lompat parti,
La la la la la
la la la la la
Nanti YB rugi...

Ha..ha..ha..

Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Huraian:

Pengajaran Hadis:

i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.” Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.

ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.

iii) ‘Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan dunia.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Syabas Manis.fm

Sementara menunggu waktu berbuka puasa petang ini, kami mendengar siaran radio Manis.fm, sebuah stetsen radio swasta tunggal di Negeri Kelantan Darulnanim. Kadang-kadang mendengar siaran Kelantan.fm. Gilir-gilr lah.

Tiba-tiba, tepat jam 7.05 malam, DJ yang bertugas mengumumkan "Sekarang kita sama-sama mendengar tazkirah dari Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan". Alangkah terharunya saya. Sudah 25 tahun saya hidup di Negeri Kelantan, tetapi pada malam ini merupakan kali pertama saya mendengar tazkirah dari Tok Guru disiarkan dalam radio.

Biarlah hanya 10 minit, tetapi apa yang ingin tok guru sampaikan, dapat disampaikan. Syabas dab tahniah Manis.fm. Semoga ianya akan diikuti oleh Stesen Kelantan.fm. Insya Allah.

Syabas Manis.fm

Dengarkan online Manis/fm disini : http://www.manis.fm/


Muslims urged to compete in good deeds

Arab News


MAKKAH: Sheikh Osama Khayyat, an imam of the Grand Mosque in Makkah, on Friday called upon Muslims to compete with one another in righteous deeds in order to win the pleasure and reward of God during the holy month of Ramadan that begins on Saturday (today).

Delivering the Friday sermon, the imam also urged Muslims to work for world peace, stop bloodshed, violence and injustice.

“Ramadan is a great opportunity for Muslims to change their behavior and correct their understanding of Shariah’s objectives,” he told the crowd. Khayyat also advised Muslims to learn the message and teachings of the Qur’an.

“The Holy Qur’an was revealed to Prophet Muhammad (peace be upon him) as a guidance and blessing for humanity,” the imam said, urging the faithful to work hard to win the blessings of God during the fasting month.

“The beginning of Ramadan is mercy, its middle is forgiveness and its end is escape from hell,” the imam said while explaining a Hadith of the Prophet.

He added: “Those who fast should not only abstain from food and drinks but also from bad words and deeds. Ramadan is a high season for goodness.”

At the Prophet’s Mosque in Madinah, Sheikh Hussein Al-Asheikh delivered the Friday sermon that echoed what the imam said in Makkah: Ramadan offers a good opportunity for Muslims to compete with one another in good deeds.

“During this holy month, Muslims should think how to improve their situation,” he said. “God’s curse will be on those people who do not try to win His pardon during Ramadan and they will be sent to hell.”

Al-Asheikh called upon the owners of Arab satellite television channels to honor the sanctity of Ramadan and should not air any provocative program that goes against its spirit and message.

“Is there any big crime other than challenging God and working contrary to the teachings of His Prophet?” the imam asked. “Those who telecast indecent programs and meaningless serials in order to engage Muslims in valueless amusement should seek God’s pardon.”

Jumaat, Ogos 21, 2009

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Wang Palsu Raih Undi Untuk BN : Mana Majlis Fatwa??????????????????

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.

Khamis, Ogos 20, 2009

Thank You Seven!!

Ada sorg pemuda ni. Dia baru je reti ckp bahasa Inggeris. Perkataan yg dia tau, hanyalah :

Its ok, nevermind ;
Thank You ;
One, two, three, four, five, six, seven ;
Bye-bye.


Pada suatu hari, pemuda ni bergegas utk ke tmpt keje, smbil membawa beberapa brg. Tbe2, die trlanggar sorg mat salleh. Abes jtuh sume brg2 pemuda tu. Mat salleh tu pun tlg angkat brg2 yg jtuh tu.


Pemuda : ( Inilah peluangku utk menunjukkan kehebatanku speaking ingeris ) katanya dlm hati.

Mat Salleh : Oh, I'm Sorry.

Pemuda : It's ok, nevermind. Thank you.

Mat Salleh : Thank you too.

Pemuda : ( Hmm.. Lpas two, mesti three ) Thank you three.

Mat Salleh : ( Hairan ) What for?

Pemuda : ( Hmm.. Four.. Four, five ) Thank you five.

Mat Salleh : Are you sick?

Pemuda : ( Alamak! Lpas six.. seven, pstu aku dh tak tau dh.. kne cbut lah.. ) sambil mengambil barang2nya dan trus brgegas, pemuda tu pun jerit dari jauh, THANK YOU SEVEN! BYE-BYE!

Selasa, Ogos 18, 2009

Alkisahnya... Telur

Dari Cina Islam


Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu SubangDepa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...


Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam

Macam Mana Kami Nak HORMATI POLIS 'WANG MALAYSIA'?

Dari Sangkakala

Macam mana kami nak menghormati polis dan naggota keselamatan 'WANG MALAYSIA'? Peragut berlesluasa, rasuah merata-rata, perompak dan jenayah berlaku saban saat di WANG MALAYSIA. Kenapa polis WANG MALYSIA menangkap rakyat yang tak berdosa? Adakah arahan Mr. Najibung? Huhuhu...memang kami tak respek la kat hangpa semua nih... Cuba kalu polis-polisi semua ni duk diam dengar ja apa Mr. Gobala nk kata apa boleh tak? Kenapa buat provokasi sedemikian rupa? Hah??????? Bengong!!!!! Ke sape arah hangpa semua nih???? Kami memang sakit hati lah kat hangpa nih....Peragut hanga tak tangkap pun...Penagih, pengedar dadah, hanpa buat diam sejuta bahasa... kenapa hangpa semua ni bertugas hanya ada perhimpunan rakyat??? Ke itu tugas utama anggota POLISI??? Hangpa angkat sumpah jawatan dulu dengan NAMA ALLAH kan? Ke NAMA NAJIBUNG???

Buatlah mcm kat manek urai dulu, khemah polisi setiap 100 meter sepajnag jalan...baru peragut tak berani nak meragut, sebab ada polisi setiap 100 meter... Ni kenapa time PRK je hangpa buat cam tu???? Cuba pakai otak hangpa lah, jangan pakai otak Mr. Najibung yang bengong tu...

Cobalah tengok DISINI (KLIK)

Ingatlah, Allah Maha Adil kepada semua makhluknya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hangpa jang duk agh lah.... Mati itu PASTI nooo....


Isnin, Ogos 17, 2009

Kegemilangan kota Baghdad tinggal kenangan (Bahagian II)

Bahan rujukan

Pada kurun ke-10, semangat dan keghairahan untuk mempelajari kaedah perubatan Greek muncul hingga menyebabkan kebanyakan bahan rujukan diterjemahkan ke bahasa Arab di Damsyik, Kaherah dan Baghdad. Pada masa itu, bahasa Arab telah diiktiraf sebagai bahasa perantaraan utama dalam bidang akademik dan hubungan diplomatik.

Pusat pengajian saintifik kemudiannya berubah arah ke timur dan Baghdad muncul kota pengajian dalam bidang sains. Dengan itu, orang Islam menjadi masyarakat yang menyumbang perubahan dalam ilmu sains. Perubatan Islam berkembang dengan pesat dan merupakan aspek utama dalam kecemerlangan tamadun Islam yang melahirkan pakar-pakar perubatan terkenal.

Pada 636M, Kota Parsi di Baghdad (turut dikenali sebagai Jundi-Shapur atau asalnya bermaksud taman yang indah) ditakluki dengan kehebatan universiti dan hospital berkonsepkan Islam. Kemudiannya, sekolah pengajian perubatan Islam berkembang. Para pensyarah serta pengajian klinikal pula berasaskan kepada sistem perintis. 'Ali Ibnul-'Abbas (Haly Abbas: 994M) pernah memberikan nasihat kepada para pelajar perubatan yang masih digunakan hingga ke hari ini. Nasihatnya berbunyi; ''Kewajipan seorang pelajar perubatan termasuklah hadir secara konsisten ke hospital dan rumah sakit, memberikan perhatian sepenuhnya kepada pensyarah dan sentiasa bertanya mengenai simptom yang ditunjukkan oleh pesakit, di mindanya sentiasa ada mengenai apa yang dibaca melalui buku dan menunjukkan sama ada ia baik atau buruk.''

Hanya Baghdad mempunyai sekolah khusus untuk pengajian sains daripada peringkat asas. Calon pelajar perubatan akan menerima persediaan asas daripada tutor persendirian melalui pensyarah ataupun belajar sendiri. Di Baghdad, subjek anatomi diajar dengan melakukan pembedahan terhadap mawas, rangka dan didaktik manakala di tempat lain, anatomi hanya diajar melalui kuliah dan ilustrasi.

Kegemilangan kota Baghdad tinggal kenangan (Bahagian I)

BAGHDAD kini kalut dengan pergolakan politik. Serta-merta popularitinya menjunam menjadi medan pertempuran antara negara kuasa besar dunia yang ingin 'menakluk' kota kemegahan tamadun Islam suatu waktu dulu. Tanah tandus yang melatari pemandangan 'indah' di Baghdad dan tangis hiba rakyatnya yang menderita akibat peperangan adalah sejarah yang wajar diingati sampai bila-bila.

Bagi pengkaji sejarah ketamadunan Islam, mereka tentu sedar bahawa Baghdad adalah pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam terulung dan bertahan selama beratus tahun sebelum ia musnah. Pada abad ke-21, serangan bertubi-tubi yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada Mac 2003 ekoran dakwaan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah. Namun, dakwaan itu hanya helah AS dengan niat untuk menyerang Iraq.

Disebabkan peperangan, Baghdad kembali melonjakkan namanya di pentas dunia. Bukan simpati yang diundang tetapi catatan sejarah kota Baghdad yang turut terkenal sebagai pusat perkembangan ilmu perubatan Islam sejak 1,000 tahun lalu.

JANGAN KITA LUPA : Rekod penghinaan terhadap Islam oleh Umno-BN

KOTA BHARU, 17 Ogos (Hrkh):Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai "pemikiran sempit".

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, "mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 'terpaksa' membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan".

Sambungnya lagi, "perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan".

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas 'fatwa'nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan 'kajian mendalam' oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

Mahfuz : Nasi sudah jadi bubur

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Nasi sudah menjadi bubur. Akibat kegagalan membuat tindakan awal yang berkesan, setiap rakyat negara ini kini terdedah kepada virus yang cepat merebak, H1N1.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar sikap kerajaan yang lambat bertindak dalam menangani penularan wabak selsema influenza A H1N1 yang semakin kronik ketika ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 16 Ogos lalu bahawa darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini boleh dijangkiti virus tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat.

Sehingga berita ini ditulis, sudah 64 orang terbunuh akibat serangan virus yang sangat mudah berjangkit ini. Setiap hari antara dua hingga tujuh orang dilaporkan meninggal di negara ini.

"Bagi saya dalam hal yang melibatkan keselamatan rakyat ini, tindakan kerajaan sangat perlahan dan kesilapan ini tidak boleh dipandang ringan,"ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sikap kerajaan yang suka berdolak dalik dan menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat juga menunjukkan kerajaan tidak mengendahkan permintaan rakyat yang semakin berasa tidak selamat dengan situasi sekarang.

Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang parlimen khas bagi membentangkan kertas putih berkenaan isu ini juga tegasnya jelas menunjukkan kerajaan tidak bersedia menerima pandangan dari pihak lain terutamanya melibatkan Pakatan Rakyat.

"Ini bagi saya adalah satu sikap yang tidak wajar,"tegasnya lagi.

Sambil menyifatkan penularan virus ini seperti nasi sudah menjadi bubur, beliau berkata ianya semakin susah untuk dibendung memandangkan jangkitannya yang semakin meluas.

"Saya tidak faham apa lagi yang perlu ditunggu kerajaan sedangkan kes kematian semakin meningkat. Kalau nak tunggu keadaan jadi lebih buruk pun, akhirnya pengisytiharan darurat tetap perlu dibuat.

"Saya setuju jika kerajaan tak mahu isytihar darurat kalau mereka ambil tindakan yang berkesan dari awal lagi.Tapi sekarang dah tak boleh buat apa dah,"katanya.

Tambahnya, keadaan semakin membimbangkan apabila virus berkenaan boleh berjangkit di mana-mana sahaja termasuk di hospital dan pusat-pusat kesihatan.

"Kadang-kadang ada yang cuma demam biasa, tapi bila pergi periksa kesihatan di hospital, mereka terkena virus itu,"ujarnya.

Terbaru, wabak ini memakan dua lagi korban,seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek, 74 tahun,menjadikan jumlah kematian sebanyak 64 kes.

384 kes baru yang dicatatkan ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,225 kes.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru iaitu rekod tertinggi dalam satu hari pada waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa, kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Selepas Thailand, Malaysia adalah negara tertinggi di Asia Tenggara, angka korban akibat virus ini. _

Syukurlah : Adun Galas sudah boleh makan seperti biasa

KOTA BHARU, 17 Ogos: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya di China kerana tidak ada lagi wayar di badannya.

Demikian kata Timbalan YDP PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad.

Sehingga kini sudah beberapa kali rakyat Kelantan dikejutkan dengan berita kononnya Adun Galas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lalu, berita itu sudah tersebar luas di Kelantan.

Dan pagi ini sekali lagi berita serupa bertiup kembali. Keghairahan itu dipercayai dicetus pihak tertentu apabila dilihat mereka sudah mengatur gerak kerja politik di Dun Galas sebaik sahaja mengetahui Chek Hashim sakit.

Bagaimanapun berita kematian itu dinafikan Dr Zulkifli Mohamad.

Ketika dihubungi beliau berkata, Adun Galas semakin sihat selepas menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sudah berpindah ke hospital lain untuk mendapat rawatan susulan.

Image"Saya pun ada menerima berita yang menyebut Adun Galas meninggal pagi ini, tetapi Ustaz Azman Hussin yang berada bersama Chek Hashim (gambar) di China memberitahu keadaannya beransur sihat sekarang.

"Chek Hashim sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya kerana tidak ada lagi wayar di badannya," kata beliau.

Pada 7 Ogos lalu Chek Hashim menjalani pembedahan bagi merawat kanser di bahagian paru-parunya di The First People's Hospital Fu San di Guantong, China.

Adun Galas menjalani rawatan di China sejak 23 Julai lalu dan dijangka kembali ke Kelantan tidak lama lagi selesai menjalani rawatan susulan.

Hospital terbabit antara yang terbaik bagi rawatan kanser di China di mana setiap bulan menerima berpuluh-puluh kes membabitkan penyakit terbabit. _

Ahad, Ogos 16, 2009

Drama 'Swasta'

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik,
sambil
berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe:Oh gitu....kalau saya jadi bunga
Pakwe:Abang jadi tukang kebunnya
Makwe:Kenapa bukan kumbang
Pakwe:Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe:Wah! hebatnya abg nie...begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih
tersebut untuk bersiar-siar. ..tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul
kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik! !!!!! macam nangka busuk
daa!!!!

Makwe:Aduh!! !! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe:Cilako! punyo tunggul kayu....buto ko!!!!!, tak nampak ko
oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)...sayang takde apa2 ke?
Makwe:Takde sikit je bang...cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg
kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua...selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. ..2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa
anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri:Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami:Masakan abg boleh lupa
Isteri:Kalau saya jadi bintang
Suami:Abang jadi beginilah
Isteri:Kenapa bukan Ultraman...
Suami:Kat Malaysia mana ada Ultraman...kat Jepun adalah....apa lah
awak nie
Isteri:HuhHuhHuh, kalau saya jadi bunga
Suami:Abang jadi beginilah
Isteri:Apa abg nie...cakaplah betul2
Suami:Apo kono eh dongan ekau nie...dah buang tebiat ko, tak nampak
anak
kito tu....kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie,
sapo
nak bagi makan kek anak kito tu....yang mengado2 nak jadi bintang tu
buek
apo???
Isteri: Abe nie tok supo dulu....tok rometik lasung, mete2 la saya
nie doh
tok comey lagi
Suami:Takdo nak romantik kosmetik do....

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga
tersebut.... tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu
(mungkin
tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri:Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami:Apo kono eh awak nie....buto ko, punyo bosa tunggul tu tak
nampak
ko!

* MORAL CERITA: Sebelum kahwin semuanya di mata indah2 belaka, selepas kahwin semuanya tak seperti sebelumnya.. .so, perkahwinan bukanlah semata-mata atas dasar cinta dan kasih sahaja, perlulah berlandaskan apa yg telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w & agama Islam...

Who says our English is teruk.?

Who says our English is teruk.? Just see below..


Ours is simple,short, concise, straight-to- point, effective etc.........

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago?
Malaysians: Hello, who page?


ASKING SOMEONE TO MAKE WAY .
Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians:No- need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Malaysians: (pointing the door) can ar?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want la...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're
coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time.. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: Wat happen Why like that....

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it here let me show you,
Malaysians: like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me
Malaysians:Celaka u

Kisah Nabi Idris

Sakaratul Maut, Siapkah kita untuk menghadapinya ?

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."(niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim
(berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat
memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !"

Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena
kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan
kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya" . (Qs. Al- An'am : 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar.

Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan
dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap
teramat menyakitkan.

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".
(H.R. Ibnu Abu Dunya).

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan
sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir didalam
kesibukannya sehari-hari.

Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal
itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia
kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia.
Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan
menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail, "Wa'alaikum salam wa rahmatulloh" . Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke
rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba
saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh
Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya"
itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum
dan menggiurkan.
"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail
(menguji Nabi Idris a.s).
"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.
"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau
berkata:"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan
yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu.
Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s. "Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.
"Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.
"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.
"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat."Atas izin Allah, aku sekedar
berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.
"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s
"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.
"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang.
Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah
rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris
a.s.
"Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya" , tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan

permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa
Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Alloh SWT agar
menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah
dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.
"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris
a.s. "Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris
a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?
Siapkah kita untuk menghadapinya ?

"sebarkanlah walau hanya satu ayat"

Mungkingkah sejarah BADAR berulang di Permatang Pasir?

Perang Badar sebagaimana yang kita sedia maklum berlaku dalam Buln Ramadhan Al-Mubarak, dan pasokan Islam telah mencapai kemenangan di dalam peperangan tersebut. Namun kini, satu 'peperangan' lagi bakal berlaku di Permatang Pasir, juga di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini. Insya Allah, dengan izin Allah, sejarah Badar akan berulang, dan Islam kan mencapai kemenangan. Takbir!!!

Setiap 17 Ramadhan kita akan menyambut sambutan peristiwa Badar Al-Kubra. Peperangan Badar yang menyaksikan 313 orang mujahid hadir memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam yang tiga kali lebih ramai dari mereka. Rasulullah memimpin bala tentera pertama Islam ini untuk mengukuhkan kedudukan Islam agar terpandang tinggi oleh musuh-musuhnya.
Alhamdulillah, Allah telah berikan kemenangan dengan janjinya bahawa;

“Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”(Al-Maidah:56)

Maka siapakah kita untuk menafikan takdir kemenangan dari Allah ini. Jumlah yang sedikit bukan bermakna kita harus kalah. Semangat kita harus lebih tinggi dari jumlah fizikal kita kerana iman yang tersemat dalam hati sudah menempah rahmat dari Allah.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang) oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya.” (Ali-Imran:123)

Oleh itu wahai sahabat-sahabat pemuda, kita harus terus bertaqwa dan bertawakkal pada Allah. Tiada jalan pintas untuk kita kecapi jalan keredhaan melainkan dengan memperkukuhkan keyakinan kita.

Jangan kita mabuk pada kemenangan dunia walhal kemenangan akhirat itu lebih manis ganjarannya. Dalam suasana sekarang, sudah ramai yang menanam angan-angan untuk duduk sebagai peneraju rakyat. Namun tanggungjawabnya amatlah berat dan tanggungjawab kita dalam mencuci kebejatan penzalim itu bukanlah kerja yang boleh habis dalam sehari dua. Ianya akan berangkai sebagai sebahagian dari ekspedisi badar yang harus kita laksanakan.

Jangan kita hanyut dalam kekalutan sekarang. Kemenangan yang ada harus diurus agar ianya bermanfaat untuk Islam.

Ayuh! barisan pemuda Islam. Tegakkan kembali bendera badar, kerana kemenangan lain sedang menanti!

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Jumaat, Ogos 14, 2009

Salleh calon PAS tanding DUN Permatang Pasir


SEBERANG PRAI: PAS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

Salleh, pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Pemilihannya diumumkan kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu.

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

"Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincang dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman," kata beliau ketika mengumumkan nama calon dan melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas.

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. - Mstar

Laman Nurani : Politik Kampus...

Melayari blog Kalam-Perdana memang menjadi kelaziman saya saban hari. Beliau seorang yang idealis dan berfikiran lain dari sahabat-sahabt yang lain. Apa yang penting keberaniannya mengungkitkan perkara-perkara yang sahabat-sahabat lain diam membisu di kala melihat ketidakadilan berlaku. Artikel terbarunya berkaitan PMI-UTM.

Dalam artikel tersebut, beliau membangkitkan zaman kegemilangan PMIUTMKL suatu waktu dahulu. Dimana, saya sempat bersama-sama pahit manisnya.

Saat kemuncaknya semua yang tidak sealiran dengan PMI akan di lawan, di tentang. Politik cantas dan pancung adalah permaianan. Kita jarang mendekati golongan yang kita anggap tidak suci se-suci kita. Hujahnya tidak lain kerana takut kita terjerumus sama. Maka jalan selamat kita hanya bergaul sesama kita. Sebab kedua kerana 'sir' dan 'hazar' yang mengada-ngada.

Memang benar katanya itu. Pernah saya di'sound' oleh bukan seorang, malah beberapa orang senior muslimat berkaitan cara pemakaian kami semasa di kolej. Hmmm...seluar jeans memang 'diharamkan', jika pakai juga, alamatnya, kena 'pancung' terus. Kebetulan saya memang tak meminati seluar jeans, so, terlepaslah. Itulah realiti yang terpaksa saya dan rakan-rakan hadapi. Berbalik kepada teguran tad, saya dan kawan-kawan ditegur hanya kerana kami memakai T-Shirt ke dewan-dewan kuliah. Katanya, itu tidak menggambarkan kami ni pimpinan pelajar, kebetulan waktu itu kami ni AJK Kolej Pertama.

Dia kata, 'Bukan akak sorang je yang tegur benda ni, akak-akak lain pun nk tegur jugak cara pemakaian kamu ni'. Hmmm...kata Kalam-Perdana lagi;

Namun ada sahabat yang nakal, bergaul tanpa batas juga dengan rakan yang lain fikrah. Maka natijahnya hilang kepercayaan terhadapnya atau kita sering sebut tidak ‘thiqah’. Akhir kita juga memulaunya kerana hilang thiqah. Muslimat idaman juga tidak akan memilihnya untuk proses Baitul Muslim (BM). Kesian.

Hehe...memang diorang tak thiqah dah kat saya. Dek kerana kami ni memang nakal. Aah..peduli apa, bukan jadi haram pun kalau pakai t-shirt. Bukan tak boleh buat kerja pun kalau pakai t-shirt. Memang kami ni suka melawan arus, bukan apa, sebab perkara yang kami buat itu tidak salah disisi agama. Berdosa ke kalau pakai t-shirt? Adakah tak berdosa kalau pulau-memulau orang ni?

Memang saya dan kawan-kawan diarah supaya tidak berkawan rapat dengan orang-orang yang mereka tidak berkenan. Eh, orang-orang itu, sahabat kami la...takkan nak putuskan persahabatan macam itu sahaja ekoran kamu tak berkenan, tak sefikrah? Sebab itulah saya sekali lagi melanggar arahan tersebut. Peduli apa, bukannya kawan diorang, tetapi kawan-kawan saya. Syukur, saya tak terikut-ikut apa yang diarahkan walaupun mereka sudah cukup-cukup bengang dengan saya. Soal hilang thiqah? Itu tidak menjadi masalah, memang saya tak kisah pun diorang nak percaya ke, tak percaya ke. Apa yang penting pada waktu itu, hubungan sahabat kita tak rosak, kita tak hipokrit, dan kerja kita buat.

Pada waktu itu, idea hendak menjadi Hang Jebat bermula. Bukan saya nak membela diri sendiri, tetapi saya hendak membela sahabat-sahabat yang dipulaukan oleh mereka, kerana tidak sefahaman dengan mereka. Kesian Ahmad Suhaimi, Nik Borhan, Ahmad Hanizam, dan ramai lagi jika nak dibilang. Siapa yang membela mereka? Mana sahabat yang sama-sama kena rendam dulu, yang sama-sama tak tidur malam, yang dipaksa minum air masin? Mana pergi semua bila ada di kalangan kita yang kena pulau?

Bila saya sebut hal ini dalam suatu persidangan (muktamar) adalah muslimat bangkit kata tidak ada pulau-memulau ni. Jika tidak ada, kenapa yang hadir muktamar tersebut tidak ramai seramai masa kena minum air garam? Hmmm...syabas Kalam-Perdana kerana bangkitkan isu ini. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menulis, jangan segan-segan ya, tinggalkan komen. Tak kiralah, nak marah saya ke, nak tambah ke. Saya ni terima semua. Tak perlu nak jaga hati sesiapa pun. Kita tak bergaduh, cuma saling tegur-menegur.

Terima kaseh kepada sahabat-sahabat saya yang tetap berada di belakang membantu saya terutama menjalankan aktiviti-aktiviti Kolej Pertama. Seperti Kalam-Perdana sebut, semuga pimpinan PMI UTM berubahlah pemikiran. Jangan duk tiru gaya-gaya senior-senior kamu yang merugikan jemaah dan hanya menguntungkan mereka sahaja.

Mungkin sudah tiba masanya, politik PMI bukan lagi berpolitik pulau-memulau. Melihat kesucian hanya pada jubah dan serban. Sikap ini tidak banyak menguntungkan. Saya melalui pengalaman kepolitikan PMI ini di masa PMI berada di puncak kuasa dan kegelapan.


Arak: Berguru pengalaman PAS di Kelantan

Oleh LANJUSOH

NAMPAKNYA media pro-Barisan Nasional (BN) berjaya mencetus lagi sentimen politik di Selangor. Media sekarang tidak lagi terarah kepada Kelantan sahaja.

Boleh dikatakan Kedah, Pulau Pinang dan Selangor silih berganti merebut tempat di media nasional. Kalau ada tempias ke Kelantan sekadar mengutip kenyataan keras Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Inilah situasi yang diulang-ulang tayang sekarang. Apa yang jelas dengan adanya polemik itu, Umno berpeluang menutup segala kelemahannya.

Isu rampasan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak melalui kudeta berjaya didiamkan. Begitu juga punca kematian bekas pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock boleh dikunci rapat.

Dan retak menunggu belah dalam Perhubungan Umno Terengganu, tidak lagi meniti di bibir rakyat. Perbincangan media begitu rapi sekali menghala Selangor dan Pulau Pinang.

Isu penjualan arak nampaknya diagendakan begitu rupa. Media seakan-akan berjaya menjarakkan hubungan PAS dan DAP dalam isu tersebut.

Isu terbabit dihidangkan sama dengan kecaman hebat terhadap Gabungan Mansuh ISA (GMI). Agak menggelikan apabila kaunter aduan menuntut bayaran dibuka di Kuala Lumpur.

Pak Mat di Manek Urai pun ketawa sendirian di celah pokok getah di atas Bukit Kajang. Kata Pak Mat, sepatutnya peniaga berterima kasih kerana ramai pengunjung memenuhi Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.

“Kehadiran puluhan ribu orang tentunya membawa tuah kepada peniaga. Tetapi tiba-tiba polis melepaskan mariam air dan gas pemedih mata.

“Peniaga menutup kedai takut gas masuk ke dalam kedai mereka. Kalau tiada tindakan polis seumpama itu peniaga di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman tentunya mengaut untung berganda,” ujar Pak Mat.

Isu aduan mungkin berakhir begitu sahaja, apabila air dicurah Umno sekadar di daun keladi.

Sebaliknya isu penjualan arak masih mendapat sentuhan media. Media yang dikuasai pengarang Melayu tanpa sedar mempersendakan agama mereka sendiri. Ini kerana larangan jualan arak sudah jelas dalam Islam.

Dalam surah al-Baqarah ayat 219 Allah berfirman yang bermaksud, “Mereka itu bertanya kepada engkau darihal tuak (arak) dan judi. Katakanlah kedua-duanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan? Katakanlah: sekadar berlebih daripada hajatmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu beberapa ayat, mudah-mudahan kamu memikirkan.”

Berpandu kepada keterangan ayat tersebut, mampukah pengarang Muslim cuba mempolemikkan ayat-ayat al-Quran.

Soal pemimpin DAP tidak faham hanya sekadar isu kedua. Usaha yang hendak dilakukan PAS Selangor bagi memberi penjelasan berhubung jualan minuman keras sewajarnya disokong.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Shahir memberitahu PAS Selangor mengadakan penerangan menjelaskan isu tersebut Jumaat lalu.

Bagaimanapun kerajaan Selangor dikatakan mahu penjualan minuman keras berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli.

Oleh itu, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya memberi tempoh kepada premis terbabit supaya tidak menjual kepada orang Islam.

Isu berrmula apabila seorang anggota Exco dari DAP yang bertanggungjawab terhadap portfolio Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu mungkin keliru larangan arak terhadap umat Islam.

Merungkai persoalan itu ada baiknya kita timba pengalaman apa yang dilakukan di Kelantan.

Seorang ahli majlis kerajaan tempatan di sini memberitahu sebelum 1990 penjualan arak di Kelantan juga berleluasa.

“Bukan sahaja di restoran milik orang bukan Islam, sebaliknya di pasar raya jualan arak secara terbuka.

“Sesiapa pun boleh membeli arak ketika itu kerana tiada kawalan langsung daripada kerajaan BN,” katanya.

Ketika itu arak juga boleh didapati secara mudah di hotel-hotel. Dengan kata lain, liquor dan beer dijual tanpa sekatan dan batasan. Mungkin sama dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang.

Dan selepas kerajaan Perpaduan Ummah dibentuk, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menguatkuasa arahan premis menjual arak dihadkan. Dan judi diharamkan.
Ekoran itu ramai perempuan Cina datang menemui Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kerana menguatkuasa peraturan tersebut.

Katanya, suami mereka tidak pulang lewat malam lagi kerana tidak dapat berjudi lagi. Suami mereka juga tidak mabuk seperti dahulu.

Peraturan menyusun semula penjualan arak mulai dikuatkuasa pada 1 Julai 1993.
Ekoran itu semua jenis arak tidak lagi dibenarkan dijual di tempat awam, hotel, restoran.

Namun, peraturan itu tidak menghalang orang bukan Islam minum arak di restoran yang dikhas untuk orang bukan Islam atau rumah mereka. Dan sehingga sekarang di Kota Bharu lesen premis menjual arak dihadkan kepada 35 buah.

Premis berkenaan hanya untuk orang bukan Islam dan tidak dibenarkan sama sekali dimasuki orang Islam. Difahamkan premis terbabit juga dibenarkan menjual babi.
Peraturan mengenai perkara itu terkandung dalam Undang-undang Kecil PBT di Kelantan.

“Had premis yang dibenarkan tersebut dibuat bersesuai dengan dengan jumlah masyarakat Cina dan bukan Islam di Kota Bharu,” kata satu sumber PBT.

Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, Selangor sepatutnya merujuk kepada Kelantan bagi mewujudkan peraturan khas menjual arak.
Katanya yang juga anggota parlimen Ketereh, kawalan seperti dikuatkuasa di Kelantan juga disenangi masyarakat bukan Melayu.

Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, orang Islam perlu mempunyai kesedaran bahawa arak jelas haram di sisi agama.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim juga berhujah perlu ada peraturan khas mengenai penjualan arak bagi mendidik masyarakat menjauhi minuman yang diharamkan.

Pengurus Perhubungan Institut Kajian Strategik dan Penyelidikan Kelantan (Kriss), Ibrahim Mamat berkata, penjualan arak hendaklah dibuat mengikut taburan penduduk bukan Islam.

“Perlu panduan yang boleh diikuti PBT di Selangor sebelum sesuatu peraturan dikuatkuaskan. Apa yang berlaku sekarang penjualan arak hanya menguntungkan peniaga sahaja,” katanya.

Biarpun bilangan penduduk bukan Islam di Kelantan tidak ramai seperti di Selangor atau Kedah, tidak salah untuk menimba apa yang berlaku di Serambi Makkah.

Janganlah berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Maksiat Punca Selsema Babi Jadi Wabak

KUALA NERUS - Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata maksiat yang berleluasa, tidak terkawal yang berlaku dalam negara ini menyebabkan Selsema Babi kini menjadi satu wabak merbahaya.

Katanya, pelbagai jenis penyakit berjangkit yang belum pernah wujud selama ini merupakan tanda kemurkaan Allah SWT.

“Dunia hari ini dilanda wabak penyakit merbahaya dan negara kita juga menerima wabak yang boleh membawa maut kepada sesiapa sahaja.

“Kita kena akui negara kita hari ini banyak maksiat dan Allah SWT turunkan ‘bala’ dalam bentuk penyakit kepada manusia,” jelasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Penerangan PAS di Kampung Pagar Ubi, semalam.

Menurutnya, bala penyakit bukan perkara baru malah pernah diturunkan kepada umat terdahulu kerana melanggar perintah Tuhan.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Nerus menjelaskan bahawa umat terdahulu dilanda wabak ‘taun’ yang merbahaya serta membunuh manusia kerana maksiat.

Kini, katanya pelbagai jenis penyakit baru ditemui seperti virus HIV yang menyebabkan AIDS, Japanese Ensephalitis (JE) dan Influenza A (H1N1).

“Orang dahulu buat maksiat dapat wabak taun dan hari ini kita (dunia) dapat wabak H1N1 dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Menurutnya, penularan wabak tersebut semakin serius dan negara Malaysia antara yang teruk dilanda H1N1 dengan angka kematian 44 kes.

Katanya, umat Islam tidak boleh mengatasi penyakit tersebut jika tidak kembali kepada ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Drewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

AKIBAT BANYAK GAUL : Mayat bayi dalam tandas sekolah

MACAM NI KE NAK JADI PEMIMPIN NEGARA AKAN DATANG??? HANCUR NEGARA

Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my

POKOK SENA: Amat menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang sudah berbau ditemui di atas tangki tandas dalam bilik air lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini, semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat tanpa pakaian itu ditemui seorang pekerja am sekolah itu kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terlungkup dan dipercayai dilahirkan sejak dua hari lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Star, Deputi Superintendan Mohd Fiesal Libertus Abdullah, berkata polis menahan seorang pekerja am wanita berusia 40-an yang bekerja di sekolah asrama penuh itu.

Menurutnya, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mayat bayi terselit dalam tangki mengepam air tandas.

Siasatan mendapati wanita itu pernah mengalami pendarahan ketika bertugas Selasa lalu dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star untuk rawatan.

Difahamkan, wanita terbabit sudah bersuami dan mempunyai lima anak.

Mohd Feisal berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa saksi, termasuk suami wanita terbabit yang bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu siasatan.

“Kita akan membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan kaitan antara wanita berkenaan dengan mayat bayi yang ditemui. Punca kematian belum dikenal pasti dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat daripada HSB,” katanya.

PANDUAN MENANAM KUBIS BUNGA, BROCOLI DAN FLOKOLI



PENDAHULUAN

Sayur-sayuran brassica seperti kobis bunga, brokoli dan flokoli
dikelaskan sebagai sayuran bunga dan boleh ditanam di tanah rendah
ataupun tinggi. Flokoli ialah hibrid di antara kobis bunga dan
brokoli. Kesemua sayuran ini adalah dari keluarga Cruciferae dan
mengandungi zat pemakanan yang tinggi terutamanya kalsium, vitamin C
dan vitamin A. Varieti sayuran ini yang biasa ditanam di tanah
rendah ialah :

Kobis bunga
Chia Tai Fuji 005

Brokoli
Green King

Flokoli
Green Harmony 509

JENIS TANAH

Tanaman ini sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan
bahan organik serta mempunyai saliran yang baik. PH yang sesuai
ialah di antara 6.0 – 7.0 bagi tanah mineral, kadar pengapungan
ialah 3 – 6 t/ha. Kapur hendaklah ditabur dan digaul ke dalam tanah
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menanam.

PENANAMAN

Penyediaan batas

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 – 20 cm. Sediakan batas
berukuran 1.2 m lebar, 0.15 – 0.2 cm tinggi dan panjangnya mengikut
kawasan. Jarak antara batas ialah 0.3 m.

Semaian

Biji benih kobis bunga, brokoli dan flokoli adalah sangat kecil
saiznya dan perlulah dibuat semaian sebelum menanam di ladang.
Semaian perlu dibuat dalam rumah semaian yang berdidingkan jaring
kalis serangga supaya anak benih tidak diserang oleh serangga
perosak. Tanah untuk semaian perlulah digembur halus dan pH sekurang-
kurangnya 5.0. Sebanyak 250gm biji benih diperlukan untuk menanam
sayuran brassica ini di kawasan seluas 1 hektar. Buatkan batas
berukuran satu meter lebar dan taburkan campuran biji benih dengan
pasir halus (1:1) ke atas permukaan batas. Taburkan selapis pasir
halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput
atau jerami kering ke atas batas. Siramkan batas setiap hari. Anak-
anak pokok sedia untuk diubah bila berumur 3 – 4 minggu selepas
disemai.

Penanaman

Hanya anak benih yang sihat dan bebas daripada serangan serangga
perosak dan penyakit dipilih untuk ditanam. Anak benih yang berumur
3 – 4 minggu ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm
antara pokok dan 60 cm antara barisan.

PENJAGAAN

Pembajaan

Penggunaan baja organik seperti tahi ayam sebagai baja asas adalah
perlu untuk kesuburan tanaman sayuran. Baja ini digaul ke dalam
batas 3 - 5 hari sebelum menanam. Bagi tanah berpasir, sebanyak 20 -
30 t/ha baja organik diperlukan, manakala 3 - 6 t/ha diperlukan bagi
tanah mineral.

Kadar baja inorganik seperti NPK 12 : 12 : 17 : 2 ialah 1.5 t/ha di
tanah gambut dan 1t/ha di tanah mineral, diberi 2 dan 5 minggu
selepas menanam. Di tanah berpasir, kadar baja ialah 2 t/ha dan
diberi 1,3 dan 5 minggu selepas menanam. Baja dibubuh sekeliling
pokok dan digaul ke dalam tanah.

Penyiraman

Siram dua kali sehari kecuali hari hujan. Kekeringan air menyebabkan
pokok terbantut dan bungkah bunga akan pecah. Pada peringkat awal
pertumbuhan tanaman, air yang banyak diperlukan untuk tumbesaran.
Selepas umur pokok sebulan, pengairan sekali sehari sudah mencukupi.

Pengawalan Rumpai

Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara
manual (dengan tangan atau cangkul) atau sungkupan.

PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL

Kobis bunga, brokoli dan flokoli dikutip apabila garis pusat bungkah
berukuran 15 cm atau lebih, iaitu 7 - 9 minggu selepas ditanam.
Kelewatan memetik hasil akan menyebabkan bunga berpecah dan menjadi
kuning. Hasil yang diperolehi dari satu hektar penanaman dianggarkan
9 - 15 tan. Semasa pengutipan hasil, beberapa helai daun pembalut
ditinggalkan bagi setiap bunga kerana ini berfungsi sebagai bahan
pelapik semasa pengendalian dan pengangkutan. Sayur dibungkus dengan
kertas semasa di ladang untuk mengawal kerosakan semasa pengangkutan
dan pengendalian seterusnya. Untuk pembungkusan runcit, beg
polietilina, beg kertas atau filem polivinil boleh digunakan. Tanpa
penyejukan sayuran ini boleh tahan selama 3 - 5 hari setelah
dibungkus dan disimpan di tempat redup. Apabila disimpan di tempat
sejuk, suhu 1 - 2° dengan kelembapan 90 - 95%, sayuran ini boleh
tahan selama 2 - 4 minggu.