Pagi Sabtu 1 Ogos 2009, sengaja saya menghubungi seorang kenalan yang sedang menuntut di sebuah IPTA di kota raya Kuala Lumpur. Bertanyakan khabar dari rantau, sungguh asyik beliau menceritakan keadaanya di rantau. Saya terus bertanyakan padanya, adakah dia akan turun ke ibu kota pada hari itu untuk berjalan-jalan sambil menyaksikan penyerahan memorandom kepada yang Dopertuan Agong di Istana Negara.
Hmmm...dia terus menjawab, "No,no,no...kawe masih belajar lagi la...kalu kena igat, alamaknyo habis lah..." hmmm...bagus juga jawapannya, saya amat hargai jawapannya itu. Sebagai seorang student, kita kena ada rasa tanggungjawab tersebut. Memang kalau pernyataan saya ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan orang, tetapi tetap saya katakan, saya menyetujui apa yang sahabat saya katakan itu. Dia seorang ahli Jemaah yang faham akan fikrah Islam, tetapi dia amat bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.
Jangan disalah erti dengan perjuangan. Kebanyakan orang, usah bercakap soal perjuangan jika takut pada cabaran. Harus diingat, kita belajar juga merupakan suatu perjuangan. Seperti yang saya terbitkan dalam artikel sebelum ini, Himpunan Mansuhkan ISA : Meraikan Mereka Yang Tidak Mahu Menyertainya. Cukup jelas.
Saya pun bagitahu dia, bahawa saya pun tidak turun juga ke ibu kota. Maklumlah saya berada di Kelantan.Memang saya tidak menyertai 'ijtimak' di jalan raya Sabtu lepas. Hehe...dia ingatkan saya berada di Masjid Jamek atau Masjid Negara masa tu.
Jika dilihat dari jawapan dia tadi, jelas seolah-olah dia tidak suka akan perjuangan, tidak cukup tarbiyah kerana kita di ajar berserah kepada Allah. Betul, tetapi sudah jelas dan terang bahawa kerajaan dan poli serta FRU bukan memihak kepada demonstran. Bukan macam di sesetengah negara luar, jika nk berdemonstrasi, polis tolong bagi arahan laluan dan polis akan menjaga trafik. Tetapi di negara kita lain, polis bukan jaga rakyat, bukan tangkap perogol, peragut, perompak, tetapi menangkap orang yang berkunmpul ramai-ramai. Alasan, mengancam keselamatan. Eh, peragut tak ancam keselamatan ke? PeRompak tak ancam keselamatan ke? huhu...
Oleh yang demikianlah, sahabat saya tadi lebih bertanggungjawab terhadap pelajarnnya, bimbang ditangkap, maka tiadalah peluang baginya untuk meneruskan pelajaran. Sayabas ya, anda telah memilih jalan yang betul. Kita harus meraikan keputusannya.
Pada asasnya ukuran tahap keaktivis bukan hanya keberanian turun dijalan raya.
Namun kini ia menjadi parameter utama untuk mengukur tahap keaktivisme anak muda. Politik kampus sekalipun akan menggunakan ukuran ini untuk mengangkat aktivis kampus samada menjadi pemimpin tahap utama atau pemimpin pinggiran juga hanya sekadar ahli biasa yang tiada jawatan.
Soal kenapa ukuran ini dijadikan perameter utama, ia berdasarkan kepada komitmen dan keberanian. Jelas siapa yang berani turun ke jalan raya akan dinilai sebagai jelas fikrahnya dalam membawa agenda perjuangan.
Saya sendiri terasa ukuran ini betul kerana mereka yang turun di jalan adalah kalangan yang berani dan tahan dugaan serta ‘mehnah’ di alam perjuangan yang cukup getir. - dari Kalam Perdana.
Kalam Perdana menyuarakan soal penilaian tahap keaktivisme seseorang, lebih-lebih lagi di kalangan para pelajar di kampus. Kita akan diangkat setingginya jika berani menyertai demonstrasi, malah kita akan dilayan mcm bintang filem, akan sentiasa nama kita disebut. Tetapi jika kita tak menyertai? kita tidak akan dilayan dengan baik, tidak ada tempat dalam saf pimpinan. Huhuhu...benar nggak? fikirkanlah...
Bagi saya, kita tidak harus menilai tahap keaktivisme sebelah 'mata' sahaja. Kena raikan juga mereka yang tidak mahu menyertai demonstrasi ni. Jikalau polis, kerajaan kita ni bagus, tak gila kuasa, tak mengapa, buat perhimpunan pun tak kena tangkap.
Bukan maksudnya kita takut pada kena tangkap, tetapi kita ada tanggungjawab yang lebih besar lagi selain dari berdemonstrasi. Jika ditangkap, kalau pelajar, maka tamatlah riwayat sebagai pelajar. harus diingat, kita sebagai pelajar tidak ada pendapatan lagi, tanggungjawab kita terhadap pelajaran, jangan khianati tanggungjwab ini.
Apalah sangat kita sebagai pelajar? Duit tak ada, pangkat tak ada, pengaruh tak ada. Fikirkanlah...Tetapi saya ucapkan syabas dan berbangga kepada semua pelajar yang berani turun ko jalan raya menyertai rombongan ke Istana Negara Sabtu lepas. Pelajar harus berani berdepan dengan pihak pentadbir universiti jika ada masalah pelajar. Kita sebagai pelajar, jangan terikut-ikut budaya politik luar yang suka turun ke jalan raya. Kita harus mencari alternatif yang menampakkan kita seorang pelajar yang berilmu dan berakhklak tinggi. Itulah pelajar.
Semoga Najib membuat keputusan yang sewajarnya atas apa yang rakyat pohonkan. Hmmm...akhir sekali, saya rakamkan tahniahlah kepada semua demontran yang sudi turun ke ibukota sabtu lepas. Mungkin Najib sudah tak tidur lena walaupun beralaskan tilam yang lembut. DAULAT TUANKU!!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan