KOTA BHARU, 17 Ogos: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya di China kerana tidak ada lagi wayar di badannya.
Demikian kata Timbalan YDP PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad.
Sehingga kini sudah beberapa kali rakyat Kelantan dikejutkan dengan berita kononnya Adun Galas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia.
Demikian kata Timbalan YDP PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad.
Sehingga kini sudah beberapa kali rakyat Kelantan dikejutkan dengan berita kononnya Adun Galas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lalu, berita itu sudah tersebar luas di Kelantan.
Dan pagi ini sekali lagi berita serupa bertiup kembali. Keghairahan itu dipercayai dicetus pihak tertentu apabila dilihat mereka sudah mengatur gerak kerja politik di Dun Galas sebaik sahaja mengetahui Chek Hashim sakit.
Bagaimanapun berita kematian itu dinafikan Dr Zulkifli Mohamad.
Ketika dihubungi beliau berkata, Adun Galas semakin sihat selepas menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sudah berpindah ke hospital lain untuk mendapat rawatan susulan.
Image"Saya pun ada menerima berita yang menyebut Adun Galas meninggal pagi ini, tetapi Ustaz Azman Hussin yang berada bersama Chek Hashim (gambar) di China memberitahu keadaannya beransur sihat sekarang.
"Chek Hashim sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya kerana tidak ada lagi wayar di badannya," kata beliau.
Pada 7 Ogos lalu Chek Hashim menjalani pembedahan bagi merawat kanser di bahagian paru-parunya di The First People's Hospital Fu San di Guantong, China.
Adun Galas menjalani rawatan di China sejak 23 Julai lalu dan dijangka kembali ke Kelantan tidak lama lagi selesai menjalani rawatan susulan.
Hospital terbabit antara yang terbaik bagi rawatan kanser di China di mana setiap bulan menerima berpuluh-puluh kes membabitkan penyakit terbabit. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan