Seperkara yang kita semua jangan terlepas pandang bahawa kita perlu juga meraikan dan menghormati keputusan sahabat kita yang tidak mahu menyertai perhimpunan ini. Walaupun kita sudah mengajaknya untuk sama-sama menyertainya, namun dia tidak mahu mneyertainya. Hormatilah keputusannya, mungkin dia tidak berminat atau ada alasan-alasan lain. Tidak semua kita dilahirkan untuk berdemonstarsi. Tidak semua kita dilahirkan sebagai penulis, sebagai idealis, sebagai aktivis di jalanan.
Kemungkinan dia berperanan dalam bidang-bidang yang kita sendiri tidak mampu buat. Yang kita mampu hanya berdemonstasi, tunujk perasaan di jalan-jalan raya. Tetapi dalam bab lain, kita tak mapu buat. Oleh itu, setiap orang ada fungsi masing-masing. Sebagai petugas-petugas Islam, kita ada peranan dan fungsi masing-masing, setiap orang tidak sama. Oleh itu, sebagai pimpinan, kita harus menerima kepelbagaian peranan dan fungsi anak buah kita.
Saya cukup tidak bersetuju jika kita memandang serong terhadap sahabat kita yang tidak mahu menyertai demonstasi. Ini kerana, kita tidak menghormatinya dan tidak mahu menerima kepelbagaian fungsi dan peranan tadi. Lebih malang lagi, kita anggap sahabt kita tu tak faham la, tak boleh dipercayai la. Apa ni? Ini melemahkan semangatnya. Sebaliknya bagilah dia semangat, hormati keputusannya.
Seperkara lagi, kita perlu juga menilai peranan seseorang dari segi tenaga, harta benda, masa, dan sebagainya. Apakah sumbangan kita itu itu sama setiap orang? Tidak kan? Ada yang boleh menyumbang tenaganya untuk Islam, ada yang boleh menyumbang wang ringgit untuk Islam, ada yang boleh menyumbang masanya untuk Islam. Adakah kita semua mampu menyumbang semuanya? Berapa besarnya kita memahami kepelbagaian peranan ini.
Apa yang terjadi, kita semua sering memandang serong kepada anak-anak kita jika anak buah tidak dapat mengikuti apa yang diarahkan, lebih-lebih lagi keluar menyertai demonstarsi atau terlibat dengan gerakan di luar kampus jika ianya pelajar.
Peranan kita adalah berbeza sama ada besar, kecil, penting, dan sebagainya. Mungkin kita boleh berdemonstasi, tetapi sahabt kita tak boleh. Mungkin kita boleh menulis tentang islam, tetapi sahabat kita tak boleh. Oleh itu, terimalah kepelbagaian ini. Maaf jika saudara-saudari tidak dapat menerima kepelbagaian ini. Bagi saya, dengan kepelbagaian ini, kita menerima fitrah manusia. Amin.
2 ulasan:
slm,
ye2...btul tu..ana stuju dgn statement ni..yelah kdg2 xsemua org sama dgn kita, kondisi kita semua berbeza, kgd2 hatinya meronta2 nak join sama ke demo tu, tp keadaan x mengizinkan, itu xpelah...tp ada juga x mau pergi mungkin ada sebab-musababnya...hanya Allah shj yg tau...apa2 pn doa2knlah kita dan shbt2 yg lain sentiasa istiqomah di atas jalan yg diredhai Allah..insyaALLAH..wallahu a'alam.
Thank you Tanpa Nama kerana sudi tinggalkan komen. Semua pihak harus terima hakikat ini dan mesti berlapang dada. Teruskan berdakwah di medan ini. Syukran
Catat Ulasan